Kajian Kes [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN BENTONG PAHANG



KAJIAN KES : PENGHAYATAN SOLAT FARDHU DI KALANGAN PELAJAR KVTAA



NAMA : AHMAD FARIS BIN KHATAMARAZI NO K\P : 030301-06-0793 PROGRAM : 1 DVM TEKNOLOGI MAKLUMAT NAMA PENSYARAH : EN. MOHD ZUBIR BIN CHIK



ISI KANDUNGAN BIL PERKARA 1 Pengenalan - Latar belakang kajian - Objektif kajian - Definisi solat dan kelebihannya 2 Pernyataan masalah isu akidah yang mempengaruhi remaja 3 Borang soal selidik dan analisis soal selidik 4 Cadangan Langkah penyelesaian masalah - Pilihan cadangan yang paling sesuai 5 Kesimpulan 6 Rujukan



MUKA SURAT 1–7 8 9 – 11 12 - 13 14 15



PENGENALAN Solat adalah satu bentuk pendidikan awal yang perlu ditekankan sebagai amalan kanak-kanakmuslim seawal usia tujuh tahun sepertimana yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. Ini memandangkan amalan solat fardu adalah ibadat yang paling asas dalam agama Islam. Solat fardu juga merupakan salah satu daripada rukum Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam yang waras, berakal dan telah baligh (Siti Zaleha et al, 2016; Sharifah Nur, 2012). Solat fardhu lima kali sehari semalam yang diwajibkan oleh Allah S.W.T ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada manusia khususnya umat Islam untuk mengingati dan mendekatiNya. Solat menjadi sangat penting dalam kehidupan umat Islam memandangkan ianya merupakan amalan yang mula-mula diperintahkan Allah SWT ke atas umat Islam dan ia juga merupakan amalan pertama yang dihisab di akhirat kelak. Allah SWT memerintahkan agar solat dilaksanakan dengan sebaikbaiknya dengan cara memelihara waktunya, menyempurnakan wuduknya dan melaksanakan setiap rukunnya (Hilmi, 2010). Kepentingan mengerjakan ibadah solat ini ada ditegaskan dalam Al-Qur’an melalui surah AnNisaa’ (4) ayat 103



yang bermaksud, “ Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri, atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orangorang beriman, yang tertentu waktunya.



1



LATAR BELAKANG KAJIAN Solat secara bahasa bererti doa, manakala dari segi istilah Syariah , solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu , khusus yang dibuka, dimulai dengan takbir Allahu Akbar diakhiri atau ditutup dengan salam (Assalamualaikum). Solat adalah suatu perkara yang wajib dilakukan oleh orang yang beragama islam kerana solat ini adalah suatu ibadah yang dapat membantu mereka dalam pelbagai perkara seperti pencapaian didunia dan akhirat, serta solat ni juga dapat membantu kita dalam menenngkan diri serta mendekatkan diri dengan Allah SWT. Akan tetapi mengikut pada zaman kini, terdapat beberapa masyarakat yang sering meremehkan solat dan sengaja melambat-lambatkan waktu dalam menunaikan ibadah yang wajib iaitu solat. Situasi ini menyokong kenyataan Hanafi Mohamed (2011:3-4) dalam memperkatakan sikap umat Islam di Malaysia dalam menunaikan ajaran Islam khususnya ibadah solat kebanyakkannya ramai yang mengabaikan sembahyang. Selain itu, Ramai masyarakat yang tidak berdisiplin dan tidak konsisten dalam menunaikan solat contohnya tidak menunaikan 5 waktu solat dalam masa sehari . Bagi golongan remaja pula, mereka adalah merupakan suatu golongan umat Islam yang paling ramai didalam masyarakat. Corak kehidupan mereka pula sentiasa diliputi dengan pelbagai cabaran dan pengaruh yang boleh menjejaskan imej dan maruah sebagai remaja yang beriman (Hanafi Mohamed,2011:8). Seterusnya menerusi kajian yang didapati di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,serta pengalaman yang saya lihat dari segi para pelajar menunaikan solat serta mengikuti masa untuk menunaikan solat adalah sangat menduka citakan kerana ketika dalam pandemik , pelajar pelajar tidak dapat pergi surau untuk menunaikan solat secara berjemaah dan terpaksa menunaikan solat didalam asrama. Dari segi kajian saya, ramai yang tidak menunaikan solat dari segi subuh,zohor dan asar kerana ramai yang terlajak tidur dari waktu subuh hingga ke asar yang menyebabkan mereka mempunyai hidup yang tidak terurus seperti mengikuti rakan rakan yang jahat dalam melakukan masalah dalam asrama. Kajian in banyak difokuskan kepada pelajar yang kurang sempurna dalam menunaikan solat di dalam asrama.



2



Secara keseluruhan, kajian ini mendapati bahawa pelajar mempunyai pengetahuan asas untuk solat akan tetapi mereka malas dan sering terpengaruh dengan rakan-rakan yang mempunyai niat yang buruk serta membawa keburukan itu kepada pelajar yang lain dan menjadikan asrama itu tempat yang tidak selesa untuk diduduki.Sebanyak 70% dari responden yang dikaji. Walau bagaimanapun , hanya 45% sahaja yang konsisten dalam melaksanakan solat sebanyak 5 kali waktu setiap hari sebagai memenuhi taklifan syara’. Disamping itu, kajian ini juga menunjukkan tentang penghayatan solat yang dijalankan oleh sesetengah pelajar KVTAA, dan hasilnya sangat lemah dan sangat tidak memuaskan. Hal ini kerana kajian dijalankan di kolej vokasional dan mendapati hampir 35% pelajar tidak memnuhi atau tidak mahir dalam menunaikan solat dan berikutnya tidak lancar dalam membaca surah al-fatihah mahupun doa-doa yang sunat serta lafaz-lafaz yang tidak lancar. Mereka sudah mempunyai pengetahuan asas solat fardhu yang baik akan tetapi mereka tidak konsisten dalam melaksanakan solat mereka dan tidak mengamalkan bacaan bacaan al-quran dalam menunaikan solat mereka serta kebanyakkan pelajar juga tidak khusyuk dan sering pantas dalam menunaikan solat.



Akhir sekali, Umat islam dan remaja remaja yang baru ingin mengenal dunia yang sebenar-benarnya perlulah sedar akan kewajipan dan bertaubat dengan segera supaya dapat keampunan daripada Allah SWT dan ditempatkan kedalam syurga Allah serta dapat elahirkan individu yang mengenali islam dan mendidik remaja serta masyarakat yang kurang mengenali agama islam.



3



OBJEKTIF KAJIAN



Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar muslim di kolej vokasional tengku ampuan afzan secara khusus, objektif kajian adalah: A. Mengenal pasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan solat fardu dalam Kalangan pelajar muslim di kolej vokasional Tengku ampuan afzan bentong. B. Menganalisis faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar muslim dalam Menunaikan dan meninggalkan solat fardu. C. Menilai kesan terhadap diri pelajar-pelajar muslim hasil daripada Menunaikan solat fardu. D. Mengkaji hubungan di antara pengetahuan solat dengan pelaksanaan solat Dalam kalangan pelajar muslim di kolej vokasional Tengku ampuan afzan bentong. E. Mengkaji hubungan di antara faktor yang mempengaruhi responden Dalam menunaikan solat dengan pelaksanaan solat



4



DEFINISI SOLAT DAN KELEBIHANNYA Solat secara bahasa (etimologi) bererti doa, manakala dari segi istilah / Syari 'ah (Terminologi), solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu / khusus yang dibuka / dimulai dengan takbir Allahu Akbar (takbiratul ihram) diakhiri / ditutup dengan salam (Assalamualaikum).



Solat merupakan rukun perbuatan yang paling penting di antara rukun Islam yang lain sebab ia mempunyai pengaruh yang baik bagi kedudukan akhlaq manusia. Solat fardhu didirikan sebanyak lima kali setiap hari, melaluinya akan diperolehi kesan / pengaruh yang baik bagi manusia dalam sesebuah masyarakatnya yang menyuburkan rasa persaudaraan dan kecintaan di antara kaum muslimin ketika berkumpul untuk menunaikan ibadah yang satu di salah sebuah dari sekian rumah milik Allah subhanahu wa ta 'ala (masjid).



KELEBIHAN SOLAT badah Solat adalah satu ibadah yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah SAW secara lansung atau terus tanpa perantaraan Jibril a.s. sepertimana yang telah kita ketahui di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.Ini memberi petunjuk yang begitu jelas bahawa ibadah solat adalah ibadah yang amat penting sehingga Allah Taala mengangkat Rasulullah SAW sendiri kelangit untuk mengambil kefardhuan solat seumpama seorang ketua memanggil pekerjanya ke dalam bilik untuk memberikan tugasan yang amat penting.



Oleh yang demikian kita telahpun memahami dan meyakini bahawa pengaruh atau kesan positif solat kepada kehidupan umat Islam terlalu besar terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan dalam menuju keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.



5



Kepentingan dan hikmah solat kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:



1)Solat Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud: ”Sungguh aku ini Allah,tidak ada tuhan selain aku Dan dirikanlah solat itu sematamata untuk mengingati Daku”.



(S. Thaha: 14). Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala.Tidak ada jalan lain untuk kita hamba yang beriman ini untuk berhubung dengan Allah melainkan dengan hanya menunaikan solat.Justeru,orang Islam yang tidak menunaikan solat sebenarnya adalah orang yang tidak mengakui Allah itu tuhan yang patut disembah.Malah mereka ini adalah golongan yang telah menipu terhadap pengakuan di dalam syahadah dan ikrar mereka.Orang Islam yang mengingati Allah,maka Allah akan sentiasa mengingati mereka seperti firman Allah Taala yang bermaksud:



"Maka ingatlah kepadaKu ,Aku pun akan ingat kepadamu."(Ayat 152:Surah alBaqarah)



6



2)Hikmah Solat Dalam Menghapus Dosa. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: ”Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim). Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil.Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dan bebas dari melakukan dosa.Mata kita mungkin telah terlihat perkara mungkar,lidah kita mungkin berkata sesuatu yang tidak berhak diperkatakan,begitu juga kepada anggota-angota yang lain yang melakukan kemungkaran.Maka melalui solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah ,kita dapat meminta keampunan dan memadamkan dosa-dosa lalu.Sesuungguhnya orang yang tidak mengerjakan solat adalah golongan yang tidak bimbang dan takut dengan azab dan api neraka Allah.



7



ISU AKIDAH YANG MEMPENGARUHI REMAJA ISU akidah adalah perkara pokok bagi remaja Islam. Di tengah-tengah simpang siur aliran pemikiran yang pelbagai, landasan akidah adalah amat penting bagi remaja. Akidah diambil daripada akar kata aqa'id iaitu tautan atau ikatan diri terhadap Allah. Akidah tauhid memberi landasan ikatan kepada Allah yang satu. Terdapat banyak aliran ideologi yang berkembang dalam hidup manusia sejak dahulu sehingga kini. Terdapat juga pemikiran falsafah dan silang budaya yang terkait dengan isu akidah. Fahaman liberal dan pluralis umpamanya mempunyai kesan langsung kepada isu akidah. Usaha-usaha agama lain terutama Kristian melakukan pemurtadan adalah sesuatu yang bercanggah dengan akidah tauhid. Akidah bukan sekadar pernyataan mengesakan Allah dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya. Sebaliknya, yang amat penting adalah pemahaman dan aplikasi terhadap Allah yang satu dalam keyakinan, kata-kata, amalan dan juga manifestasi ilmu. Para remaja tidak sahaja menjadi penganut Islam berasaskan warisan keturunan tetapi hendaklah memahami ilmu tentang akidah tauhid, mengukuhkan ibadah, memahami jalur syariah dan fikah di samping memiliki akhlak yang mulia. Asas ini sangat penting bagi remaja kerana keyakinan tanpa pemahaman boleh membawa jiwa remaja kepada kekosongan. Keyakinan tanpa didukung oleh ilmu tidak akan memberi kekuatan, memahami hakikat kewujudan dan kaitan dengan penciptaan. Memahami Islam bukan sekadar memahami hal-hal yang nyata dan tampak, tetapi ia terhubung dengan faktor-faktor ghaibiyat. Di sini pentingnya para remaja memahami al-Quran sebagai sumber petunjuk kepada yang nyata dan kaitannya dengan yang ghaib.



8



BORANG SOAL SELIDIK AMALAN DAN PENGHAYATAN DAN PELAKSAAN SOLAT KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN , 2021 BORANG SOAL SELIDIK BORANG SOAL SELIDIK DALAM PELAKSANAAN SOLAT BAGI PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN



LATAR BELAKANG NAMA UMUR JANTINA PENDIDIKAN SOLAT







SIAPAKAH YANG MULA-MULA MENGAJARKAN ANDA TENTANG SOLAT ? 1.



Keluarga



2.



Ustazah



3.



Kawan







ADAKAH ANDA FAHAM MAKNA SETIAP BACAAN DALAM SOLAT? 1.



YA



2.



TIDAK







9



ADAKAH ANDA TAHU TUJUAN SOLAT? 1.



YA



2.



TIDAK



PENGETAHUAN TENTANG SOLAT SOALAN YA



TIDAK



TIDAK PASTI



HUKUM MENUNAIKAN SOLAT FARDHU ADALAH WAJIB? SOLAT FARDHU TERDIRI DARIPADA 13 RUKUN? SEBELUM SOLAT WAJIB BERWUDHUK? MEMBACA SURAH AL FATIHAH ADALAH WAJIB DALAM SOLAT? PENGETAHUAN DALAM SOLAT DAN BACAAN YANG LANCAR SOALAN LANCAR TIDAK LANCAR DOA IFTITAH SURAH AL FATIHAH IKTIDAL DOA QUNUT



BERAPA KALI ANDA MENUNAIKAN SOLAT FARDHU DALAM SEHARI?



ADAKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT? ADAKAH ANDA RASA BERSALAH JIKA TIDAK MELAKUKAN SOLAT? ADAKAH ANDA RASA BERDOSA JIKA TIDAK MENUNAIKAN SOLAT? DIMANAKAH TEMPAT YANG PALING KERAP ANDA MENUNAIKAN SOLAT ADAKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT SECARA BEJEMAAH



PENGHAYATAN SOLAT 5 KALI 4 KALI



YA



3 KALI



TIDAK



2 KAL I



TIDAK TAHU



1 KALI



KADANG - KADANG



YA



TIDAK



YA



TIDAK



MASJID/SURAU



RUMAH



YA



TIDAK



DORM



KADANG - KADANG



10



ANALISIS SOAL SELIDIK Hasil dari kajian boring soal selidik yang telah saya berikan pada rakan-rakan dan juga pelajar yang berdekatan di kolej vokasional tengku ampuan afzan, bentong tentang penghayatan solat dan pelaksanaanya, menunjukkan bahawa seramai 30% pelajar yang menunaikan solat 5 waktu cukup dari segi yang menjaga akhlak dengan tertib dan sopan serta mendapat bimbingan yang sempurna daripada kedua ibua bapanya ataupun penjaga. Seterusnya, 55% adalah daripada pelajar KVTAA yang sering menunaikan solat berjemaah di surau dan di asrama dibawah naungan guru-guru dan para warden yang sering menasihati pelajar-pelajar mereka agar mendirikan solat dan memperbaiki diri menjadi lebih baik dalam menjaga tingkah laku antara satu sama lain. Tinggal lagi berbaki 15% adalah pelajar yang kurang sempurna dalam mendirikan solat kerana kurang mendapat didikan dan bimbingan yang sepatutnye dicurahkan kepadanya.Berkemungkinan juga kerana dipengaruhi oleh pelbagai bentuk seperti rakan sebaya ataupun dari segi sosial media yang sering mengkaburi mata mereka untuk sering melakukan perkara yang salah dan dilarang Allah SWT.



11



CADANGAN LANGKAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH Terdapat pelbagai langkah ataupun cara dalam menyelesaikan masalah untuk pelajar yang tidak sempurna dalam melaksanakan solat fardhu dan sebagainya. Akan tetapi, cara cara ini perlulah dilakukan dengan berkesannya agar dapat mengubah hati mereka dn juga keikhlasan mereka dalam mendirikan solat dan sering mencari jalan yang benar dan berdoa pada allah agar taubat dan keampunan mereka diterima Allah Swt. Cadangan pertama yang dapat dilakukan dengan berkesannya adalah Ibubapa perlulah memastikan anak mereka mendapat didikan yang secukupnya dan sering menegaskan anak mereka agar sering menunaikan solat dalam waktu yang sepatutnye dan tidak meremehkan perkara tersebut.Selain itu, Ibu bapa juga perlu menerapkan perkara yang penting dalam islam dan menyatakan ceritacerita nabi sebagai contoh agar mereka lebih memercayai dan sering mengikuti sunnah nabi. Bukan itu sahaja, Ibu Bapa juga perlu menunjukkan teladan dan contoh yang baik terhadap anak anak serta perlu sering memberikan perhatian yang cukup pada anak-anak mereka kerana sekiranya anay-anak tersebut tidak diberikan perhatian dan didikan yang sepenuhnya, maka mereka akan sewenangwenangnye terpengaruh dengan sosial media ataupun dari rakan yang jahat. Seterusnya, cadangan yang baik juga adalah menerusi dari guru-guru atau para warden dalam membangunkan ekonomi dan sahsiah murid dalam membentuk pelajar-pelajar yang beriman dan cermerlang. Para guru dan warden perlu bersungguh-sungguh dalam membimbing pelajar-pelajar yang tidak pandai menunaikan solat dan juga menasihati para pelajar yang sering mengabaikan solat.Para guru juga perlu mendidik pelajar dengan mengajar mereka membaca al-quran dan mengajari mereka doa-doa yang wajib dan sunat untuk dibaca. Perkara ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar malah guru dan para warden akan mendapat pahala yang berganda kerana melahirkan sikap yang baik dan sopran serta melahirkan sifat kepada individu yang menjadi orang yang beriman dan beragama tinggi.



12



Disamping itu, Rakan-rakan yang baik juga adalah suatu peranan dalam menunjukkan contoh yang baik dan dan juga sebagai rakan sehidup semati dalam membimbing rakan mereka ke jalan yang benar. Rakan yang baik sudah semestinya akan menarik rakan mereka yang terpesong kembali ke jalan yang benar dengan pelbagai cara contohnya meneguri mereka dari segi menutup aurat, mengajak mereka solat secara berjemaah, memberitahu perkara yang belum diketahui oleh mereka mengenai islam serta megajak mereka untuk berdakwah dalam memperbesarkan nama islam.Hal ini akan membuatkan hubungan silahturahim antara satu sama lain bertambah rapat dan juga dapat menambahkan nilai-nilai murni yang baik terhadap satu sama lain supaya diri kita dan rakan-rakan dapat menjadi insan yang cemerlang serta berilmu dalam pelbagai aspek.



PILIHAN CADANGAN YANG PALING SESUAI Pilihan cadangan yang paling sesuai dalam membentuk pelajar ataupun remaja dalam menyempurnakan solat mereka adalah memilih rakan yang baik dan dipercayai agar diri dapat tidak terpengaruh dengan orang yang salah. Hal ini kerena rakan-rakan yang baik adalah asset yang penting dalam kehidupan kerana sekiranya kita tidak mempunyai rakan dalam kehidupan maka susah untuk kita mengetahui dan mempunyai pengalaman dalam membetulkan sahsiah diri dan tentang perkembangan agama. Kita dan rakan rakan perlulah saling bantumembantu dari segi membimbing dan mendidik serta menarik rakan ke jalan yang benar dan menjadi insan yang berilmu serta dapat membantu remaja lain dalam membangunkan ekonomi islam pada zaman kini.Sekiranya kita dapat mengembangkan islam dari segi berdakwah pada peringkat pelusuk Negara maka pahala yang kita perolehi sangat banyak dan manfaat ilmu serta kenalan menjadi ramai dan seterusnya berpeluang memasuki syurga allah sekiranya kitaberusaha bertungkus-lumus dalam menarik remaja dan masyarakat mempercayai Allah SWT dan mengingati para nabi.



13



KESIMPULAN Secara umumnya, amalan solat fardu merupakan suatu amalan yang mulia dan amat dituntut disisi Allah SWT. Solat merupakan pengubat penyakit rohani dan jiwa bagi setiap manusia. Ia juga bertujuan bagi mengangkat darjat manusia lebih tinggi dari sekalian makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan menjadi sebaikbaik makhluk disisi Allah SWT. Dengan solat juga menjadi lambang ketaatan yang sejati antara seseorang hamba itu kepada tuhannya sehingga boleh menimbulkan kecintaan dan kasih-sayang tuhan kepada hambanya. Namun sebaliknya, keingkaran dan kelalaian seseorang hamba terhadap kewajipan solat boleh mengundang kemurkaan Allah SWT sehingga jauh dari rahmatnya. Kesannya akan menyebabkan seseorang hamba itu bakal ditimpa bencana buruk terhadap kehidupannya dalam pelbagai sudut. Oleh kerana itu, peliharalah solat dengan sebaik-baiknya dan tunaikanlah dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah SWT bagi menjamin kebahagiaan dan kejayaan di dunia serta di akhirat. Pensyariatan solat juga mengandungi hikmah yang boleh dilihat berdasarkan logik akal yang meliputi pelbagai aspek seperti kesihatan, kekuatan mental, fizikal, kestabilan emosi, iltizam yang tinggi dan kemurnian akhlak. Akhir sekali, saya berharap agar diri saya, ibubapa dan rakan-rakan serta kenalan saya seperti guru-guru dan pelajar di kvtaa dapat memasuki syurga Allah SWT kerana berusaha dalam membimbing antara satu sama lain dan kekal mencipta keharmonian dalam hidup serta bertungkus-lumus dalam meperjuangkan nama islam serta ekonomi islam dari masa kini hingga masa yang akan datang.Saya selaku pelajar Kvtaa dan rakan-rakan saya akan sering berusaha mengembangkan matlamat hidup dalam islam serta berjuang dalam islam dalam menentang semua perkara yang menghalang agama islam.



14



RUJUKAN  SOSIAL MEDIA  file:///C:/Users/user/Downloads/HasnaBidinMFGHT2016%20(1).pdf  http://www.kheu.gov.bn/Lists/khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=699  http://hidayatii.blogspot.com/2012/11/pengertian-solat.html  Nota yang diberikan oleh pensyarah  Bahan-bahan contoh diberikan oleh pensyarah melalui telegram



15