7 Ciri-Ciri Wacana [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CIRI WACANA KOHESI (tautan) • Bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. • Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui – Hubungan antara satu perkataan – Frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama – Frasa atau ayat dengan perkataan • Contoh:Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakan. Mereka ke sana untuk meminjam buku. Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Muhammad, Fatimah dan Azian, sementara sana merujuk kepada perpustakaan. KOHEREN (runtutan) • Tatabahasa Dewan (2005:525) menjelaskan ia merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi teks itu bermakna. • Contoh:Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. TUJUAN • Ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. • Untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. • Menentukan jenis wacana yang digunakan. • Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya. PENERIMAAN







Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.



MAKLUMAT • Terbahagi kepada dua; maklumat lama (maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya) dan maklumat baharu (maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini). • Contoh:Maklumat lama Muhammad memandu van. Van itu kepunyaan Hassan.



Maklumat baharu



KEADAAN • Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. • Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting. INTERTEKS • Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana yang lain. • Wacana-wacana lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. • Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarnya itu.