Al Jazari [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 PENGENALAN



Gambar 1: Ibnu Ismail Al – Jazari Al – Jazari merupakan seorang ilmuwan Islam yang tersohor dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan robotik. Nama penuh beliau adalah Al – Shaykh Rais Al – Amal Badi Al – Zaman Abu Al – Izz Ibn Ismail Ibn Al – Razzaz Al – Jazari. Al – Jazari dilahirkan 300 tahun sebelum Leonardo Da Vinci atau lebih tepat lagi pada tahun 1136 Masihi. Gelaran Al – Jazari diambil sempena nama tempat kelahiran beliau iaitu di Jazirah Ibnu Umar di Diyar Bakir, Turki. Ada juga riwayat lain menyebut, Al – Jazari lahir di Al – Jazira, sebuah kawasan di sebelah utara Mesopotamia iaitu di sebelah utara Iraq dan timur laut Syria atau lebih tepat di antara Tigris dan Eufrat, Iraq. Al – Jazari mula mendapat pendidikan awal melalui bapa dan datuknya. Al-Jazari sangat meminati ilmu mekanikal sejak daripada usia kecil lagi. Selain itu, beliau juga telah menghafal al – Quran, hadis, mendalami Bahasa Arab dan ilmu agama. Bapa Al – Jazari merupakan seorang jurutera yang mengabdikan diri untuk raja-raja Dinasti Urtuq atau Artuqid di Diyar Bakir, Turki. Beliau mewarisi pekerjaan bapanya sebagai jurutera istana bermula dari tahun 1174 Masihi sehingga tahun 1200 Masihi iaitu selama 25 tahun. Al – Jazari mendapat gelaran Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri. Ada juga sesetengah pihak memberi gelaran Bapa Robot kepada beliau kerana penemuan dan penciptaan robot yang beliau hasilkan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1206 Masihi di Diyar Bakir, tenggara Turki.



2.0 PENGLIBATAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN Kisah kehebatan Al – Jazari sebagai jurutera agung bermula apabila datuknya sendiri mengesan bakat Al – Jazari di sebuah ladang kurma milik keluarga mereka. Memang sudah menjadi rutin Al – Jazari menolong datuknya di ladang kurma jika ada kelapangan. Sewaktu Al – Jazari sedang berehat, beliau bermain dengan model mekanikal yang diciptanya sendiri mengunakan buluh dan serangga. Datuknya terpegun melihat cucunya yang masih kecil mampu mencipta sebuah model mini mekanikal yang berkonsepkan kincir air seperti yang terdapat di kebun itu. Walaupun rekaan model mini itu nampak terlalu ringkas pada mata kasar, tetapi datuknya memahami yang Al – Jazari sedang mengkaji dan mencipta setiap gerakan mekanikal. Rupa – rupanya tindakan Al – Jazari yang sering bereksperimentasi itu kurang disenangi bapanya sendiri. Bapanya menganggap tindakan Al – Jazari itu suatu perkara yang sia – sia. Namun datuknya lebih berpengalaman memberitahu kepada bapa Al – Jazari, “kamu tidak perlu melarang anakmu mempelajari ilmu itu, kerana dia akan menjadi ilmuwan yang berjasa kepada masyarakat di masa akan datang. Ilmu yang dikaji oleh anakmu itu adalah ilmu mekanikal. Ilmu mekanikal ini dipelopori oleh keluarga Musa bin Shakir pada zaman khalifah Harun al – Rashid. Mereka menterjemah buku – buku Yunani dan mengasaskan ilmu mekanikal. Mereka mencipta teori dan seratus alatan mekanikal bagi menggerakkan benda. Mereka



membukukan



menggerakkannya.



gambar



Antaranya



ialah



rajah kincir



dan air



maklumat dan



takal.



mengenai



cara



Dengan ilmu







cara



mekanikal



ini juga pekerja binaan dapat membina lebih banyak kubu dan kota”. Terdiam bapa Al – Jazari mendengar penjelasan yang panjang lebar itu. Peristiwa di ladang kurma itu memberikan impak yang besar pada diri Al – Jazari. Keinginan untuk mendalami ilmu mekanikal semakin membuak – buak ditambah pula dengan sokongan padu yang diberikan oleh datuknya. Selain itu, beliau sudah menghafal al-Quran, Hadis, mendalami Bahasa Arab dan ilmu agama. Setelah mewarisi pekerjaan bapanya sebagai jurutera istana, bermulalah episod Al – Jazari sebagai seorang jurutera yang pakar dalam bidang mekanikal dan juga robotik. Sepanjang berkhidmat dengan istana, beliau telah mencipta berbagai – bagai alat bagi kemudahan istana dan juga sebagai hiasan dalam istana itu sendiri. Kebanyakkan peralatan yang dicipta oleh Al – Jazari pada ketika itu banyak menggunakan sistem hidrolik dan gear. 2



Ini sekaligus menolak anggapan berkurun lamanya bahawa Leonardo da Vinci (14521519), seorang ahli pencipta yang disanjungi dunia dianggap sebagai orang pertama mencipta dan menggunakan gear hidrolik dan mekanikal. Antara ciptaan dan penemuan beliau yang mengagumkan ialah mesin pam air, mesin pembasuh tangan automatik, jam gajah dan pelbagai rekaan lagi. Hasil dari kajian dan penyelidikan secara terperinci, Al – Jazari telah menulis dua buah buku iaitu kitab “Fi Marifatil Hiyal al – Handasiyyah” iaitu buku Perkakas Mekanikal Pintar dan kitab “al – Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal” iaitu pertautan antara ilmu dan amali menerangkan tentang ilmu mekanikal. Penulisan buku ini adalah atas permintaan Sultan Nasir al – Din Mahmud iaitu Sultan Dinasti Artuqid yang menaiki takhta pada tahun 1200 Masihi. Bukunya ini dianggap sebagai manuskrip terkenal di dunia ditambah pula dengan ilustrasi yang mengagumkan di dalam buku tersebut. Malah, ada yang mengatakan kitab – kitab beliau pernah dibaca dan dikaji oleh Leonardo Da Vinci. Ini kerana para penyelidik UKM berpendapat besar kemungkinan Leonardo dipengaruhi oleh tulisan Al – Jazari kerana terdapat bukti interaksi di antara Leonardo da Vinci dan Empayar Ottoman dimana Al – Jazari tinggal. Pada 1502, Leonardo melakar lukisan sebuah jambatan 720 kaki (220 meter) sebagai sebahagian daripada satu projek di Istanbul untuk Sultan Beyazid II, kerajaan Ottoman. Ini adalah satu bukti kukuh wujud perhubungan di antara Leonardo dengan keturunan majikan Al – Jazari, Sultan Artuq di Turki pada zaman Ottoman. Bagaimana pun lakaran Leonardo ditolak kerana ia terlalu tidak praktikal untuk dibina. Tidak seperti teks purba yang kebanyakkannya ditulis sebagai himpunan teka teki berfalsafah, penciptaan Al – Jazari ditulis untuk tujuan dipraktikkan. Ia sama seperti panduan “buat sendiri” (do it yourself) yang memberi tumpuan kepada tunjuk ajar cara membina ciptaannya. Bukunya ini telah mengagumkan banyak pihak sehingga seorang jurutera berbangsa Inggeris, Donald Hill telah menterjemahkan buku tersebut dalam bahasa Inggeris pada tahun 1974 dan diberi tajuk “The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices”.



3



3.0 SUMBANGAN Walaupun nama Al – Jazari cuba dipadam dari dunia kejuruteraan mekanikal dan robotik oleh orientalis barat, namun sumbangannya yang begitu besar dalam bidang ini masih dapat dihidu apabila kumpulan dokumentari dari USA History Channel yang membuat kajian tentang alat ciptaan Al-Jazari. Rancangan dokumentari tersebut pernah disiarkan di USA pada awal tahun 2007. Antara sumbangan terbesar Al – Jazari dalam dunia kejuruteraan ialah melalui penciptaan alat – alat berikut; i.



Sistem Tali air Al – Jazari adalah orang pertama yang berjaya mencipta dan menubuhkan satu sistem pembekalan air ke masjid dan hospital di Diyar Bakir, Anatolia (Turkey) pada awal kurun ke-13 dengan menggunakan gear yang diciptanya dan diedarkan dengan mengguna kuasa air. Jenteranya terdiri daripada sebuah pemutar air, satu sistem pengepam dan gear yang mengepam air dari sumber bekalan di bawah sebuah bukit ke masjid dan hospital dalam bandar itu menggunakan sistem paip. Bandar itu terletak di atas sebuah bukit. Sistem itu menggunakan kuasa air memandangkan kuasa eletrik belum pun diketahui pada waktu itu. Sistem tali air merupakan sistem yang canggih direka di Diyar Bakir termasuk rangkaian paip yang luas dibina untuk mengalirkan air kekawasan tempat ia diperlukan termasuk ladang pertanian.



Gambar 2: Sistem Taliair Al-Jazari



4



ii.



Alat Menaikkan Air



Ini adalah satu lonjakan dalam ketamadunan memandangkan hari ini pun masih ada penduduk di kawasan terpencil mengadu kekurangan bekalan air. Apakah yang begitu hebat dengan sistem tali air Al – Jazari? Hari ini jika kita buka paip di rumah sudah tentu air akan mengalir. Tetapi untuk ini berlaku mesti ada alat yang menyedut air itu dari sumbernya, memindahnya ke satu saluran atau paip sehingga ke rumah. Ini adalah senario paling mudah yang wujud dalam satu sistem tali air. Sudah tentulah ada perkakas atau alat digerakkan sebelum ia boleh digunakan. Ketika orang masih mengharapkan perigi dan sungai sebagai sumber air, Al – Jazari mencipta peralatan mekanikal diperlukan untuk mewujudkan satu sistem yang boleh membekalan air ke beberapa tempat tertentu. Tidak seperti Leornado Da Vinci yang kehandalannya diukur berdasarkan lakaran dibuat dalam notanya, Al – Jazari sudah berjaya mencipta satu sistem mekanikal yang bergerak dengan jayanya dikendalikan oleh peralatan diciptanya dengan begitu halus dan berukuran tepat. Sistem tali airnya, terdiri daripada empat perkakas utama yang merupakan beberapa asas kejuruteraan mekanikal hari ini. Sebuah roda air digunakan untuk memperoleh kesan sama sebuah turbin. Roda air itu biasa direndam dalam air untuk mengambil peluang daripada pengaliran sungai. Bila pengaliran air terlanggar bilah roda itu ia akan berputar. Sistem bekalan air Al – Jazari menggunakan sebuah roda air dengan gear disambung kepada roda. Gear condong itu berputar bersama-sama dengan putaran roda air itu.



iii.



Roda Air Bergear



Alat ini menggunakan gear yang tegak itu untuk menukar kekuatan air daripada roda air berputar untuk menggerakkan satu lagi gear dipasang secara melintang. Apa yang unik mengenai sistem gear ini adalah ia tidak saja menyebabkan pergerakan dipindahkan tetapi juga mengubah pergerakan dari melintang kepada menegak. Sistem gear pertama dicipta Al – Jazari mungkin merupakan sistem gear pertama yang berfungsi mengubah pengaliran air ke arah horizontal bagi mengendalikan sebuah pam penyedut. Gear ini adalah yang terpenting dalam sistem taliair Al – Jazari dikenali sebagai pam penyedut hidrolik pertama kali digunakan. Gear utama ini akan berpusing apabila roda air berputar. Cabarannya adalah bagaimana mengubah haluan daripada 5



mendatar ke pergerakan ke belakang dan ke depan. Al – Jazari memperkenalkan satu huraian bijak



berupa sebuah tombol kecil dipasang



pada gear tegak



untuk



mengendalikan bahagian pam. Jadi apabila gear utama berpusing ia menyebabkan pergerakan pam penyedut seperti piston mengepam air keluar dari sungai ke sebatang paip yang menyalurkan air ke kawasan tertentu Diyar Bakir.



Gambar 3: Roda Air Bergear iv.



Pam Penyedut Air Al – Jazari juga harus diiktiraf dan dipuji kerana sumbangannya mencipta pam penyedut. Pam itu adalah sejenis alat yang menggunakan kuasa hidrolik untuk mengepam air ke satu lagi sistem tali air. Ringkasnya sistem tali air Al – Jazari menggunakan air sungai untuk menggerakkan sebuah turbin yang seterusnya dengan kombinasi beberapa gear mengendalikan pam penyedut. Dengan adanya pam penyedut itu, air boleh dibekalkan ke tempat bukan saja jauh tetapi juga di tanah tinggi. Beliau menggunakan silinder dan penutup untuk menghasilkan kesan hidrolik. Al – Jazari juga bukan saja tahu membina pam berkenaan tetapi juga tahu memilih bahan tertentu kerana kaedah bahan – bahan itu. Dia menggunakan kuprum yang tahan karat dan tidak meracuni air dan kayu mulberry yang tahan zaman sebagai gearnya.



6



Gambar 4: Pam Penyedut Air



v.



Jam Gajah Antara ciptaan lain Al – Jazari yang popular ialah jam gajah iaitu sebuah jam automatik pertama yang digerakan dengan menggunakan kuasa air. Ia telah dapat menunjukkan waktu dengan tepat mengambil kira masa yang tidak sama bagi setiap hari dalam setahun. Jamnya itu juga mempunyai lembaga seperti robot yang memukul simbal serta juga burung buatan yang berbunyi setiap kali masuk waktu tertentu.



Gambar 5: Jam Gajah



7



vi.



Mesin Basuh Tangan Automatik



Mesin berbentuk seorang wanita yang berdiri dengan sebuah basin berisi air. Digunakan sebagai mesin untuk membasuh tangan. Prinsip kerja alat ini ialah apabila seorang pengguna menahan tuas, air akan mengering dan robot wanita itu akan mengisi semula basin dengan air. Mekanisme yang dikembangkan oleh Al – Jazari dalam sistem ini, kini digunakan dalam sistem kerja tandas moden.



Gambar 6: Mesin Basuh Tangan Automatik



vii.



Sampan Muzik



Alat ini berbentuk sebuah sampan terapung di sebuah tasik yang ditumpangi empat robot pemain muzik; dua pemukul drum, satu pemetik harpa, dan satu lagi peniup seruling. Robot ini dicipta untuk menghiburkan para tetamu kerajaan dalam suatu acara jamuan minum. Robot – robot tersebut digerakkan dengan menggunakan tenaga air (sistem hidraulik).



8



Gambar 7: Sampan Muzik



viii.



Mesin Air Pancur Burung Merak Selain mesin basuh tangan automatik, Al – Jazari juga telah mencipta mesin yang



hampir sama fungsinya dengan mesin basuh tangan automatik. Mesin ini dikenali sebagai mesin air pancur burung merak. Robot burung merak ini berfungsi sebagai pengganti pembantu atau pelayan. Mesin ini digunakan untuk memudahkan orang ramai yang berkunjung ke istana membersihkan tangan, kerana robot burung merak itu disertakan sabut dan handuk dan ia akan menawarkan kepada pengguna secara automatik.



9



Gambar 8: Mesin Air Pancur Burung Merak



4.0 KESIMPULAN Selain daripada sumbangan peralatan – peralatan yang telah dihuraikan di atas, sebenarnya banyak lagi alat – alat ciptaan Al – Jazari yang telah menyumbang kepada perkembangan teknologi dan tamadun Islam pada masa itu dan sehingga ke hari ini, kebanyakan system yang diguna pakai oleh Al – Jazari telah dikembangkan dan digunakan secara meluas dalam dunia industri moden hari ini. Al – Jazari telah berjaya mencipta lebih daripada 50 peralatan dan kesemua ciptaan dan penemuan beliau ini telah beliau rangkumkan dalam kitab beliau yang cukup terkenal iaitu “Al – Jami Bain al – Ilm Wal „Aml al – Nafi Fi Sinat „at al – Hiyal” (The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices) pada 10 Januari 1206. Karya besar Al – Jazari ini telah disempurnakan oleh Muhammad ibn Yusuf ibn `Uthman al – Haskafiat pada akhir Syaban 602H/10 April 1206. Dari catatan Haskapi, pada ketika itu Al – Jazari sudah tiada. Dari catatan itulah, Al – Jazari diperkirakan meninggal dunia pada 602 H/1206 M iaitu beberapa bulan setelah beliau menyelesaikan karyanya.



10



5.0 RUJUKAN



i.



Al – Jazari. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/163643725/Al-Jazari (26/9/2014)



ii.



Ibnu Ismail Al Jazari. Retrieved from http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/03/07/ibnuismail-al-jazari-jurutera-mekanikal-islam/ (26/9/2014)



11