Tugasan Islam Dan Kebudayaan Melayu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SEMESTER MEI 2021



ABMB2103 ISLAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU



NO. MATRIKULASI



:



891002085864001



NO. KAD PENGENALAN



:



891002-08-5864



NO. TELEFON



:



0162546489



E-MEL



:



[email protected]



PUSAT PEMBELAJARAN



:



PERAK LEARNING CENTRE



PENGENALAN



Setiap bahasa di dunia ini mempunyai tafsiran masing-masing bagi mendefinisikan maksud peradaban. Bukan sahaja ejaan dan sebutan yang berbeza, makna dan konsep peradaban turut berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Misalnya, istilah kulture dalam



bahasa



Jerman



membawa



makna



peradaban,



manakala



istilah culture dalam bahasa Inggeris merujuk kepada kebudayaan. Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa setiap bahasa mempunyai persepsi tersendiri terhadap istilah peradaban.  Terminologi peradaban atau kadangkala disebut tamadun  dibicara dan dikupas oleh para sarjana dari pelbagai disiplin mengikut pandangan masing-masing. Biarpun begitu, kerana berlainan latar belakang ilmu dan disiplin para sarjana, menyebabkan wujudnya penafsiran yang berbeza. Perkataan



tamadun



diambil



daripada



kata



dasar



bahasa



Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Kamus al-Munjid menjelaskan istilah tamadun adalah terbitan daripada lafaz tamaddana, iaitu fenomena daripada perubahan cara kehidupan daripada corak liar atau nomad kepada kehidupan yang berbentuk maju.  Dari 



perspektif



Islam,



peradaban



dikaitkan



dengan



perkataan umran,



adab dan dinnun atau dainun. Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan . Istilah adab pula merujuk kepada jemputan ke sesuatu majlis. Adbun pula bermakna memperelok tingkah laku yang menunjukkan pemikiran dan roh. Ta’dib adalah proses membentuk disiplin yang baik. Perkataan dainun membawa maksud kepatuhan, penyerahan; cara hidup, pinjaman; hakim atau pemerintah; madinah (sebuah bandar yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah). 1



Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. (TITAS, 2004: 163) Sebelum Perang Dunia II, kawasan ini dirujuk sebagai Asia of the Monsoons, East Indies dan juga Further India atau Hindia Jauh. (Azam Hamzah, 1997: 1) Dari sudut morfologi bahasa Melayu, istilah ‘tamadun’ berkemungkinan besar pada peringkat awal penggunaannya dikekalkan sebutan asalnya dalam bahasa Arab iaitu “tamaddun” yang dikenali sebagai peminjam bulat-bulat. Akan tetapi, pada peringkat selanjutnya berlaku perubahan sebutan dengan pengguguran huruf  ‘d’ yang kedua. Mengikut Kamus Dewan, peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang ( negara, kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus).   Istilah Melayu Istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam dan luas. Sebahagian pengkaji menegaskan, pada istilah Melayu terdapat dua pengertian, iaitu “Melayu” dan “kemelayuan”. “Melayu” dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu, sementara “kemelayuan” mengandungi erti “nilai anutan” dan “jati diri Melayu” (Tenas Effendy). Zainal Abidin Borhan (2004) pula menegaskan Melayu merupakan satu masyarakat peribumi atau masyarakat asal rantau ini, rantau atau wilayah kebudayaan yang disebut 2



sebagai Malay Archipelago, Kepulauan Melayu atau Alam Melayu. Kesatuan Melayu ini hidup aman, damai dan rukun lantaran sifat adaptif, akomodatif dan assimilatif. Pengaruh asing yang meresap disaring oleh para genius lokal menjadi sebahagian budaya Melayu. Genius Melayu terdiri daripada para penulis, sasterawan, pedagang, pelayar, pengukir, penasihat pemerintah, alim ulama dan pemerintah. Kesatuan Melayu begitu mantap di kalangan masyarakat Melayu kerana nilai kemelayuan yang dimiliki. Nilai kemelayuan penuh dengan falsafah yang memberi pengertian kehidupan bangsa Melayu dalam membina jati diri bangsa. (Tenas Effendy) Tamadun Melayu tidak mengambil kira sumbangan beberapa kerajaan awal Alam Melayu seperti kerajaan Srivijaya di Palembang, Langkasuka di Kedah dan Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa yang telah dibina lebih awal daripada Tamadun Melayu, walaupun sejarah membuktikan bahasa Melayu telah mula digunakan lebih awal daripada kemunculan Tamadun Melayu. Ini kerana tamadun awal ini tidak mempunyai rantaian dengan tamadun Melayu yang muncul setelah kewujudan pengaruh Islam di rantau Alam Melayu. Ikatan rantaian ini terputus kerana dasar pembinaan masyarakat pada kerajaan awal mempunyai tunjang yang berbeza dengan tamadun Melayu yang muncul kemudian. Tunjang yang dimaksudkan ialah agama Islam. Oleh itu, istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan kriteria berikut: > Rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu. > Pelbagai suku yang tergolong dalam Melayu-Indonesia seperti Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban, Sulu dan sebagainya. (TITAS, 2004: 163)   2 Tamadun Melayu 3



Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau Alam Melayu. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap Tamadun Islam. Ini kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya. Pengajaran akidah Islam oleh para mubaligh Islam di seluruh rantau Alam Melayu secara bertahap-tahap telah membina asas Tamadun Melayu. Situasi ini bertambah mantap apabila para mubaligh berjaya menarik minat pemerintah Melayu. Sedikit demi sedikit pemerintah Melayu beralih kepada kepercayaan Islam. Penerimaan ini memberi kesan yang amat besar kepada pembinaan Tamadun Melayu sebagai satu tamadun yang menghubungjalin suku kaum Melayu yang pelbagai. Sebagai contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera telah menerima akidah Islam. Demikian juga Parameswara di Melaka telah bersedia menerima akidah Islam dari Syed Abdul Aziz untuk dirinya, keluarganya dan kemudiannya masyarakat Melayu secara bertahap-tahap mengikut jejak pemerintahnya. Tamadun Melayu terbina dengan nilai falsafah Islam yang tercerna dalam world view masyarakat Melayu. Setiap gerak, tingkah dan usaha orang Melayu disandarkan kepada falsafah Islam. Justeru itu, akar umbi bagi Tamadun Melayu adalah Tamadun Islam. Hal ini menjadi kaitan utama kerana Islam telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran, cita rasa dan tingkah laku masyarakat Melayu di negara dan rantau ini. Menurut Mohd Taib Osman (1988: 2); “Budaya orang Melayu; persambungan dan perubahan berlaku setiap kali tibanya pengaruh peradaban-peradaban luar, pertamanya daripada peradaban India, kemudian peradaban Islam dan mulai abad yang lalu, kita di Semenanjung secara menyeluruh, daripada peradaban Barat moden. Pada tiap-tiap titik tibanya pengaruh luar itu, terdapat ciri-ciri yang telah sedia memperlanjutkan budaya di samping munculnya ciri-ciri yang mengasaskan perubahan”.



4



Kehadiran Islam di Alam Melayu telah membawa perubahan besar ke atas nilai dan budaya orang Melayu. Peralihan gaya berfikir, corak sosial, dan interaksi muamalat di kalangan orang Melayu dan masyarakat sekitar telah diungguli oleh nilai tradisi Islam, sehingga unsur-unsur Hindu-Buddha hampir terhakis dalam gaya hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu. Meskipun demikian, masyarakat Melayu tidak menolak sepenuhnya amalan dan nilai tradisi Hindu dan mereka tetap mengekalkan unsur-unsur yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Syed Muhammad Naquib menegaskan bahawa agama Islam telah mengubah jiwa dan fizikal masyarakat Melayu Malaysia dan Indonesia. Manakala Mohd Taib Osman pula berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa perubahan sehingga menjadikannya sebahagian daripada dunia Islam (Ismail Hamid, 1991:60). Perubahan-perubahan yang maksudkan oleh kedua-dua tokoh di atas dapat dilihat daripada semua aspek kehidupan seperti bidang bahasa, sastera, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik, adat istiadat dan kesenian. Tamadun Melayu tidak mengambil kira sumbangan beberapa kerajaan awal Alam Melayu seperti kerajaan Srivijaya di Palembang, Langkasuka di Kedah dan Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa yang telah dibina lebih awal daripada Tamadun Melayu, walaupun sejarah membuktikan bahasa Melayu telah mula digunakan lebih awal daripada kemunculan Tamadun Melayu. Ini kerana tamadun awal ini tidak mempunyai rantaian dengan tamadun Melayu yang muncul setelah kewujudan pengaruh Islam di rantau Alam Melayu. Ikatan rantaian ini terputus kerana dasar pembinaan masyarakat pada kerajaan awal mempunyai tunjang yang berbeza dengan tamadun Melayu yang muncul kemudian. Tunjang yang dimaksudkan ialah agama Islam.



5



KONSEP PENERIMAAN PENGARUH LUAR DALAM PEMBENTUKAN PERADABAN MELAYU



CONTOH PENGARUH LUAR YANG MEMBENTUK PERKEMBANGAN PERADABAN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu 2.1PengaruhHindu Pada umumnya, negara Malaysia menerima beberapa pendedahan daripada jenis-jenis kebudayaan yang datang dari suatu tempat asing. Antara kebudayaan yang dianggap berpengaruh dalam alam Melayu serta menarik minat ramai pengkaji ialah pengaruh Hinduisme dan Islam. Mengikut sejarah, penduduk Jawa Barat, iaitu di kawasan petempatan orang asli kebanyakannya menyembah berhala dan beragama Hindu. Setelah itu, terdapat beberapa kalangan penganut agama Hindu yang datang ke alam Melayu untuk menyebarkan ajarannya sebelum abad ke-13 Masihi lagi. Hindu didapati telah dianut oleh masyarakat India dari beberapa kawasan di Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Hindu merupakan agama yang tertua di dunia yang dikenali sebagai Sanatama Dharma, iaitu mempertahankan aturan kehidupan (Siti Aishah Murad, 1996). Maka tidak hairanlah jika pengaruh Hindu masih banyak diamalkan dalam masyarakat Melayu yang merangkumi aspek politik, sosioekonomi terutamanya upacara kebudayaan masyarakat Melayu. Pengaruh agama Hindu dalam Kebudayaan Melayu dapat dilihat dari aspek upacara perkahwinan. Ketika upacara ini berlangsung, pengantin akan dianggap raja sehari dan 6



diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak upacara tersebut. Upacara bersanding merupakan upacara wajib dalam adat perkahwinan agama Hindu. Upacara perkahwinan ini masih di terapkan dalam Kebudayaan Melayu seperti penggunaan sirih pinang dan beras kunyit. Pengaruh Hindu berpendapat bahawa beras kunyit dapat memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan padi. Hal ini menunjukkan bahawa Hindu amat mementingkan kepercayaan agama dalam membina kehidupan sejahtera. Selain itu, upacara persandingan seolah-olah menjadi suatu kewajipan sedangkan persandingan itu merupakan adat hindu yang mengagungkan dewa Rama dan Dewa Sita. Hal ini kerana mereka mempercayai upacara sebegini akan menyebabkan pengantin baru digelar sebagai raja sehari. Namun, penggunaan beras kunyit dalam adat perkahwinan Melayu semakin pudar kerana orang Melayu zaman sekarang mempunyai pemikiran yang lebih terbuka. Penggunaan beras kunyit ini hanya akan menyebabkan pembaziran berlaku. Secara teorinya, pengaruh Hindu berjaya mempengaruhi Kebudayaan Melayu di Malaysia dalam adat



perkahwinan.



Tambahan pula, adat berinai dalam masyarakat Melayu seakan menjadi kewajipan kerana terpengaruh dengan agama Hindu. Istiadat berinai ini boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu berinai curi, berinai kecil, dan berinai besar. Peringkat-peringkat inai ini dilaksanakan pada masa yang berbeza. Misalnya, pengantin perempuan akan memakai inai di semua jari tangan, kaki dan tapak tangan. Manakala pengantin lelaki pula memakai inai di jari kelinking, jari manis pada satu belah tangan sahaja. Corak lukisan inai tersebut adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India. Adat berinai dalam upacara perkahwinan telah mempengaruhi kebudayaan Melayu kerana coraknya yang cantik serta berseni membuatkan masyarakat Melayu terpesona dan ingin memakainya di hari perkahwinan agar kelihatan menarik. Oleh itu, adat perkahwinan dalam Kebudayaan Melayu bertambah dengan datangnya pengaruh Hindu iaitu adat berinai walaupun adat ini bukannya suatu perkara yang wajib dilaksanakan ketika upacara perkahwinan. Marilah sama-sama tonton video ini untuk menambahkan lagi pemahaman kita tentang pengaruh



hindu



ini...



🙈💕



7



2.2 Pengaruh Islam          Pengaruh Islam mula berkembang selepas kedatangan mubaligh Islam ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Pengaruh Islam mula tersebar selepas sahaja pengaruh Hindu mula meresap ke dalam kebudayaan Melayu. Pengaruh islam terhadap orang Melayu sangat kuat.Hal ini dapat dibuktikan apabila pengaruh hindu terhakis sedikit demi sedikit dan digantikan dengan pengamalan agama Islam.Orang Melayu juga mengamalkan budaya Arab dalam kebudayaan Melayu.Hal ini kerana,budaya Arab merupakan sebahagian daripada agama Islam.Pengaruh Islam yang mula meresap masuk ke dalam diri masyarakat Melayu dahulu banyak dipraktikkan sehingga kini.Buktinya,terdapat banyak negeri di Tanah Melayu mempunyai nama-nama Arab seperti Darul Takzim,Darul Makmur,Darul Naim dan lain-lain.Perkara ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam sudah lama meresap ke dalam kebudayaan Melayu termasuk juga dalam sistem Bahasa Melayu.Banyak perkataan-perkataan Arab yang terkandung dalam bahasa Melayu seperti ibadat,fardhu,solat,azan dan sebagainya.



         Pengaruh Islam juga telah membawa bentuk tulisan Arab kepada masyarakat Melayu sehingga tulisan Arab diadaptasikan kepada tulisan Melayu yang dikenali sebagai tulisan jawi.Tulisan jawi  menggunakan semua abjad Arab serta menggunakan abjadabjad tambahan yang telah diciptakan sendiri oleh orang Melayu.Ahli-ahli biasa telah mengubah suai huruf Arab dengan menambahkan beberapa titik pada huruf yang sedia ada yang sememangnya tiada dalam tulisan Arab.Oleh sebab itu,terdapat banyak kitab8



kitab Islam yang tersebar luas di tanah Melayu kerana kebanyakan masyarakat memahami



tulisan



jawi



yang



diciptakan



sendiri



oleh



masyarakat



Melayu.



Tonton la video ni untuk tambahkan lagi kefahaman anda tentang pengaruh Islam😍💕



2.3 Pengaruh Barat           Pengaruh barat muncul selepas Tanah Melayu dijajah.Kebudayaan barat dibawa oleh penjajah Tanah Melayu seperti British dan Belanda.Oleh itu,nilai-nilai barat mula menular dalam diri masyarakat Melayu.Terdapat banyak budaya barat yang bertentangan dengan syariat Islam yang masih diamalkan sehingga kini.Contohnya,pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram,hiburan yang melampaui batasan agama sehingga berlakunya aktiviti yang memabukkan yang boleh merugikan diri sendiri akibat daripada pembaziran dalam kehidupan seharian.Perkara-perkara yang negatif ini sudah tentu menimbulkan imej yang akan menjatuhkan maruah agama dan bangsa sekiranya masih diamalkan oleh masyarakat.          Pengaruh barat juga dapat dilihat ketika majlis-majlis seperti sambutan hari lahir.Buktinya,lilin



akan



dibakar



mengikut



bilangan



umur



di



atas



sebiji



kek.Seterusnya,lilin itu akan ditiup oleh individu yang diraikan.Bagi masyarakat Melayu,sambutan hari lahir perlulah diraikan dengan majlis-majlis doa selamat seperti kenduri kesyukuran untuk lebih mendapat keberkatan dan tanda bersyukur kepada Allah.Masyarakat Melayu tidak seharusnya mendedahkan anak-anak mereka dengan budaya berparti dan berpesta ini kerana budaya ini akan merosakkan jati diri orang Melayu



jika



kita



sebagai



masyarakat



Melayu



tidak



dapat



mengawalnya.



9



Rumusan Kesimpulannya,terdapat pelbagai pengaruh yang wujud dalam kebudayaan masyarakat Melayu dan pengaruh itu datangnya mengikut peredaran zaman dan faktor-faktor semasa yang berlaku di sesuatu persekitaran.Setiap pengaruh yang datang sama ada dalam bidang agama,politik,ekonomi dan sosial telah mewujudkan pelbagai bentuk budaya Melayu. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan menyebabkan lahirnya pelbagai budaya kesukuan yang ketara dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia ini.Jelas bahawa kebudayaan kebangsaan merupakan isu yang penting dalam mewujudkan negara Malaysia. Ini jelas menunjukkan kepentingan isu-isu yang ada kaitan dengan budaya ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya kewujudan bangsa Malaysia yang hebat dapat diperkukuhkan



lagi.



Rujukan



A. Aziz Deraman. (2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Halim Nasir. (1997). Warisan Senibina Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Anwar Ridhwan. (2005). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



10



Idris Zakaria. (2012). "Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu". Jurnal Hadhari Special Edition, 91-108. Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Sidek Fadzil. (1999). Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Sohana Abdul Hamid. (2016). "Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial Masyarakat". Journal of Social Sciences and Humanities, 214-226. Syed Muhamad Naquib Al-Attas. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Norhasniah Wan Husin. (2015). Peradaban dan Perkauman di Malaysia : Hubungan Etnik Melayu-Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Zarina Sarifan. (2000). "Senibina Tradisional Malaysia". Berita Jabatan Muzium dan Antikuiti. CADANGAN UNTUK MEMPERKASAKAN JATI DIRI ORANG MELAYU AGAR PERADABAN MELAYU KEKAL RELEVEN PENDAHULUAN Perbincangan mengenai Islam di Malaysia ternyata menarik minat para pengkaji daripada pelbagai bidang seperti sains politik, sosio-budaya, Melayu Muslim, ekonomi mahupun isu-isu kenegaraan (Jaffary 2009; Zainal 2005). Kecenderungan para pengkaji ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia adalah dinamik dan memiliki satu keistimewaan yang tersendiri. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap aspek perbincangan yang berkait dengan Melayu dan elemen Islam sentiasa mendapat perhatian dan pertimbangan yang kuat. Justeru itu, Melayu dan Islam merupakan dua perkara sinonim, yang tidak dapat dipisahkan dalam konteks Malaysia. Di Malaysia, Islam dan etnik Melayu mempunyai hubungan yang erat. Ini diakui oleh kebanyakan sarjana yang mengkaji pengamalan dan penghayatan nilai11



nilai Islam dalam kalangan masyarakat Melayu Malaysia. Keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa tidak menjejaskan pemerkasaan nilai-nilai Islam dalam semua bidang kehidupan khususnya terhadap umat Islam. Terdapat pengkaji sosial yang mendakwa bahawa proses pemerkasaan Islam dalam kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja berlaku semenjak kemerdekaan 1957 malah lebih awal daripada itu, iaitu apabila Islam mula bertapak diTanah Melayu (Rahimin Affandi 2005). Justeru, memperkasa nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu merupakan agenda yang berterusan. Semenjak sebelum merdeka hingga sekarang Islam menjadi topik perbahasan utama dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia perkara 160, terdapat tiga ciri utama bangsa Melayu iaitu; beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu (Muhammad Fauzi 2011) Gabungan ketiga-tiga unsur ini membentuk identiti yang unggul dan ampuh sekaligus melatari pembentukan jati diri Melayu semenjak dulu hingga kini. Oleh kerana itu, jati diri yang bertunjangkan Islam ini mesti dipertahankan, dipelihara dan diteladani. Islam Dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu 145 ISLAM DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI MELAYU Sejarah menyatakan bahawa sebelum kedatangan penjajah Barat, masyarakat alam Melayu telah mempunyai tamadun dan intelektual yang tinggi dan cemerlang (Zainal 2005). Namun begitu, tahap kecemerlangan dan ketinggian ini sebelum kedatangan Islam tidak mempunyai asas perpaduan dan jati diri yang dapat membezakannya dengan rumpun bangsa yang lain. Kemudian, setelah kedatangan Islam ke rantau ini, rumpun Melayu telah menemui asas jati diri yang sebenar iaitu agama Islam yang kekal sehingga kini. Malah, penetapan asas jati diri Islam ini telah diakui dalam kalangan akademia yang membahagikan ras bangsa masyarakat dunia



12



kepada lima jenis; Caucasian (kulit putih), Negroid (kulit hitam), Mangolian (kulit kuning), Red Indian (kulit merah), dan Melayu Polynesia (kulit sawo matang). Dalam kerangka pembahagian ini, ras Melayu telah digunakan dengan merujuk kepada tiga elemen utama, iaitu pertama, beragama Islam, kedua, mendiami kawasan Nusantara, dan ketiganya, mengamalkan sosio-budaya dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya (Muhammad Yusoff 1992). Punca utama yang menyebabkan masyarakat Melayu memilih Islam sebagai asas jati diri kemelayuan telah dilihat oleh kebanyakan sarjana moden antara lainnya adalah kerana kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam itu sendiri yang boleh dijelaskan dengan beberapa penerangan (Rahimin Affandi 2005: 2021): 1. Ajaran Islam amat bersesuaian dengan psikologi dan mentaliti masyarakat Melayu yang mengamalkan cara hidup yang lemah lembut dan bersifat universal (menghormati keharmonian alam). 2. Sifat ajaran Islam yang mudah difahami, rasional dan sesuai dengan fitrah manusiawi berbanding dengan agama lain. 3. Cakupan agama Islam tidak bersifat perkauman yang terhad kepada sesuatu bangsa semata-mata, tetapi merangkumi kesemua ras manusia sedunia yang dibina di atas asas persaudaraan (ukhuwah). Asas persaudaraan ini juga tidak menerima segala bentuk pembahagian kasta manusia yang mengakui semua manusia adalah sama martabatnya di sisi Allah. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islamlah yang telah memperkenalkan dunia Melayu kepada budaya ilmu dan pemikiran rasional yang menolak fahaman tahyul dan mitos. Islam jugalah yang memperkenalkan dunia Melayu kepada dunia luar, baik Timur mahupun Barat, sehingga memungkinkan Jurnal Hadhari Special Edition (2012)143 - 154 146 bangsa Melayu mengadun, menempa dan membina sebuah kesultanan yang cukup masyhur dalam sejarah. Islamlah juga yang telah menyempurnakan fahaman



13



keperibadian sendiri, mengemaskinikan Faham Kebangsaan Melayu dan menjadi faktor pemersatu (the unifying force) orang-orang Melayu di rantau ini. Tidak dapat dinafikan bahawa faktor utama yang menyumbang kepada peneguhan jati diri dalam kalangan masyarakat Melayu adalah kerana sifat kesucian dan kesyumulan Islam itu sendiri yang penuh dengan pelbagai sumber dan prinsip bagi menjana perkembangan hidup manusia ke arah yang lebih baik. Agama Islam mempunyai ciri asas yang sangat unggul dan sangat istimewa. Keunggulan dan keistimewaan ciri tersebut, sebagaimana yang dinukil oleh Khurshid Ahmad (1981), merangkumi tujuh perkara iaitu: i. Cara hidup yang sempurna ii. Kesejagatan dan kemanusiaan iii. Mudah, rasional dan praktikal iv. Perpaduan antara kebendaan dan kerohanian v. Keseimbangan antara individu dan masyarakat vi. Mengandungi unsur tetap dan berubah vii. Ajaran yang terpelihara Agama memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia di dunia. Tanpa agama, seseorang individu tidak mempunyai hala tuju yang benar dan jelas dalam menikmati kehidupan (Abdul Ghafar & Zaleha 2008). Islam juga merupakan agama yang selari dengan fitrah kejadian manusia. Dalam konteks ini, pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata telah menguntungkan masyarakat Melayu. Ini adalah kerana semangat perpaduan dalam kalangan umat Melayu bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid, ummah dan ukhuwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu sematamata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi (Rahimin Affandi 2000). HUBUNGAN ANTARA AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK DALAM MEMBENTUK JATI DIRI Keistimewaan dan kesempurnaan Islam ini dapat dilihat dan dikaji menerusi peraturan dan hukum-hakam yang telah diatur dan digubal oleh Allah SWT menerusi nas al-Quran



14



dan juga nas yang diambil daripada Sunah Rasulullah saw. Islam Dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu 147 Hukum-hakam yang juga dikenali sebagai hukum Syarak ini boleh diklasifikasikan kepada tiga cabang ilmu iaitu Akidah, Syariat dan Akhlak (Ahmad & Mohd Farid 2008). Penggubalan hukum-hakam ini bertujuan supaya manusia dapat menjalani kehidupan mereka dengan selesa, aman, tenteram dan teratur semasa berada di dunia yang fana’ sebagai landasan menuju ke alam akhirat yang baqa’ dengan harapan mendapat rahmat Allah, mendapat keredhaanNya, dan seterusnya mendapat balasan syurga. Akidah dari aspek keislaman ialah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun keimanan seperti yang terdapat di dalam wahyu Allah, al-Quran dan as-Sunnah tanpa sebarang keraguan. Akidah merupakan asas dan dasar dalam Islam. Ia berupa keimanan dan keyakinan seseorang muslim terhadap nilai-nilai yang murni dan mutlak terikat kukuh dalam sanubari seseorang dan tidak mungkin terurai dengan paksaan manusia, pertukaran masa dan tempat kecuali atas kehendak sendiri dan izin Allah SWT (Ahmad & Mohd Farid 2008). Nilai-nilai murni yang dimaksudkan di sini ialah keimanan dan keyakinan kepada perkara-perkara ghaib yang berpaksikan keyakinan terhadap Allah Yang Maha Esa, iaitu Esa dari sudut uluhiyyah dan rububiyyah-Nya serta Esa pada Asma’ wassifat. Bertitik tolak daripada keimanan inilah lahirnya keimanan kepada Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Kiamat, Alam Barzakh, pengadilan di hari mahsyar, syurga, neraka dan qadak dan qadar (Surah Al-Baqarah 2: 177). Secara umumnya akidah merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati, dan jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak dan keraguan. Dengan merujuk kepada rukun iman maka jelaslah akidah dapat membina kekuatan



15



peribadi yang berasaskan kepada keimanan yang teguh dengan kehidupan yang baik, membersihkan jiwa dan menggerakkan jiwa kepada teladan hidup yang setinggitingginya (Mohd Asri et al. 2010). Akidah ialah roh dan cahaya peribadi anggota masyarakat. Adanya akidah bererti seseorang itu masih hidup, dan jika sebaliknya bererti dia telah menjadi orang yang mati. Tanpa akidah, manusia akan terperosok ke dalam lembah kesesatan. Firman Allah surah al-An’am (6: 122) yang bermaksud: Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti Jurnal Hadhari Special Edition (2012)143 - 154 148 yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). Jelas menunjukkan bahawa asas kepada jati diri Muslim ialah keteguhan iman di dalam diri. Setiap Muslim perlu ada di dalam dirinya keyakinan dan kepercayaan kepada Allah sebagai Tuhan yang disembah dan berkuasa dalam menentukan segala perjalanan hidup manusia dan seluruh isi dunia ini. Keimanan dan keyakinan kepada kekuasaan perlu tersemat teguh di dalam hati dan dizahirkan melalui sifat-sifat yang membuktikan kepatuhan kepada segala suruhan dan menjauhkan apa yang dilarang (Mohd Fauzi 2002). Pendidikan akidah kepada manusia ternyata menjadi satu elemen asas terpenting bagi pembinaan jati diri seorang muslim sejati berbanding pendidikan



16



yang lain. Penerapan dan pemantapan akidah dalam diri individu merupakan salah satu elemen penting bagi melahirkan individu yang cemerlang dan unggul dari sudut keperibadian supaya dapat memberi sumbangan dan kesinambungan pemerintahan akan datang. Dapatlah disimpulkan bahawa, akidah dalam Islam merupakan perkara asas (usul) di mana tumbuh cabang-cabang syariat daripadanya (Ahmad & Mohd Farid 2008). Syariat pula ialah amalan-amalan yang berupa ibadat dan muamalat yang dianjurkan oleh Islam hasil daripada akidah tersebut. Syariat pula dapat didefinisikan sebagai apa sahaja sistem tentang hidup, sama ada yang dicipta oleh Allah melalui perantaraan para Nabi dan rasul-rasulNya ataupun yang diciptakan oleh manusia. Istilah syariah Islam pula mencakupi seluruh kehidupan manusia iaitu peraturan yang telah Allah cipta berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Dari segi disiplin pengajian pula, Syariah Islam boleh diklasifikasikan kepada tiga bahagian (Mahmood Zuhdi Ab Majid 1995: 3): a. Peraturan yang berhubung dengan kepercayaan yang bersangkutpaut dengan hati nurani manusia dalam hubungannya dengan penciptaNya. b. Peraturan yang berhubungan dengan akhlak atau perilaku seseorang manusia. c. Peraturan yang bersangkutan dengan tindak-tanduk lahiriah manusia yang menyentuh soal halal haram perbuatan seseorang. Islam Dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu 149 Sehubungan dengan itu, syariat merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan bagi pembangunan fizikal, mental dan spiritual. Pembentukan akhlak akan tercetus hasil pengamalan syariat yang dilakukan oleh setiap individu. Dalam konteks Islam, akhlak merupakan salah satu elemen penting yang perlu diberi perhatian kerana berhubung kait dengan tingkah laku dan peribadi. Melalui akhlak juga, ia akan memberi kesan yang mendalam kepada seseorang di mana ia dapat mewarnai seluruh kehidupan sama ada dari segi fizikal dan rohani sejajar dengan



17



apa yang telah ditetapkan oleh Islam. Apabila perlakuan seseorang yang tidak diasaskan dengan asas yang kukuh, maka tahap pendirian juga mudah goyah dan tidak tetap, lantas mudah untuk dipengaruhi oleh anasir negatif. Sememangnya akhlak sangat bertepatan dengan fitrah kejadian manusia yang lebih cenderung untuk melakukan perkara kebaikan dan benci untuk melakukan perkara-perkara buruk (Abdul Ghafar dan Zaleha 2008) Menurut Za’ba (2005), pengukuhan akidah atau kekuatan dan kelemahan jati diri orang Islam bukan suatu yang diwarisi atau diperoleh melalui keturunan, doa orang lain atau syafaat ulama tertentu. Pengukuhan akidah dan kemantapan jati diri muslim datang melalui usaha sendiri menerusi ilmu pengetahuan dan latihan berfikir berasaskan pemerhatian jujur kepada al-Quran dan Hadis-hadis Nabi. Manusia akan dipertanggungjawabkan dengan perkara-perkara yang manusia imani dan manusia tidak akan dapat sesuatu pun melainkan daripada apa yang dia usahakan sendiri. Iman mesti diusahakan dan disertai dengan keyakinan dan pembenaran yang bersungguh-sungguh dalam hati dan dibuktikan pula dengan amalan yang berterusan sehingga boleh menghasilkan akhlak dan jati diri yang kuat, baik dan sempurna. Muhammad Ali AlHasyimi (1999) berpendapat manusia itu amat memerlukan agama. Dalam erti kata yang lain, manusia memerlukan pendidikan Islam dan bimbingan akhlak supaya mereka dapat menanamkan kemanusiaannya serta memainkan peranan mereka selaku khalifah di muka bumi ini. Seandainya tanpa pendidikan dan bimbingan akhlak ini nescaya sikap tidak peduli terhadap orang lain, kedengkian, iri hati, kezaliman dan sikap-sikap tercela yang lain akan mendominasi di dalam diri manusia tersebut. Sudah menjadi lumrah bahawa kemajuan membawa kebaikan dan juga perkara-perkara yang tidak dihajati oleh kemajuan. Gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, ponteng



18



sekolah dan seumpamanya mendesak agar kita mencari penyelesaian bagi membendung masalah ini. Bangsa Melayu memang terkenal sebagai bangsa yang bersopan-santun, lemah-lembut, menghormati orang tua, undang-undang dan seumpamanya. Oleh itu, akhlak yang terbit dari acuan akidah dan pengamalan yang dilakukan menerusi syariat adalah amat penting bagi membentuk jati diri yang utuh dan tekal dalam jiwa masyarakat Melayu. Jurnal Hadhari Special Edition (2012)143 - 154 150 Jelaslah di sini bahawa Islam merupakan jati diri masyarakat Melayu yang unggul, ini adalah kerana fitrah manusia itu kembali kepada agama dalam menjalani hidupnya. Agama Islam yang merupakan sumber yang sentiasa menganjurkan kepada kebaikan, kemuliaan serta hal-hal yang terkandung dalam prinsip-prinsip dasar pendidikan dan akhlak dalam kehidupan ini. Secara kesimpulannya, Allah SWT tidak menurunkan Islam hanya sebagai teori yang hanya dinikmati akal sahaja, tidak juga sebagai kalam suci yang dijadikan manusia sebagai alat untuk mencari berkat dengan cara membacanya tanpa harus memahami petunjuk dan maknanya. Akan tetapi Dia menurunkan agama tersebut dengan panduan yang dapat mengatur kehidupan individu, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. Sebagaimana Allah SWT berfirman (al-Maidah 16: 15-16) yang bermaksud: Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad saw) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keteranganketerangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. 16. Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan



19



kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. PEMBENTUKAN JATI DIRI MELAYU YANG DINAMIK Masyarakat bertamadun lebih menjurus kepada masyarakat yang menjalani kehidupan yang berpaksikan dasardasar Islam secara menyeluruh termasuk sistem sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks ini, masyarakat bertamadun boleh diklasifikasikan sebagai masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri berpandukan ajaran Islam. Dengan kata lain, masyarakat yang mempunyai jati diri yang kukuh berlandaskan ajaran Islam. Ini dapat diperkukuhkan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2: 208) yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. Islam Dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu 151 Kekuatan jati diri masyarakat Melayu bergantung pada kekuatan akidah dan sejauh mana individu tersebut berfikir dan beramal dengan akidah dan keimanannya terutama mengenai perkara-perkara asasi tentang ketuhanan, alam, kehidupan dan manusia (Ahmad Munawar & Zakaria 2011). Dalam hal ini, Sayid Sabiq (2006) menyatakan terdapat tujuh kekuatan utama yang perlu dikuasai oleh setiap individu muslim bagi membina semula jati diri muslim yang berteraskan al-Quran dan alSunnah iaitu (Abu Bakar 1976): i. Kekuatan jihad, iaitu membela dan mempertahankan hak untuk memperoleh kehidupan yang baik, mulia dan merdeka. ii. Kekuatan aqidah, iaitu kepercayaan yang sebati dan keyakinan yang tanpa syak dan ragu terhadap zat dan sifat yang dimiliki menyebabkan tidak ada manusia lain mampu mempengaruhi



20



kepercayaan dan keyakinan berkenaan, kerana zat dan sifat yang wujud itu adalah di bawah penguasaan dan lingkungan ilmu serta pengetahuan manusia yang sangat jelas sehingga dapat melahirkan hati, fikiran dan pemikiran serta tingkah laku yang baik. iii. Kekuatan ilmu pengetahuan kerana daripada perspektif Islam, ilmu pengetahuan adalah semua jenis ilmu pengetahuan yang boleh mendorong manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pengetahuan adalah satu alat yang unik, yang boleh mendorong dan membimbing pemiliknya untuk mengenal dan memperhambakan diri semata-mata kerana Allah SWT. Ia suatu yang suci dan bernilai dalam kehidupan seseorang muslim. Mereka yang berilmu pengetahuan diberi kedudukan yang paling tinggi di sisi Allah dan para malaikat dan kedudukan istimewa selepas para nabi sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah, ayat 11, yang bermaksud, “Allah akan meninggikan orangorang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjah”. Ayat tersebut merupakan tonggak peribadi muslim. Kerana ilmu membentuk diri seseorang itu untuk mengenali Allah SWT atau tidak. iv. Kekuatan akhlak dan jati diri kerana akhlak adalah simbol kepada kemantapan akidah. Akidah dan akhlak adalah suatu yang bersepadu. Proses pembentukan akhlak manusia yang sempurna bergantung pada proses pembentukan akidah yang sempurna. Akidah yang kuat akan memelihara manusia daripada segala bentuk musibah di dunia dan di akhirat. v. Kekuatan ikatan kemasyarakatan, sentiasa berusaha dan konsisten dalam membantu masyarakat menegakkan dasar-dasar kemerdekaan dan keadilan mengikut syariat Islam. Semua ini bertujuan untuk mencapai kebahagiaan seluruh umat manusia. Jurnal Hadhari Special Edition (2012)143 - 154 152 vi. Kekuatan perdamaian, iaitu berusaha bersama melaksanakan dan memastikan aspek-aspek perpaduan yang berteraskan hormat-



21



menghormati antara satu sama lain dilaksana dan dilihat dilaksanakan. vii. Kekuatan ekonomi, iaitu secara konsisten mencari kekayaan dan memperolehinya dengan memanfaatkan sumber alam dan kekayaan bumi dengan cara yang berasaskan syariat untuk digunakan secara adil dan bijaksana. KESIMPULAN Dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang amat rapat dengan Islam dan Islamlah yang menjadi ciri kekuatannya. Cubaan untuk menguatkan orang Melayu dengan unsur-unsur lain selain Islam hanya akan melemahkan orang Melayu. Bangsa Melayu juga adalah bangsa yang tidak mudah untuk mengalah demi mempertahankan keislamannya. Usaha untuk meneguhkan jati diri dan mempertahankan Islam ini telah dilakukan melalui wasilah yang pelbagai. Kepelbagaian wasilah ini telah dimainkan oleh bukan hanya satu lapisan masyarakat sahaja malah perlu bergandingan agar semangat keperwiraan ini akan dapat diwarisi oleh generasi Melayu Muslim di zaman ini. Untuk itu, asas pembinaan jati diri perlu jelas dan bertolak dari sumber yang mantap. Kefahaman masyarakat perlu dijana dengan asas kefahaman Islam yang sebenar di samping membudayakan sikap berlapang dada dalam menerima pandangan sama ada yang memihak mahupun yang agak kritikal. Pada waktu yang sama cabaran-cabaran yang bersifat semasa seperti gejala sosial, tahap kefahaman dan penghayatan Islam masyarakat, budaya yang bercanggah dengan Islam dan tahap pembacaan bahan-bahan bermutu dalam kalangan masyarakat perlu ditangani secara berhikmah dan memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak. Asasnya, pelaksanaan sempurna terhadap proses tazkiyat al-nafs (pembersihan jiwa), boleh melahirkan manusia yang cukup kental pegangan akidah dan keimanannya. Daripada keimanan yang teguh akan melahirkan manusia yang tahan uji dan berakhlak mulia. Ini kerana sesungguhnya perlakuan akhlak yang terpampang di permukaan diri



22



seseorang adalah manifestasi atau terjemahan keimanan atau akidah yang terpahat kemas dalam diri individu yang berkenaan. Kesimpulannya, agama Islam adalah agama yang cukup lengkap dalam semua aspek kehidupan. Ia adalah agama yang mengatur cara hidup manusia di dunia ini agar sentiasa harmoni bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak. Sesungguhnya, sistem hidup Islam mendorong ke arah kehidupan yang selamat dan sejahtera. Islam Dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu 153 Nota: Semua terjemahan al-Quran dalam artikel ini adalah berdasarkan terjemahan al-Quran Tafsir pimpinan arRahman kepada pengertian al-Quran, Abdullah Basmeih. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir. RUJUKAN Al-Quran. Abdul Ghafar Don dan Zaleha Mohd Ali. 2008. Dakwah dan cabaran de-Islamisasi di Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid Hafidz Ahmad. 2008. Islam Agama Rabbani: Dasar Pendidikan Islam Teras untuk KPLI & PPISMP. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ahmad Munawar Ismail dan Zakaria Stapa. 2011. Pemikiran Asha’irah dalam akidah Islam, hubungannya dalam membentuk dinamika jati diri muslim. Dlm. Prosiding Seminar Serantau Pengajian Usuluddin. Brunei: Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Abu Bakar, H. 1976. Syarah falsafah Islam. Kelantan : Pustaka Aman Sdn. Bhd. Jaffary Awang. 2009. Pendekatan Islam Hadhari ke arah memperkasakan identiti MelayuMuslim di Malaysia. Jurnal Islam Hadhari. Bil 1. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Khurshid Ahmad. 1981. Islam: Prinsip dasar dan kerakteristiknya. Bandung: Perpustakaan Salman ITB. Hlm. 8-19. Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid. 1995. Pengajian Syariah: Satu pentakrifan. Prosiding Seminar Pengajian Syariah. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Mohd Asri et al. 2010. Prinsip-prinsip asas Islam: Islam dan Akidah. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti



23



Teknologi MARA. Mohd Fauzi Hamad. 2002. Peranan akidah dalam perancangan pembangunan ummah: satu analisis dalam konteks masyarakat kini. Jurnal Usuluddin. Bil 16. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Jurnal Hadhari Special Edition (2012)143 - 154 154 Muhammad Ali Al-Hasyimi. 1999. Jati diri Muslim. Penterj, M. Abdul Ghoffar E.M. Jakarta: Pustaka Al-Khausar. Muhammad Fauzi Asmuni. 2011. Perjuangan dbangsa Melayu dalam mempertahankan jati iri dan agama Islam. Dlm Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka. Melaka: Universiti Teknikal Malaysia. Muhammad Yusoff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: kajian terhadap tradisi sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2005. Citra Islam dalam pembentukan manusia melayu moden di Malaysia: satu analisa. Dlm. Jurnal Pengajian Melayu. Jil 15. Penerbit: Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2000. Kebudayaan Melayu dan Islam Di Nusantara: Satu Analisa Pengkaedahan. Dlm. Seminar Hukum Islam Semasa 111 Peringkat Kebangsaan 2000. Anjuran Jabatan Fiqh dan Usul. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1972. Islam dalam sejarah kebudayaan Melayu: suatu mukaddimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah Melayu-Indonesia dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa dan kesusasteraan Melayu. Penerbit. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Za’aba, Zainal Abidin Ahmad. 2005. Perangai bergantung pada diri sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Kling. 2005. Islam di Malaysia. Gapeniaga Sdn Bhd. Kuala Lumpur.



24



APENDIKS



RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan https://gadisbm5.blogspot.com/2019/09/pengaruh-luar-dalam-masyarakat-melayu.html http://journalarticle.ukm.my/6103/1/JD005862_143-154.pdf



25



26