Laporan Refleksi Pengajaran Mikro [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 PENGENALAN Pengajaran mikro adalah satu teknik pengajaran yang memakan masa tidak melebihi lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih (Mok Soon Sang, 2008). Pengajaran mikro ini memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu. Apabila digabungkan semuanya akan menjadi satu pengajaran yang lengkap. Tujuannya adalah untuk membolehkan guru mempraktik kemahiran mengajar secara berperingkat. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka melalui aktiviti pengajaran yang dijalankan seperti pengajaran set induksi, aktiviti berkumpulan atau percubaan menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori, pendekatan, dan strategi pembelajaran juga boleh diterapkan melalui aktiviti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) ini. Pada 12 March 2020, kumpulan kami yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Sim Xin Ru, Cindy Cheong Kar Yin, Tan Yi Er, Evelyn Cheng Yi Wen dan Teoh Xing Ai telah berbincang dan berkolaborasi untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran mikro yang selaras dengan kehendak tugasan PRKA3012 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran. Kandungan pembelajaran yang dipilih untuk pengajaran mikro kumpulan kami ialah topik Keselamatan Bengkel dalam sukatan pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4. Jumlah jangka masa bagi pengajaran mikro kami adalah selama 60 minit (1 jam). Dengan itu, tujuan penulisan ini adalah untuk melaporkan hasil refleksi kami terhadap pelaksanaan simulasi pengajaran mikro yang telah dijalankan pada 22 March 2020.



2.0 Kekuatan Pada aktiviti set induksi, guru membimbing murid memahami kepentingan mematuhi peraturan bengkel dengan tayangan video dan bahan persembahan elektronik (paparan slaid). Video yang ditayangkan berjaya menimbulkan kesedaran murid terhadap akibat jika murid tidak mengikuti peraturan bengkel dan arahan guru serta menggunakan alatan tangan dan mesin dengan mengikut naluri ingin tahu. Gambar-gambar kemalangan juga dipaparkan berserta kesan dan punca sebagai amaran kepada murid supaya sentiasa akur kepada arahan guru dan peraturan bengkel. Sepanjang aktiviti induksi, strategi soal jawab digunakan untuk memastikan murid sentiasa memberi perhatian. Guru juga memberikan pujian kepada murid untuk memotivasikan murid menjawab soalan guru. Set induksi tersebut telah berjaya memberikan kesedaran murid tentang



tujuan pengwujudan



peraturan-peratuan bengkel dan kepentingan mematuhinya serta membantu arah untuk memulakan isi pelajaran. Seterusnya, pada langkah pertama iaitu fasa imaginasi, guru menerangkan peraturan keselamatan diri, bengkel, peralatan dan bahan persembahan elektronik dengan jelas, ringkas dan mudah difahami. Selepas itu, guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan untuk membuat kesimpulan kecil dalam bentuk komunikasi yang unik, iaitu penggunaan peta pemikiran (i-Think Map). Setelah melukis peta, setiap kumpulan dikehendaki menghantar satu wakil untuk membuat perbentangan hasil mereka. Dengan ini, murid-murid dapat membuat perbincangan dan bekerjasama antara ahli kumpulan dan juga digalakkan bercakap di hadapan, guru juga dapat memastikan kefahaman mereka serta memperkuatkan ingatan mereka terhadap peraturan-peraturan bengkel. Pada langah kedua, fasa perkembangan, guru menerangkan maksud simbol dan tanda keselamatan di bengkel dengan tayangan slaid. Kemudian, guru telah menjalankan permainan ‘lihat dan jawab’, di mana murid dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan seperti mana yang dipaparkan pada slaid. Kekuatan di sini adalah penerangan maksud simbol dan tanda keselamatan yang jelas dan mudah difahami. Tambahan, paparan slaid tersebut juga disertakan dengan gambar-gambar simbol dan tanda bagi memudahkan pemahaman murid serta membolehkan murid-murid mematuhinya semasa berada di bengkel nanti. Permainan kecil yang dijalankan juga telah merangsang ingatan murid dan menjana idea mereka serta memastikan proses PdPc dijalankan dengan berkesan. Pada fasa tindakan iaitu langkah ketiga pada proses PdPc, langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel telah diterangkan dengan jelas oleh guru. Cara merawat luka dan merawat mangsa renjatan elektrik telah diterangkan oleh guru dengan paparan peta minda berserta gambar. Selepas itu, simulasi kedua-dua cara merawat ini dijalankan atas bimbingan guru. Kekuatan di sini membolehkan murid lebih memahami cara dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel. Sikap rasional dan keyakinan juga dapat diterapkan melalui aktiviti simulasi ini. Seterusnya, guru memberi penerangan alat, tujuan dan kepentingan peti pertolongan cemas serta lembaran kerja sebagai tambahan pengetahuan dan mengukuh kefahaman murid. Pada penutup, murid dibimbing oleh guru dalam membuat rumusan topik pelajaran hari ini. Sepanjang aktiviti, murid diberi peluang untuk bertanya dan memberi pandangan. Melalui aktiviti ini, kemahiran merumuskan, mengimbas kembali, nilai berani dan yakin dapat dipupuk dalam kalangan murid. Akhir sekali, guru akan memberi lembaran kerja kepada murid untuk membantu mereka mengulang kaji topik hari ini.



Sepanjang aktiviti PdP mikro ini, terdapat banyak kaedah pembelajaran dijalankan dan telah membolehkan objektif pembelajaran murid dapat dicapai. Penerapan elemen merentas kurikulum (EMK) seperti keusahawanan, kreativisi dan inovasi, nilai murni dan kemahiran TMK juga berjaya menjadikan proses PdPc dijalankan dengan lancar, kreatif, seronok, kondusif dan berkesan . 3.0 Kelemahan Kelemahan pertama kumpulan kami dalam pelaksanaan pengajaran mikro adalah pengurusan masa. Pengurusan masa amat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Pertanyaan guru yang terlalu banyak semasa set induksi dijalankan telah menyebabkan kesuntukan masa untuk aktiviti yang seterusnya. Malah, tayangan video yang sepanjang 2 minit sudah mencukupi dan mampu membantu guru sebagai set induksi untuk menarik perhatian murid-murid di dalam kelas. Kelemahan seterusnya ialah kemahiran guru dalam merancang aktiviti PdP dan mengurus masa semasa proses PdP dijalankan. Guru perlulah mahir dalam mengawal masa aktiviti mengikut perancangan yang dilakukan sebelumnya. Sebagai contoh, berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang direka, masa yang dirancang bagi sesuatu aktiviti adalah selama 15 minit. Namun, guru hanya menggunakan masa selama 10 minit sahaja semasa PdP mikro dijalankan. Hal ini akan menyebabkan 5 minit yang terlebih itu dikosongkan dan tiada aktiviti dijalankan. Selain itu, guru perlulah membuat penyediaan PdP yang secukupnya sebelum aktiviti pengajaran dilaksanakan. Sebagai contoh, dalam RPH guru menyatakan bahawa akan mengajar kepentingan peti pertolongan cemas. Tetapi, kecuaian guru dalam penyediakan paparan slaid menjadikan kurang penjelasan dan penerangan terhadap bahagian ini semasa proses PdP dijalankan. Tambahan lagi, guru perlulah mengajar dengan menunjukkan keyakinan tinggi. Kelakuan guru yang gelisah dan panik semasa mengajar akan menunjukkan ketidakyakinan guru dan menjadikan murid kurang percaya kepada kita.



4.0 Ramalan kesan Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan memberikan kesan kepada guru dan murid. Oleh itu, setelah kumpulan kami menjalankan pengajaran mikro mengenai topik 1 RBT Tahun 4, kami telah mengenalpastikan beberapa kelemahan dan dari situlah, kami turut menyenaraikan beberapa kesan yang mungkin berlaku jika kelemahan ini tidak dibetulkan. Pertama sekali, kelemahan kumpulan kami adalah dari aspek pengurusan masa. Kumpulan kami telah menggunakan masa yang lebih dalam set induksi. Hal ini telah menyebabkan guru yang lain tidak dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mereka dalam masa yang ditetapkan. Sekiranya guru lain tidak berupaya untuk mempercepatkan penyampaian pengajaran pada sesi masing-masing, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan tidak dapat dijalankan dengan lancar akibat kesuntukan masa. Bukan itu sahaja, objektif dan hasil pembelajaran mungkin tidak tercapai kerana guru lain tidak sempat menyampaikan pengajaran mereka dengan jelas dan tepat. Hal ini secara langsung turut menyebabkan guru berasa gelisah dan tidak tenang semasa mengajar kerana masa yang tidak cukup. Seterusnya, kami telah mendapati bahawa kami tidak menggunakan masa dengan bijak dan sebaik-baiknya. Hal ini demikian kerana kami tidak menpelbagaikan aktiviti dan mempunyai kelemahan dalam menguruskan masa sehingga menyebabkan kami telah habis menyampaikan sesi pengajaran lebih awal daripada masa yang dijangkakan. Bukan itu sahaja, kami kurang menjalankan komunikasi dua hala semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menyebabkan murid berasa bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Buktinya, kami hanya menyampaikan pengajaran berpandukan slaid pembentangan yang disediakan sahaja dan kurang berinteraksi dengan murid sepanjang proses PdP dijalankan. Secara tidak langsung, penglibatan murid kurang aktif dalam pembelajaran dan guru juga tidak mampu mewujudkan bilik darjah yang memenuhi kriteria pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Akhir sekali, kami mendapati bahawa kami mengalami ketidakyakinan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa menyampaikan penerangan atau isi pembelajaran, kami telah menunjukkan ketidakyakinan di mana kami kelihatan gelisah dan tidak lega semasa mengajar. Jika guru tidak yakin terhadap pengajarannya, guru akan gagal dalam mengawal kelas dan murid akan kurang mempercayai penerangan yang disampai



daripada guru. Hal ini demikian kerana nada suara dan pergerakan yang tidak yakin telah menimbulkan rasa ketidakpastian dan kekeliruan dalam kalangan murid. Dengan itu, murid akan kurang memahami pembelajaran mereka. Bagi murid yang nakal, mereka akan mencabar kuasa guru dengan melakukan perlakuan yang mengganggu guru serta murid lain. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan ketidaklancaran proses pengajaran dan pembelajaran di samping mewujudkan suasana ketidakharmonian dalam bilik darjah. Jelasnya, ramalan kesan dapat memberi kemunkinan yang akan berlaku dalam proses pdp yang akan datang dalam . Dengan penambahbaikan dari masa ke masa, maka kami berupaya dan berkebolehan untuk merancang RPH yang baik dan menjalankan proses PdP dengan lancar dan berkesan supaya objektif pembelajaran tercapai.



5.0 Penambahbaikan Sebagai penambahbaikan, saya mencadangkan guru untuk merancang dan menetapkan proses pengajaran sebelum masuk kelas. Guru harus bijak menguruskan masa dengan menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan. Cara ini membolehkan guru menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun. Seletah merancang dan menetapkan proses pengajaran, guru harus melaksanakan rancangan dengan tegas. Tambahan pula, guru juga perlulah sentiasa berfikir cergas dan mahir menyelesaikan masalah yang berlaku tetiba-tiba. Sebagai contoh, jika terdapat masa kosong yang terlebih semasa PdP dijalankan, guru boleh memanfaatkannya dengan aktiviti soal jawab, lakonan atau permainan kecil yang berkaitan dengan kandungan pelajaran. Selain itu, guru harus menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan keyakinan guru akan menjadikan penyampaian guru lemah, tidak tersusun, tersekat-sekat dan mengakibatkan mesej yang hendak disampaikan tidak jelas. Hal ini turut menjejaskan kepercayaan murid terhadap guru. Menurut pengetahuan, pembelajaran.



Abd.



Rahim



khususnya Bagi



(1999),



dalam



seseorang



bidang



meningkatkan



yang



tahap



guru



perlu



berkaitan



keyakinan,



mempunyai



dengan guru-guru



pelbagai



pengajaran harus



dan



sentiasa



melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahun. Guru yang cekap dapat menggunakan pengetahuannya yang luas untuk dirinya supaya lebih cekap dalam melaksanakan tugasnya dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sering berubah.



Akhir sekali, guru perlulah sentiasa mewujudkan hubungan mata dan mengekalkan hubungan mesra semasa berkomunikasi dengan murid supaya komunikasi antara guru dan murid dijalankan berkesan turut serta membolehkan proses PdP dijalankan lancar.



6.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, pelaksanaan pengajaran mikro kami pada kali ini telah berakhir dengan jayanya. Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, iaitu En. Ahmad Puad atas didikan dan bimbingan beliau yang membantu kami dalam tugasan ini. Kami juga amat bersyukur atas segala kerjasama dan pertolongan antara ahli kumpulan sepanjang pelaksanaan pengajaran mikro ini. Melalui pelaksanaan tugasan ini, kami telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam konteks penyediaan pengajaran mikro. Walaupun pengajaran mikro pada kali ini hanyalah bersifat simulasi, namun pengalaman yang berharga ini secara tidak langsung telah memberi gambaran kepada kami tentang alam pengajaran sebenar di bilik darjah. Melalui tugasan ini, kami dapat mengetahui masalah dan cabaran yang akan dihadapi semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kami juga dapat menyelesaikan kelemahan saya supaya murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif pengajaran tajuk pada hari itu. Seperti kata hikmat bahasa Inggeris yang berbunyi ‘practice makes perfect’, kami percaya bahawa tiada apa yang boleh menjadi penghalang kepada kami untuk mengatasi kelemahan tersebut. Akhir kata, semoga segala ilmu kemahiran dan pengalaman yang ditimba melalui pelaksanaan pengajaran mikro ini dapat membantu kami untuk menempuhi alam pendidikan yang sebenar pada masa akan datang nanti.



7.0 Sumber rujukan: Cikgu Kee Kee. (2011). RPH & Refleksi, diakses pada 1 Apr, 2020, daripada http://cikgukeekee.blogspot.com/p/rancangan-pengajaran-harian.html Kemahiran Asas Pengajaran Mikro. (2014). Diakses pada 2 April, 2020. Daripada http://karpusilmu.blogspot.com/2014/07/kemahiran-asas-pengajaran-mikro.html Mok Soon Sang.



(2008).



Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran.



Puchong:



Penerbitan Multimedia. Zulfadli Zulkefly. (2017). Penulisan Refleksi Pengajaran Makro. Dicapai pada 10 Mac 2020, daripada Pengajaran-



https://www.scribd.com/document/354788117/Penulisan-ReflektifMakro



Heng Chun Mei. (2011). Matematik(RPH & Refleksi). Dicapai pada 11 Mac 2020, daripada http://hengchunmei.blogspot.com/p/matematikrph-refleksi.html



joe zulkefli. (2014). Refleksi Pengajaran Makro. Dicapai pada 11 Mac 2020, daripada https://www.slideshare.net/jahirjowan/refleksi-pengajaran-makro