Assingment KOMPARATIF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



Pengenalan Pendidikan Komparatif .....................................................................1 1.1 Secara Etimologis ...........................................................................................2 1.2 Secara terminologis .....................................................................................2 2.0 Rasional Pendidikan Komparatif ......................................................................3 2.1 Membandingkan sistem pendidikan negara-negara lain secara global .........3 2.2 Menganalisa sistem Pendidikan di sesuatu Kawasan ...................................3 2.3 Pengajian terhadap sistem pendidikan ..........................................................4 3.0 Tujuan Mempelajari Pendidikan Komparatif....................................................4 3.1 . Repertorial-deskriptif. .....................................................................................5 3.2 . Historik-berfungsi. ..........................................................................................5 3.3. Melioristik. ....................................................................................................5 4.0 Objektif Pendidikan Komparatif ..........................................................................6 5.0 Sejarah Pendidikan Komparatif ...........................................................................6 6.0 Model-model pendidikan Komparatif................................................................12 6.1 Model IL Kandel .........................................................................................12 6.2 Model William W. Brickman ......................................................................14 7.0 Keperluan Pendidikan Komparaif ......................................................................14 8.0 Kesimpulan ........................................................................................................15 Bibliografi ..........................................................................................................................17



1.0



Pengenalan Pendidikan Komparatif



Dalam memajukan dan mengembangkan pendidikan, suatu negara perlu membandingkan pendidikan negaranya dengan pendidikan di negara lain, dengan tujuan untuk mengetahui persamaan dan perbezaan, kelebihan dan kekurangannya, lalu mengambil unsur positifnya sekaligus menyesuaikan dengan keadaan tempatan. Kejayaan pendidikan suatu negara tentu dapat menentukan kejayaan negara tersebut. Atas dasar itulah negara-negara yang boleh dikatakan maju tentu menjadi pusat perhatian untuk dilakukan penelitian atas kejayaan negara tersebut. Sebagai faktor kunci kejayaan suatu negara, pendidikan dari negara-negara yang dianggap maju tentu menjadi primadona kajian dari negara-negara lain yang ingin mengikuti jejak kemajuannya.



Pendidikan Perbandingan secara harfiah sendiri adalah Ilmu yang mendidik bagaimana cara membandingkan. Yang diperbandingkan dalam ilmu ini adalah amalan dan hasil-hasil penyelenggaraan pendidikan yang berlaku dalam masyarakat. IL Kandel dalam bukunya " comparative education "yang mengatakan pendidikan komparatif sebagai kajian tentang teori dan amalan pendidikan pada masa sekarang yang dipengaruhi oleh bermacam-macam latar belakang dan merupakan kesinambungan daripada sejarah pendidikan. Carter v.good mengatakan pendidikan komparatif sebagai lapangan yang mempunyai tugas untuk mengadakan perbandingan teori dan amalan pendidikan sebagaimana terdapat pada beberapa negeri dengan maksud untuk mengadakan perluasan pemandangan dan pengetahuan tentang pendidikan di luar batas negeri sendiri.



1



Satu aspek penting dalam pendidikan perbandingan adalah contextualization. Sistem pendidikan sesebuah negara tidak boleh dilihat dengan betul tanpa melihat perkara-perkara lain yang mungkin mempengaruhi atau mempengaruhinya. Sosial, politik dan keadaan ekonomi adalah faktor-faktor



yang terlibat dalam membentuk sistem



pendidikan dan menentukan hasil. Negara-negara yang mempunyai tradisi kebangsaan yang kuat pendidikan, sebagai contoh, mungkin mempunyai hasil yang lebih baik dengan pembiayaan kurang daripada negara-negara yang sejarah tidak meletakkan nilai yang besar kepada pendidikan. Memahami pengaruh budaya juga penting apabila membangunkan teknik untuk penilaian dan perbandingan atau apabila bekerja di program pendidikan baru yang boleh diperkenalkan ke kawasan-kawasan tertentu. 1.1



Secara Etimologis Pengertian secara etimologis. Pendidikan perbandingan secara etimologis dimaksudkan sebagai ilmu yang mengajarkan dan melatihkan tentang tata cara atau prosedur membandingkan dua atau lebih sistem yang berbeza, baik antara daerah maupun antar negara. Istilah pendidikan perbandingan sering diucapkan dengan istilah pendidikan perbandingan, kerana kedua-duanya mempunyai pengertian sama.



1.2



Secara terminologis Pengertian secara terminologi adalah disiplin ilmu yang mempelajari sistem-sistem pendidikan baik dalam satu negara maupun antara negara yang melibatkan:



2



(a) Sistem pendidikan formal, non-formal dan tidak formal, (b) Teori dan amalan pendidikan, serta (c) Latar belakang sosial, ekonomi, politik, ideologi, dan budaya yang mempengaruhi sistem pendidikan.



2.0



Rasional



Pendidikan Komparatif



2.1



Membandingkan sistem pendidikan negara-negara lain secara global Dalam pendidikan perbandingan, penganalisis berminat untuk mengkaji sistem pendidikan



negara-negara lain untuk mendidik rakyat mereka. Para



penganalisis mengkaji kekuatan dan kelemahan sistem yang berbeza dan mungkin membandingkan dan membezakan mereka dengan dua atau lebih negara. Satu lagi bidang yang menarik ialah dalam mewujudkan perbandingan di dalam sebuah negara tunggal dari masa ke masa, melihat bagaimana perubahan dalam sistem telah mempengaruhi hasil pendidikan, dan juga variasi yang memeriksa dalam sistem dari kawasan ke kawasan.



2.2



Menganalisa sistem Pendidikan di sesuatu Kawasan Dalam pendidikan perbandingan, hal-hal yang perlu dipelajari adalah kajian-kajian yang secara umum merangkumi dua perkara penting iaitu kajian kawasan, kajian ini diarahkan pada kawasan tertentu yang berusaha mempelajari sistem pendidikan di kawasan tersebut. Misalnya kajian sistem pendidikan di kawasan Asia Tenggara, Eropah, dan timur tengah. Seterusnya



3



yang kedua adalah kajian tematik, kajian ini diarahkan pada pengkajian terhadap tema-tema tertentu dalam pendidikan misalnya, pengurusan persekolahan, pembangunan kurikulum, kualiti input sekolah, autonomi sekolah atau institusi, penswastaan sekolah, pendidikan pra sekolah, integrasi pendidikan sekolah dan luar sekolah, peningkatan pendidikan guru dan lain-lain.



2.3



Pengajian terhadap sistem pendidikan Kemestian kita mempelajari pendidikan perbandingan yaitu agar kita memahami konsep-konsep asas dan kaedah dalam membandingkan aneka sistem baik didalam atau diluar negeri, boleh menilai kejayaan dan kekurangan serta



mengenalpasti



mempertimbangkan



sesuatu isu-isu



yang



pendidikan



bermanfaat dan



atau



mengikuti



tidak,



boleh



perkembangan



pendidikan secara global serta terhindar dari kacamata etnosentrisme sempit, mempereoleh pengetahuan tentang model-model sistem pendidikan di pelbagai negara dan faktor yang mempengaruhi dan melatar belakangi ( national character ) sistem tersebut.



3.0



Tujuan



Mempelajari Pendidikan Komparatif



Menurut Harold J Noah (1985), dan Dr.Farooq Joubish (2009), pendidikan komparatif mempunyai empat tujuan:  Untuk menjelaskan sistem pendidikan, proses,



atau hasil. 4



 Untuk membantu dalam pembangunan institusi pendidikan dan amalan.  Untuk menyerlahkan hubungan antara pendidikan dan masyarakat.  Untuk menetapkan pernyataan umum tentang pendidikan yang berlaku di lebih daripada satu negara.



IL. Kandel menyebutkan ada tiga tujuan yang ingin dicapai dalam kajian pendidikan perbandingan iaitu: 3.1 .



Repertorial-deskriptif. Pertama-tama kajian dalam pendidikan perbandingan berusaha mengungkapkan data-data yang bersifat informotoris tentang sistem pendidikan pada umumnya maupun pada khususnya. Misalnya data tentang angka penyertaan, jumlah anak putus sekolah, jumlah angka buta huruf, jumlah sekolah negeri dan swasta baik dalam lingkup satu negara dan dua / lebih negara yang berbeza.



3.2 .



Historik-berfungsi. Kajian-kajian yang telah dilakukan dalam pendidikan perbandingan juga berusaha mencari kaitan data-data yang bersifat informotoris pendidikan dengan bidang lain seperti falsafah dan pandangan hidup, sistem politik, sistem ekonomi dan sosial-budaya dari masyarakat itu.



3.3.



Melioristik. Tujuan



pendidikan



komparatif



yang



terakhir



adalah



dalam



rangka



mengembangkan pendidikan di dalam negeri sendiri. Setelah mengetahui 5



persamaan dan perbezaan keadaan pendidikan antar negara termasuk dengan negaranya sendiri, maka dapat diambil manfaat dari kebaikan-kebaikan negara lain tersebut. Iaitu kebaikan-kebaikan itu seboleh mungkin dapat dilaksanakan di negara sendiri dengan beberapa penyesuaian kritis.



4.0



Objektif Pendidikan Komparatif  Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi teori dan amalan pendidikan sesebuah negara  Memperolehi pengetahun tentang model-model sistem pendidikan di pelbagai negara



5.0



Sejarah Pendidikan Komparatif



Sejarah menunjukkan pada awalnya perbandingan dibuat dengan hanya membuat Pemerhatian tentang sistem kehidupan di negara lain secara umum. Pada masa itu belum dijumpai perbandingan tentang kaedah dalam pendidikan tidak dibuat, yang dijumpai hanya gambaran umum yang sangat bergantung kepada ingatan para pengunjung ke negara lain, dengan tujuan berdagang, melancong, perang, ibadah haji dan lain-lain. Diantara tokoh-tokoh pada tempoh itu adalah Marcopolo, Ibnu Bathuthah dan



Ibnu



Khaldun.Tahap pertama, boleh dikatakan tahap paling primitif. Hal tersebut kerana hanyalah kisah yang dibawa pulang oleh pelancong



yang berupa laporan yang boleh



dikatakan masih amatur dan bersifat umum. Rasa ingin tahu adalah dorongan utama dari perjalanan mereka, namun, hasil pemerhatian mereka tidak didokumenkan secara sistematik.



6



Menurut Arif Rohman dalam bukunya Pendidikan Perbandingan, pada fasa ini pendidikan komparatif baru berupa laporan-laporan lisan ( oral reports ), misalnya tentang laporan tentang sistem pendidikan di negara Greek dan Rom, kemudian laporan cerita perjalanan Marco Polo yang menjelajah dunia, kemudian cerita dari Alexis de Tocqueville. Baik Marco Polo maupun Tocqueville keduanya menceritakan tentang pendidikan anak-anak di beberapa negara yang pernah mereka kunjungi.



Tahap kedua, dari awal abad kesembilan belas, bertepatan dengan munculnya sistem nasional pendidikan di Eropah, perjalanan luar negeri yang dibuat pelancong yang mempunyai minat khusus dalam hal pendidikan. Tidak lagi didorong oleh rasa ingin tahu secara umum, mereka pergi bersiar-siar negara-negara asing dengan tujuan mencari maklumat yang berguna untuk merangka program pendidikan di negara mereka sendiri. Kumpulan ini didominasi ahli politik pendidikan, ahli dan sukarelewan sering pergi tidak dengan kos sendiri, atau mengikuti kepentingan peribadi mereka, tetapi sebagai utusan yang dilantik kerajaan negara mereka. Sejarah menunjukkan semasa revolusi industri pada abad ke 19, perbanding telah berlaku kepada bidang industri dan ekonomi yang pada seterusnya mempengaruhi bidang pendidikan. Kesedaran bangsa Eropah akan kepentingan pendidikan mendorong mereka mempelajari sistem pendidikan di negara lain yang lebih maju. Salah satu tokoh yang berpengaruh pada tempoh itu



adalah Fiedrich August Hecht 1895 M: tentang



sekolah-sekolah di Inggeris dan di Jerman.



7



Pada fasa ini pula muncul seorang tokoh berbangsa Perancis yang bernama Antoine Julie de Paris. Pada tahun 1817 beliau mencadangkan pentingnya pengumpulan data-data secara sistematik melalui pemerhatian dan angket tentang sistem pendidikan di negara lain. Oleh kerana itu, Antoine Julie de Paris ini dikenali sebagai bapak perintis pendidikan komparatif sebagai ilmu. Kemudian muncul pula tokoh-tokoh lain seperti John Griscom (Amerika Syarikat), Victor Cousin (Perancis), Horace Mann (Amerika Syarikat), Matthew Arnold (Inggeris), dan Michael Sadler (Inggeris)



Para tokoh-tokoh tersebut melakukan pelbagai usaha dalam membangunkan pendidikan komparatif. Seperti John Griscom yang mempelajari pendidikan di negara lain dengan cara melawat beberapa negara Eropah kemudian dia tinggal dan hidup disana selama satu tahun. Negara-negara yang pernah diteliti seperti Inggeris, Switzerland, Itali dan Belanda. Hasil dari lawatan tersebut kemudian dilaporkan dan dikumpulkan menjadi sebuah buku yang berjudul "A Year ini Europe" . Victor Cousin melakukan kunjungan ke Prussia (sekarang dikenali dengan nama Jerman) untuk mempelajari pendidikannya. Hasil lawatan itu kemudian ditulis dalam sebuah buku mengandungi laporan pendidikan umum di Prussia yang diberi judul " Education Reports in Prussia " . Horace Mann pada tahun 1844 pernah mengunjungi sebahagian negara Eropah selama beberapa bulan dan berjaya mencatat beberapa penemuan berkaitan dengan sistem pendidikan di semua negara yang dikunjungi, kemudian hasilnya dikumpulkan dan dituangkan dalam sebuah buku yang diberi judul " Seven Annual Report ". Buku tersebut mengandungi perbandingan pendidikan antara Jerman, Inggeris, Perancis dan Iceland. Matthew Arnold pada tahun 1859 melawat Perancis dan 1865 di Jerman.Hasil lawatan dituangkan dalam suatu telaah 8



tentang sistem pendidikan di kedua-dua negara tesebut yang berjudul "Special Report of Educational Subjects, suatu terbitan yang disusun oleh Dewan Pendidikan Inggeris iaitu Board of Educationyang saat itu dipimpin oleh Sir Michael Sadler. Sir Michael Sadler sendiri melawat Jerman pada tahun 1894 dan 1895 dengan memerhati sekolah-sekolah di Jerman, hasilnya dia tulis dengan tajuk " How Far can We Learn Anything of Practical Value from The Study of Foreign Systems of Education " . Pada tulisannya tersebut, dia menafikan dan tidak yakin bahawa aneka komponen atau kaedah pada sistem pendidikan negara asing dapat dikajisecara berasingan..



Para penganalis mengatakan zaman memperhubungkan antara sistem pendidikan atau



pengajaran dengan masyarakat (Michael Sadler :menyebarkan



tulisannya sampai meletusnya Perang Dunia pertama) beliau membuat perbadingan pendidikan dan mengaitkan sistem pendidikan dengan kebudayaan di setiap negara. Ini merupakan sistem analisis yang benar dalam kajian perbandingan pendidikan. Setelah Perang Dunia pertama selesai,Kajian tentang pendidikan di enam negara Eropah iaitu Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Rusia dan Amerika telah dibuat. Zaman menunjukkan faktor kebudayaan yang melandasi atau yang melatar belakangi sistem pendidikan di pelbagai negara secara umum.



Tahap ketiga. Pada tempoh ini, pertukaran maklumat tentang negara-negara asing dan pendidikan khususnya mengenai asing dianggap hanya untuk pengharapan menghalang kejahilan yang dibahagikan suatu bangsa. Pada peringkat ini pula proses pengumpulan maklumat tentang negara-negara asing yang menjadi objek perbandingan 9



disusun secara sistematik. Dalam menerbitkan maklumat, negara-negara asing memerlukan pertukaran sarjana, mahasiswa dan penerbitan.Rangkaian yang dihasilkan dari hubungan antarabangsa akan dengan sendirinya membantu mempromosikan pemahaman antarabangsa, serta peningkatan sosial, khususnya institusi pendidikan di seluruh dunia Pada fasa ini pula banyak ahli yang melakukan kajian dan penyelidikan dengan mengkaji hubungan sekolah dengan masyarakat, diantaranya dilakukan oleh Nicholas Hans. Dia meneliti peranan sekolah dalam mengembangkan kebudayaan masyarakat.



Tahap keempat. Bersamaan dengan munculnya ilmu-ilmu sosial menjelang akhir abad kesembilan belas terdengar pengakuan terhadap pentingnya hubungan dinamik mengait pendidikan dan masyarakat. Pendidikan dilihat sebagai cerminan dari sebuah masyarakat. menggunakan



Pada



tahap



kesimpulan



ini,



mereka



untuk



mula



mengarahkan



mempertimbangkan serta



membentuk



kemungkinan masa



depan



masyarakat.Pada fasa ini para ahli banyak melakukan kajian tentang pemodenan, iaitu pemodenan masyarakat dan pemodenan pendidikan.



Tahap kelima. Pasca perang dunia pertama, kemajuan pesat dialami oleh pendidikan sosial. Pendidikan ekonomi dan sosiologi berkembang lebih dahulu, disusul kemudian dengan pendidikan politik dan antropologi. Kaedah penyelidikan kuantitatif menjadi primadona pada masa itu, tidak hanya digunakan dalam pendidikan sosial, akan tetapi di beberapa cabang pendidikan juga menggunakan kajian tersebut, seperti psikologi dan psikometri. Menurut Arif Rohman, fasa terakhir berlangsung dari tahun 1990-an hingga 2000-an, di mana kajian pendidikan komparatif lebih tertumpu pada perhubungan antara 10



pendidikan dengan isu-isu kemanusiaan, seperti Hak Asasi Manusia (HAM), kesamarataan jantaina, pembasmian kemiskinan, dan lain- lain. Dengan demikian kajian -kajian pendidikan komparatif sudah



meluas ditulis oleh ahli pendidikan. Banyak



majalah, jurnal, dan ensiklopedia pendidikan komparatif yang ditulis para ahli.



Pada



masa



kini



tercipta



kaedah



kajian



perbandingan



pendidikan,



prosedur-prosedur serta peraturan-peraturan baik kajian antara serantau mahupun antara negara (antarabangsa). Para penganalis perbandingan pendidikan perlu melengkapkan datanya dengan maklumat



dan informasi tentang operasionalisasi kependidikan di



negara lain ditambah dengan fakta-fakta tentang situasi dan keadaan serta kebudayaan yang mempengaruhinya. Sergius Hessen (Rusia) dan Cicholas Hans lebih menitik beratkan pada faktor kebudayaan daripada faktor sejarah. IL Kandel (Amerika Syarikat) lebih menitik beratkan pada faktor sejarah. Kerana permasalahan pendidikan berkaitan dengan faktor sejarah.



Pendek kata, selama satu abad setengah pendidikan komparatif telah berpindah dari tahap ingin tahu ke tahap analisis. Pergerakkan ini mungkin boleh dibezakan bersama tiga dimensi: dari data sembarangan berkumpul untuk ketetapan yang jauh lebih besar, dari kedermawanan dalam kerjasama pendidikan antarabangsa untuk profesionalisme, dan dari analisis didasarkan pada gerak hati terhadap penjelasan ilmiah.



11



6.0



Model-model pendidikan Komparatif



Tokoh-tokoh yang mempunyai peranan penting dalam Ilmu Perbandingan Pendidikan. Jika diperhatikan beberapa fasa perkembangan ilmu perbandingan pendidikan di atas. Maka terdapat beberapa tokoh-tokoh yang mempunyai peranan penting dalam penyebaran ilmu perbandingan pendidikan.  Marco Polo dan Alexis de Tocqueville. Kedua nama ini boleh dikategorikan mempunyai andil dalam penyebaran ilmu perbandingan pendidikan di awal-awal kemunculannya. Walaupun hasil pemerhatian atau laporan-laporan yang mereka masih bersifat lisan ( oral reports ).  Antoine Jullen de Paris, tokoh berbangsa Perancis disebut sebagai Bapak Ilmu Perbandingan Pendidikan.  John Griscom (Amerika Syarikat), Victor Cousin (Perancis), Horace Mann (Amerika Syarikat), Matthew Arnold (Inggeris), dan Michael Sadler (Inggeris). Tokoh-tokoh ini muncul setelah Ilmu Perbandingan Pendidikan dikaji secara ilmiah. Uhasa mereka dalam mengembangkan Ilmu Perbandingan Pendidikan dapat dilihat pada fasa kedua berkembangnya Ilmu Perbandingan Pendidikan di atas.



6.1



Model IL Kandel Isaac Leon Kandel (1881-1965). Tokoh kelahiran Botosani, Romania yang berasal dari keluarga asal Inggeris ini berjaya memperoleh ijazah MA di University of Manchester pada tahun 1906 dan mendapat ijazah Doktor Falsafah di Columbia University pada tahun 1910. Beliau



mempunyai



sumbangan yang cukup besar dalam Ilmu Pendidikan. Perbandingan .Sejarah 12



pendidikan, teori pendidikan dan pendidikan antarabangsa serta perbandingan pendidikan adalah bidang yang diceburi oleh beliau. Dalam mengembangkan ilmu perbandingan pendidikan, ia mempelajari beberapa hal dari perkembangan masa keemasan Rom dan Yunani. Kandel juga mengamati munculnya sistem pendidikan lanjutan di Perancis, Jerman, Inggeris dan Amerika Syarikat. Selain itu, dia juga memberikan perhatian khusus terhadap pendidikan kaum perempuan. Berkaitan dengan pendidikan perbandingan, Kandel memberikan definisinya dalam bukunya ' Comparative Education ' iaitu kajian tentang teori dan amalan pendidikan pada masa sekarang yang dipengaruhi oleh bermacam-macam latar belakang dan merupakan kesinambungan daripada sejarah pendidikan.



IL Kandel dalam bukunya "Comparative Education" yang mendefinisikan pendidikan komparatif sebagai kajian tentang teori dan amalan pendidikan pada masa sekarang yang dipengaruhi oleh bermacam-macam latar belakang dan merupakan kesinambungan daripada sejarah pendidikan (Aji, 2013). Menurut IL Kandel, salah satu tujuan dari pendidikan perbandingan adalah melioristik,



yang



artinya



pendidikan



perbandingan



bertujuan



untuk



membangunkan pendidikan di dalam negeri sendiri. Setelah mengetahui persamaan dan perbezaan keadaan pendidikan antar negara termasuk dengan negaranya sendiri, maka dapat diambil manfaat dari kebaikan-kebaikan negara lain tersebut yang seboleh mungkin dapat dilaksanakan di negara sendiri dengan beberapa penyesuaian



13



6.2



Model William W. Brickman Nama lain yang juga menjadi tokoh perkembangan ilmu perbandingan pendidikan adalah William W. Brickman. Ia adalah pengasas The Comparative and International Education Society . Organisasi ini bermula dari konfrensi tahunan di Universiti New York yang bermula sejak tahun 1954 dan kumpulan makalah yang berjaya dibentangkan pada saat itu yang diberi judul " Proceedings of the First Annual Conference on Comparative Education (1954) " telah dituntut oleh Brickman sebagai tolok ukur kelahiran organisasi perbandingan pendidikan ini. Perkembangan selanjutnya, pada tarikh 27 April 1956 resmilah berdiri The Comparative Education Society (CES) di mana Brickman



sendiri



menjadi



presidennya



serta



Gerald



Read



menjadi



setiausahanya. Dan selama enam tahun keberadaannya, organisasi ini berjaya melakukan kajian ke atas dua puluh empat negara di lima benua yang berbeza, sekaligus merasmikan jurnal baru yang berjudul Comparative Education Review. 7.0



Keperluan Pendidikan Komparaif



Pendidikan kompatif diperlukan oleh semua negara yang inginkan raktyatnya maju. Salah satu kesan positif dari lahirnya ilmu perbandingan pendidikan adalah boleh dirumuskan bahawa lahirnya suatu dasar dalam bidang pendidikan di suatu negara. Secara jelas dapat kita lihat pada fasa kedua dari sejarah perkembangan ilmu perbandingan pendidikan. Pada fasa tersebut, terdapat campur tangan kerajaan untuk menghantar 14



utusan-utusannya ke negara-negara lain dengan tujuan untuk mengamati perkembangan pendidikan di negara tersebut yang bersifat positif yang berguna bagi negara asal mereka.



Dengan kehadiran pendidikan komparatif pelbagai masalah dapat diatasi. Perubahan juga dapat dilakukan kepada Ideologi Negara, Perundangan Negara, Budaya ,agama, politik dan ekonomi.Perubahan



ideologi negara mempunyai implikasi



munculnya tujuan pendidikan negara tersebut. Salah satu contohnya adalah Indonesia dengan Pancasila sebagai landasan ideologinya. Hal ini memberikan kesan bahawa nilai-nilai luhur yang terdapat pada Pancasila untuk ditetapkan sebagai destinasi pendidikan negara.



8.0



Kesimpulan



Pendidikan perbandingan adalah pendidikan yang penting bagi perkembangan pendidikan suatu bangsa. Dalam pendidikan perbandingan terdapat suatu asas yang disebut dengan asas komparabilitas. Asas komparabilitas adalah kaedah penyelidikan atau penulisan dengan membandingkan pelbagai aspek dalam pendidikan. Misalnya tujuan pendidikan nasioanl, kos, proses, penilaian, dan sebagainya. Diantara segi-segi perbandingan atau komparabilitas dalam melakukan kajian komparasi sitem pendidikan antar dua negara atau lebih yang berbeza adalah: segi kemajuan pembangunan, segi latar belakang sejarah, segi latar belakang ekonomi, dan segi letak geografi. Dalam pendidikan antarabangsa, para pendidik perlu pandai menyelipkan nilai-nilai kemanusian ke dalam semua mata pelajaran dan dalam semua aktiviti secara berterusan. Aktiviti yang dirancang haruslah



15



sedemikian rupa sehingga anak didik tidak hanya belajar ilmu, tetapi juga belajar nilai. Sehingga 'pendidikan antarabangsa' bukan sekadar di kulit belaka, namun boleh diterapkan ke dalam semua level sekolah yang ada di seluruh nusantara



16



Bibliografi B Rickman, W ILLIAM W. B Rickman, ILLIAM W W. 1951 1951 "IL Kandel: international Scholar and Educator. " The Educational Forum 15: 389-412. "IL Kandel: Cendekia Antarabangsa dan Pendidik." Forum Pendidikan 15: 389-412. Comparative Education . Diperoleh pada 2 September ,2014. Daripada https://docs.google.com/ Introduction to Comparative Education .Diperolh pada 3 September, 2014. Daripada https://docs.google.com/presentation/d/. Pendidikan Perbandingan (2011). Diperoleh pada 3 September, 2014. Daripada http://nizman33.blogspot.com



The development of the concept and scope of comparative education . Diperoleh pada 10 September , 2014. Daripada www.tandfonline.com/



17