Apa Itu Rancangan Pengajaran [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

APA ITU RANCANGAN PENGAJARAN? Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. POSTED BY SITI ASYIAH ABDUL RANI AT 8:54 PM UESDAY, 28 OCTOBER 2014 Rancangan Pengajaran Rancangan Pengajaran merupakan pelan bertindak untuk sesuatu program pengajaran dan pembelajaran yang disediakan berdasarkan sukatan pelajaran mata pelajaran yang akan diajar untuk tahun akademik atau semester tertentu. 



Dengan adanya Rancangan



Pengajaran, guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik mengikut pemeringkatan yang sesuai.







menentukan ilmu, kemahiran dan nilai (standard isi kandungan dan standard pembelajaran) yang perlu disepadukan dalam enam tunjang KSSR .







Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan isi kandungan, kemahiran dan nilai yang ditentukan.







menyediakan aktiviti dan sumber pengajaran yang sesuai.







menentukan kesesuaian jenis pentaksiran formatif mengikut langkah pengajaran.







Biasanya, Rancangan Pengajaran meliputi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)/ Semester







Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)







Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Rancangan Pengajaran Tahunan Siapakah yang akan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan? Secara am, Ketua Panitia bersama semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut bekerjasama untuk



menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan berkenaan. Melalui amalan ini ujian bulanan dan peperiksaan boleh ditentu dan diseragamkan. Tahap di mana mata pelajaran itu patut diajar, teknik dan sumber pengajaran boleh ditentukan dan dikongsi bersama. Rancangan Pengajaran Tahunan terbahagi kepada dua bahagian :  Penggal Pertama (Januari – Mei)  Penggal Kedua (Jun - Oktober)



 



Rancangan Pengajaran Tahunan perlu mengambil kira aspek berikut:Masa yang diperuntukkan bagi satu waktu dalam seminggu/semester. Isi kandungan yang perlu diselesaikan, kepentingannya dan jangka masa yang diperlukan.







Urutan isi kandungan yang hendak diajar



 



Integrasi kesemua kemahiran Membuat keputusan tentang jumlah masa yang anda gunakan dengan baik bagi setiap topik. Adalah baik untuk mengambil kira cuti umum dan cuti sekolah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. Guru boleh merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999 bagi tujuan penyediaan RPH untuk memenuhi keperluan pekeliling tersebut. Terdapat perbezaan format RPH yang perlu disediakan oleh Guru Pelatih dengan guru terlatih. Guru pelatih menggunakan format RPH yang lebih mendalam. Setiap institusi latihan perguruan mempunyai format yang tertentu bagi penyediaan RPH oleh guru pelatih masing-masing. Kepentingan RPH Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.



Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap. Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas. Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS). RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN Defenisi Rancangan Pelajaran Harian “Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” Petikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) 9 Mac 1999 Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.



Elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian : Kumpulan sasaran (Kelas) Tarikh dan masa Mata pelajaran Tema/Tajuk Bidang pembelajaran Tujuan Hasil pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif. Konsep utama



Bahan, pealatan dan bahan sumber. Langkah keselamatan/berjaga-jaga Strategi/Aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penaksiran dan penilaian pembelajaran.



Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :-



Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar. Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan. Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu. Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Posted by Check Wan at 02:02