Assingment Kajian Kes [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



PENGENALAN



Sejarah permulaan perkembangan kaunseling kerjaya ditandai dengankegiatan bimbingan kerjaya dan vokasional yang telah dikesan sejak abadke-15 lagi (Brown & Srebalus, 1996) dan terus berkembang pada abad-abadterkemudian. Perkembangan ini dimantapkan lagi dengan kemunculanteori-teori perkembangan kerjaya dan juga set-set ujian yang menjadipanduan dan diguna-pakai sehingga ke hari ini Pendedahan maklumat kerjaya dan pendidikan lanjutan perlu diberikan sejak pelajar di bangksekolah. Kerjaya yang selaras dengan minat, kebolehan, personaliti serta pencapaian berupaya membantu pelajar memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan diri. Di samping itu pendedahan maklumat mengenai kebolehpasaran kerja dapat membantu pelajar memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran. Sehubungan demikian pihak sekolah perlulah memainkan peranan utama dalam usaha memberi maklumat kerjaya serta aliran atau jurusan yang selaras dengan bidang yang ingin pelajar ceburi.



1.0



LATAR BELAKANG KAUNSELOR 1



NAMA



:



ROHAIZA BINTI ZAINOL



UMUR



:



35 TAHUN



TARIKH LAHIR



:



1 0GOS 1980



STATUS



:



BERKAHWIN



ANAK



:



2 ORANG



TEMPAT BERTUGAS



:



MRSM MUADZAM, PAHANG



PENGALAMAN BEKERJA



:



10 TAHUN



GRED JAWATAN



:



PPPS DG 41



NO PERAKUAN AMALAN



:



PA 01490



NO KAUNSELOR BERDAFTAR



:



KB 02060



3.0



LATAR BELAKANG RESPONDEN



2



1. Nama Pelajar : LIYANA NAJWA BT MADZZULHAIDI 2. No. I/C : 990916 066540 3. Tingkatan : 406



Umur : 16 TAHUN Tahun : 2015



Homeroom : NORZANA 415



4. Nama Ibu Bapa/ Penjaga : MADZZULHZIDI BIN JAIS 5. Pendapatan : RM 1200 6.Alamat: N0 37 JALAN KERAMAT MAKMUR 2, TAMAN KERAMAT MAKMUR, 26500 MARAN PAHANG 7. No. Telefon : (HP) 0105785783 8. Anak ke : PERTAMA daripada LIMA orang adik-beradik. 9. Pencapaian Akademik Terkini : PNG :



3.94



TPNG : -



10. Penglibatan dalam Sukan : BIL



JENIS SUKAN



PERINGKAT



PENCAPAIAN



11. Penglibatan dalam Kelab/Persatuan/Unit Beruniform PERKARA NAMA JAWATAN TAHUN



KELAB NASYID AHLI 2015



PERSATUAN



UNIT BERUNIFORM RANJER PUTERI AHLI 2015



Klien merupakan seorang pelajar tingkatan 4 di MRSM Muadzam Shah, Pahang. Personaliti Klien seorang yang lemah lembut dan baik. Klien adalah seorang Klien sukarela yang datang berjumpa dengan saya untuk mengetahui perkembangam kerjaya beliau.



4.1



TEORI YANG MENJADI ASAS DALAM MEMBANTU KLIEN i. TEORI HOLLAND



3



Teori Pemilihan Kerjaya Holland dipilih dalam membantu klien kerana teori ini dirasakan sesuai dengan klien berdasarkan masalah klien yang datang berjumpa dengan saya kerana tidak tahu berkaitan pemilihan kerjaya yang bakal beliau ceburi selepas SPM. Teori ini dipilih kerana hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002). Melalui teori ini juga saya dapat mengenalpasti tret-tret peronaliti klien melalui sesi yang dilaksanakan bersama klien melaui Ujian Kerjaya iaitu Ujian Self Directed Search (SDS) yang telah klien laksanakan. Teori Holland telah mengketegorikan Klien kepada salah satu daripada enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.



4



Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973, Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu: 1.



Realistik atau agresif : Individu ini sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran dan masculinity. Individu realistic biasanya akan memilih kerjaya yang akan membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang dimiliki oleh mereka. Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang kayu dan lain-lain. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras



2.



kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain. Investigatif Atau Intelektual : Individu sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigative mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu,



3.



rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain. Artistik Atau Imaginative : Artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni. Individu artistic menyukai aktivitiaktiviti yang kabur, bebas dan tidak sistematik yang memerlukan mereka memanipulasi bahan-bahan dan perkataan, disamping menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginative, bebas,



4.



intuitif dan lain-lain. Sosial : Individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, 5



idealistic, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor. 5.



Enterprising Atau Extrovert Individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain. Kerjaya yang mereka pilih ialah seperti ahli politik, pengurus, eksekutif dan perniaga.



6.



Conventional Atau Praktikal Individu conventional memiliki minat, kecekapan, persepsi diri dan mempunyai ciri-ciri seperti berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain. Mereka memilih kerjaya seperti kerani, setiausaha atau operator.



Teori Holland ini banyak membantu klien dalam telah memberi sumbangan dan telah pemilihan kerjaya. Jadual dibawah menunjukkan Skor dapatan klien melalui Ujian SDS yang telah Klien laksanakan semasa sesi.



ii.



TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER



Teori kedua yang dipilih dalam membantu klien adalah Teori perkembangan kerjaya Super yang diperkenalkan oleh Donald E. Super. Teori ini dipengaruhi oleh teori perkembangan Kerjaya Ginzberg, malahan teori ini adalah kembangan daripada Teori Ginzberg. Sebuah teori perkembangan kerjaya atau teori pendekatan proses. 6



Teori ini lebih mementingkan konsep kendiri dalam menentukan arah tuju individu dalam bidang pekerjaan. Menurut Super (Isaacson & Brown, 1993), konsep kendiri ini berkembang melalui pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang dewasa yang bekerja, persekitaran dan pengalaman. Dimensidimensi ini mewujudkan perbezaan dan persamaan antara individu dan dapat membantu seseorang memilih kerjaya yang sesuai. Selain itu, Super turut menjelaskan bahawa dalam perkembangan kerjaya, individu mengambil kira faktor-faktor seperti keperluannya, kebijaksanaan, minat, nilai, sikap, keluarga, rakan sebaya, masyarakat, ekonomi negara, pasaran buruh dan sekolah. Dalam pemilihan kerjaya ini, Super (dlm. Ishamumudin Hj. Ismail, 1997) telah menekankan wujudnya beberapa peringkat perkembangan kerjaya seperti peringkat perkembangan, penerokaan, pemantapan, persaraan dan peringkat menurun. Peringkat perkembangan menjelaskan mengenai pembentukan konsep kendiri oleh seseorang individu dengan mengenal pasti orang-orang yang signifikan dalam keluarga dan sekolah. Mereka pada peringkat ini akan menonjolkan minat dan kebolehan dengan menceburi dirinya dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah atau di rumah. Super telah membahagikan peringkat ini kepada tiga bahagian, iaitu:   



Bahagian fantasi - 4 hingga 10 tahun Bahagian minat - 11 hingga 12 tahun Bahagian kebolehan - 13 hingga 14 tahun Peringkat penerokaan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam



lingkungan 15 hingga 24 tahun. Dalam peringkat ini, Super membahagikannya kepada tiga bahagian:   



Bahagian tidak tetap - 15 hingga 17 tahun Bahagian peralihan - 18 hingga 21 tahun Bahagian percubaan - 22 hingga 24 tahun Dalam peringkat ini, peranan yang dimainkan oleh pihak keluarga dan sekolah adalah



amat penting. Di peringkat ini, individu akan cuba-cuba untuk bekerja secara sambilan untuk menerokai dunia pekerjaan yang sebenar. Ketika ini jugalah individu mencari kerjaya yang sesuai dan yang mereka minati.



5.0



STRATEGI MEMBANTU KLIEN 7



Saya telah menetapkan sasaran bahawa selepas klien datang menjalani sesi kaunseling kerjaya bersama saya klien akandapat mengetahui dengan lebih jelas bekaitan bidang kerjaya yang bakal klien ceburi selepas SPM. Antara strategi-strategi yang telah saya ambil adalah:  



Meneroka minat klien terhadap pekerjaan dan subjek yang diminati Meneroka klien melalui sifat personaliti yang terdapat pada diri klien dan bandingkan dengan minat dan cita-cita klien adakah seiring dengan minat







terhadap pekerjaan itu dengan personality klien Memberi ujian kerjaya Self Directed Search (SDS) dan Ujian IPS kepada Klien supaya klien dapat melihat dan menilai sendiri keenderungan minat dan







personality Klien terarah kearah mana Meminta Klien menyenaraikan 5 minat pekerjaan yang bersesuaian dengan







Pesonaliti diri Klien berdasarkan Ujian Psikologi yang telah dilaksanakan. Akhir sekali meminta Klien memilih 3 keutamman pekerjaan yang menetapi ciri ciri personaliti klien berdasarkan ujian personalit dan ujian kerjaya yang klien telah ambil.



6.0 SESI



LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBANTU KLIEN LANGKAH-LANGKAH



YANG



DIAMBIL



DALAM



MEMBANTU KLIEN SESI PERTAMA - Membina rappo dengan klien (sosial talk) - Sesi pengstrukturan Penerokaan minat - Mulakan sesi dengan bertanyakan minat dan hobi klien dan personaliti klien - Subjek yang diambil oleh klien - Bertanyakan subjek yang diminati oleh klien dan mengapa -



subjek berkaitan diminati berbanding subjek lain Bertanyakan tentang personaliti diri klien . Bertanyakan cita – cita klien Dalam sesi ini klien mula bercerita mengenai minat klien terhadap semua subjek sains dan matematik kecuali subjek fizik, serta klien suka menbuat penyelidikan contoh yang klien bagi ialah beliau sangat suka semasa waktu masuk



-



lab untuk laksanakan ujikaji. Klien amat suka membaca buku-buku berkaitan sains dan seorang yang sangat berstruktur dalam melakukan sesuatu 8



-



urusan pekerjaan. Dalam sesi ini saya dapati klien suka terhadap sains dan seorang yang mempunyai personaliti Konvensional dan



SESI KEDUA



-



Penerokaan minat dan



bahawa



klien



mempunyai



kecenderungan minat dalam bidang sains dan matematik



kerjaya



serta seorang yang berstruktur saya telah meminta klien



menentukan matlamat



Investigatif. Untuk membuktikan



-



melaksanakan ujian SDS dalam sesi ini. 3 Kod tertinggi Klien adalah ISC. Saya menerangkan kepada klien berkaitan 3 kod berkaitan



-



adakah seiring dengan apa yang dirasakan oleh klien. Klien mula memahami dan yakin bahawa apa yang diinatinya seiring dengan dapatan ujian kerjaya yang telah



-



diperolehinya. Saya meminta klien menyenaraikan lima minat pekerjaan yang klien minati mengikut minat dan melalui dapatan



-



ujian kerjaya yang diperolehi: 5 Bidang profesion yang ingin diceburi oleh klien adalah Doktor Ahli Farmasi Pensyarah Sains Setiausaha Syarikat Ahli Kimia Dalam sesi ini Klien mula memahami dan nampak bidangbidang pekerjaan yang boleh klien ceburi seiring dengan



-



minat dan personality. Namun terdapat sedikit percanggahan dari dapatan yang diperolehi melalui ujian SDS ini iaitu Klien mempunyai interaksi sosial yang kurang namun Kod Sosial klien adalah tinggi. Beberapa cita-cita yang disenaraikan oleh



SESI KETIGA



-



Membuat Keputusan



klien juga kurang menetapi personality klien Perkara ini akan dibincangkan semasa sesi ketiga Semasa sesi ketiga saya meminta klien melaksanakan ujian personaliti IPS untuk melihat personaliti Klien terarah dari segi apa dan adakah seirinf dengan dapatan



-



ujian kerjaya yang telah dilaksanakan. Melalui ujian IPS ini 3 skor yang tertinggi adalah



-



Analitikal, Bersandar, dan Introvert. Ujian ips ini menggambarkan bahawa klien adalah 9



seorang yang kurang minat aktiviti bersosial dan bukan -



minat terhadap mausia dalam proses membantu. Dalam sesi ini saya cuba membuat konftrantasi terhadap klien dimana pengcanggahan minat klien untuk menjadi doctor



-



memandangkan



dapatan



ujian



ips



terhadap



menolong adalah berada diperingkat yang sederhana. Klien mula celik akal dan nampak bahawa klien personality klien lebih terdoron untuk menceburkan diri



-



dalam bidang kerjaya farmasis. Dalam sesi ini juga klien mula menyusun kembali urutan mengikut keutamaan bidang pekerjaan yang ingin diceburi melalui dapatan ujian IPS dan SDS. 3 bidang kerjaya yang



7.0



dipilih adalah Keutaamaan pekerjaan itu ialah: Farmasi Ahli Kimia Doktor Sesi penamatan telah berlaku semasa sesi ini.



STRATEGI MENCAPAI MATLAMAT Dalam mencapai strategi dan matlamat klien, klien diminta untuk mencari bahan



kerjaya dan kemudian membuat folia kerjaya semasa cuti sekolah nanti berkaitan minat 3 minat pekerjaan yang ingin diceburi oleh klien. Dalam folio kerjaya itu mestilah mengandungi: -



Diskripsi tugas kerjaya yang ingin diceburi Bidang Tugas kerjaya yang dipilih Personaliti Individu yang sesuai menceburi bidang berkenaan Tangga gaji Institusi Pendidikan Tinggi Awam atau Swasta dalam dan Luar negara yang menewarkan jurusan berkenaan serta kelayakan akademik bagi melayakkan individu



-



menyembung pengajian di Universiti yang menawarkan jurusan berkenaan. Selain itu juga, klien juga perlu mencari pihak-pihak penajaan yang terlibat di Malaysia dalam menaja pendidikan kepada pelajar.



10



8.0



REFLEKSI Melalui sesi kaunseling kerjaya ini klien dapat mengetahui dengan lebih lanjut



berkaiatan pemilihan kerjaya yang betul dan dapat membantu klien membuat pemilihan kerjaya yang selaras dengan minat, bakat serta personaliti yang terdapat dalam diri klien. Kaunseling kerjaya ini bukan sahaja dapat membantu pelajar dari segi pemilihan, perkembangan malahan dari segi penurunan kerjaya. 9.0 PENUTUP Pendedahan maklumat kerjaya pada peringkat sekolah penting untuk memberi peluang kepada perancangan kerjaya yang lebih mantap. Sehubungan demikian, cadangan bagi meningkatkan pendedahan maklumat kerjaya di sekolah-sekolah perlu diberi perhatian wajar. Pendedahan maklumat kerjaya perlu disebarkan sama ada secara formal dan tidak formal. Pelbagai akitiviti pendedahan kerjaya boleh dilakukan seperti pameran kerjaya, ceramah, forum,bengkel, pertandingan menulis buku skrap serta lawatan. Guru bimbingan dan kaunseling disekolah juga perlu lebih peka dengan bimbingan kerjaya yang boleh diadakan dalam bentukbimbingan di kelas. Pengujian psikologi bagi memastikan minat, nilai, kebolehan dan personaliti pelajar yang selaras dengan kerjaya ingin diceburi juga boleh dijadikan asas dalam pemilihan jurusan atau aliran matapelajaran. Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan dan memperbanyakkan kemudahan seperti komputer serta mengalakkan para pelajar memperoleh maklumat kerjaya melalui akses internet.



11



RUJUKAN 



Dr. Noraini Ismail (2014) Pendidikan Kerjaya Kkc 6023, Upsi







Sidek Mohd Noah Perkembangan Kerjaya (Teori Dan Praktis (2012) Universiti Putra Malaysia







Hafizan Mohd Noor (2012) Profesional Kesihatan. Kwowledge Publication House, Selangor



12