Elemen Yang Terkandung Dalam Falsafah Pendidikan Guru [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru Bepekerti mulia



Ini bermakna seseorang guru mesti mempunyai nilai sahsiah diri yang baik.Seseorang guru mestilah berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya.



Bak kata perpatah ‘Guru kencing berdiri,Murid kencing berlari’. Hal ini kerana guru merupakan role model kepada murid-murid.Setiap tingkah laku yang dilakukan akan mencerminkan keperibadian guru itu sendiri.Jika guru tidak menjaga semua nilai ini,pastinya semua murid akan mengikut jejak perbuatan yang dibuat oleh guru.



Sekiranya,jika seseorang guru tidak menjaga disiplin diri sama ada di sekolah atau luar sekolah ini akan memberi teladan yang buruk kepada muridmurid.Seperti merokok di kawasan sekolah ,memandu kereta dengan kelajuan yang tinggi dan lain-lain.



Murid-murid akan belajar semua perbuatan yang dibuat oleh guru.Dan ini akan menyebabkan pembentukan sahsiah seorang murid terjejas.Ini akan menjejaskan pembangunan sesebuah negara,kerana kekurangan insan yang cemerlang pada masa yang akan datang.



Berpandangan progresif dan saintifik



Dalam zaman perkembangan teknologi yang canggil ini,elemen ini menekakan kita supaya berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi.Sebagai guru,kita mesti berusaha memajukan diri agar tidak ketinggalan dari segi profesional.



Seperti pembelajaran masa kini buku bukanlah menjadi satu medium untuk pengajaran.Peralatan yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar pun sudah berubah.Seperti pada zaman dahulu,papan hitam merupakan tempat untuk pemyampaian pembelajaran.Kini sudah diganti dengan menggunakan



powerpoint. Sebagai guru,kita mesti belajar menggunanya dari semasa ke semasa.



Tambahan pula, kebanyakan pembelajaran sekarang juga dengan menggunakan internet.Kemudahan yang disediakan dalam internet akan memudakan guru untuk mencari maklumat.Jika seseorang guru tidak tahu melayari internet,pastinya akan ketinggalan.



Bersedia menjunjung aspirasi negara



Elemen yang ketiga iaitu bersedia menjunjung aspirasi negara. Aspirasi dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu perkara. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai agen yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk mendidik generasi muda supaya dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Guru perlulah benar-benar menghayati aspirasi negara yang dihasratkan supaya pembentukan modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. Sebagai pendidik, guru perlu menerapkan kesemua aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis.



Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti, jadi aspirasi negara sudah pasti tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para guru inilah yang akan menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk menjunjung aspirasi negara Malaysia. Tambahan pula, guru perlu berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Contohnya, guru perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti mendidik pelajar dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada beberapa kes yang tidak sihat melibatkan guru, misalnya kes guru yang ponteng kelas, tidak berada di dalam kelas yang sepatutnya tanpa sebarang alasan, dan ada juga guru yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika kes-kes sebegini berterusan, di mana kredibiliti seorang guru yang sepatutnya menjunjung hasrat negara? Maka, melalui Falsafah Pendidikan Guru inilah yang bertindak untuk menjadi garis panduan dan pegangan untuk di setiap guru di Malaysia.



Serta menyanjung warisan kebudayaan negara



Elemen seterusnya ialah bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara. Negara kita, Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik. Sebagai guru, kita perlulah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan sahaja dari segi adat resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan tradisional, permainan tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus. Kesemua aspek ini perlu dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Seorang guru berperanan untuk memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar. Mereka perlu menghargai keunikan kebudayaan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.



Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai ini, guru boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan dengan kebudayaan. Misalnya, mewujudkan Malam Kebudayaan Dan Warisan di mana pada malam tersebut ditonjolkan budaya bagi setiap kaum yang ada di Malaysia. Secara tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan budaya kaum-kaum lain. Di sini, gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam memelihara warisan kebudayaan negara.



Guru juga perlu menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan dalam diri pelajar supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu masa nanti. Sekiranya guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak mustahil penjajah akan kembali mencari ruang dan peluang untuk menjajah semula negara. Guru tidak seharusnya berasa senang hati atas kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 55 tahun ini.



Anasir-anasir luar sentiasa menantikan peluang untuk menjajah semula sekiranya kita lalai dan leka. Generasi muda yang bakal dilahirkan oleh warga pendidik inilah yang akan berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan dan keamanan negara pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam menerapkan unsur patriotisme dalam diri para pelajar.



Menjamin perkembangan individu



Guru berperanan untuk membentuk generasi muda memperkembangkan diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tugas guru bukan sahaja mengajar,



malah perlu memberi sokongan, dorongan, nasihat dan sebagai tempat rujukan murid.Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap.



Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsurunsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Perkembangan potensi individu telah membawa kepada perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri individu tersebut.



Memelihara suatu masyarakat yang besatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin



Elemen seterusnya ialah Memelihara suatu masyarakat yang besatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru juga perlu berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan Guru hendaklah menekankan unsur bersatu padu dalam segala kegiatan yang dikendalikannya dan cuba memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.



Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah menuju ke arah perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosidan jasmani. Guru hendaklah memberi peluang kepada murid-murid untuk melaksanakan serta membuat keputusan



dalam pemilihan ketua murid, pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa. Dalam pengajaran guru, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan hendaklah ditekankan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta.kedua ialah Sifat-sifat ini adalah secocok dengan hasrat memperkembangkan anggotaanggota masyarakat yang berpandangan futuristik dan progresif.



Guru hendaklah menitik beratkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bertimbang rasa, tolong-menolong, prihatin dan bekerjasama di kalangan murid-muridnya. Amalan ini akan membolehkan murid-murid membesar menjadi ahli masyarakat yang bersifat penyanyang dan berdisiplin. Email This