20 Unit 10 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



Unit 10 TANDA BACAAN BAHASA MELAYU



HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai membaca unit ini, anda semestinya dapat: 1. mengenal pasti penggunaan tanda sempang dalam bahasa Melayu. 2. menjelaskan penulisan imbuhan pinjaman, rangkai kata dan kata majmuk.



Pengenalan Fokus huraian bab ini adalah tentang penggunaan tanda sempang dalam bahasa Melayu. Di samping itu, anda akan ditemukan juga dengan beberapa penulisan imbuhan pinjaman, rangkai kata dan kata majmuk dalam bahasa Melayu.



Tahukah Anda Penggunaan Tanda Sempang? Dalam penulisan tanda sempang digunakan mengikut cara-cara seperti berikut: 1. Bagi kata ulang yang diulang sepenuhnya, tanda sempang dibubuh pada bahagian kata yang diulang itu. Contoh: anai-anai anak-anak biri-biri budak-budak cantik-cantik



192



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



conteng-conteng dalam-dalam hati-hati kura-kura kupu-kupu sia-sia undang-undang 2. Bagi kata ulang yang dalam pengulangannya mengalami perubahan bunyi atau fonem, tanda sempang dibubuh antara kata dasar dan kata yang diulang. Contohnya: bukit-bukau dolak-dalik gerak-geri gunung-ganang huru-hara kucar-kucir lauk-pauk lemah-lembut porak-peranda mandi-manda mundar-mandir ramah-tamah sedu-sedan serba-serbi tunggang-langgang 3. Bagi kata terbitan yang kata dasarnya diulang, tanda sempang dibubuh antara bahagian-bahagian kata yang diulang. Contohnya:



193



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



anak-anakan akhir-akhirnya bermain-main berpeluk-pelukan bersiri-siri dibesar-besarkan ditinggal-tinggalkan karang-mengarang kait-mengait menangis-nangis melambai-lambai pukul-memukul pijak-memijak renung-merenung sayang-menyayangi Tanda sempang juga digunakan apabila kata ulang dijadikan bentuk dasar yang sekaligus mendapat awalan dan akhiran. Contohnya: dikucar-kacirkan disia-siakan diporak-perandakan menggembar-gemburkan mengucar-kacirkan. 4. Tanda sempang digunakan apabila awalan se- diikuti oleh kata nama khas yang huruf awalnya huruf besar. Contohnya: se-Nusantara



194



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



se-Malaysia se-Tanah Melayu 5. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama. Contohnya: anti-Rusia hamba-Mu kepada-Nya KDN-nya petunjuk-Nya pro-Malaysia rahmat-Nya 6. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran-an. Contohnya: tahun 50-an (tahun lima puluhan) tahun 60-an (tahun enam puluhan) tahun 70-an (tahun tujuh puluhan) tahun 80-an (tahun lapan puluhan) 7. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan awalan kedengan angka. Contohnya: ke-17 (ketujuh belas) ke100 (keseratus) ke-100, 000 (keseratus ribu) ke-1000, 000 (kesejuta)



195



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



8. Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contohnya: alat pandang-dengar duti anti-lambak (anti-dumping duty) mikro-zat makanan (micronutrient) lima butir-isi peluru (load 5 rounds) larutan Krebs-Ringer (Kerbs-Ringer Solution) nodus sino-atrium (sino-atrial node) antisiklon semi-kekal (semi-permanent anticyclone) perbadanan semi-awam (semi-public corporation) semi-berdaulat (semi-sovereign) suai-iklim (acclimation) penyesuai-ikliman (Acclimatization) (Abdul Hamid Mahmood, 2010: 156-160)



1. Jelaskan penggunaan tanda sempang dalam bahasa Melayu di Malaysia?



Tahukah Anda Penulisan Imbuhan Pinjaman? Penulisan Imbuhan Pinjaman yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti yang berikut:



Penulisan Secara Serangkai Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu imbuhan-imbuhan pinjaman seperti ab, anti, bi, dasa, dwi, eka, hidro, homo, infra, kontra, maha, makro, mikro, mono, panca, pan, poli, pra, re, semi, sub, swa, tata, tele, trans, tuna, ultra, isme, ita, man, wan dan wati, penulisannya dilakukan secara



196



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



serangkai. Maksudnya imbuhan pinjaman itu dirangkaikan pada kata dasar. Contohnya: Abnormal Antikerajaan Antitoksin Autobiografi Biadab Dasarwarsa Dwibahasa Dwibulanan Ekabahasa Ekafungsi Hidrometer Homograf Infrastruktur Interkom Kontrarevolusi Mahasiswa Makroskop Mikrofilem Monograf Pancaindera Panteisme Politeknik Prasangka Prokerajaan Prodemokrasi Reaksi Semiprofesional Subgolongan Substandard Swasaya Tatabahasa Tatertib Telefoto



197



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



Transmigrasi Tunasusila Ultralembayung Ultrasonik Kolonialisme Biduanita Seniman Angkasawan Seniwati



Penulisan Kata Maha Secara Terpisah Dalam Bahasa Melayu terdapat juga kata maha yang ditulis secara terpisah. Contohnya: Maha Besar Maha Mengetahui Maha Esa Maha Bijaksana Duli Yang Maha Mulia



Ejaan Bagi Kata Depan Peraturan penulisan kata depan ejaan lama yang menggunakan tanda sempang (-) selepas kata depan di dan ke kini digugurkan dalam Ejaan Rumi Baharu. Kata depan ditulis secara berasingan atau berpisah. Contohnya: Ejaan Lama



Ejaan Baharu



di-atas di-bawah di-dalam di-pejabat di-sekolah di-Hotel Merlin



di atas di bawah di dalam di pejabat di sekolah di Hotel Merlin



198



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



di-seluruh dunia di-England



di seluruh dunia di England



Ejaan Bagi Partikel Ada empat jenis partikel dalam bahasa Malaysia, iaitu lah, kah, tah dan pun. Partikel –lah, -kah dan –tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan lama ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya, tanpa tanda sempang dalam Ejaan Rumi Baharu. Contohnya: adalah datanglah tolonglah apakah benarkah apatah bilatah Ada dua cara menulis partikel pun. Bagi partikel pun yang membawa makna “juga” ditulis berasingan atau terpisah daripada kata yang mendahuluinya. Contohnya: Jika ibu pergi, anaknya pun ingin pergi. Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke sini. Ahmad pergi ke bandar dan Aminah pun pergi ke bandar. Bagi partikel pun yang satu lagi itu, ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel tersebut, iaitu:



199



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



adapun ataupun kalaupun mahupun sekalipun lagipun bagaimanapun



andaipun biarpun kendatipun meskipun sungguhpun walaupun



Ejaan Bagi Kata Ganti Singkatan Dalam Bahasa Melayu terdapat empat jenis kata ganti singkatan, iaitu ku, kau, mu dan nya; ku dan kau sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Contohnya: kuambil kulihat kuterima



kauambil kaulihat kauterima



Kata ganti singkatan ku, mu dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Contohnya: hatiku cintaku untukku



hatimu cintamu untukmu



hatinya cintanya untuknya



Kata ganti singkatan mu dan nya bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan mengguna tanda sempang (-). Contohnya: Ampunlah hamba-Mu, ya Tuhanku. Tolonglah hamba-Mu, ya Tuhanku. Mereka momohon rahmat-Nya, hidayat-Nya dan petunjuk-Nya.



200



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



Rangkai Kata Dalam bahagian ini kita akan membicarakan hal tentang rangkai kata. Dalam Bahasa Melayu rangkai kata juga dikenali sebagai tanda nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi. Ejaan bagi rangkai kata atau frasa tersebut secara terpisah seperti dalam contoh-contoh yang berikut: Ejaan Frasa Nama anak sulung burung merpati rumah besar pokok kelapa perempuan gemuk Ejaan Frasa Kerja ambil berat berjalan cepat bangung awal sembahyang subuh terbang tinggi Ejaan Frasa Adjektif biru laut hijau daun hitam manis merah jambu masam muka Ejaan Frasa Sendi di sekolah di dapur di Kuala Lumpur



201



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



ke Melaka ke Amerika



Kata Majmuk Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua kata dasar atau lebih yang membawa satu makna, hubungan makna antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk itu sangat erat bentuknya hinggakan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kata majmuk “kereta lembu” tidak boleh disisipkan dengan perkataan “itu” atau “yang” menjadikan “kereta itu lembu” atau “kereta yang lembu”. Kata majmuk berbeza dengan rangkai kata atau frasa kerana rangkai kata atau frasa boleh menerima penyisipan unsur lain, misalnya rangkai kata “rumah besar” boleh disisipkan dengan perkataan “yang” menjadikan “rumah yang besar”. Pengejaaan kata majmuk dilakukan melalui dua cara, iaitu cara terpisah dan cara tercantum.



Ejaan Cara Terpisah Kata majmuk yang dieja secara terpisah ini terdiri daripada kata majmuk yang terbentuk daripada dua kata bebas. Contohnya: air batu air hujan alat tulis baju kemeja Kata majmuk yang terdiri daripada kata-kata istilah khusus, baik istilah yang terbentuk daripada dua kata bebas mahupun tiga kata bebas dieja dengan terpisah. Contohnya: batu kapur garis pusat kanta tangan



202



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



Kata majmuk yang terbentuk daripada kata yang digunakan sebagai gelaran juga dieja secara terpisah. Contoh: Duta Besar Ketua Menteri Ketua Setiausaha Negara



Ejaan Cara Tercantum Dalam Bahasa Melayu terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. (Nik Safiah Karim dan rakan, 1980: 35). Antara kata majmuk yang mantap dan dieja tercantum adalah seperti yang berikut: adakala antarabangsa apabila apahal



Ejaan Tercantum Yang Sudah Mantap Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 74) telah menyenaraikan 15 perkataan yang terdiri daripada kata majmuk yang penggunaannya sudah mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja satu perkataan. Bentuk-bentuk perkataan tersebut ialah: antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari



setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya



203



TANDA BACAAN BAHASA MELAYU / 10



Ejaan Penggandaan Kata Majmuk Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata majmuk itu sahaja dan ejaannya dilakukan dengan cara meletakkan tanda sempan pada kata yang digandakan. Contohnya: alat-alat tulis balai-balai raya kapal-kapal terbang suku-suku kata Ketua-Ketua Menteri



gambar-gambar rajah garis-garis pusat model-model linear Menteri-Menteri Besar Naib-Naib Canselor



Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 75) satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya: pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara



setiausaha-setiausaha tandatangan-tandatangan



Rujukan Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdul Hamid Mahmood (2010). Menguasai bahasa Melayu tinggi. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.



204