Binaan Plot Silir Daksina [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Binaan Plot Novel Silir Daksina Karya Nizar Parman PERMULAAN  Sinopsis novel ini bermula dengan Haiqal sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Haiqal telah menerima sebuah manuskrip daripada pengirim yang tidak dikenalinya berbangsa Cina bernama Ong See Hwa. Dia telah membaca manuskrip tulisan Abdullah bin Kayan. Timbul keinginannya untuk ke Batu Pahat bagi mengetahui kisah hidup ayah kandungnya.  Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu Haiqal bahawa walid itu bukan ayah kandungnya.  Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR.



PERKEMBANGAN  Haiqal menemui rakannya, Ratna di Pantai Batu Buruk untuk bercerita tentang manuskrip yang baharu diterimanya. Dia meminta pendapat Ratna tentang hasratnya untuk ke kampung arwah ayahnya  Sinopsis novel ini terus berkembang dengan cerita di dalam manuskrip. Cerita di dalam manuskrip adalah berkisar tentang kehidupan Cikgu Nizam selepas bercerai dengan isterinya. Cikgu Nizam berjuang untuk menghidupkan seni zapin jinzat di kampungnya dan meneruskan kehidupannya melawan penyakitnya seorang diri



 











PUNCAK Haiqal meminta izin Umi untuk ke Batu Pahat tetapi Umi membantah hasrat Haiqal. (Perasaan: Kecewa) Haiqal berkeras untuk ke Batu Pahat Umi mengugut tidak akan memberikan bantuan kewangan kepada Haiqal. Haiqal memberanikan diri untuk ke Batu Pahat seorang diri bagi menjejak sejarah ayah kandungnya. Walid memberikan wang kepada Haiqal untuk ke Batu Pahat. (Perasaan: Terharu)















 



PELERAIAN Haiqal bercadang untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat dan ghazal di Kampung Seri Purnama. Haiqal dan penduduk kampung bekerjasama untuk menjayakan persembahan zapin dan ghazal. (Perasaan: Gembira) Kehadiran umi,walid dan Nurul Asiyah menonton persembahannya benar-benar menggembirakan Haiqal. (Perasaan: Gembira) Haiqal menyambung pelajaran di Bumi Kenyalang Ratna bertunang dengan seorang ahli perniagaan



* Peristiwa yang menggembirakan / berakhir dengan kejayaan: - Hubungan Umi dan Haiqal kembali baik. - Haiqal dapat meneruskan cita-cita - Impian Abdullah bin Kayan agar tarian zapin dihidupkan kembali terlaksana - Impian Ratna untuk menjadi usahawan dapat dicapai dengan bantuan tunangnya