Assignment Islam Dan Kebudayaan Melayu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MENILAI KEFAHAMAN PELAJAR MENGHURAIKAN PENERIMAAN PENGARUH LUAR DALAM PEMBENTUKAN PERADABAN MELAYU



1|Page



PERKARA



MUKA SURAT



PENGENALAN



3



PENGARUH LUAR TERHADAP PEMBENTUKAN PERADABAN MELAYU



4-6



CONTOH-CONTOH PENGARUH LUAR YANG MEMBENTUK PERKEMBANGAN PERADABAN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU



6-7



CADANGAN UNTUK MEMPERKASAKAN JATI DIRI ORANG MELAYU AGAR PERADABAN MELAYU KEKAL RELEVAN



7-9



KESIMPULAN



10-11



RUJUKAN



12



2|Page



PENGENALAN Tamadun Melayu bermaksud tamadun yang dibuat dan dimilik oleh orang-orang berbudaya melayu yang terdiri daripada latar belakang dan cara hidup mereka yang tersendiri. Istilah kebudayaan diambil daripada dua maksud perkataan iaitu ‘budi’ dan ‘daya’. Akal fikiran, perasaan, naluri,cita-cita, kehendak dan kemahuan merupakan maksud merujuk kepada aspek dalaman manusia itu. Manakala makna daya pula merujuk kepada maksud fizikal seperti kekuatan dan keupayaan. Dalam maksud yang ringkas di sini, kebudayaan membawa erti cara hidup yang berteraskan budi iaitu aspek dalaman manusia dan daya iaitu aspek luaran manusia atau untuk lebih mudah difahami ia adalah hasil daripada fikiran dan akal manusia itu sendiri. Maksud Tamadun pula keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan kepada taraf kemajukan, kebendaan serta perkembangan pemikiran dari segi sosial, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya. Kehidupan manusia yang lebih teratur dan bersistematik merupakan ciri utama kelahiran tamadun (Darusalam, Dr Ghazali;, 2019). Antara ciri-ciri tamadun adalah Strafikasi dan organisasi sosial, Pertumbuhanm pembinaan dan perkembangan kota (urbanisasi), Pembahagian kerja secara kolektif, Tulisan dan komunikasi, Pengantian kehidupan nomad kepada kehidupan moden melalui kemajuan sains dan teknologi, sistem agama dan kepercayaan serta kesenian dan estetika. Namun tugasan kali ini lebih membincangakn berkaitan agama di dalam sesebuah tamadun itu berkembang merenstasi budaya masyarakat, ras dan sempadan negara hingga ke Alam Melayu dan membawa kepada era ke kegemilangannya yang berindentitikan Islam. Malah terdapat pembahasan dan perbincangan tentang Islam di Malaysia selalu menarik minat para penyelidik dan penelit tentang kedudukan islam di negara ini mengingat masyarakat umum sudah mengetahui bahwa Malaysia merupakan sebuah negara islam. Terdapat pendapat yang melontarkan bahawa Islam dan Melayu di Malaysia tidak dapat dipisahkan kerana masyarakat melayu telah mengamal agama ini sejak dahulu kala. Malahan agama islam itu sendiri terangkum dalam perlembagaan Malaysia sejak kemerdekaan tahun 1957. 3|Page



PENGARUH LUAR TERHADAP PEMBENTUKAN PERADABAN MELAYU Lipatan sejarah telah merakam bahawa sebelum kedatangan bangsa Eropa yang menjajah kawasan ini, masyarakat di Nusantara khususnya



alam



Melayu yelah mempunyai



tamadun dan kebudayaan yang cemerlang (H. Puteh & H. Omar, 2014). Namun, sebelum kedatangan islam kecemerlangan tersebut tidak mempunya dasar dan asas perpaduan dan jati yang tiada bezanya dengan tamadun lain sehingga datangnya Islam yang telah membawa bersamanya asas jati diri untuk diaplikasi dalam kehidupan umat Melayu hingga kini. Sejarah menunjukkan bahawa pelbagai budaya asing telah mempengaruhi sesuatu tamadun itu tersebut. Tamadun melayu ini telah muncul di Nusantara ini sebelum kedatangan islam lagi. Antara kerajaan yang wujud yang wujud sebelum kedatangan islam adalah seperti Funan, Angkor selain kerajaan Melayu maritim seperti Langkasuka (Patani) (2 hingga 14 Masihi), Srivijaya (Palembang) (670-1025 Masihi), Lembah Bujang (Kedah) iaitu pada abab ke-7 Masihi, Kuala Selising di Perak dan Majapahiy (1292M). Tamadun Melayu itu sendiri terbentuk kerana kerajaan-kerajaan di atas menjadi pengasas kepada negara kota pada ketika itu sebelum menjadi Tamadun Islam kemudianya. Selain itu, faktor hubungan antara melayu dan islam terlalu rapat hingga sukar untuk diasingkan. Malah dalam konteks Malaysia kini, bangsa Melayu selalu disinonimkan dengan agama islam seolah-olah Melayu ialah Islam, Islam ialdah Melayu. Perlembangan Persekutuan dalam perkata 160 fasal 2 menjelaskan secara terperinci bahawa “Melayu” itu sebagai “seorang yang menganut agama islam, lazimnya bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan resam Melayu”. Namun demikian, agama selain Islam boleh diamalkan di Malaysia ini. Hal ini memberikan keunikan bahawa Malaysia sangat meraikan kepelbagaian agama dan bangsa di bahawa satu payung negara. Penerimaan agama islam tidak dihasilkan semata-mata kerana sikap pak turut masyarakat melayu itu shaaja, akan tetapi kekuatan ajaran islam itu sendiri serta berkat usaha gigih dan bijaksana para pendakwah yang terdiri daripada kalangan para ulama, kaum sufi, pedangan serta kepimpinan raja-raja yang dapat mendorong 4|Page



masyarakat melayu itu



menerimanya dengan baik. Pertukaran konsep pandangan



semesta selari dengan kepercayaan yang diyakini dan diimani, islam turut mengalakkan perkembangan intelektual dan membina tradisi budaya ilmu untuk seluruh lapisan masyarakat. Amalan adat tradisi warisan turun-temurun telah disesuaikan dengan nilainilai dan batas sempadan yang telah ditetapkan oleh islam. Oleh itu, kedatangan islam ini turut mencetuskan gelombang transformasi budaya yang menyentuh pelbagai dimensi cara hidup masyarakat melayu. Secara keseluruhanya, islam dan pembinaan tradisi budaya Melayu tidak boleh dianggap sebagai lapisan baru kerana ia telah merekonstruksi satu perubahan yang besar dalam kehidupan dan pemikiran masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Penerimaan agama Islam tidak dihasilkan semata-mata kerana sikap pak turut masyarakat Melayu, tetapi melalui kekuatan ajaran Islam itu sendiri serta berkat usaha gigih dan bijaksana para pendakwah yang terdiri daripada kalangan para ulama, kaum sufi, pedagang serta kepimpinan raja-raja yang dapat mendorong masyarakat Melayu



menerimanya dengan



baik. Konsep pandangan semesta selari dengan



kepercayaan yang diyakini dan diimani, Islam turut menggalakkan perkembangan intelektual dan membina tradisi budaya ilmu untuk seluruh lapisan masyarakat. Manakala amalan adat tradisi warisan turun-temurun telah disesuaikan dengan nilai-nilai dan batas sempadan yang telah ditetapkan oleh Islam. Oleh itu, kedatangan Islam turut mencetuskan gelombang transformasi perubahan budaya yang menyentuh pelbagai dimensi cara hidup masyarakat Melayu. Islam dan pembinaan tradisi budaya Melayu tidak boleh dianggap sebagai lapisan baru kerana ia telah merekonstruksi satu perubahan yang besar dalam kehidupan dan pemikiran masyarakat Melayu secara keseluruhan. Seterusnya, kedatangan islam telah memberikan kesenian yang baharu dalam budaya masyarakat di nusantara. Oleh kerana itu falsafah serasi dengan kehidupan dan jiwa orang Melayu, nilai-nilai Islam diserap serta disemai dalam kehidupan orang Melayu seperti dalam cara berpakaian dan meraikan tetamu. Penerimaan dan penyerapan itu juga amat jelas dalan bidang-bidang senibina seperti seni bina khat, seni ukir dan seni bina teater yang mempunyai falsafah islam. Seni teater yang mempunyai falsafah ini terdiri 5|Page



daripada seni bina seperti masjid, surau dan rumah orang melayu. Reka bentu bumbung biasanya direka dalaman limasan iaitu yang mana cerminya bertingkap tiga, atau lima, dan lebar di bahagian bawah dan menirus ke atas. CONTOH-CONTOH



PENGARUH



LUAR



YANG



MEMBENTUK



PERKEMBANGAN PERADABAN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU Perkembangan tamadun manusia di Malaysia adalah berpunca daripada kedatangan islam itu. Perkata islam itu berasal daripada perkataan Arab iaitu salima yang bermaksud selamat dan sentosa atau kedamaian. Perkataan salima ini juga lahir perkataa aslama yang bermakna terpelihara dalam keadaan selamat sejahtera dan sentoasa. Seebelum kedatangan islam, fahaman animisme telah dianuti oleh masyarakat Melayu. Namun, keadaan ini telah berubah apabila kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yan banyak. Kedatangan Islam ini membawa konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas telah menarik minat masyarakat tempatan. Kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentengan dengan akidah ditinggalkan secara perlahan-lahan Selain itu, Perkembangan Islam di alam Melayu unik kerana tidak terdapat sebarang bukti penggunaan kekerasan atau khidmat ketenteraan yang tujuan asalnya adalah mengembangan agama islam semata-mata. Namun, jika terdapat segelintir pun perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh kerana faktor keenganan menerima perubahan budaya. Catatan tarikh sebenar kedatangan Islam ke alam Melayu masih lagi menjadi bahan pertikaian dan perdebatan. Meskipun sedemikian, setidak-tidaknya terdapat bebberapa bahagian di alam Melayu yang telah pun menerima Islam sejak abad ke-7 ataupun ke-8 masihi seperti di Sumatera. Sementara itu, di Tanah Melayu pula sejak abad abad ke-9 atau ke-10 masihi baru menerima kedatangan islam. Terdapat pula ahli ilmuan yang mengatakan bahawa kemasukan islam ke Sumatera dan Tanah Melayu sebenarnya lebih lewat dari itu dan mengatakan bahawa di Sumatera sekitar abad ke-13 dan di Tanah Melayu pula pada abada ke-14. 6|Page



Seterusnya, masyakarat melayu meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan animisme serta bertukar konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan mementingkan soal persamaan taraf kehidupan. Dalam kontaks ini dilihat bahawa Islam telah mengubah world view masyarakat Melayu daripada menyakini roh, semangat dan dewa kepada mempercayai Tuhan Maha Esa, Nabi-nabi, Malaikat dan kitab suci Al-Quran. Namun begitu, masyarakta ketika itu masih sukar mengubah tradisi dan adat lama serta dapat memgambil masa lama untuk hilang sedikit demi sedikit. Selain itu, kedatangan islam ke Tanah Melayu telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Sesungguhnya kebajikan rakyat itu hanya dapat disempurnakan dengan wujudnya



pemerintahan.



Kewujudan



pemerintah



adalah



cara



terbaik



untuk



menyempurnakan kebajikan rakyat. Salah satu aspek utama perubahan dalam bidang politik dan pentadbiran ialah Islam berjaya di kebanyakan negeri di rantau ketika itu. Struktur politik pemerintahan Islam di Alam Melayu mengembalikan tenaga seluruh rakyat bagi memperjuangkan dan mempertahankan ajaran Islam, negara dan umatnya. Sultan-sultan juga didorong supaya mereka meminati ilmu dan mendekati para ulama hingga istana-istana menjadi pusat pengajian Islam yang utama. Hal ini berlaku kepada sultan-sultan yang terkenal seperto Sultan Malik al-Zahir (Samudera-Pasai), Sultan Mansur Shah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Aceh) (Mohammad , 2008). Terdapat ramai sultan-sultan Melayu yang terpengaruh dan menerima ilmu atau tasawwuf seperti Sultan Muhammad Yusuf Al-Khalidi (Riau) dan Sultan Iskandar Muda (Acheh) serta lain-lain lagi. CADANGAN UNTUK MEMPERKASAKAN JATI DIRI ORANG MELAYU AGAR PERADABAN MELAYU KEKAL RELEVAN Kedatangan Islam ke alam melayu telah membuka lembaran baru dalam sejarah peradaban masyarakat khususnya di Nusantara ketika itu. Malah, agama islam telah menjadi asas kepada perjuangan masyarakat Melayi dari setiap suduj aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik (Stapa, Yusuf, & Shaharudin, 2012). Pada era globalisasi ini 7|Page



juga sebenarnya masyarakat melayu yang beragama islam sering menghadapi cabaran serta desakan budaya ekoran fahaman barat yang telah merosakan akidah serta pemikiran kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Masyarakat melayu perlui berpegang kepada agama yang sama kerana ia mencirikan melayu islam yang terkenal pada era kegemilangan kerajaan Melaka pada suatu ketika. Bagi bangsa melayu, islam perlu kekal teguh sebagai jati diri mereka dan merupakan intisari kepada penetuan alam pemikiran Melayu. Konsep kesejagatan Islam yang membawa konsep ketuhanan, etika dan moral serta sosial yang sama sehinggakan apa yang diwarisi dari sudut sistem agama akan segera terdapat penyesuaian dalam agama kecuali prinsip yang menjadi rukun itu sendiri. Seterusnya, kedatangan islam juga telah memberikan impak perubahan yang hebat dan total terhadap masyarakat Melayu dahulukala. Sejarah menunjukkan bagaimana Islam telah berjaya mengubah dan merevolusi diri dan jiwa orang melayu sehingga orang melayu seolah menemukan identiti diri mereka yang serasi dan sesuai dengan jiwa mereka. Kita ketahui bahawa Kepulauan Melayu sebelum kedatangan islam rata-rata umat melayu menganuti sama ajaran Hindu atau Buddha dan agama “budaya atau kepercayaan” anak negeri sendiri. Tokoh sejarawan Barat Van Leur menjelaskan bahawa ajaran-ajaran itu sebenarnya tidak benar-benar dihayati oleh masyarakat tetapi sekadar oleh golongan raja-raja dan bangsawan sahaja. Para agama Hindu seperti sami dari tanah besar India didatangkan ke Nusantara ini untuk mempengaruhi masyakarat agar mendewa-dewakan raja-raja kononya keturunan dewa atau wakil tuhan mereka. Bahkan, ajaran ini hanyalah sekadar nipis dan tidak benar-benar bertapak dalam jiwa masyarakat umum pada masa itu. Namun, berbeza dengan agama islam apabila ramai ulama Melayu-Islam yang lahir dengan karya-karya yang berkualiti tinggi seperti Sheikh Hamzah Fansuri (1590), Sheikh Nuruddin al-Raniri (1658), Sheikh Shamsuddin AlSumara’i(1630 dan ramai lagi. Malah pendapat ini telah disokong oleh Professor Syed Naquib Al-Attas menegaskan bahawa betapa ajaran telah berjaya membentuk jati diri bangsa Melayu dari dulu hingga kini dan tanpa islam, bangsa melayu ini seolah-olahnya tidak memiliki identiti yang jelas dan kukuh (IKIM, 2017). Malah, dapat dilihat sekitar 3,000 kalimat arab diterima pakai dalam bahasa melayu iaitu sekitar 15% daripada perbendayaraan kata bahas Melayu. Oleh itu, para pemimpin negara dan ilmuan agama 8|Page



perlu memastikan pendidikan islam ini dimurnikan oleh orang melayu dan seluruh penduduk di Malaysia khasnya yang beragama islam. Selain itu, kepekatan masyarakat melayu dalam memelihara peradaban harus diteruskan seperti dahulu yang memperkukuhkan bahasa



melayu yang sinonim di



Malaysia. Hal ini penting kerana bahasa melambangkan sesebuah negara itu sendiri seperti Malaysia yang mengamalkan ahasa Melayu atau dikenali sebagai Bahasa Malaysia, di Indonesia Bahasa Indonesia, dan Brunie Bahasa Brunienya. Namun, jika kita lihat negara jiran kita seperti Singapura telah terkeluar daripada peradaban melayu dan budaya itu sendiri apabila menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa kebanggsaannya. Filipina juga belum banyak diketahui sama ada hingga ke hari ini benar-benar nampak berusaha memikul beban tugas penyegaran semula Peradaban Melayu-Nusantara.



Gerakan



penyegaran



semula



Peradaban



Melayu-Nusantara



menghadapi cabaran-cabaran baharu yang berbeza daripada cabaran yang dihadapi oleh nenek moyang mereka dulukala, iaitu modenisasi, globalisasi, keformalan politik, dan nasionalisme baharu. Namun, pada zaman kejayaan Peradaban Melayu-Nusantara, bahasa Melayu, tulisan Jawi, dan agama Islam adalah ciri-ciri dari kemodenan sedangkan pada masa sekarang adalah Bahasa Inggeris, tulisan Rumi, dan pandangan sekular. Ancaman globalisasi zaman lampau adalah kolonialisme dan imperialisme Eropah Kristian yang terwujud dalam bentuk penjajahan dan pengkolonian. Kini pengaruh globalisasi tidak nampak nyata dan langsung, namun sifatnya hampir sama saja, iaitu penguasaan kawasan Nusantara secara ekonomi, politik, dan budaya oleh para adikuasa, sama ada oleh negara-negara ataupun korperasi multinasional. Penguasaan mereka atas Melayu-Nusantara lebih bersifat hegemonik, yang dijalankan melalui para komprador, bukan melalui penjajahan dan pengkolonian langsung seperti zaman dahulu. Masyarakat harus sedar dengan budaya baharu agar negara tidak tergadai dan didomenasi oleh kefahaman penjajah.



9|Page



KESIMPULAN Kesimpulan daripada tugasan di atas, jelas menunjukan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan masyarakatnya. Sehingga dengan utu tekah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam di kalangan mereka secara berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan bermaruah. Malah, keadaan tersebut berlaku dalam pelbagai asepk kehidupan mereke baik di kalangan keluarga itu sendiri, masyarak atau negara. Krisis jati diri sebegini merupakan fenomena biasa apabila sesebuah bangsa itu dijajah dan nilai-nilai penjajah seperti sekularisme, materialisme di bawah masuk yang memisahkan antara duniawi dan ukhrawi, dan mementingkan kebendaan Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat Alam Melayu khususnya di Malaysia hingga kini seperti akidah atau agama, sosial, corak pentadbiran dan politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Namun demikian juga masih terdapa sebahagian bentuk budaya atau adat daripada pengaruh Hindy sebelumnya diamalkan seperti bersanding dalam majis perkahwinan dan lain-lain diteruskan sehingga kini.



Pada masa kini, seharusnya para remaja perlu berdaya saing dengan masyarakat agar mereka terus berpegang teguh dengan jati diri dan agama sebagai asas panduan kehidupan. Kebanyakan negara maju hanya berjaya daripada segi ekonomi dan kekayaan negara sahaja tetapi nilai budaya sosial yang pasif telah mengundang masalah kepada peningkatan masalah remaja di negara tersebut. Kita seharusnya belajar dengan Brunei yang sentiasa menunjukan corak perkembangan islam bersifat top-down. Hal ini kerana penerimaan islam oleh masyarakat elit dan penguasa kerajaan yang kemudiannya disosualisasikan dan berkembang kepada masyarakat bahawan (Harian Metro, 2020). Sifat tersebut dapat semai jika para pemimpin terlebih dahulu menunjukkan sikap yang baik dan menjadi tauladan. Bagi negara Brunie ini keunikannya apabila islam diterima terlebih dahulu oleh masyarakat lapisan bawahan kemudian berkembang dan diterima 10 | P a g e



oleh masyarakat lapisan atas atau elit penguasa kerajaan. Oleh itu, kepatuhan masyarakatnya terhadap raja menjadikan agama islan di Brunie berkembang pantas.



11 | P a g e



RUJUKAN



Darusalam, Dr Ghazali;. (2019). MPU 3323 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1. Kuala Lumpur, Malaysia: Open Universiti Malaysia (OUM). H. Puteh, B., & H. Omar, M. N. (2014). Islam dan Kebudayaan Melayu di Era Globalisassi di Malaysia. Sosial Budaya: Media Komunikasi Ilmu-Ilmu Sosial dan Budaya, 116. Harian Metro. (14. April 2020). Mercu Daulah Islam di Brunei . Von Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/addin/2020/04/567572/mercu-daulah-islam-dibrunei abgerufen IKIM. (28. April 2017). Islam Bentuk Jati Diri. Von Institut Kefahaman Islam Malaysia: https://ikimfm.my/islam-bentuk-jati-diri/ abgerufen Mohammad , A. (2008). Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan Masyarakat Di Alam Melayu Hingga Abad ke-17 M. Journal of Al-Tamaddun, 68-84. Stapa, Z., Yusuf, N., & Shaharudin, A. F. (2012). Islam Asas Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu-Muslim. Jurnal Hadhari Special Edition, 129-141.



12 | P a g e