Perlembagaan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

* PERLEMBAGAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS * * NOTIS * Perlembagaan ini belum lagi disahkan oleh Majlis Tertinggi Kolej Vokasional Likas, perlembagaan ini masih lagi dalam proses kajian oleh itu saya berharap kepada semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar harap bersabar. Untuk pengetahuan semua pihak perlembagaan ini adalah 100% ciptaan saya, Shahzarol Afzam Bin Zamin. Semua Perkara dalam perlembagaan ini adalah kajian dan dari sumber yang sah iaitu melalui Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia. HAK TERCIPTA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Di minta semua pihak jangan membuat sebarang salinan perlembagaan ini kerana perlembagaan ini adalah Hak Tercipta Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. SEBARANG UNSUR PLAGIAT ATAUPUN MENIRU MAHUPUN SAMA DENGANNYA YANG DIDAPATI BERSALAH AKAN DIKENAKAN HUKUMAN BERAT MENGIKUT AKTA PENYIARAN MALAYSIA. PERKARA 1 – NAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas MPP merupakan singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang bertindak mewakili pelajar dalam segala hal dan menyuarakan isi hati dan pandangan pelajar kepada sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. MPP juga bertanggungjawab dalam membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aspek kemahiran, akademik, sukan, dan sebagainya. PERKARA 2 – BAHASA RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris boleh diamalkan secara bebas. PERKARA 3 – LOGO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS PERKARA 4 – MAKSUD LOGO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS PERKARA 5 - VISI MISI DAN MOTTO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS A. Visi B.



Misi



C. Motto PERKARA 6 – ALAMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Kolej Vokasional Likas Jalan Vokasional, 88100 Kota Kinabalu, Sabah. PERKARA 7 – MAJLIS TERTINGGI PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS A. Penaung Encik Abd Hafidz Pg Adnan ( Tuan Pengarah Kolej Vokasional Likas ) B.



Penasihat



Puan Nurul Ain Abdullah ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Likas ) PERKARA – 8 BIDANG TUGAS UMUM MAJLIS TERTINGGI PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 1. Fungsi Majlis Tertinggi ialah mengelola dan mengatur hala tuju dan gerak kerja, serta membuat keputusan atas perkara – perkara mengenai perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar mengikut objektif dan peraturan yang telah ditetapkan. 2. Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekiranya dirasakan perlu sekurang-kurang dua bulan sekali. Pengumuman bagi setiap mesyuarat hendaklah dibuat kepada semua yang terlibat dua hari sebelum mengadakan mesyuarat. Yang Dipertua secara individu boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada bila – bila masa. 3. Berkuasa menolak sesuatu aktiviti yang bercanggah dengan objektif dan peraturan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 4. Membincangkan dan merancang perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar berdasarkan peruntukan dalam peraturan serta bersesuaian dengan objektif Kolej Vokasional Likas. PERKARA 9 – OBJEKTF PENUBUHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 11 Bahagian 2 Peraturan Tatatertib Pelajar ILJTM (Pindaan 2011) menyatakan tujuan dan fungsi Majlis Perwakilan Pelajar antaranya ialah : 1. Sedaya upaya memastikan penambahbaikan kebajikan pelajar secara komprehensif dalam mewujudkan satu suasana yang kondusif melalui kerjasama semua pihak.



2. Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. 3.



Menerapkan budaya integriti dalam kalangan warga Institusi Pengajian Tinggi.



4. Menjadi medium perantaraan pelajar dan pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi dalam penyampaian informasi yang lebih efektif secara konsisten kepada kedua-dua pihak. 5. Menyemarakkan suasana keharmonian di Institusi Pengajian Tinggi melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan kebajikan Pelajar. 6. Merencanakan pembentukan mahasiswa yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seterusnya menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. 7. Memartabatkan nama Institusi Pengajian Tinggi ke peringkat nasional dan antarabangsa. 8. Merancang dan mengendalikan program – program ke arah mewujudkan kerjasama yang padu di antara pelajar dan Institusi Pengajian Tinggi. 9. Berkongsi idea dan tenaga untuk mengembangkan pemikiran dan kecemerlangan dalam akademik dan Berorganisasi. 10. Berganding bahu dengan semua pihak dalam merealisasikan misi dan visi Institusi Pengajian Tinggi. 11. Menjalankan apa – apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar dari semasa ke semasa. PERKARA 10 – FUNGSI UTAMA PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 1. Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajarpelajar Kolej Vokasional Likas. 2. Tertakluk kepada arahan Pengarah dan Unit Hal Ehwal Pelajar untuk merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan pelajaran, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan, kebajikan dan perkara – perkara yang berkait rapat dengan pelajar. 3. Untuk membuat representasi kepada Unit Hal Ehwal Pelajar tentang segala perkara berhubungan atau berkenaan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajarpelajar di Kolej Vokasional Likas. 4. Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dari semasa ke semasa. PERKARA – 11 HAK ASASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS



Semua Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas boleh menggunakan kemudahan – kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Unit Hal Ehwal Pelajar dengan mematuhi peraturannya serta mendapat kebenaran. Semua Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas boleh mengikuti semua aktiviti Kolej tanpa sebarang halangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar bahawasanya Exco tersebut tidak dibenarkan untuk menghadiri aktiviti yang ditetapkan atau apa – apa jua aktiviti atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung kepada budibicara Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas serta unit HEP. Semua exco berhak mengetahui perkembangan dan perubahan dalam struktur organisasi serta pergerakan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. Semua pelajar berhak menyuarakan pandangan kepada Majlis Perwakilan Pelajar menggunakan saluran-saluran yang beretika. PERKARA – 12 KEAHLIAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas adalah terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional Likas yang berdaftar secara sah dan mempunyai rekod disiplin dan akademik yang baik. PERKARA – 13 PENTADBIRAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 1.



Yang Dipertua



2.



Timbalan Yang Dipertua



3.



Naib Yang Dipertua



4.



Setiausaha Agong



5.



Timbalan Setiausaha Agong



6.



Bendahari Terhormat



7.



Timbalan Bendahari Terhormat



8.



Ketua Exco Helwa Helwi



9.



Ketua Exco Dakwah & Tarbiah



10. Ketua Exco Protokol & Kesenian 11. Ketua Exco Publisiti & Pendidikan 12. Ketua Exco Sukan & Rekreasi PERKARA – 14 BIDANG KUASA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ



VOKASIONAL LIKAS Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas 1.



Mengetuai barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.



2.



Mempengerusikan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.



3. Memanggil untuk diadakan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas pada bila-bila masa. 4.



Memantau aktiviti setiap Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.



5. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 6.



Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Protokol dan Kesenian.



7. Bertanggungjawab dalam merancang dan menyusun atur aktiviti-aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas dengan dibantu Timbalan Yang Di Pertua, Naib Yang Di Pertua dan Setiausaha Agong. 8.



Mewakili Exco dan pelajar bagi sebarang urusan rasmi dengan pihak pentadbiran



9.



Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi.



10. Membuat keputusan dalam perkara-perkara tertentu yang tidak bercanggah dengan dasar Kolej Vokasional Likas. 11. Memaklumkan setiap keputusan mesyuarat kepada penasihat (K.Bhg. HEP) dan Setiausaha Agong. 12. Menerima arahan atau maklumat dari pihak pentadbiran dan kemudiannya menyalurkannya kepada pelajar dari semasa ke semasa. 13. Menyimpan dan mengemaskini fail Yang Di-Pertua. 14. Menyemak laporan mingguan setiap Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar sebelum diserahkan kepada Bahagian HEP 15. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Exco Majlis Perwakilan Pelajar sebelum diproses oleh Bahagian HEP. 16. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar yang lain. 17. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas



1. Membantu Yang Di Pertua Memantau aktiviti setiap Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 2. Mempengerusikan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas apabila ketiadaan Yang Di Pertua. 3. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 4.



Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Sukan dan Rekreasi.



5. Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi sekiranya Yang Di Pertua tidak dapat hadir. 6. Bersama – sama Yang Di Pertua Bertanggungjawab dalam merancang dan menyusun atur aktiviti-aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 7. Membantu Yang Di Pertua dalam mewakili Exco dan pelajar bagi sebarang urusan rasmi dengan pihak pentadbiran. 8.



Menyimpan dan mengemaskini fail Timbalan Yang Di-Pertua.



9. Menyemak laporan mingguan setiap setiap Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar sebelum diserahkan kepada Bahagian HEP. 10. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Exco Majlis Perwakilan Pelajar sebelum diproses oleh Bahagian HEP. 11. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar yang lain. 12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan Arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Naib Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas 1. Membantu Yang Di Pertua Memantau aktiviti setiap Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 2. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 3.



Bertanggung jawab dalam mengawal selia Exco Dakwah dan Tarbiah.



4. Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi sekiranya Timbalan Yang Di Pertua tidak dapat hadir. 5. Bersama-sama Yang Di Pertua Bertanggung jawab dalam merancang dan menyusun atur aktiviti-aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.



6. Membantu Yang Di Pertua dalam mewakili Exco dan pelajar bagi sebarang urusan rasmi dengan pihak pentadbiran. 7.



Menyimpan dan mengemaskini fail Naib Yang Di-Pertua.



8. Menyemak laporan mingguan setiap setiap Timbalan Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar sebelum diserahkan kepada Bahagian HEP. 9. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Exco MPM sebelum diproses oleh Bahagian HEP. 10. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan yang lain. 11. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas 1. Mengendalikan segala urusan kesetiausahaan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 2. Menguruskan surat panggilan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 3.



Menguruskan surat menyurat kepada pihak luar melalui Bahagian HEP.



4.



Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Majlis Perwakilan Kolej Vokasional Likas.



5. Menyimpan dan mengemaskini fail Setiausaha Majlis Perwakilan Kolej Vokasional Likas. 6.



Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Penerbitan dan Publisiti



7.



Menyediakan laporan akhir Majlis Perwakilan Kolej Vokasional Likas.



8. Mengumpulkan dan mengemaskini port folio ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan pihak pentadbir Kolej Vokasional. 9.



Mengumpul dan memanjangkan fail laporan akhir setiap Exco kepada Bahagian HEP.



10. Mengumpul dan menyerahkan fail setiap Exco apabila Majlis Perwakilan Pelajar dibubarkan oleh HEP. 11. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan pelajar yang lain. 12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.



Timbalan Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas 1. Menguruskan surat panggilan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 2.



Menguruskan surat menyurat kepada pihak luar melalui Bahagian HEP.



3. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 4. Menyimpan dan mengemaskini fail Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 5.



Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Penerbitan dan Publisiti



6.



Menyediakan laporan akhir Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.



7. 7. Mengumpul dan memanjangkan fail laporan akhir setiap Exco kepada Bahagian HEP. 8. Mengumpul dan menyerahkan fail setiap Exco apabila Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas yang dibubarkan oleh HEP. 9. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas yang lain. 10. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Bendahari Terhormat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas 1. Berperanan dalam menyediakan bajet bagi setiap program induk yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 2. Menyediakan laporan bajet untuk pembentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 3. Merekodkan setiap pembelian barang dan menyimpan resit pembelian bagi tujuan tuntuan semula kepada bahagian HEP. 4. Berperanan dalam membuat permintaan / tempahan barang bagi kegunaan sesuatu program Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.. 5.



Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Helwa Helwi.



6. Membuat permintaan daripada bahagian HEP berkaitan barang keperluan dalam bilik mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 7.



Menyediakan, menguruskan dan mengemaskini rekod keluar masuk duit.



8. Membuat tempahan makanan bagi program yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 9.



Menguruskan dan mngemaskini fail bendahari dari semasa ke semasa.



10. Berbincang dengan Yang Di-Pertua berkenaan bajet bagi sesuatu program yang ingin dijalankan. 11. Menyemak bajet dalam kertas kerja bagi projek yang di anjurkan oleh para ketua Exco. 12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Timbalan Bendahari Terhormat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas 1. Membantu Bendahari Kehormat dalam menyediakan bajet bagi setiap program induk yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 2. Membantu Bendahari Kehormat menyediakan laporan bajet untuk pembentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 3. Membantu merekodkan setiap pembelian barang dan menyimpan resit pembelian bagi tujuan tuntuan semula kepada bahagian HEP. 4.



Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Helwa Helwi.



5. Membuat permintaan daripada bahagian HEP berkaitan barang keperluan dalam bilik mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 6.



Membantu menyediakan, menguruskan dan mengemaskini rekod keluar masuk duit.



7.



Menguruskan dan mngemaskini fail bendahari dari semasa ke semasa.



8. Mematuhi Peraturan dan Etika Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Exco Helwa Helwi ( Hal Ehwal Siswa Dan Hal Ehwal Siswi ) 1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej Vokasional Likas dalam aktiviti berkaitan Helwa Helwi. 2. Merancang dan menguruskan aktiviti berkaitan kebajikan pelajar dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pelajar. 3.



Menguruskan, mengemaskini dan menyimpan fail Exco Helwa Helwi.



4.



Mengadakan mesyuarat AJK Exco dari semasa ke semasa.



5. Mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah pelajar dan menyalurkan kepada HEP untuk tindakan selanjutnya. 6. Membuat laporan makanan dan aduan kepada pihak HEP berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan pelajar dari segi makanan dan minuman. 7. Menerima dan membuat aduan tentang masalah perkhidmatan kemudahankemudahan pelajar dari semasa ke semasa. 8. Menyediakan senarai nama para pelajar yang berpuasa sunat untuk urusan tempahan juadah berbuka puasa di Dewan Makan. 9. Menyediakan jadual tarikh para pelajar pulang bercuti ( cuti semester / cuti pertengahan semester / cuti perayaan ) untuk diserahkan kepada pihak HEP. 10. Membuat laporan kerosakkan asrama siswa dan siswi. 11. Menyediakan senarai barang keperluan kebajikan asrama lelaki dan perempuan dan diserahkan kepada pihak HEP untuk tindakan selanjutnya. 12. Bertanggungjawab dalam soal kebersihan asrama dan menyediakan jadual kebersihan asrama. 13. Mendapat dan menyampaikan maklumbalas dari segi keselamatan pelajar sama ada pelajar lelaki atau pelajar perempuan kepada pihak HEP. 14. Menguruskan perlantikan AJK Exco Helwa Helwi. 15. Membuat fail rekod bagi semua keperluan peralatan di asrama siswa dan siswi. 16. Menganjurkan aktiviti gotong-royong sekurang-kurangnya sebulan sekali. 17. Menyediakan laporan Exco untuk pembentangan dalam Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 18. Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas yang lain. 19. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Exco Dakwah Dan Tarbiah 1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej Vokasional Likas dalam aktiviti berkaitan keagamaan dan pembangunan jati diri insan. 2. Merancang dan menguruskan aktiviti bercorak keagamaan dan pembangunan jati diri insan serta dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pelajar Kolej Vokasional Likas.



3. Menguruskan aktiviti surau dan pengimarahan surau sebagai pusat kegiatan Islam di Kolej Vokasional Likas. 4.



Menguruskan perlantikan AJK Exco Dakwah Dan Tarbiah.



5.



Mengadakan mesyuarat AJK Exco dari semasa ke semasa.



6.



Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan Surau at-Taqwa.



7. Menjadikan surau sebagai pusat aktiviti perhubungan dan informasi Kolej Vokasional Likas. 8.



Menguruskan, mengemaskini dan menyimpan, fail Exco Dakwah Dan Tarbiah.



9. Menyediakan laporan Exco untuk perbentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 10. Memantau keadaan dan peralatan surau dari semasa ke semasa. 11. Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar yang lain. 12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Exco Protokol Dan Kesenian 1. Membantu dan bekerjasama dengan semua Exco dalam mengendalikan aktiviti yang berlangsung dimana-mana kawasan Kolej Vokasional Likas termasuk diluar Kolej. 2.



Menguruskan semua penggunaan PA system di semua program.



3.



Merancang dan mengendalikan kelab dan persatuan kesenian Kolej Vokasional Likas.



4.



Menguruskan perlantikan AJK Exco Protokol dan Kesenian.



5.



Mengadakan mesyuarat AJK Exco dari semasa ke semasa.



6.



Menyimpan dan mengemaskinikan fail Exco Protokol dan Kesenian.



7. Menyediakan laporan Exco untuk perbentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 8.



Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan Dewan Kolej.



9.



Mengatur dan menyusun segala peralatan yang berkaitan di Dewan Kolej.



10. Menyelaras penggunaan dewan besar bagi setiap aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar. 11. Memastikan persediaan dari segi protokol untuk sesuatu program pelajar berjalan



dengan lancar. 12. Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Pelajar yang lain. 13. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa Pelajar dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Exco Publisiti Dan Penerbitan 1. Bertanggungjawab menyediakan pengisian pada semua papan kenyataan yang berkaitan. 2.



Menguruskan perlantikan AJK Exco Penerbitan



3. Merancang serta menerbitkan buletin bulanan dan risalah yang berkaitan untuk edaran seperti yang telah ditetapkan. 4. Menghasilkan Album Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS (aktiviti sepanjang sesi) untuk dimuat naik ke laman web Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 5.



Bertanggungjawab dalam mengambil gambar setiap program Kolej Vokasional Likas.



6. Menyediakan laporan program bersertakan dengan gambar untuk di muatnaik ke dalam laman web Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 7. Merujuk kepada pihak HEP sebelum menerbit dan mengedarkan buletin/ risalah atau apa apa bentuk penerbitan. 8.



Menyediakan bahan-bahan ilmiah untuk cetakan



9. Bertanggungjawab dalam mengawal selia laman web Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. 10. Membantu memperkenalkan Majlis Perwakilan Pelajar kepada institusi lain. 11. Mengadakan mesyuarat AJK Exco Publisiti Dan Penerbitan dari semasa ke semasa. 12. Menyimpan dan mengemaskini fail Exco Publisiti Dan Penerbitan. 13. Menyediakan laporan Exco Publisiti Dan Penerbitan untuk perbentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas 14. Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar yang lain. 15. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas. Exco Sukan Dan Rekreasi



1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej Vokasional Likas dalam mengendalikan aktiviti berkaitan sukan dan kokurikulum. 2. Merancang dan mengendalikan program bercorak kesukanan dan permainan yang bersesuaian dengan pelajar Kolej Vokasional Likas. 3.



Merancang dan membuat bajet aktiviti kesukanan.



4.



Merancang dan mengendalikan kelab dan persatuan sukan yang berkaitan.



5.



Menguruskan perlantikan AJK Exco Sukan Dan Rekreasi.



6.



Mengendalikan mesyuarat AJK Exco Sukan Dan Rekreasi dari semasa ke semasa.



7.



Menyimpan dan mengemaskini fail Exco Sukan Dan Rekreasi.



8. Menyediakan laporan Exco Sukan Dan Rekreasi untuk pembentangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. 9.



Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar yang lain.



10. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak Pentadbir Kolej Vokasional Likas. PERKARA – 15 PERLETAKAN JAWATAN DAN PERLUCUTAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Sebarang permohonan perletakan jawatan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar beserta alasan munasabah. Pengesahan perletakan jawatan hanya akan berlaku setelah berbincang dan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas serta dimaklumkan kepada unit HEP. PERKARA – 16 PERLUCUTAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Perlucutan jawatan hanya akan berlaku dengan sebab-sebab berikut : 1. Salah laku yang jelas bertentangan dengan dasar dan peraturan Kolej Vokasional Likas. 2.



Meninggal dunia.



PERKARA – 17 KEKOSONGAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Jika kekosongan jawatan berlaku dalam Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, pemilihan baru akan diputuskan melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar dengan mengadakan Pilihan Raya Sulit Kolej Vokasioanal Likas dan tempoh perjawatannya adalah sehingga



tamat sesi pentadbiran tersebut. PERKARA – 18 SUMBER KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Sumber – sumber kewangan untuk aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasioan Likas adalah daripada peruntukan yang disediakan oleh unit HEP, bagi aktiviti yang telah di rancang. Sumber kewangan juga boleh didapati daripada kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar. PERKARA – 19 PILIHAN RAYA SULIT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Pilihan Raya Sulit Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas diada jika kekosongan jawatan berlaku dalam Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dimana pemilihan baru akan diputuskan melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar iaitu membuat penamaan colan selama satu minggu dari tarikh kekosongan jawatan tersebut. PERKARA – 20 TARIKH BERKEMPEN PILIHAN RAYA SULIT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Kempen Pilihan Raya Sulit Kolej Vokasional Likas akan diadakan selama satu minggu selepas penamaan calon dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi Perwakilan Plajar Kolej Vokasional Likas. PERKARA – 21 BENTUK PILIHAN RAYA SULIT KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Pilihanraya adalah berbentuk undi sulit dan terbuka kepada semua ahli Majlis Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasiona Likas. PERKARA – 22 JAWATANKUASA PILIHAN RAYA SULIT KOLEJ VOKASIONAL LIKAS Jawatankuasa Pilihanraya Sulit Kolej Vokasional Likas adalah sebuah badan bebas berkecuali yang ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi Pewakilan Pelajar dan dipimpin oleh Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas. Semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa Pilihanraya ini kecuali ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang dicolankan untuk bertanding dalam pilihan raya sulit ini. Jawatankuasa Pilihanraya tersebut adalah terdiri daripada : i.



Pengarah Pilihanraya



ii.



Setiausaha Pilihanraya



iii.



Bendahari Pilihanraya



iv.



AJK Pilihanraya



Tempoh Jawatankuasa Pilihanraya berakhir dengan terbentuknya ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang baru. Berhak mengundi tetapi tidak berhak diundi dalam pilihanraya. Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen bagi mana-mana calon yang bertanding dalam pilihanraya. Sebarang keputusan berkaitan dengan pilihanraya sulit yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional likas adalah muktamad dan sebarang campur tangan daripada sebarang pihak adalah tidak dilayan dan berhak ditolak. PERKARA 23 – TUGAS AM JAWATANKUASA PILIHAN RAYA SULIT KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 1. Melaksanakan urusan pilihanraya termasuk menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihanraya. 2. Menyelenggarakan urusan pencalonan seperti penyediaan borang pencalonan dan memastikan prosedur pencalonan berjalan dengan betul. 3.



Mengira undi setelah pengundian dijalankan.



4.



Menjaga segala amanah yang diserahkan berhubung dengan pilihanraya



5. Menyediakan peraturan khas pilihanraya dan syarat-syarat berkenaan calon-calon pilihanraya. PERKARA 24 – TUGAS PENGARAH JAWATANKUASA PILIHANRAYA 1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pilihanraya dan memastikan perjalanan Jawatankuasa mematuhi peruntukan perlembagaan. 2. Mengesahkan senarai calon serta membatalkan pencalonan bagi mana-mana calon yang campur tangan dalam urusan Jawatankuasa Pilihanraya. 3.



Mengesahkan kertas keputusan pilihanraya bersama Setiausaha Jawatankuasa.



4.



Mengisytiharkan keputusan pilihanraya.



PERKARA 25 - TUGAS SETIAUSAHA JAWATANKUASA PILIHANRAYA 1. Mengedarkan pekeliling mesyuarat jawatankuasa dan menjalankan tugas yang selayaknya sebagai setiausaha di dalam Jawatankuasa. 2.



Melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya.



3.



Mengesahkan kertas keputusan pilihanraya bersama-sama Pengarah Jawatankuasa



PERKARA 26 - TUGAS BENDAHARI JAWATANKUASA PILIHANRAYA 1.



Bertanggungjawab mengendalikan hal-ehwal kewangan yang berkaitan dengan



Jawatakuasa Pilihanraya. 2.



Mencatat segala wang keluar masuk yang digunakan oleh Jawatankuasa Pilihanraya.



3. Membantu Pengarah dan Setiausaha Jawatankuasa Pilihanraya dalam melaksanakan tugastugasnya. PERKARA 27 - TUGAS AJK KECIL JAWATANKUASA PILIHANRAYA Membantu mengendalikan segala urusan – urusan yang berkaitan dengan pilihanraya. PERKARA 28 – CARA MEMINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Mana – mana Ahli Tertinggi dan Majlis P erwakilan Pelajar boleh mengemukakan usul dan cadangan secara bertulis kepada Setiausaha Agung untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pewakilan Pelajar bagi tujuan meminda Perlembagaan Majlis Perwakilan Pelajar. 2. Perlembagaan juga boleh dipinda dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar. 3. Sebarang pindaan yang berlaku hendaklah dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada ahli yang hadir dan berkuatkuasa serta – merta setelah diluluskan di dalam Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar.