A - Falsafah Pendidikan Guru Group [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU



Falsafah Pendidikan Guru digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh negara dan membentuk guru yang berkualiti selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan.



Menurut Choong Lean Keow didalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPG menjelaskan jenis guru diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di dalam FPG ialah “guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi



negara



serta



menyanjung



warisan



budaya



negara,



menjamin



perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”. (Keow, 2008, ms. 127).



Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah penting untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guru-guru bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Elemen-elemen FPG



Analisis



Bepekerti mulia







Sahsiah guru yang baik- berbudi bahasa,



bersopan,



berdisiplin,



bermoral dan sebagainya. Berpandangan progresif dan saintifik







Berkembang



mengikut



peredaran



zaman yang kini memberipenekanan







kepada sains dan teknologi, Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional



Bersedia menjunjung aspirasi negara







Menghayati aspirasi negara yang







dihasratkan Berusaha agar dapat menyumbang secara



maksimum



ke



arah



pencapaian aspirasi negara. Serta



menyanjung



warisan







Menghayati







negara yang unik, Memupuk sifat bangga



kebudayaan negara



warisan



kepelbagaian 



kebudayaan terhadap



budaya



kalangan murid, Menyemai sifat



dalam



patriotisme



dan



dari



segi



cintakan negara Menjamin perkembangan individu







Peranan



guru



perkembangan



diri



dan



perkembangan



murid



secara



menyeluruh (aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek) Memelihara suatu masyarakat yang







Tanggungjawab guru sebagai ahli



besatu padu, demokratik, progresif



masyarakat



dan berdisiplin



kepada pembangunan negara Berusaha agar masyarakat dapat







memenuhi



yang



aspirasi



menyumbang



dan



hasrat



negara yang telah ditetapkan



Elemen yang pertama iaitu berpekerti mulia. Pekerti yang mulia merujuk kepada sahsiah seseorang guru. Guru yang bertindak sebagai agen perubahan pelajar perlu terlebih dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi keperibadian guru. Antara sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral. Sekiranya seorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap misalnya merokok dalam kawasan sekolah,



sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik untuk pelajar-pelajar. Pelajarpelajar yang baru meningkat dewasa mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Jadi sekiranya guru merokok di kawasan sekolah, pelajar akan turut sama melanggar disiplin sekolah dengan menghisap rokok. Mungkin budaya merokok dianggap mudah tetapi budaya inilah yang akan mendorong pelajar-pelajar untuk melakukan lebih banyak masalah di sekolah seperti gengsterisme dan vandalisme. Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes yang melibatkan guru, contohnya guru mencabul pelajar di sekolah. Hal-hal sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya guru mempunyai pekerti yang baik. Guru berperanan menjadi contoh teladan kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama telah memusnahkan kepercayaan pelajar itu terhadap guru. Justeru, bagaimanakah aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru mampu tercapai. Maka, elemen pekerti yang mulia dalam kalangan guru diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Guru supaya aspirasi negara dapat dicapai. Elemen kedua iaitu berpandangan progresif dan saintifik. Progresif dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud sentiasa bergerak maju dan bertujuan untuk mencapai kemajuan, manakala saintifik pula bermaksud suatu kaedah yang teratur atau bersistem. Selaras dengan matlamat wawasan 2020 yang dihuraikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, iaitu bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Seorang guru mestilah bergerak maju dan bersistem atau dengan kata lain seorang guru perlu berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi. Dunia tanpa sempadan memaksa guru-guru bersifat progresif terutama untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Contohnya, jika zaman dahulu, pelajar hanya mengharapkan bimbingan dari guru dalam pelajaran tetapi dengan kemajuan teknologi masa kini, pelajar boleh belajar walaupun tidak ada guru untuk memantau. Guru juga mudah untuk mencari maklumat dengan menggunakan teknologi. Sebaliknya jika seorang guru itu tidak progresif selaras dengan kemajuan negara, sudah pasti guru tersebut akan



ketinggalan dalam bidang perguruan itu sendiri. Seorang guru yang progresif dan saintifik mestilah bergerak seiring dengan kemajuan dan berusaha agar tidak ketinggalan terutamanya dari segi profession keguruan. Ini bermakna guru perlu berusaha untuk berfikiran maju dan berani mencipta satu inovasi dalam pendidikan. Elemen yang ketiga iaitu bersedia menjunjung aspirasi negara. Aspirasi dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai agen yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk mendidik generasi muda supaya dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Guru perlulah benar-benar menghayati aspirasi negara yang dihasratkan supaya pembentukan modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. Sebagai pendidik, guru perlu menerapkan kesemua aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis. Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti, jadi aspirasi negara sudah pasti tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para guru inilah yang akan menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk menjunjung aspirasi negara Malaysia. Tambahan pula, guru perlu berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Contohnya, guru perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti mendidik pelajar dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada beberapa kes yang tidak sihat melibatkan guru, misalnya kes guru yang ponteng kelas, tidak berada di kelas yang sepatutnya tanpa alasan, dan ada juga guru yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika kes-kes sebegini berterusan, di mana kredibiliti seorang guru yang sepatutnya menjunjung hasrat negara? Maka, melalui Falsafah Pendidikan Guru inilah yang bertindak untuk menjadi garis panduan dan pegangan untuk di setiap guru di Malaysia. Elemen seterusnya ialah bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara. Negara kita, Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik. Sebagai guru, kita perlulah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan sahaja dari segi adat resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan tradisional,



permainan tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus. Kesemua aspek ini perlu dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Seorang guru berperanan untuk memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar. Mereka perlu menghargai keunikan kebudayaan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai ini, guru boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan dengan kebudayaan. Misalnya, mewujudkan malam kebudayaan dan warisan di mana pada malam tersebut ditonjolkan budaya bagi setiap kaum yang ada di Malaysia. Secara tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan budaya kaum-kaum lain. Di sini, gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam memelihara warisan kebudayaan negara. Guru juga perlu menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan dalam diri pelajar supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu masa nanti. Sekiranya guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak mustahil penjajah akan kembali mencari ruang dan peluang untuk menjajah semula negara. Guru tidak seharusnya berasa senang hati atas kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 54 tahun ini. Anasir-anasir luar sentiasa menantikan peluang untuk menjajah semula sekiranya kita lalai dan leka. Generasi muda yang bakal dilahirkan oleh warga pendidik inilah yang akan beruang untuk mempertahankan kemerdekaan dan keamanan negara pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam menerapkan unsur patriotisme dalam diri pelajar. Pelajar yang hanya pintar dari sudut intelek tetapi tidak punyai semangat patriotisme hanya akan merosakkan negara. Contohnya, pelajar yang mahir dalam bidang ekonomi, seharusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara tetapi sekiranya mereka tidak mempunyai semangat cintakan negara, berkemungkinan besar individu-individu yang cerdik pandai inilah akan merosakkan negara misalnya dengan berkomplot dengan negara luar dalam usaha untuk menjatuhkan negara. Jadi, di sini amat jelas peranan guru



yang sangat penting untuk menerapkan semangat patriotisme supaya keadaan seperti itu tidak akan berlaku pada negara yang tercinta ini. Elemen yang kelima iaitu menjamin perkembangan individu. Guru bertanggungjawab untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Golemen (1995), kecerdasan intelek semata-mata tidak menjamin kebahagiaan hidup seseorang individu. Malah, dengan hanya kecerdasan intelektual yang diberi penumpuan tidak mampu untuk melahirkan insan yang matang, tabah, berani, kuat, teguh dan rendah diri. (Muhammad Mahyudin Nafis, 2007). Individu yang seimbang merangkumi empat aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Guru



berperanan



untuk



membentuk



perkembangan



murid



secara



menyeluruh iaitu merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan. Bukan sahaja perkembangan murid perlu dititik beratkan, sebaliknya guru itu sendiri perlu mempunyai kesemua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkara utama yang perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai guru berkualiti, kita mestilah lengkapkan diri dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek iaitu berilmu pengetahuan, mahir IT, menguasai Bahasa Inggeris dan mempunyai daya kreativiti dan inovatif. Cabaran pada hari ini memerlukan guru untuk memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran. Begitu juga dengan kemahiran dalam teknologi maklumat yang perlu dikuasai sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru juga perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Seterusnya mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea menjadi lebih menarik. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam



menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan .guru juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Seorang guru yang mempunyai jasmani yang berkualiti ialah mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan



berkesan.



Guru



yang



berkualiti



juga



harus



memiliki



kemahiran



berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Guru juga perlu mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform. Ini bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar. Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan Etika Perkhidmatan. Guru juga perlu mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya



iaitu



menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. Di samping itu, seorang guru juga hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan. Elemen yang terakhir dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru mempunyai tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru mestilah berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan. Untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Guru ini, guru perlu menjadikan diri mereka sebagai rol model kepada masyarakat kerana gurulah yang membentuk masyarakat itu. Guru yang berkualiti dan baik akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin selaras dengan hasrat dan aspirasi negara kita, Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai



akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama pepatah Melayu, “bapak borek, anak rintik”. Jikalau anak meniru tingkah laku ayahnya di rumah, murid akan meniru tingkah laku guru mereka di sekolah. Tingkah laku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkah laku murid yang diajar.



Standard Guru Malaysia



Dalam mengorak langkah menempuh kehidupan yang penuh dengan kokurensi sengit ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan Sudah terang lagikan bersuluh, Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Abad ke-21 menjelaskan bahawa pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai



jati



diri



yang



kukuh,



berketerampilan,



berkeperibadian



mulia,



berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Standard Guru Malaysia dicetuskan bagi memastikan semua latihan keguruan yang dijalankan oleh institusi pendidikan dalam dan luar negara memenuhi piawaian bagi melahirkan guru-guru untuk sistem pendidikan Malaysia. Beliau turut menjelaskan bahawa sistem pendidikan negara sememangnya memerlukan satu penanda aras kepada standard latihan keguruan bagi melihat pencapaian dalam bidang latihan dan pendidikan guru. Bagi sekolah kluster dan sekolah bestari, standard SGM guru dijangka lebih tinggi kerana mereka mengajar di sekolah yang memiliki akses meluas terhadap teknologi maklumat dan komunikasi



(ICT) serta menguasai komputer. Manakala, bagi sekolah sukan pula, SGM yang perlu ada pada guru ialah keseimbangan dalam penguasaan akademik dan sukan, katanya selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Pendidikan Guru di Kuala Lumpur. Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau turut meminta semua institusi latihan perguruan di negara ini supaya terus menggembleng tenaga untuk menyediakan program latihan perguruan berkualiti di samping sentiasa menambah baik baik infrastruktur dan infostruktur sedia ada secara berterusan. Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Standard Guru Malaysia (SGM) ini merupakan agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan mengikut acuan Malaysia iaitu acuan anak buah tempatan. Hal ini bagi menunjukkan bahawa hasil tangan anak tempatan mampu membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia yang mana mampu untuk memberi saingan kepada negara - negara lain. Guru yang merupakan penggerak dalam bidang pendidikan perlu mencapai kompetensi profesional dalam aspek amalan nilai profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, SGM digubal bagi mengenal pasti penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi atau institut latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan ini tercapai dan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memartabatkan profesion keguruan. Dengan tergubal nya SGM ini, diharapkan agar kita dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambah baik sejajar



dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan yang penuh dengan onak dan liku. Pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan-Persatuan Guru Malaysia, Jemale Paiman menjelaskan bahawa guru-guru di Malaysia sudah ada standard, namun piawaian itu perlu dimantapkan lagi supaya sesuai dengan keadaan semasa selain menepati standard global serta perlu diguna pakai oleh institut pendidikan perguruan (IPG) untuk melahirkan warga pendidik yang lebih berkualiti. Tidak dapat dinafikan, dalam setiap dasar yang digubal perlu ada elemenelemen penting yang merupakan tunjang kepada kewujudan sesuatu dasar, malah bertindak sebagai nadi dan penggerak kepada sesuatu dasar. Terdapat beberapa elemen-elemen penting yang perlu dipandang serius dalam SGM dalam usaha membentuk jati diri para pelajar di samping membantu untuk menambah baik kan dasar sedia ada dalam membentuk profesionalisme guru. Elemen atau lebih dikenali sebagai standard mempunyai beberapa peringkat, iaitu bagi setiap peringkat yang wujud ini tidak sama dengan peringkat-peringkat lain. Standard dieertikan sebagai pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru. Dalam SGM ini terdapat tiga standard yang perlu dirujuk oleh para guru. Standard pertama ialah amalan nilai profesionalisme keguruan, standard kedua ialah pengetahuan dan kefahaman manakala standard ketiga ialah kemahiran P&P. Ayuh kita sulusuri satu demi satu standard yang terkandung dalam SGM. Standard pertama ialah amalan nilai profesionalisme keguruan.



Amalan Nilai



Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas.



Standard ini terbahagi kepada tiga pecahan atau dikenali sebagai



domain, merujuk kepada domain diri, domain profesion dan domain sosial. Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Hal ini bermaksud penerapan nilai guru ini akan mempengaruhi ciri-ciri standard serta keberkesanan guru tersebut dalam menyampaikan perkara yang diajar. Misalnya,



penerapan nilai ini dalam diri guru akan mendorong untuk guru menunjukkan ciri-ciri tersebut lantas memberikan contoh teladan kepada para pelajar bagaimana acuan begitulah kuihnya, serta kemana tumphnya kuah kalau tidak ke nasi. Domain ini juga memfokuskan nilai-nilai, antaranya ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien. Nilai kepercayaan kepada Tuhan merupakan tunjang utama kepada pembentukan jiwa seseorang. Pengamalan dan penghayatan nilai ini membantu para guru untuk membentuk jati diri serta membersihkan jiwa daripada sikap mazmumah yang mampu menconteng arang seterusnya menjatuhkan martabat profesioan perguruan. Selain itu, nilai amanah dan ikhlas akan timbul dalam diri sekiranya hati kita bersih daripada tercemar oleh perkara-perkara negatif dan natijahnya ilmu yang disampaikan dapat diserap dan diterima oleh pelajar dengan mudah. Seterusnya, jika para guru mempraktikkan serta mementingkan nilai daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, sudah tentu hidup mereka lebih peka serta dalam pada masa yang sama juga mampu membentuk sahsiah guru. Jika para guru sihat dan aktif, sudah tentu mereka mampu bergerak aktif dan berkolaborasi dengan para pelajar dan bergerak dengan lebih cergas. Sebagai contoh, guru yang aktif untuk melaksanakan kegiatan yang mengeluarkan peluh. Hal ini sudah tentu akan mendorong diri mereka untuk melaksanakan P&P dengan berkesan, bukan sahaja dapat membantu para pelajar malah dapat memperbaiki diri sendiri. Nilai kemahiran interpersonal dan intrapersonal akan diguna pakai apabila membuat refleksi kendiri, rumusan mahupun muhasabah diri. Nilai ini mampu memandu seseorang agar guru mampu untuk menilai diri seseorang itu dalam menangani hal-hal kendiri yang akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Dalam pada itu, bagi menunjukkan semangat berpasukan, semangat sukarela ini amat ditekankan.



Kolaborasi yang terjalin mampu membentuk nilai kendiri bagi



setiap guru agar lebih efektif dalam bekerjasama ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.



Seterusnya, domain yang kedua ialah domain profesion. Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif merupakan nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini. Sebagai seorang pendidik, para guru perlu melahirkan rasa cinta terhadap profesion perguruan agar dapat menjadi seorang guru yang berkaliber serta kemenjadian seorang guru dapat ditonjolkan, seterusnya dapat merealiasasikan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Nilai berketerampilan pula merujuk kepada imej guru yang mempamerkan imej seorang guru yang berkaliber, bukannya mempamerkan imej seorang pramugari mahupun kontraktor. Nilai integriti pula merujuk kepada amanah, telus dan bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja yang diberikan. Sesungguhnya, nilai ini amat penting bagi mewujudkan satu suasana atau tempat kerja selesa dan kondusif dan hasilnya, dapat melaksanakan kerja dengan berkesan. Domain profesion ini turut menyemai semangat kerja sepasukan, iaitu guru perlu mewujudkan kolaborasi antara satu sama lain supaya budaya kerja dapat diterapkan dalam diri dan bekerja secara efektif dan efisian.



Aspek kreatif dan



inovatif turut ditekankan dalam domain ini, iaitu guru perlu lebih berfikiran dengan lebih kreatif, kritis dan inovatif agar dapat membimbing para pelajar bagi melahirkan permata negara yang mempunyai minda kelas pertama. Domain yang terakhir ialah domain sosial yang merujuk kepada medium sosial. Dalam domain ini, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Sesungguhnya, nilai keharmonian dan kemahiran sosial amat penting kerana nilai tersebut melambangkan serta mempamerkan imej seseorang guru seterusnya dapat melahirkan suasana ceria dan selesa apabali proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Sekiranya para guru mampu menyemai nilai keharmonian



dan



kemahiran



sosial



dalam



kehidupan,



maka



semangat



bermasyarakat dapat dituai dalam diri lantas dapat membantu para guru untuk bersikap lebih terbuka kepada masyarakat. Hal ini sudah tentu memudahkan para pelajar untuk mengakses dan merapatkan diri kepada guru mereka disebabkan keramahan dan sifat keterbukaan guru tersebut. Nilai kecintaan terhadap alam sekitar merupakan nilai utaman dan dan tidak harus dipandang enteng oleh setiap guru. Nilai ini semestinya diterapkan dalam diri oleh setiap rakyat Malaysia, terutamanya insan yang bergelar pendidik kerana guru ibarat suri teladan kepada para pelajar. Guru juga bertanggungjawab untuk mendidik dan menanamkan sifat cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar. Jika para guru tidak menyemai nilai tersebut adalam diri mereka, maka sudah tentu amat sukar bagi mereka untuk menyemai nilai kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri pelajar. Selain itu, apabila guru ini mencintai alam sekitar, maka sudah jelas nilai kasih sayang dapat dipupuk. Sementelahan itu, standard kedua yang terkandung dalam SGM ialah pengetahuan dan kefahaman. Standard ini juga menjelaskan bahawa guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dalam hal ini terdapat lapan bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru, antaranya ialah falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam mengkaji standard yang pertama ini, guru patut memahami dan menghayati FPK, serta matlamat dan objektif pendidikan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab agar gru dapat menterjemahkan pengetahuan ini sebagai teras dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan. Dalam bidang kokurikulum, guru patut memahami dan menghayati konsep 4K, iaitu Kemahiran Asas, Kepegawaian, Kejurulatihan dan Kepengelolaan. Konsep ini perlu diterjemahkan dalam pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum berasaskan FPK, matlamat dan objektif pendidikan. Antara faktor yang membawa kepada keberhasilan standard ini ialah, standard ini akan tercapai sekiranya guru mengetahui, memahami dan menghayati FPK dan menterjemahkannya dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran serta para



guru mengetahui dan memahami matlamat dan objektif pendidikan dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bidang kedua yang terkandung dalam standard pengetahuan dan kefahaman ialah



ialah



falsafah,



matlamat,



objektif



kurikulum



dan



kokurikulum,



hasil



pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. Bidang ini menjelaskan bahawa standard kedua ini akan dicapai apabila guru mengetahui, memahami serta menterjemahkan



falsafah Kurikulum



Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bresepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam pengajaran dan pembelajaran, seterusnya mengetahui dan memahami penggunaan hasil pembelajaran dalam perancangan pembelajaran dan pengajaran (P&P). Dalam hal ini juga, aspek yang diberi penekanan ialah dalam bidang kokurikulum dimana kini merupakan salah satu perkara yang dititik beratkan samada guru mahupun pelajar. Seterusnya, bidang ketiga yang terkandung dalam standard pengetahuan dan kefahaman ialah pengetahuan dan kefahaman mata pelajaran. Membincangkan soal ini, standard kandungan mata pelajaran yang diajarkan di sekolah telah ditetapkan serta mempunyai silibus diselaraskan, sebagai rujukan kepada para guru agar tidak terpesong daripada apa yang sepatutnya diajar. Kandungan mata pelajaran ini juga mempunyai standard yang merangkumi tahap pemikiran kreatif dan inovatif yang mana ia mampu untuk melahirkan para pelajar yang lebih maju kehadapan dan mempunyai tahap pemikiran aras tinggi. Kita semua sedia maklum bahawa standard ini akan tercapai sekiranya guru memahami dan mengetahui penggunaan sukatan pelajaran dalam perancangan pembelajaran dan pengetahuan. Selain itu, para guru juga perlu memahami dan mengetahui strategi penyerapan dan penggabungjalinan unsur daripada mata pelajaran lain dalam mata pelajaran yang diajarkan. Tambahan lagi, bidang keempat yang terkandung dalam standard pengetahuan dan kefahaman ialah pengetahuan dan kefahaman ilmu pendidikan. Kandunagn pendidikan mempunyai nilai-nilai kependidikan yang mana ia merangkumi Ilmu Pendidikan Sebagai Ilmu Normatif dan Ilmu Pendidikan sebagai Ilmu yang Bersifat Teoritis dan Praktis.



Nilai-nilai ilmu yang dijunjung tinggi dijadikan norma dan wadah untuk menentukan ciri-ciri manusia yang ingin dicapai melalui praktik pendidikan. Nilai-nilai ini tidak diperoleh hanya dari praktik dan pengalaman mendidik, tetapi secara normatif bersumber dari norma masyarakat, norma filsafat dan pandangan hidup, malah dari keyakinan keagamaan yang dianut oleh seseorang. Standard ini juga telah menekan aspek ini bagi memastikan guru mempunyai nilai-nilai sebegini bagi memudahkan sistem pembelajaran yang teratur dan mampu untuk melaksanakan sistem ini dengan lebih baik dan efektif disamping menerapkan ilmu ini dalam diri tanpa paksaan. Sementelahan



itu,



bidang



kelima



yang



terkandung



dalam



standard



pengetahuan dan kefahaman ialah pengetahuan dan kefahaman kepenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, sumber pendidikan. Teknologi maklumat dan komunikasi serta sumber pendidikan merupakan komponen penting dalam pendidikan hari ini. Guru patut mengetahui dan mengikuti perkembangan TMK yang sentiasa berubah dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran dan pengajaran. Menurut Apple Reports Of Education (1989) dalam Yusuf Hashim (1997) menyatakan pencapaian pelajar dalam pengajaran kognitif menggunakan teknologi multimedia adalah lebih baik daripada pengajaran tradisional. Sebagai contoh, guru yang mengajar matematik di sekolah menggunakan papan hitam bagi melukis bentuk-bentuk geometri yang mana ia mampu untuk menunjukkan sesuatu pada bentuk 2 dimensi berbanding komputer yang mampu menunjukkan bentuk 3 dimensi yang mana ia bolehh bergerak dan ini akan mendorong para pelajar untuk berfikir bagaimana bentuk-bentuk tersebut menjadi sedemikian lantas menggalakkan mereka berfikir.



Sesungguhnya, standard ini akan tercapai sekiranya guru



mengetahui dan memahami kemahiran pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran selain memahami dan mengetahui etika TMK. Pengetahuan dan kefahaman strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran merupakan bidang keenam yang terkandung dalam standard pengetahuan dan kefahaman. Hal ini penting bagi memastikan para guru tahu bagaimana kaedah ataupun cara bagi menghasilkan satu suasana pelajaran yang akan membantu para pelajar untuk lebih memahami apa yang diajar. Seperti yang kita ketahui, tempat belajar yang bersih akan mendatangkan pemikiran yang baik



justeru bagi memantapkan lagi apa yang sedia ada, maka penekanan aspek ini penting dalam usaha kerajaan menjadikan guru sebagai pembimbing dan perancang. Standard ini akan berjaya direalisasikan sekiranya para guru mengetahui dan memahami strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat, mengetahui dan memahami strategi untuk mewujudkan budaya kerjasama dan persaingan yang sihat dan tidak dilupakan, para guru juga haruslah mengetahui dan memahami stategi untuk mewujudkan interpersonal yang positif. Pengetahuan dan kefahaman pentaksiran dan penilaian dan penyelidikan tindakan dijadikan sandaran bagi bidang ketujuh yang terkandung dalam standard pengetahuan dan kefahaman. Umum mengetahui, penggunaan kaedah ini bukan sahaja membenarkan sejauh mana tahap pemikiran seseorang guru itu diketahui, malah membantu para pelajar untuk lebih faham tentang pengisian subjek yang diajar. Tambahan lagi, terbukti kaedah ini dapat membantu para guru untuk lebih kreatif serta memudahkan kerja di kemudian hari. Tamsilnya, guru yang mempraktikkan kaedah ini akan lebih bermotivasi terutamanya dalam P&P kerana kaedah ini akan membantu guru melalui apa yang perlu ditambah dan dikurangkan dalam sesi pengajaran ini. Standard ini pasti akan tercapai sekiranya para guru mengetahui dan memahami penggunaan pelbagai kaedah pentaksiran dan penilaian, mengetahui dan memahami prosedur dan prinsip pembinaan instrumen pentaksiran dan penilaian yang berkualiti serta guru perlu mengetahui dan memahami penggunaan maklumat pentaksiran dan penilaian untuk meningkatkan kafahaman guru terhadap murid. Seterusnya, bidang kelapan yang terkandung dalam standard pengetahuan dan kefahaman ialah pengetahuan dan kefahaman perkembangan potensi murid. Dalam konteks ini nilai pengetahuan dan kefahaman perkembangan potensi murid amat ditekan bagi melahirkan guru yang bermotivasi serta sentiasa tahu apa yang kurang dalam pendidikan. Guru turut akan dapat mengenali potensi murid itu sendiri terutamanya dalam menangani isu pelajar zaman kini yang cenderung untuk bermain permainan video. Standard ini juga membolehkan guru tahu tentang



kelebihan dan kekurangan pelajar mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ini secara menyeluruh. Para guru hendaklah memahami dan mengetahui pengenalpastian perbezaan murid daripada segi kecerdasan, kecergasan, persepsi, gaya pembelajaran dan tahap pencapaian merupakan antara faktor yang akan merealisasikan standard ini sekiranya dipraktikkan. Selain itu, para guru juga hendaklah memahami dan mengetahui cara mengembangkan potensi murid menyeluruh dan bersepadu dalam usaha merealisasikan standard ini. Di



samping



itu,



standard



ketiga



ialah



kemahiran



pengajaran



dan



pembelajaran. Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. terdapat empat kemahiran yang patut ada pada semua guru, antaranya kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.



Kemahiran ini



membolehkan para guru untuk lebih berfikiran terbuka serta membantu untuk memanfaatkan masa yang ada dan menghasilkan impak yang besar dalam pendidikan masa kini yang mementingkan penjimatan iaitu modal kecil tetapi hasil besar. Kemahiran



melaksanakan



pengajaran



dan



pembelajaran



dengan



menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran



berfikir, kemahiran



belajar, kemahiran



teknologi



maklumat



dan



komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai merupakan kemahiran kedua yang tekandung dalam standard ketiga. Aspek ini membantu guru supaya dilengkapi dengan pelbagai jenis kemahiran kerana kemahiran-kemahiran inilah yang akan membantu perkembangan diri iaitu guru dan para pelajar dalam merealisasikan wawasan 2020. Dalam usaha merealisasikan standard ini, para guru hendaklah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang, melaksanakan penggunaaan bahasa, penyerapan dan penerapan nilai murni dan semangat patriotisme merentasi kurikulum.



Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. Guru yang mempunyai standard ini mampu untuk mengesan kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri dan mampu untuk memperbaikinya dengan segera. Misalnya, guru akan membuat refleksi kendiri bersama pelajar itu sendiri mengenai pemahaman pelajar terhadap subjek yang diajar di akhir kelas. Hal ini sudah tentu akan memudahkan guru untuk melakukan penambahbaikkan terhadap kaedah pengajaran mereka ini. Para guru hendaklah menggunakan pelbagai kaedah untuk menilai perkembangan pelajaran murid serta membimbing murid untuk membuat penilaian kendiri. Jika hal ini terlaksana, maka sudah tentu standard ketiga mampu direalisasikan dalam bidang pendidikan negara kita. Kemahiran yang terakhir yang terkandung dalam standard ketiga ialah kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Berbicara mengenai hal ini, kemahiran ini merujuk kepada faktor-faktor yang mendorong diri guru ini dalam melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan terutamanya dalam mengesan faktor yang boleh menganggu pemahaman seseorang pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, kemahiran mengurus bilik darjah ini dapat dicungkilkan semasa melakukan pembelajaran yang berkesan. Faktor kelas sendiri memainkan peranan yang utama kerana kelas yang tidak ceria akan menyebabkan para pelajar terdorong untuk berasa mengantuk ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Tidak dapat dinafikan, penggubalan Standard Guru Malaysia mempunyai rasional yang tersendiri dalam usaha meletakkan bidang pendidikan negara Malaysia



pada



menggariskan



kelas kriteria



pertama. dan



Sesungguhnya,



standard



am



guru



Standard selaras



Guru



dengan



Malaysia Malaysian



Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi. KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan.



Selain itu, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi.



Tuntasnya,



profesionalisme



para



keguruan,



guru



seharusnya



pengetahuan



mempunyai



dan



tahap



kefahaman,



amalan



serta



nilai



kemahiran



pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan.