1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, terdapat beberapa orang murid tidak dapat memahami topik yang telah diajar iaitu topik Rantai Makanan dan Siratan Makanan. Saya telah memberi tugasan kepada murid secara individu yang tidak melibatkan perbincangan di kalangan murid dan saya juga tidak membenarkan mereka berbincang bersama rakan mereka. Saya telah mengarahkan mereka menjalankan aktiviti secara individu dengan mendapat bimbingan dari saya. Bagi murid yang telah memahami topik yang diajar, mereka tidak mempunyai masalah untuk membuat tugasan tersebut. Tetapi, terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menyelesaikan tugasan yang telah diberikan kerana mereka tidak faham berkenaan topik yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, mereka tidak berani untuk mengajukan soalan kepada saya kerana bersikap malu. Akibatnya mereka tidak berminat untuk menyiapkan tugasan tersebut lalu mereka menganggu rakan – rakan mereka yang lain yang cuba menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh saya kepada mereka kerana mereka tidak memahami topik rantai makanan dan siratan makanan yang telah diterangkan oleh saya untuk membuat tugasan tersebut. Sebagai seorang guru yang mengajar di dalam sebuah kelas yang mempunyai bilangan murid yang besar iaitu seramai 48 orang, menjadi masalah kepada saya untuk memberi bimbingan kepada semua murid yang mempunyai masalah mengenai topik yang diajar di dalam kelas iaitu topik rantai makanan dan siratan makanan. Ini kerana jumlah bilangan murid yang besar, guru tidak dapat memberi fokus sepenuhnya kepada murid yang lemah kerana ini akan menyebabkan rasa tidak puas hati dikalangan murid yang juga memerlukan bimbingan. Dalam situasi ini, murid yang telah menguasai topik yang diajar dapat menyelesaikan tugasan dengan mudah tanpa memerlukan bimbingan dari guru. Terdapat juga murid yang sederhana, iaitu



murid yang memerlukan sedikit bantuan dari guru, tetapi mereka cuba untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh saya dan terdapat juga murid yang lemah serta memerlukan bantuan bimbingan dari guru sepenuhnya. Bagi murid – murid yang lemah, mereka juga seperti tidak meminati mata pelajaran sains dan ini menyebabkan murid tersebut bosan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Akibat bosan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran, mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas dan tidak mendapat input yang diajar oleh saya. Bukan mudah untuk menarik minat seseorang itu untuk meminati sesuatu yang mereka tidak minat melainkan terdapat cara dan teknik yang berkesan untuk mereka minat terhadap mata pelajaran ini. Semasa di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, mereka yang tidak meminati mata pelajaran ini akan mengganggu rakan – rakan yang lain yang sedang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan keadaan kelas menjadi seperti agak bising dan perlu diberi teguran oleh saya. Tujuan utama saya di dalam kelas adalah untuk menyampaikan input kepada murid – murid supaya mereka dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh saya dengan jelas dan mudah difahami oleh mereka. Jika terdapat murid – murid yang melakukan kerja selain daripada memberi tumpuan di dalam kelas, ini bermakna mereka tidak meminati subjek sains. Di dalam kelas ini terdapat murid yang mempunyai pencapaian yang berbeza iaitu murid yang mempunyai pencapaian tinggi, sederhana dan lemah. Di dalam kelas ini terdapat beberapa murid yang berprestasi tinggi, sederhana dan lemah. Saya dapat mengelaskan pencapaian murid dengan menggunakan keputusan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah 1 (PKBS 1) yang telah dijalankan pada 7, 8 dan 9 Mac 2011. Secara puratanya, kebanyakkan murid di dalam



tahun 5 Usaha mendapat pencapaian yang sederhana dan hanya sebilangan kecil murid yang mendapat pencapaian yang tinggi dan rendah. Melalui pemerhatian saya, terdapat murid yang berasa kurang bersemangat semasa waktu mata pelajaran sains. Mereka akan meletakkan dagu di atas meja, menongkatkan kepala dengan tangan dan sebagainya. Apabila ditegur oleh saya, murid tersebut akan membetulkan kedudukannya duduk seperti biasa, malangnya murid tersebut akan kembali meletakkan dagu di atas meja. Tidak kurang juga mereka yang berasa kurang bermaya dan letih. Mungkin kerana waktu kelas terakhir iaitu 2 masa dan 1 masa sebelum balik pada hari Selasa dan Rabu, menyebabkan mereka berasa letih kerana waktu persekolahan hampir tamat untuk hari tersebut. Pada hari Rabu, pada waktu pagi mereka mempunyai subjek Pendidikan Jasmani dan mereka berasa letih dan lesu untuk mengharui setengah jam terakhir sebelum pulang ke rumah. Pada pendapat saya, sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek teras sesuai dijalankan pada sebelah pagi. Ini kerana pada ketika itu, murid – murid masih mempunyai semangat untuk belajar kerana minda mereka masih segar dan fizikal serta mental mereka berada di dalam keadaan bersedia untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru.