Bidang Tugas Majlis Perwakilan Pelajar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BIDANG TUGAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SABK AL - HIDAYAH PRESIDEN/KETUA UMUM 



Bertanggungjawab sebagai ketua bagi malaksanakan pentadbiran, penyusunan, dan perancangan program-program bagi mencapai matlamat dan wawasan MPP.







Berkuasa mamberi kata putus untuk pengesahan bagi semua aktiviti di bawah naungan MPP.







Bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja MPP serta menyalaraskan setiap ahli jawatankuasa sentiasa berkerjasama dan bersatu padu dalam menjalankan aktiviti bersama.







Menjadi pegawai perhubungan yang rasmi dengan pihak pengurusan sekolah.



NAIB PRESIDEN/ TIMBALAN KETUA UMUM I,II,III 



Bertanggungjawab membantu tugas-tugas Presiden serta memantau aktiviti yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa yang lain.







Mewakili Presiden dan memikul tanggungjawab Presiden semasa ketiadaannya.



SETIAUSAHA AGONG /SETIAUSAHA 



Merupakan individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam perlaksanaan pentadbiran di Bilik Gerakan MPP dan bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden dan Naib Presiden.







Bertindak untuk melaporkan segala aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan pentadbiran Bilik Gerakan MPP.







Menyediakan semua laporan dan penyata berkenaan tugasan dan kemajuan MPP untuk dibentangkan kepada mana-mana bahagian apabila diperlukan.







Bertanggungjawab terhadap semua urusan mesyuarat MPP termasuk menyediakan bilik mesyuarat, penyediaan dokumen dalam mesyuarat, informasi mesyuarat dan lain-lain.



BENDAHARI KEHORMATAN 



Bertanggungjawab atas semua urusan kewangan MPP.







Menyediakan anggaran belanjawan yang diperlukanuntuk sesuatu program kepada jawatankuasa MPP.







Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan MPP untuk diperiksa oleh penasihat MPP.



PERANAN DAN FUNGSI



Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar menjadi pemimpin di masa depan. MPP juga berfungsi sebagai saluran bagi para pelajar mengemulakan masalah-masalah mereka kepada pihak sekolah. Selain itu, MPP juga berfungsi sebagai duta kecil sekolah yang akan menjadi AJK sambutan pelawat-pelawat luar ke sekolah ini semasa berlangsungnya sesuatu acara. MPP juga berperanan untuk menyelaraskan program pentarbiayahan pelajar.



OBJEKTIF UTAMA MPP 



Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.







Melatih sekumpulan kecil pelajar menjadi penghubungan di antara pelajar dan pengurusan sekolah.







Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.







Menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.







Melatih dan mendidik pelajar menjadi duta kecil SABK AL HIDAYAH yang dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.