AKUAKULTUR [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

HBLS4203 AKUAKULTUR



NAME : SYAHARRIDZWAN BIN SHAIFUDDIN NO. MATRIK : 830924145481001



E-MAIL : [email protected]



NO. TEL : 019-5592983



NAMA TUTOR : Email :



PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH



LATAR BELAKANG Lawatan tapak yang dilakukan di kolam ternakan ikan air tawar di Kampung Gajah Perak memberi beberapa maklumat yang sesuai dalam menyelesaikan tugasan ini. Kolam ini yang diusahakan oleh pemiliknya Encik Hisham Bin Abdul Rahim mempunyai 3 kolam memelihara ikan keli dan sebuah kolam memelihara itik. Ia terdiri daripada jenis kolam tanah. Kolam ini diusahakan bermula pada tahun 2010 bersama lima orang pekerja. Hasil produk akan dikomersilkan, manakala benih-benih ikan dibeli dari pihak luar kerana menjimatkan masa untuk menghasilkan benih-benih ikan dan kekurangan pekerja. Selain itu, sumber air pula diperolehi daripada punca mata air, sungai dan air paip bekalan. En. Hisham juga membela kambing dan lembu di kawasan sekitar kolam.



Saya bersama pemilik kolam berbaju hijau En Hisham Bin Abdul Rahim



Bangunan pengurusan



Antara ternakan lain yang ada di kolam



SISTEM YANG DIJALANKAN Kolam merupakan tempat menternak dan meletakkan ikan atau dengan kata lain ialah takungan air, terdapat tiga jenis kolam iaitu kolam tadahan, kolam ternakan dan kolam rawatan. Kolam tadahan ialah kolam yang mengumpul bekalan air sebelum disalurkan ke kolam ternakan. Sumber air diperolehi daripada sungai, mata air dan paip bekalan. Bagi sumber air dari sungai, air yang ditadah akan disalurkan ke kolam tadahan untuk memastikan air yang disalurkan ke kolam ternakan tidak tercemar dan memastikan anak-anak ikan dari sungai seperti anak ikan haruan tidak disalurkan bersama-sama air ke kolam ternakan. Hal ini bertujuan anak-anak ikan haruan atau ikan-ikan lain yang datang dari sungai membawa penyakit, memakan benih-benih ikan yang dilepaskan ke dalam kolam ternakan dan memberi persaingan kepada ikan-ikan yang diternak. Manakala bagi sumber air yang datang dari paip bekalan air yang diperolehi adalah air yang bebas dari pencemaran dan anak-anak ikan luar tetapi air yang diperolehi juga perlu disalurkan ke kolam tadahan sebelum disalurkan ke kolam ternakan sekurang-kurangnya tiga hari untuk membuang clorine yang hadir bersama air paip bekalan. Selain itu, sumber air daripada mata air pula akan terhasil dengan sendirinya melalui dasar tanah setelah kolam tanah dibina. Air dari kolam tadahan akan disalurkan menggunakan pam penggalak yang berada di dalam rumah pam.



TANGKI HITAM



KOLAM TADAHAN



RUMAH PAM



Kolam ternakan pula adalah kolam yang menempatkan benih-benih ikan sehingga besar dan boleh dipasarkan. Sumber air adalah daripada kolam tadahan, kolam ini mempunyai saluran air masuk dan saluran air keluar. Benih-benih ikan yang dimasukkan ke dalam 1 kolam yang besar adalah 6 ribu benih ikan dan 1 kolam yang kecil adalah 2 ribu benih ikan. Air dari kolam ternakan ini akan disalurkan keluar ke kolam rawatan dari semasa ke semasa. Tujuan saluran air masuk dan saluran air keluar adalah mengurang akan bau hanyir ikan yang diternak disamping menyalurkan air-air yang kotor ke kolam rawatan.



KOLAM TERNAKAN JENIS TANAH Kolam rawatan merupakan kolam yang terakhir dalam sistem penternakan ikan air tawar. Kolam ini bertujuan menadah air yang dilepaskan dari kolam ternakan bagi merawat air yang tercemar daripada bau yang dihasilkan oleh ikan semasa berada di kolam ternakan sebelum dilepaskan semula ke sungai. Selain itu, kolam rawatan juga adalah bertujuan mengelakkan daripada ikanikan atau anak-anak ikan yang terlepas dari kolam ternakan melalui saluran keluar terus ke sungai.



KOLAM RAWATAN



Longkang atau parit harus dibina di sekitar kolam ternakan bagi mengalirkan air yang lebih dari paras yang dikehendaki selain mengalirkan air yang kotor.



PARIT/LONGKANG



Gambar kawasan kolam milik En. Hashim



Saluran keluar dan saluran masuk akan dibina di semua jenis kolam bagi memasukan air dan membuang air lebihan. Saluran masuk dihubungkan dengan kolam tadahan manakala saluran keluar dihubungkan dengan parit/longkang atau terus ke kolam rawatan. Saluran ini akan dilekatkan jaring yang berlubang halus bagi menapis air yang keluar masuk.



SALURAN KELUAR



SALURAN MASUK



PENYEDIAAN KOLAM Dalam merancang pembinaan sebuah kolam tanah khususnya ikan air tawar ramai penternak tidak mendapat maklumat yang betul, keliru dan kadang kala bersifat tamak. Ini antara faktor menyebabkan fenomena kolam terbiar. Beberapa perkara asas berkenaan kolam haruslah diketahui oleh penternak dalam merancang pembinaannya. Jenis tanah yang sesuai adalah faktor utama dalam pembinaan kolam tanah antaranya: Kesesuaian tanah. Mempunyai daya takungan. Dalam bahasa mudah tanah tersebut dapat menakung air. Ini amat penting bagi memastikan kolam sentiasa berisi dengan air. Kebiasaannya tanah liat menjadi pilihan utama kerana daya takungan air yang tinggi. Tanah liat jenis berpasir antara jenis tanah terbaik dan sesuai bagi kolam tanah khusus ternakan ikan air tawar.



Sumber air. Sumber air yang bersih dan cukup penting dalam pengurusan sebuah kolam ternakan. Air sungai dan sumber air bawah tanah antara bekalan air yang biasa digunakan. Sumber air bawah tanah sekurang-kurangnya perlu dirawat terlebih dahulu kerana kandungannya yang tidak berapa ‘mesra’ dengan ternakan. Air sungai dengan sistem pengaliran yang sesuai merupakan sumber air lebih ekonomi berbanding air bawah tanah. Kegunaan air berbeza mengikut spesis ternakan diusahakan. Lokasi. Seperti bidang perniagaan, pembinaan kolam ternakan ditentukan oleh faktor penting iaitu lokasi. Elakkan kolam dibina di kawasan yang dilanda banjir , kebanyakan tanah yang sesuai bagi pembinaan kolam ternakan kebiasaannya terletak di kawasan yang ditengelami banjir seperti tanah rendah dan tepi sungai. Jenis tanah yang sesuai, sumber air dan rekabentuk kolam serta keluasan kolam adalah gabungan faktor lokasi.. Bagi kolam milik En. Hisham, ia dibina bersebelahan Sungai Perak serta merupakan kawasan bebas banjir. Membilas kolam. Kolam telah diuji sama ada mengalami kebocoran/ketirisan atau pun tidak. Selain itu, proses tersebut bertujuan membersihkan kolam daripada unsur yang tercemar dan memeriksa kadar serapan bagi menentukan kemampuan kolam menakung air. Mengeringkan kolam dan pengapuran. Proses mengeringkan merupakan proses memindahkan air keluar dari kolam sehingga kering 100%. Proses ini bertujuan membuang lumpur lembut di dasar kolam. Proses pengeringan kolam dilakukan dengan cara menjemur kolam di bawah sinaran cahaya matahari sehingga dasar kolam merekah selama 3 hingga 5 hari. Setelah kolam betul-betul kering tabur kapur (quicklime/kapur abu panas) serata dasar kolam dan ban untuk mengeraskan dan mengukuhkan dasar kolam. Selain itu, tujuan pengapuran adalah menghapuskan pesaing dan musuh ikan, mempercepatkan proses pereputan dan meningkatkan kesuburan kolam dan mempercepatkan proses pemendapan kelodak dan bahan organan berlebihan. Indeks pH tanah kolam yang stabil adalah 6.5-7.0.



Pembajaan air kolam. Pembajan kolam dilakukan bagi memastikan air kolam bertukar warna ke warna hijau. Pembajaan kolam sesuai dilakukan bagi penternakan ikan keli. Baja yang digunakan adalah tahi ayam yang di masukkan ke dalam guni dan di gantung di tepi kolam hampir dengan punca air masuk. Baja lain yang biasa digunakan adalah baja kimia, DSP, TSP. Tujuan utama pembajaan kolam adalah untuk menghasilkan dan menggalakkan pembiakan zooplankton dan fitoplankton yang akan dijadikan makanan bagi anak-anak ikan kelak. Terdapat pelbagai kaedah pembajaan air untuk tujuan penternakan ikan keli. Yang paling utama adalah, pastikan air dibaja dahulu sebelum dimasukkan ikan keli. Pengenalan pertama bagi mengetahui air telah siap sedia untuk dimasukkan anak benih ikan keli adalah air telah menghijau “AIR HIJAU” Yang paling utama dalam pembajaan air adalah, air hendaklah didedahkan dibawah pancaran cahaya matahari. Ini bagi mempercepatkan akitiviti penghijuan air. Simpan air yang anda telah baja. Ini bagi tujuan penukaran air terutama jika anda tidak menggunakan sistem kitaran air untuk tujuan penternakan. Kawalan mutu air. Kawalan mutu air adalah menguji parameter air seperti suhu, Oksigen, pH, Ammonia, Alkaliniti, Kekeruhan, Pencemaran (warna dan bau). Suhu yang optima adalah 28°c ataupun 25° hingga 32°c disemak berdasarkan perbezaan suhu permukaan air kolam dengan suhu di dasar kolam pada waktu pagi dan petang, pH (pontential Hydrogen) 6.5 hingga 8.3, Oksigen terlarut hendaklah tinggi daripada 5 ppm, Ammonia hendaklah kuarang daripada 0.5ppm, Alkaliniti 20 hingga 120ppm, ferum kuarang daripada 1 ppm dan penukaran air kolam 30-50% setiap minggu. Kekurangan Oksigen dalam air kolam ikan akan mengakibatkan tekanan terhadap ikan akan meningkat dan proses penukaran air kolam pula boleh menggurangkan Ammonia dalam air kolam. Kemudahan asas. Jalan ladang, elektrik dan bekalan air ialah kreatia yang perlu diambil kira dalam pembinaan kolam terutamanya mempermudahkan pengurusan ternakan.



Semua faktor yang dinyatakan telah terlebih dahulu dilakukan oleh En. Hisham bersama pekerjanya bagi memastikan kolam ikan mililknya sesuai membiakkan ikan sekali gus akan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Kolamnya yang dibina bersebelahan dengan Sungai Perak merupakan kawasan bebas banjir serta dapat memastikan sumber bekalan air sentiasa mencukupi. Rekabentuk kolam. Sebuah kolam haruslah berkonsep seperti sebuah sungai, di mana terdapat aliran air masuk dan air keluar. Ini penting bagi memastikan keseimbangan air kolam. Ini penting dalam sistem pengurusan sebuah kolam ternakan,ramai penternak tidak mendapat maklumat betul mengenai perkara ini. Ketiadaan saluran air keluar bagi sesebuah kolam ternakan antara kesilapan utama semasa pembinaan kolam ternakan oleh perternak. Pertambahan kos bagi mengering sebuah kolam menjadikan ianya tidak ekonomi kepada penternak. Rekabentuk dasar sebuah kolam memainkan peranan penting dalam pengurusan sebuah kolam tanah. Dasar kolam yang rata dan mempunyai sudut kecondongan bagi pengaliran air keluar ada penting terutamanya semasa proses menuai hasil ternakan. Bagi kolam yang luas, ruang jalan ladang perlu disediakan di atas tebing kolam bagi melancarkan kerja pemberian makanan dan penuaiana hasil ternakan. Ketinnggian yang adalah 1-2 meter, lebar : 1.5-2 meter, kecerunan ialah 200:1 dan kedalam ialah 1.0-1.50 meter. Dari segi ini En. Hisham membina kolamnya berbentuk segiempat tepat yang bersaiz 20 meter lebar dan 60 meter panjang dengan kedalaman 4 meter.



PENGURUSAN TERNAKAN IKAN IKAN KELI Ikan keli termasuk didalam keluarga Claridae. Ia berbeza dari jenis2 ikan berduri yang lain daripada Ictaluridae saperti Ictalurus spp.(Channel catfish), keluarga Schilbeidae(Pangasidae) saperti ikan patin(Pangasius sp) dan keluarga Bagridae saperti ikan baung(Mystus sp). Dua spacies keluarga Clariidae yang biasa dikenali dinegeri ini ialah keli bunga, Clarias macrocephalus dan keli kayu, Clarias batrachus. Ikan ini berupaya untuk hidup didalam perbagai keadaan dan mutu air. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil untuk diternak dan boleh distok lebih padat dari kebanyakan spesis lain.



IKAN KELI



Penternakan ikan keli Pada masa ini ternakan ikan keli dijalankan didalam sawah padi, kolam tanah, kolam kanvas dan tangki konkrit. Pada asasnya sistem pengeluaran ikan di dalam sawah padi adalah berbentuk perangkap dimana ikan liar dari parit dan tali air atau telaga memasuki petak sawah yang ditenggelami air pada awal musim. Pengurusan petak sawah bagi menggalakan pertumbuhan plankton saperti pembajaan dan baja organik tidak dibuat. Ikan juga tidak diberi makanan tambahan. Ikan-ikan yang biasa dituai ialah ikan keli kayu, Clarias batrachus, keli bunga, C.macrocephalus, ikan haruan Channa striatus dan ikan sepat, Trichogaster pectoralis.



Antara halangan bagi ternakan ikan dalam sawah ialah tanaman padi dua musim yang menyebabkan tempoh tanaman yang singkat, kaedah mekanissasi intensif dan penggunaan racun perosak yang meluas. Ternakan didalam kolam dijalankan secara semi-intensif, dimana kadar kemasukan adalah diantara 10 - 30 ekor/m2. Tempoh ternakan adalah 3-4 bulan, terutama bagi keli eksotika. Kualiti dan kuantiti air Air merupakan faktor yang paling penting di dalam penternakan ikan. Kuantiti air adalah jumlah yang sedia ada dari sumbernya seperti sungai atau saluran untuk mengairi kolam. Air yang diperlukan bagi penternakan ikan keli tidak sebesar yang diperlukan bagi penternakan ikan-ikan lain seperti ikan emas. Ini disebabkan oleh alat pernafasan tambahan yang dimiliki ikan keli di mana ia boleh bernafas melalui udara bebas. Jumlah air yang disediakan oleh En. Hisham bagi penternakan ikan keli adalah 10 liter/minit. Suhu air mempengaruhi kelarutan oksigen dan nitrogen di dalam air pada tekanan 1 atm(atmosfera). Kadar larutan oksigen dan nitrogen dengan air pada tekanan 1 atm. Struktur tanah Tanah merupakan faktor utama dalam pembuatan kolam penternakan. Tanah yang baik akan menghasilkan kolam yang kukuh terutamanya pada bahagian permatang dan sempadannya. Permatang yang kukuh dapat menahan tekanan air dan tidak mudah pecah. Kolam yang mereka hasilkan amat baik kerana tidak cepat kering dan mempunyai daya penyerapan yang rendah. Tanah yang digunakan untuk pembinaan kolam adalah tanah liat dan tanah berpasir dengan nisbah 3:2. Tanah dengan struktur seperti ini mudah dibentuk dan tidak mudah pecah. Jenis-jenis makanan ikan keli Beberapa jenis makanan ikan yang disediakan oleh En. Hisham untuk ternakannya. Antaranya: 1) Perut Ayam : makanan ini tidak begitu digalakkan kerana ia boleh menyebabkan ikan yang diternak mengandungi banyak lemak, bau yang tidak menyenangkan dan pencemaran kolam. Jika tidak ada pilihan lain, ia boleh digunakan dengan mengurangkan kesa2 yang tidak dikehendaki itu. Caranya ialah perut hendaklah direbus dan dicincang dengan mesin pengisar sebelum diberi makan kepada ikan.



2) Campuran Ikan Baja/Dedak Padi : makanan campuran ikan baja (10%) dengan dedak padi (90%) boleh diberikan dari peringkat permulaan ternakan kesaiz pasaran. Cara lain ialah dengan menggunakan ikan baja dan 10% dedak padi sehingga jualan. Campuran makanan ini boleh diberi untuk selama dua bulan pertama, selepas itu, kadar dedak padi dinaikkan sehingga 20% dan satu bahagian beras hancur masak. Pada bulan keempat, kadar beras hancur masak ditingkatkan kepada dua bahagian. Makanan diatas hendaklah dijadikan bentuk"paste"(belacan) dengan menggunakan mesin pengisar. Makanan diberikan sedikit demi sedikit sebanyak dua kali sehari sehingga ikan tidak lagi memakannya. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan kemerosotan mutu air. Campuran vitamin dan garam galian adalah bagi menghasilkan campuran makanan yang bermutu. 3) Makanan Rumusan : Makanan rumusan yang mengandungi 25 - 30% protein mentah dan dihasilkan dari bahan-bahan tumbuhan dan haiwan serta vitamin dan garam galian adalah disyorkan. Kelebihan penggunaan jenis makanan ini ialah ia lebih seimbang, bersih, mudah didapati dan disimpan dan kadar penukaran makanan yang cekap. Jenis-jenis makanan tambahan 1. Terdapat dua jenis makanan yang digemari oleh ikan keli iaitu makanan semulajadi dan makanan buatan. Makanan semulajadi terdiri daripada mikro organisma hidup di dalam air seperti plankton dan makanan buatan pula adalah makanan palet buatan.



PELLET BUATAN 2. Alternatif lain untuk makanan ikan keli ialah anak-anak ikan dari hasil tangkapan yang tidak boleh dipasarkan, sisa buangan penternakan ayam dan ikan serta daging siput.



3. Makanan buatan seperti palet biasanya mengandungi daging dari serbuk ikan dengan kandungan protein melebihi 30%. 4. Makanan buatan dalam bentuk palet akan diberikan pada ikan keli yang sudah agak besar iaitu mencapai berat melebihi 30 gram. Palet yang besar akan dihancurkan dan diberikan kepada ikan keli yang masih kecil. Penternakan semulajadi makanan ikan keli Kutu air atau Daphnia sp. Merupakan salah satu makanan bagi ikan keli. Ia boleh diperolehi secara semulajadi malahan ia juga boleh dikulturkan atau diternak. Tidak sukar untuk mendapatkan kutu air kerana ia berada dimana sahaja walaupun di dalam parit atau longkang. Penternakan kutu air dilakukan di dalam kolam atau fiberglass yang berukuran 1m x 1m x 0.25m. Kolam untuk penternakan kutu air, berukuran 1m x 1m x 0.25m. Bagi tujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan kutu air dan harus dibaja dengan najis ayam. Atau disesuaikan dengan keluasan tanah. 1. Mula-mula kolam dikeringkan dan dibersihkan kemudian diisikan dengan air bersih. 2. Bagi mempercepatkan proses pertumbuhan kutu air, pembajaan harus dilakukan dengan menggunakan najis ayam yang telah kering sebanyak 2-5 gram/liter air. Cara penternakannya adalah dengan : 1. Menggunakan alat penapis supaya bahan-bahan yang kasar dapat diasingkan dan tidak masuk ke dalam kolam. 2. Perubahan pada warna air kolam kepada warna perang seperti air teh menandakan penternakan adalah baik. 3. Air tersebut dibiarkan selama 3-4 hari. 4. Pada hari kelima, bibit-bibit Daphinia akan terhasil. Ia akan tumbuh dengan cepat dan mencapai puncaknya pada hari ketujuh. Ketika itulah kutu air diambil untuk diberikan kepada benih ikan keli menggunakan jaring halus yang berukuran 1.5- 2 mm. 5. Penternakan kutu air di dalam kolam diulangi dengan dos ½ dari jumlah penternakan pertama bagi memastikan pertumbuhan kutu air yang berterusan. Proses ini dilakukan 7-8 hari sekali.



Penggangaran makanan Dilakukan pada setiap 2 minggu dengan cara seperti berikut : 1. Tangkap 10 ekor ikan secara rawak. 2. Timbang. 3. Ambil purata berat seekor. 4. Darab bilangan ikan dalam kolam. 5. Jumlah berat keseluruhan ikan. 6. Kira keperluan makanan berdasarkan jadual dibawah. Hari Peratus dari berat badan : 1. 1-30 - 5 % 2. 31 - 60 - 3 % 3. 31 - 90 - 3 % Pemberian makanan 1. Jangan beri makan ikan pada waktu mendung dan hujan. 2. Jangan beri makan 12jam selepas pelepasan benih. 3. Beri makan 2 kali sehari dari : • 9 pagi – 11 pagi . • 5 petang – 7 petang. Pengutipan hasil Ikan keli yang diternak menggunakan kaedah dan pemakanan yang betul akan mencapai saiz pasaran pada hari yang ke 90 ataupun 3 hingga 5 bulan. Ikan yang awal mencapai saiz pasaran ( 4 – 5 ekor / kg ) perlulah dikeluarkan daripada kolam dan boleh dijual. Berhentikan pemberian makanan 24 jam sebelum ditangkap / tuai. Masa yang En.Hisham gunakan bagi pengutipan hasil adalah dari jam : 



9 pagi – 11 pagi dan 5 petang – 7 petang.



Pengendalian lepas tuai



HASIL TERNAKAN DI PROSES Bagi memudahkan proses mematikan ikan sebelum dipotong kepala dan dibuang isi perut bolehlah menggunakan garam iaitu dengan cara merendam ikan keli yang hendak diproses ke dalam air garam. Selain itu, air garam juga digunakan untuk menghilangkan lendir-lendir yang hanyir pada badan ikan keli.



GARAM



PENUTUP



Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan



ikan



di



Malaysia.



Salah



satu



kepentingan



akuakultur



membekalkan sumber protein. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan sektor ini. Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amat penting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia. Ia membekalkan sumber protein kepada rakyat. Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telah menyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara. Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi dan menjadi pembekal tetap kepada negara. Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan sepanjang tahun, sector perikanan air tawar seperti udang, ikan kerapu dan ikan keli dapat membantu dalam membekalkan sumber protein. Kerajaan



Malaysia



turut



menggalakkan



program



Penyelidikan



dan



Pembangunan (R&D) bagi memastikan kualiti hasil lebih baik. Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program



R&D



seperti



penyelidikan



pembiakbakaan,



cara-cara



pembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan. Usaha seperti yang dijalankan oleh En. Hisham ini adalah amat baik dan seharusnya mendapat bantuan



dari



agensi-agensi



berkaitan.



Semoga



usaha



beliau



dapat



membuahkan hasil yang baik sekaligus dapat membantu negara dalam membekalkan sumber protein untuk rakyat Malaysia.



RUJUKAN 1. Mohd. Zakaria Ismail. (2003). Ikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Huet, M. (1995). Buku teks mengkultur ikan, pembiakbakaan dan pemeliharaan ikan. Terj. Faizal Shaharom, Hassan Mohd Daud & Siti Khalijah Daud. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka 3. Nasir Mohd. (2000). Penternakan ikan di sawah. Kuala Lumpur, Malaysia: Synergy Media. 4. Wikipedia. (2014). Keli. Dicapai daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Keli