Angsa Yang Bertelur Emas [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Angsa Yang Bertelur Emas Seorang petani dan isterinya menternak sekawan angsa dan menjual telurnya di pasar. Mereka tidak kaya, tetapi gembira dengan hidup mereka. Pada suatu hari, seekor angsa terbang masuk ke rumah mereka. Keesokan harinya, petani dan isterinya terperanjat apabila melihat angsa tersebut mengeluarkan sebiji telur emas. Tiap-tiap hari selepas itu, angsa itu akan mengeluarkan telur emas. Tidak lama kemudian, petani dan isterinya menjadi semakin kaya. Namum begitu, mereka tidak gembira. Mereka tidak puas hati dengan hanya sebiji telur emas sehari. Petani itu berkata kepada isterinya : “ Angsa itu tentu penuh dengan emas. Kenapa perlu kita tunggu untuk mendapat lebih banyak emas?” Isterinya setuju : “ Jika kita membelah badannya, kita boleh mendapatkan semua telur emas sekali gus!” Oleh itu , mereka pun membunuh angsa itu! Mereka terperanjat apabila mendapati badannya sama sahaja seperti angsa-angsa lain. Lebih teruk, mereka tidak akan memperolehi telur emas lagi! Pengajaran daripada cerita ini adalah kita hendaklah berpuas hati dengan apa yang kamu miliki. Terima kasih.



Ada seorang lelaki bernama Kudin. Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah lading-ladang biri-biri. Pada suatu hari, Kudin berasa sangat bosan semasa menunggu biri-biri meragut rumput. Tiba-tiba dia mendapat satu akal. Dia menjerit : Tolong ! Tolong ! Serigala menyerang biri-biri! Jeritan Kudin didengari oleh beberapa orang pekerja di kawasan itu dan mereka bergegas ke tempat Kudin. Apabila sampai di sana, mereka melihat Kudin sedang ketawa. “Ha, Ha, Ha! Kamu semua sudah tertipu ! kata Kudin sambil ketawa. Pekerja-pekerja sangat marah. Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari arah hutan dan menyerang biri-biri. Kudin berasa sangat takut dan menjerit: Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!” Namun begitu, tiada pekerja hendak tolong Kudin kerana menyangka Kudin hanya bergurau. Akhirnya, biribiri Kudin telah dibaham oleh serigala.



Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah suka berbohong. Terima Kasih.



Anjing Yang Tamak Seekor anjing telah mendapat seketul tulang yang besar. Ia menggonggong tulang itu dan sampai ke sebatang anak sungai yang jernih airnya. Anjing itu mula berjalan menyeberangi sungai itu. Tiba-tiba, anjing berhenti lalu melihat ke dalam air sungai. Ia melihat anjing lain yang memandang kepada dirinya dan menggonggong tulang juga ! Ia tidak sedar itu adalah bayangnya. Anjing berfikir, “ Tulang kepunyaan anjing itu kelihatan lebih besar daripada tulang kepunyaan aku. Aku akan rampas tulangnya dan bawa lari dengan pantas!” Ketikan ia membuka mulutnya, tulang du mulutnya terjatuh ke dalam anak sungai. Tulang itu tenggelam dan anjing itu sangat menyesal.



Pengajaran daripada cerita ini adalah kita tidak boleh bersikap tamak. Terima kasih.