BAB 9.plagiat - Rujukan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan



BAB 9: MEMPLAGIAT DAN MEMBUAT RUJUKAN



Pada akhir bab ini, anda akan dapat: 1. Menerangkan apa itu memplagiat 2. Mencadangkan cara mengatasai masalah memplagiat 3. Menerangkan cara-cara membuat rujukan



9.1 PENGENALAN



Plagiarisme atau plagiat ialah satu kegiatan sejagat yang telah lama wujud. Kegiatan ini tidak adil kepada orang yang berusaha keras menghasilkan karya aslinya. Pelajar yang mencari jalan mudah dan memplagiat hasil orang lain adalah tidak jujur dan sanggup mereka menerima pengiktirifan ke atas sesuatu yang bukan karya mereka. Tidak dinafikan bahawa belajar di universiti tidak semudah kerana is memerlukan usaha, bersusah payah dan berdepan dengan pelbagai rintangan sebelum berjaya. Barulah kejayaan yang dikecapi itu manis dan berbaloi. Apakah makna perjuangan ilmu, jika asyik memplagiat hasil orang lain?



1



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan



9.2 APAKAH PLAGIARISME?



Plagiarisme berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris „plagiarism‟ yang berasal daripada perkataan Latin „plagiarus‟ yang bermakna menculik atau mencuri sesuatu atau seseorang. Berikut ini ialah beberapa definisi plagiarisme: 



Kamus Dewan (2009) mentakrif plagiarisme sebagai perbuatan meniru atau mencedok sebahagian atau keseluruhan karya orang lain dan mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri.







Wikipedia (2010) mendefinisi plagiarisme ialah pengambilan idea atau pendapat daripada orang lain dan menjadikannya sebagai idea atau pendapat sendiri.







Dasar Etika dan Integriti Penerbitan dan Penulisan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2011) mentakrif plagiarisme sebagai perbuatan meniru karya, maklumat atau idea orang lain tanpa memperakui sumbernya (sama ada pengarang mahupun karyanya) serta memperakukan bahawa karya atau maklumat tersebut merupakan hasil kerja sendiri.







Universiti Stanford (2012) mentakrif plagiarisme sebagai penggunaan tanpa memberi penghargaan yang munasabah kepada penulis atau sumber, hasil karya asli orang lain, sama ada karya itu merupakan kod, fomula, idea, bahasa, kajian, strategi, penulisan dan lain-lain format.



Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, (Tatatertib Pelajar-Pelajar) menyatakan tentang larangan terhadap plagiarisme: (1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. (2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah : a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaannya sendiri; atau b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.



(3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia:



2



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain;



b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;



c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan apabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama;



d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau data yang diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;



e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data;



f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu.



g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keleluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri; atau



h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusunnya semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea itu. [Sumber: Petikan daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999]



Gejala plagiarisme di kalangan pelajar kolej atau universiti di institusi pengajian tinggi dianggap sebagai satu kesalahan yang serius dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Sesetengah individu yang ditangkap kerana menpliagat dalam penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat memepliagat, melalui kegagalan mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan.



3



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan



Rajah 9.2 Amalan ‘potong dan tampal’ dipermudahkan dengan perkembangan internet.



[sumber: Clipart.com. 2009]



Kini dengan perkembangan internet dan berpuluh juta halaman web yang mudah diperolehi telah memperluaskan amalam memplagiat. Rencana yang dipaparkan sebagai teks elektronik, menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui „potong dan tampal‟ (cut and paste) sesuatu teks dari sesebuah laman web (Lihat Rajah 9.2). Pada dasarnya, semua bahan yang terdapat pada internet adalah hak cipta terpelihara, tidak kira sama ada dinyatakan atau tidak. Jika anda mengambil apa jua bahan daripada internet tanpa memberi penghargaan kepada penulis asal atau karya asal dianggap sebagai plagiarisme.



a) Apakah yang dimaksudkan dengan plagiarisme? b) Bagaimana Akta Universiti dan Kolej Universiti mentakrifkan plagiarisme? c) Terangkan aktiviti ‘potong dan tampal’.



4



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan



9.3 JENIS PLAGIARISME



Berikut ini ialah lima jenis plagiarisme yang kerap diamalkan di kalangan pelajar universiti: 1. Potong dan tampal ialah amalan mengambil beberapa ayat atau perenggan atau artikel daripada sesuatu sumber secara verbatim atau sepenuhnya tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan. Rujuk kepada katun disebelah. Beri pendapat anda tentang jawapan yang diberikan oleh pelajar kepada gurunya. Terdapat pelajar yang menyalin sesuatu esei atau artikel daripada jurnal atau internet dan menyerahkannya sebagai hasil karyanya.



2. Menggantikan ayat-ayat asal daripada sesuatu sumber dengan perkataan sendiri tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, iaitu „parafrasa‟. Pelajar membaca beberapa sumber dan tulis semula bahagian-bahagian tertentu menggunakan perkataan sendiri dan kemudian mengabungkannya untuk menjadikan satu esei baru. Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, ia adalah plagiarisme selagi anda tidak memberi penghargaan sewajarnya serta menyenaraikan rujukan yang digunakan. Contoh: Penulisan Pelajar: Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penakulan. Juga proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat dan individu mempunyai kuasa mengawal proses berkenaan. Pelajar telah menggantikan penulisan asal menggunakan perkataannya sendiri tetapi tidak memberi penghargaan kepada beberapa konsep dalam penulisan asal. Pembetulan: Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penakulan (Presseisen, 1987). Menurut Ruggerio (1988) proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat dan individu mempunyai kuasa mengawal proses berkenaan. Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, anda mesti memberi penghargaan kepada keterangan Presseisen (1987) dan Ruggerio (1987) tentang „pemikiran‟.



5



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan



3. Mengambil idea daripada sesuatu sumber tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan. Plagiarisme tidak hanya terhad kepada mengambil ayat atau perenggan atau esei orang lain. Sekiranya, pelajar meminjam idea (seperti konsep, teori, kaedah) orang tanpa memberi penghargaan sewajarnya kepada penulis asal, anda dianggap sebagai telah memplagiat. Rujuk kepada kartun disebelah. Apakah yang dilakukan oleh orang dibelakang pelukis? Apakah implikasinya?



Contoh: Penulisan Pelajar: Penyusunan grafik digunakan untuk mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan lama atau sedia ada pelajar. Pelajar tidak memberi penghargaan kepada idea „penyusanan grafik‟ yang perkenalkan oleh Ausubel pada tahun 1968. Pembetulan: Penyusunan grafik (Ausubel, 1968) digunakan untuk mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan lama atau sedia ada pelajar. Apabila anda menggunakan idea orang lain, anda mesti memberi penghargaan kepada pengasas idea berkenaan. Anda tidak boleh mengakui idea orang lain sebagai idea anda. Jika anda tidak memberi penghargaan kepada idea orang lain, pembaca mungkin menganggap itu adalah hasil karya anda. 4. Anda tidak boleh menggunakan esei atau tugasan yang anda telah menyerahkan untuk satu kursus dan menyerahkannya untuk kursus yang lain. Walau pun anda telah menggunakan perkataan sendiri dan idea-idea adalah hasil karya anda sendiri, menyerahkannya untuk kursus lain dianggap sebagai plagariasme. 5. Sesetengah pelajar mengambil ayat dan perenggan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan kemudian menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Cina atau Bahasa Tamil atau Bahasa Arab dan sebagainya. Ini tidak salah sekiranya idea-idea yang dikemukakan oleh penulis dalam Bahasa Inggeris diberi penghargaan dalam esei bahasa yang telah diterjemahkan. Sesetengah pelajar beranggapan kerana penulisan asal adalah dalam Bahasa Inggeris mereka tidak perlu memberi penghargaan. Lebih-lebih dengan perisian terjemahan yang canggih (seperti Google translate) sesetengah pelajar telah mengambil artikel dalam Bahasa Inggeris dan terjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dan menyerahkannya sebagai hasil karya mereka. Ini dianggap sebagai plagiarisme



6



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan Di kebanyakan universiti, plagiarisme merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman seperti diberikan gred gagal pada kerja kursus yang diambil atau dibuang universiti. Jika pensyarah atau tutor membaca dengan teliti esei atau tugasan pelajar, di akan dapat mengesan sama ada pelajar memplagait seperti berikut:    



Kekerapan memilih sumber asli yang sama oleh beberapa orang pelajar yang mengakhibatkan tulisan yang hampir sama di kalangan beberapa pelajar. Mengesan sama ada pelajar menggunakan "suara" sendiri atau pun tidak". Pelajar mungkin memilih sumber yang tidak sesuai, terkeluar daripada tajuk, ataupun mengandungi maklumat salah. Sesetengah tutor atau pensyarah mungkin menggunakan perisian untuk mengesan plagiarisme, terutama bahan yang diperolehi atas talian.



a) Bincangkan secara ringkas beberapa cara plagiarisme yang lazim dilakukan pelajar universiti. b) Bagaimana tutor atau pensyarah dapat mengesan plagiarisme?



9.4 MENGAPAKAH PELAJAR MEMPLAGIAT?



Melakukan plagiat adalah sesuatu yang sangat mudah dengan adanya internet. Memplagiat tidak memerlukan seseorang itu untuk mengeluarkan sebarang kos yang tinggi dan mereka juga tidak perlu memerah otak untuk menghasilkan sebuah karya yang asli dan bermutu. Masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesebuah karya juga adalah singkat dan cepat. Dengan memplagiat seseorang itu dapat menghasilkan karya atau artikel tanpa membuat sebarang penyelidikan, pengumpulan data atau bersusah payah melakukan ujikaji di dalam makmal. Apakah yang mendorong pelajar memplagiat? Berikut ini ialah beberapa faktor mengapa pelajar melakukan plagiat. Kesuntukan Masa Ini merupakan suatu alasan yang kerap didengar mengap a seseorang itu sanggup melakukan plagiat. Walaupun pada asalnya, masa yang diberikan sememangnya mencukupi, namun bagi mereka yang suka membuat tugasan pada saat-saat akhir pastinya cenderung untuk melakukan plagiat. Terdapat juga tidak bijak merancang masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Apabila tugasan di lakukan di saat-saat akhir, berkemungkinan besar hasil kerja diplagiat.



7



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan



Tiada Idea dalam Menyiapkan Tugasan Ada juga yang menghadapi situasi kekeringan idea ketika menyia pkan sesuatu tugasan. Jalan mudah mula diambil dengan meniru hasil kerja orang lain yang boleh didapati di internet. Karya di internet ini ada kalanya diubahsuai sedikit dari segi susunan ayat agak tidak begitu ketara menyamai karya asal. Ada juga yang mengambil „bulat-bulat‟ dari karya asal dan ada juga yang bertindak lebih bijak dengan menggabungkan beberapa karya untuk menghasilkan satu karya plagiat. Tiada Kemahiran dalam Melakukan Penyelidikan Terdapat juga kesalahan plagiat di mana pelajar mengambil hasil penyelidikan orang lain. Hasil penyelidikan ini termasuklah data pengkaji-pengkaji lain, hasil prosedur makmal, konsep dan penemuan daripada ujian-ujian yang telah dilakukan. Ada juga yang menyalin semula lukisan, graf dan jadual penyelidikan orang lain untuk dijadikan penemuan dalam karya sendiri. Mereka tidak mempunyai kemahiran dalam melakukan penyelidikan. Mereka juga tidak tahu bagaimana merancang strategi untuk memperoleh dan menganalisis maklumat. Jalan mudah ialah dengan mencedok hasil kajian orang lain. Sikap Kebanyakan mereka yang melakukan plagiat adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu:  Terdiri daripada mereka yang malas  Sudah biasa di beri segala-galanya (spoon-feed) sejak di sekolah lagi. Sifat ini kemudiannya terbawa-bawa ke universiti.  Tiada rasa tanggungjawab terhadap hasil kerja yang dihasilkan dan merasakan tiada siapa yang akan tahu jika hasil kerja mereka itu telah ditiru daripada hasil karya orang lain. Bagi mereka, tidak salah jika mempliagat kerja orang lain. Desakan Ada juga mereka yang melakukan plagiat akibat tertekan untuk menghasilan kerja yang paling baik. Tekanan ini timbul kerana tugasan yang diberikan itu sangat penting – mungkin tugasan pada tahun akhir pengajian, desakan ibu bapa untuk melihat anaknya menjadi seorang yang cemerlang dan atas keinginan sendiri untuk memberikan yang terbaik dalam tugasan tersebut. Keyakinan Diri Mungkin pelajar memplagiat kerana kurang keyakinan diri dan takut dibandingkan dengan hasil kerja orang lain. Mereka memplagiat untuk memastikan hasil karya mereka sampai yang tahap yang meyakinkan.



Kurang Pendedahan Tentang Plagiarisme Terdapat segelintir masyarakat yang tidak faham sejauh mana aktiviti meniru itu boleh dikategorikan sebagai plagiat. Ada yang menyangka plagiat itu hanyalah satu aktiviti di mana 8



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan kata demi kata ditiru dan kemudiannya hasilnya diperakui sebagai hasil karya sendiri. Namun tidak ramai yang sedar bahawa secara langsung plagiat itu juga terjadi apabila penulis itu menyalin ayat-ayat penting sahaja tanpa sebarang perubahan atau mencantumkan beberapa karya lain menjadi satu karya baru.



[Sumber: Masalah Plagiat dalam Dunia Perniagaan & Internet. http://www.usahawan.com]



a) Mengapakah pelajar memplagiat? b) Berikan sebab-sebab lain.



9.5 MEMBERI PENGHARGAAN DAN MEMBUAT RUJUKAN



Memberi Penghargaan



Memberi Penghargaan



Untuk mengelak daripada memplagiat “MEMBERI PENGHARGAAN” DAN “MEMBUAT RUJUKAN”. Sesetengah pelajar berpendapat bahawa sekiranya esei yang tulis atau tugasan yang dibuat mempunyai banyak „rujukan‟ tulisan itu tidak mencermin idea-idea penulis tetapi adalah idea-idea orang lain. Ini adalah andaian yang tidak tepat. Anda hendaklah pandai memilih sumber-sumber sesuai dan menggabungkannya dengan idea-idea anda untuk menghasilkan sesuatu esei atau tugasan yang baik. Dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang sains sosial yang lain, format American Psychological Association (APA) digunakan. Mengapa gunakan format APA?    



Membolehkan pembaca merujuk kepada sumber-sumber yang anda gunakan dengan mudah Memberikan format atau gaya yang konsisten dalam sesuatu tulisan Memberikan anda kredibiliti sebagai seorang penulis Melindungi anda daripada plagiarisme 9



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan PETIKAN (CITATION) a) Petikan Tidak Langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, ringkasan atau kesimpulan daripada tulisan dengan gaya penulis sendiri. Berikut ialah contoh menyatakan sumber dalam petikan tidak langsung: Sternberg (1988) mengemukakan satu teori kecerdasan yang dipanggil „teori kecerdasan triakik yang terdiri daripada tiga komponen.



b) Petikan Langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri serta terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang kala diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, membentang sesuatu hujah atau memberi maklumat tambahan. Petikan langsung diberi tanda petik (“ “) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu langkau) ataupun dikecilkan saiz huruf seperti contoh yang berikut: Cara 1: Menurut Flavell (1987), “metakognisi adalah proses kawalan atau eksekutif peringkt tinggi yang digunakan dalam perancangan, pengesanan dan penilaian” (h: 34). Cara 2: Sepertimana disarankan oleh Hildard (1981), The capacity to create useful or beautiful products and to find ways of resolving perplexity is not limited to the highly gifted person, but is the birthright of every person of average talent (h:62) Huruf Condong (Italics) Oleh kerana huruf condong /italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah, pengarang hendaklah berhati-hati apabila menggunakannya. Sekiranya huruf condong diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan. Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama Melayu, Arab, Cina dan Barat.



SENARAI RUJUKAN yang diberikan dihujung esei, tugasan atau laporan Pengarang Tunggal (Buku) Athi Sivan Mariappan. 1997. Hamzah Hussin: Sekitar pemikiran seni untuk seni. Bangi: Penerbit UKM. Pengarang Bersama (Buku) Newell, A dan Simon, H. 1988. Human problem solving. New Jersey: Engelwood Cliffs 10



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan



Organisasi/ Institusi Jabatan Perangkaan Negara. 1993. Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia 1991. Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara. Majalah dan Surat Khabar Gamal Nasir Mohd. Ali. 1994. Erti toleransi dalam Islam. Utusan Malaysia, 23 Mac. Bahagian Buku Nor Aini Hj Idris. 1997. Tenaga buruh wanita. Dlm. Pembangunan sumber manusia di Malaysia, disunting oleh Supian Ali, Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar Adnan. Bangi: Penerbit UKM. Edisi Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan sains sosial. Edisi Kedua. Bangi: Penerbit UKM. Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai bahagian buku: Jambari Hj. Ali. 1994. Kepelbagaian siput air tawar Malaysia. Dlm. Kesatuan dalam kepelbagaian penyelidikan biologi, disunting oleh Rohani Ahmad, Aminah Abdullah, Mohd. Khan Ayub dan S. Fatimah al-Junid. Bangi: Penerbit UKM. Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposium Ishak Shari. 1996. Kemiskinan bandar: Konsep dan isu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kemiskinan Bandar, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 12-13 Julai, Kuala Lumpur. Disertasi atau Tesis Zaiton Harun. 1992. Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D. E. Program Komputer Statistical Package for the Social Sciences Level M Ver. 8 (SPSS Lev. M 8.1). SPSS, Chicago. Lotus 1-2-3 Rel. 2. Lotus Development Corporation, Cambridge, Mass. Jurnal Fatimah Abdullah. 1995. Pola sosialisasi kanak-kanak keluarga Melayu bandar. Jurnal Antropologi dan Sosiologi 22: 55-71.



11



Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan



Daripada Internet Angeli, E., Wagner, J., Lawrick, E., Moore, K., Anderson, M., Soderlund, L., & Brizee, A. (2010, May 5). Diperolehi daripada http://owl.english.purdue.edu/owl/resource/560/01/



SENARAI SEMAKAN Sebelum menyerahkan sesuatu esei, tugasan atau laporan semak setiap perkara yang berikut untuk memastikan hasil kerja anda itu lengkap. o Halaman teks draf akhir dinomborkan berurutan bermula dengan halaman judul. o Rajah-rajah dan jadual dinomborkan mengikut susunan petikan teks. o Catatan pinggir hendaklah dibuat pada rajah atau jadual itu disebut dan ditempatkan. o Tuliskan nombor rajah dan nama pengarang pada rajah yang disampaikan dengan menggunakan pensil di belakang rajah. o Setiap rajah asal mestilah disampaikan dengan satu salinan fotokopi. o Setiap sumber rujukan yang dipetik dalam teks, jadual dan peta hendaklah disenaraikan di dalam Senarai Rujukan. o Sumber rujukan yang disenaraikan dalam senarai rujukan hendaklah dipetik sekurang kurangnya sekali dalam teks, jadual atau peta. o Semua rujukan dalam senarai rujukan pada draf akhir mestilah disahkan dengan sumber makalah. o Draf akhir hendaklah disemak dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali, kali pertama disemak dengan draf yang terdahulu.







Barnbaum, C. Plagiarism: A Student‟s Guide to Recognizing It and Avoiding It. Valdosta State University. http://www.valdosta.edu/~cbarnbau/personal/teaching_MISC/plagiarism.htm (Diperolehi pada 28 Mar 2012).







Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999



12