11 TAJUK 4 Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



TAJUK 4 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SINOPSIS Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam bidang membentuk dan membuat binaan binaan Pendidikan Seni Visual pra sekolah. Ia menekankan kepada proses mengenal arca, stabail, asemlaj , origami, diorama, model, boneka. Ia juga memberi keutamaan kepada proses mengenal, menyelidik dan membuat hasil seni tersebut. Bakal guru diharapkan agar dapat menggunakan bakat yang ada sebanyak mungkin untuk berfantasi, berkreativiti, membuat inovasi dan mereka cipta semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Cara ini akan dapat menjadikan murid bertambah yakin dan seronok semasa melalui fasa tersebut. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, pelajar dapat :. 1. Memahami definisi membentuk dan membuat binaan 2. Mengenal gubahan 2 dan 3 dimensi 3. Mendedahkan teknik penggunaan alat dan bahan yang sesuai dengan aktiviti yang dipilih 4. Dapat menghasilkan gubahan 2 dan 3 dimensi



KANDUNGAN TAJUK 4:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN TAJUK4 4.1 Konsep membentuk dan membuat binaan - Definisi - Gubahan 2 dan 3 dimensi 4.2 Alat dan Bahan - Penggunaan - Pengubahsuaian 4.3 Aktiviti membentuk - Teknik menguli, memicit, lipatan, gulungan, luakan, paper mache, - Aktiviti membentuk – Origami, Mobail, Stabail, topeng, arca 4.4 Aktiviti membina - domestik, arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, diorama, model, boneka 4.5 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi 4.6 Persembahan hasil karya - Mentafsir – Aktiviti, idea, alat, bahan dan proses - Apresiasi karya seni *Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan perlulah disesuaikan dengan peringkat umur kanak-kanak



51



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Konsep dan definisi membentuk dan membuat binaan 4.1 Definisi Bidang membentuk dan membuat binaan Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan merupakan salah satu aktiviti yang mengandungi karya yang berbentuk 3 dimensi. Berdasarkan rekaan bentuk tersebut, pelbagai jenis kraf boleh dihasilkan. Bidang ini juga



boleh mengembangkan persepsi murid terhadap



aspek seni dari segi ruang, bentuk, imbangan, struktur dan kestabilan. Ia memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak serta membolehkan pemikiran yang kreatif dibina dari segi seni. 4.1.1 Definisi Gubahan 2 dimensi dan 3 dimensi Aktiviti membentuk dan membuat binaan boleh dihasilkan dengan 2 cara iaitu gubahan 2 dan 3 dimensi.Gubahan 2 dimensi merupakan hasil karya dimana bentuknya tidak dapat disentuh tetapi dapat dinikmati melalui deria penglihatan. Ia mempunyai permukaan yang rata tetapi lukisan yang dihasilkan kelihatan seperti 3 dimensi kerana mempunyai tona dan isipadu. Contoh gubahan 2 dimensi adalah lukisan objek yang dilakar dalam pelbagai sudut dan mempunyai kesan tona cahaya. Dengan melihat lukisan tersebut, kita lebih mudah memahami bentuk keseluruhan objek tersebut.



Gubahan 2 dimensi



52



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Bentuk 3 dimensi merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, boleh disentuh dan dirasa dan dilihat. Bentuk 3 dimensi boleh dilihat dari sudut pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Ia boleh terdiri dari objek semula jadi atau objek buatan manusia.



Gubahan 3 dimensi 4.2 Alat dan bahan Pengajaran seni visual perlu dijalankan dengan menyerapkan unsur-unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan disetiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa , mural, kraf pasu dari bahan guna semula atau alat muzik ciptaan sendiri, topeng dari bahan kertas, tong sampah dari tin kosong dan sebagainya berdasarkan kemudahan alat bahan yang ada disekolah tersebut. Antara bahan yang boleh digunakan bagi aktiviti membentuk dan membuat binaan yang sesuai untuk murid pra sekolah



ialah plastersin, tanah liat, tepung, paper mache,straw minuman,



bahan guna semula seperti botol minuman, kotak kosong, plastik barang dan sebagainya. Bagi murid pra sekolah, bakal guru perlu memberi penekanan dari sudut keselamatan agar tidak berlaku sebarang kecederaan kerana pada peringkat ini, koordinasi tangan dan mata murid masih belum matang dan memerlukan pemerhatian guru. 4.3 Aktiviti Membentuk Terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan iaitu teknik picitan seperti bahan tanah liat, doh tepung dan plastersin, teknik pembungkusan, teknik lipatan iaitu penggunaan kertas atau bahan yang mudah dilentur, teknik potongan seperti kepingan kertas, potongan tanah liat atau buah buahan menggunakan pisau plastik, potongan botol mineral dengan bantuan guru, teknik cantuman seperti lego, kotak ,



53



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



teknik guntingan seperti potongan kertas ang telah dilipat dan teknik luakan dalam membuat arca menggunakan plastersin atau tanah liat.



Pelbagai teknik boleh dihasilkan seperti teknik potongan, teknik pembungkusan , teknik picitan serta lingkaran dan teknik potongan dan cantuman.



Membuat pasu menggunakan tanah liat dan mereka cipta kapal terbang menggunakan cawan polisterin



Membentuk objek buah-buahan menggunakan doh tepung yang diuli sendiri oleh murid



54



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Selain dari bahan yang telah dinyatakan diatas, beberapa pertimbangan lain perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membina seperti penggunaan bahan terbuang yang boleh digunakan semula. Bahan daripada alam sekitar seperti buluh, buah kelapa , kulit siput juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk membina dan boleh dijadikan hiasan 4.4 Aktiviti Membina Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dalam bidang membentuk dan membuat binaan Mobail Mobail sering dijadikan sebagai bahan perhiasan.Ia boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pelbagai bahan boleh digunakan seperti kertas, kulit siput



Mobail rama-rama



55



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Stabail Bermakna statik, kukuh, mantap. Binaan yang teguh berasaskan binaan. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid.Ia boleh digantung di dinding, tingkap atau pintu siling. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan arca stabail.



Stabail yang kukuh Asemblaj Merupakan himpunan bahan-bahan yang dibina dengan kukuh dan mempunyai daya estetik yang menimbulkan suatu makna.Ia boleh dihasilkan secara kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.



56



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Asemlaj pelbagai warna



Model Merupakan aktiviti yang menghasilkan sesuatu dengan mengikut bentuk sebenar dan nisbahnya berbeza samada dibesarkan atau dikecilkan.Contohnya seperti model rumah, model kenderaan dan sebagainya.



Model kereta Boneka Boneka adalah sejenis permainan kanaka-kanak yang boleh digerak, dilakonkan oleh pemain samada secara sentuhan atau arahan.Contoh boneka seperti boneka sarung tangan, boneka lidi dan sebagainya



57



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Boneka jari



Topeng Merupakan artifak yang dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan atau menghiburkan.Contoh topeng seperti topeng mata, topeng muka dan sebagainya



Topeng muka Origami Merupakan seni lipatan kertas yang diperkenalkan di Jepun.Ia berasal dari perkataan Jepun iaitu ORIKAMI.Ia hanya perlu dilipat dan disisip tanpa memerlukan gam. Guru boleh mengajar pelajar membuat origami dan boleh dijadikan hiasan, mobail dan arca.



58



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Origami kertas



Diorama Sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek.Objek yang dihasilkanboleh disusun, digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak.



Diorama tema orang angkasa Alat dan Bahan Bil



Teknik



Alat dan Bahan



Proses



Hasil



1



Mobil



Kertas warna, kertas keras, gum, tali, dawai, gunting



Rupa beberapa objek yang dibentuk dibentuk dan digantung menggunakan tali



Boleh digantung mengikut kesesuaian.



2



Stabail



Kayu, tanah liat, kertas warna, gum , gunting



Objek dibentuk dan dilekat dengan kukuh dan teguh



Dipersembahan mengikut kesesuaian bahan



3



Asemlaj



Daun kering, kayu, kain perca, dawai,



Objek disusun menjadi karya yang bertema



Dipersembahkan dengan kreatif mengikut citarasa



59



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK kertas



PSV2023E murid



4



Model



Bahan guna semula seperti botol, kotak , polisterin, tin



Objek dibentuk mengikut contoh sedia ada.Contoh: Kenderaan



Dipersembahkan mengikut kreativiti murid



5



Boneka



Stokin, kain, kulit telur



Boneka dibentuk mengikut rupa yang diingini



Dpersembahkan bersama lakonan



6



Topeng



paper mache,kain, kertas pembungkus



Topeng dibentuk mengikut bahan yang sesuai



7



Origami



Kertas warna



Dilipat mengikut tema yang ingin dihasilkan



Dipersembahkan dengan memakainya Dipersembahkan dengan kreatif mengikut citarasa murid



4.5 Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi Peranan guru sangat penting dalam membentuk sosial, sahsiah serta perkembangan kreativiti kanak- kanak. Oleh itu peranan guru sangat penting dalam membantu kanak-kanak untuk menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai. Penggunaan teknologi maklumat merupakan cara yang sangat mudah untuk menyerapkanpengetahuan kepada murid kerana iamemberi satu kelebihan kepada murid untuk melihat secara lebih visual. Dengan hanya menggunakan persembahan power point, guru dapat menunjukkan proses penghasilan dengan lebih jelas dan sistematik.Murid



boleh menggunakan program MS Paintuntuk



menghasilkan kotak dan mencetak dalam bentuk 2 dimensi lalu dipotong untuk dijadikan kotak yang berbentuk 3 dimenasi. Ini memberi peluang kepada murid untuk berkarya walaupun tanpa bantuan dari guru. 4.6 Persembahan Akhir Contoh aktiviti Membentuk flora dan fauna menggunakan bahan plastersin



Bagi murid pra sekolah, penggunaan acuan boleh digunakan untuk membentuk objek 60



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Alat pensel yang selamat digunakan boleh digunakan untuk mencipta jalinan pada permukaan plastersin



Jika murid sudah mahir, mereka boleh mencipta objek menggunakan tangan tanpa perlu acuan. 4.6 Persembahan Akhir



Kelihatan seorang murid pra sekolah sedang membina gunung berapi dengan menggunakan bahan tanah liat. Kanak-kanak dan karya seni Menurut Brown (1980) kegiatan seni dapat meningkatkan dan mengembangkan pemikiran 61



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



kritis kanak-kanak.Ia merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur dan dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi dan meluahkan apa yang tergambar difikiran mereka Oleh itu, setelah murid menyiapkan kerja mereka, guru perlu memberi peluang dan ruang kepada murid memberi tafsiran karya mereka dan membuat apresiasi.



Contoh Mentafsir dan membuat apresiasi karya seni.



Mentafsir karya diatas Karya seorang kanak-kanak pra sekolah menunjukkan satu rekaan gunung berapi yang diperbuat daripada bahan tanah liat. Bahan tanah liat dibentuk menyerupai gunung. Terdapat proses teknik picitan dalam penghasilan objek. Kelihatan juga jalinan yang dihasilkan oleh murid bagi menggambarkan permukaan gunung berapi yang tidak sekata. Batu batu kecil disusun dibawah objek. Tiada penggunaan warna dalam karya ini. Apresiasi karya seni Gunung berapi yang dihasilkan oleh murid ini nampak begitu realistik kerana pemilihan bahan tanah liat yang sesuai dipicit dan dibentuk mengikut pengalaman sedia ada dan naluri mereka. Tanah liat dibentuk agak besar dibahagian bawah dan mengecil dibahagian atas seperti bentuk gunung. Penggunaan bahan tajam dengan mencakar mengikut aliran ketinggian objek menghasilkan jalinan yang tidak sekata dan telah memaparkan permukaan yang kesat. Batu-



62



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



batu kecil ditabur disekeliling objek bagi menunjukkan keadaan gunung berapi yang pernah meletus.Tiada warna tambahan digunakan



1. Kategorikan jenis arca yang boleh menggunakan bahan buangan sebagai bahan utama. 2. Dengan menggunakan pengurusan grafik, senaraikan jenis-jenis origami yang sesuai diajar kepada murid-murid pra sekolah. 3. Hasilkan satu bahan berfungsi yang diperbuat daripada bahan kertas surat khabar



63