Modul RBT3102-Tajuk 4 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



Tajuk 4



BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN



SINOPSIS Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja kayu merangkumi kertas las, bahan penyumbat dan jenis bahan kemasan seperti lilin, minyak linsid, syelek, lekar, cat, varnish dan timbertone. Tajuk ini merupakan sebahagian daripada tajuk empat dalam pro forma meliputi sebahagian bab barangan logam dan kelengkapan HASIL PEMBELAJARAN 1.



Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan



Kerangka konsep Jenis bahan mentah



1



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



4.0



PENGENALAN



Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Keadah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik bermutu tinggi bendakerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkah dalam kerja kemasan ialah: 



Memilih cat atau kemasan yang sesuai







Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat ( Filler power )







Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las ( sand paper )







Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan mengecat samada mengunakan berus atau spray







Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik







Menghilangkan kesan calar atau cacat







Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga







Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama Tahukah anda mengapa kerja kemasan perlu dilakukan ?



4.1



Jenis Bahan Kemasan 



Lilin







Minyak Linsid







Syelek atau sampang syelek 2



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN







Cat







Lekar







Varnis







Stain







Timber tone



JENIS BAHAN



Kayu



JENIS KEMASAN YANG SESUAI Cat minyak Syelek Sampang Lekar Lilin Lekar plastic vinil



Keluli



Cat minyak Cat bitumen lekar



Lepa simen/gypsium



Cat distemper Cat air / cat emulasi Cat minyak



4.1.1 Kemasan Lilin 



Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan lembut.







Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap ke dalam ira kayu.







Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika warna



diperlukan, pewarna



3



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam cecair lilin.



Rajah 1 : Antara kemasan lilin



4.1.2 Syelek 



Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu.







Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara.







Resin syelek larut di dalam alkohol – methylated spirit.







Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishing secara sembur atau sapu dengan berus.







Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan atau dibeli secara bancuh siap.







Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.



4.1.3 Sampang (Varnis) 



Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung)



4



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atai sembur. 



Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa selama 12 hingga 24 jam.







Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.



4.1.4 Cat minyak 



Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed.







Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.







Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.







Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine.







Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.



4.1.5 Cat air atau cat emulsi. 



Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan.







Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan memerlukan air sebagai agen pencair.







Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar.







Pengeringanya ialah melalui sejatan dan resapan. 5



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN







Cat ini mudah digunakan samada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur.







Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru..



4.1.6   



Lekar (lacquer)



Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose). Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.



4.1.7



Venier Kayu







Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan







kayu. Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada







permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu. Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu: a. Kayu Cengal b. Kayu Nyatoh c. Kayu Balau d. Kayu Meranti e. Kayu Sepetir



LATIHAN 1 



Nyatakan sebab-sebab utama kenapa kita perlu membuat kerja-kerja kemasan selepas kita menyiapkan hasil projek.



LATIHAN 2



4.2







Dengan ringkasnya terangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk kerjakerja satu bahan pengemasan projek perabot.







Langkah kerja yang perlu dilakukan mesti mengikut peraturan dan mempunyai nilai-nilai murni serta mendapat hasil yang berkualiti. Barangan logam dan kelengkapan



4.2.1



Jenis-jenis paku 6



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN







Paku biasa (common nail) – berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am.







Paku kotak (box nail) – serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil.







Paku kemasan (finishing nail) – digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam paku.







Paku panel (casing nail) – sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada kayu.Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai digunakandalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu.







Paku venir – Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan kadangkadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai dan bahan-bahan yang nipis.







Paku payung – kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang kebocoran di tempat yang dipakukan.



7



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN







Paku berkepala dua – mempunyai dua kepala, digunakan dalam pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan tukul berkuku.







Paku konkrit – diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang pendakap dan sebagainya.







Paku bergelugur (berangkai) – sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.



4.2.2 Jenis skru 



Skru kepala rata (countersunk) – diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang dengan cermat kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kepala skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk pemasangan meja, kerusi, engsel dan selak.



8



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN







Skru kepala bulat – mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau tembaga dan digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian kayu dan Nampak sebagai hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu.







Skru kepala timbul – Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat, diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di mana kekuatan dan kecantikan diutamakan.







Skru kepala segiempat – merupakan sejenis skru yang kuat yang diperbuat daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu diketatkan dengan menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja kasar seperti dalam pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.



4.2.3 Cara Memasang Skru 



Lubang hendaklah dibuat dengan gerudi untuk menerima batang bajak skru.







Bagi kayu lembut, lubang hanya perlu dibuat pada kepingan kayu atas sahaja tetapi untuk kayu keras lubang hendaklah dibuat pada kepingan kayu atas dan lubang panduan diperlukan pada kepingan kayu bawah. Buat lubang benam untuk kepala skru jika diperlukan.







Skru mestilah dipasang dengan pemutar skru yang sesuai dan tidak boleh diketuk dengan tukul besi kerana gentian kayu akan terputus menyebabkan daya pegangannya pada kayu berkurangan.







Skru boleh dipasangkan dengan lebih mudah jika hujungnya direndam di dalam lilin atau sabun.



9



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



4.2.4 Engsel 



Barang logam yang utama untuk pemasangan pintu rumah, perabot dan tingkap rumah. Terdapat dalam berbagai jenis sesuai dengan penggunaannya.







Engsel muka tumpu - Engsel yang paling biasa digunakan, terdiri daripada dua keping daun dibentukkan menggelilingi sebatang pin. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau aluminium. Ia digunakan untuk menggantung daun pintu dan daun tingkap.







Engsel T – Terdiri dari daun segiempat dan engsel panjang antara 150mm hingga 450mm dengan sendinya mengelilingi sebatang pin. Daunnya dipasang pada pemidang dan engsel panjang pada daun pintu. Engsel ini sesuai untuk menggantung pintu yang lebar seperti pintu beroti supaya daun pintu dapat ditanggung dengan lebih baik.







Engsel cangkuk dan simpai – Terdiri daripada plat segiempat bujur, simpainya sepanjang 50mm hingga 80mm diperbuat daripada keluli yang lebih tebal dan berat daripada engsel T. Ia digunakan pada pintu berat seperti pintu bengkel dan pintu garaj.







Engsel spring – Engsel ini membolehkan pintu boleh ditolak dari dalam dan luar. Ia berfungsi sebagai spring kerana boleh terbuka dan tertutup kembali dengan sendiri. Terdiri dari dua daun untuk memasang daun pintu dan ditetapkan pada kerangka pintu atau dinding. Kebiasaannya dipasang pada pintu bar, pintu dalam pejabat sebagai pemisah terbuka sahaja dan tempat laluan utama ke tempat yang terhad.







Engsel perabot – terdiri dari beberapa jenis seperti but hinge, surface hinge, butterfly hinge, continuous atau piano hinge, engsel spring dan engsel bulat.



4.2.5 Tombol penarik 



Sejenis penarik yang digunakan pada pintu, tingkap dan laci untuk memudahkan nya dibuka dan ditutup.







Diperbuat daripada bahan seperti plastic, Loyang, tembaga, gangsa, nikalam, besi tuangan, aluminium dan kayu.







Terdapat dalam berbagai bentuk.







Pemasangannya dengan menggunakan skru.



10



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



4.2.6 Pendakap 



Sejenis bahan yang juga dikenali sebagai sandal topang.







Digunakan untuk menyokong almari atau rak papan yang dipasang pada tembok atau dinding.







Diperbuat daripada keluli, plastik atau gangsa.







Dipasang dengan menggunakan skru.



4.2.7 Kuku 



Terdapat dalam pelbagai rekabentuk.







Digunakan untuk menutup pintu dan tingkap terutama bagi pintu perabot.







Diperbuat daripada keluli, besi, Loyang, gangsa dan plastik.







Jenis-jenisnya ialah seperti kuku bebola, kuku bebola kembar, kuku muka almari dan kuku Peranchis.



4.2.8 Selak 



Alat yang diperbuat daripada kayu atau logam.







Dipasang pada pintu atau tingkap supaya tertutup dan hanya dapat dibuka dengan menggerakkan selak tersebut.







Dibuka dengan menolak tangkai pemegangnya.



4.2.9 Kunci 



Dipasang pada pintu bertujuan agar pintu dapat ditutup dengan selamat dan hanya boleh dibuka dengan anak kunci tertentu.







Terdapat dalam 2 jenis iaitu Kunci Puting Jenis Pemegang dan Kunci Puting Jenis Selinder.



4.2.10 Penahan Pintu Hidraulik 



Digunakan untuk membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka.







Mekanismanya menggunakan system hidraulik.







Dipasang pada bahagian atas pintu di sebelah yang berengsel. 11



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



LATIHAN 1 



Senaraikan langkah-langkah pemasangan Kunci Puting Jenis Selinder pada pintu.







Nyatakan kebaikan Kunci Putting Jenis Selinder dengan kunci jenis lain.



12