Aku Jam [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Search Karangan



Name: Title:



SIVABALAN BALAMURAGAN AKU SEBUAH JAM TANGAN 2012-04-10 18:06



Aku sebuah jam tangan



Aku sebuah jam tangan. Namaku ialah �Puma�. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Jerman. Warna keseluruhan diriku ialah kuning keemasan. Dimukaku ada angka satu hingga dua belas. Mukaku juga dipenuhi dengan batu permata yang cantik. Aku digunakan oleh manusia untuk menunjukkan waktu. Sebaik sahaja aku dilahirkan, aku diisi ke dalam sebuah kotak kecil. Aku kemudian dihimpunkan bersama rakanku lalu dihantar ke negara yang ku kenali sebagai Singapura. Di negara itu, aku telah ditempatkan di sebuah kedai jam yang berada di dalam sebuah pusat membeli-belah. Aku dipamerkan ke dalam sebuah almari kaca yang cantik. Setelah berada di dalam almari kaca itu selama sebulan, aku mula berasa bosan. Pada suatu hari, kedai tuanku telah didatangi seorang pemuda kacak. Dia hendak membeli sebuah jam tangan. Aku berdoa agar dia membeli diriku. Nasibku memang baik, pemuda itu berminat dengan diriku dengan harga seribu lima puluh lima dolar. Kini aku telah mempunyai tuan baru. Aku sungguh bertuah kerana tuan baruku mengambil berat tentang diriku. Beliau membawa aku ke mana sahaja dia pergi. Dia juga memuji aku di hadapan rakanrakannya kerana ketepatan masaku. Pada suatu hari, tuanku terbangun lambat. Dengan keadaan tergesa-gesa, dia mencapai aku. Malang tidak berbau, aku terlepas daripada genggaman tangannya. Aku terhempas ke lantai. Kaca di mukaku berderai di lantai. Aku menjerit kesakitan. Tetapi tidak sesiapa pun yang mendengar jeritanku. Tuanku mengangkat aku dengan tangan yang terketar-ketar. Dia berasa menyesal atas perbuatannya. Pada keesokan harinya, aku dibawa ke kedai membaiki jam. Cerminku diganti dengan



cermin yang baru. Aku menjadi seperti sediakala. Aku berharap tuanku akan berhatihati di masa yang akan datang.