Nota Lengkap Novel Silir Daksina [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN SINOPSIS 1.



Pengenalan atau eksposisi - Haiqal Haqimi/Aiman yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan (Amirulnizam/Cikgu Zam). - Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima manuskrip daripada Ong See Hwa (Ai Ling) yang merupakan hasil tulisan arwah ayahnya. - Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. - Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting.



2.



Perkembangan - Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Cikgu Amirulnizam bertugas di sekolah rendah Kampung Seri Purnama. - Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula yang telah terkubur. - Balai raya di kampung itu menjadi meriah dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. - Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim (Tauke Ong), Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain. - Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama kampung. - Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. - Cikgu Zam amat rindu akan anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling (Ong See Hwa). Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. - Cikgu Zam telah menghidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. - Setelah Cikgu Zam meninggal dunia, manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu. - Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana. - Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. - Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya.



3.



Puncak atau klimaks - Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. - Umi Haiqal tidak membenarkan Haiqal ke kampung arwah ayahnya. - Haiqal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. - Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu. - Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian Haiqal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.



4.



Peleraian - Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas kehidupan arwah ayahnya. - Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D'Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin telah diadakan. - Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya tentang tarian zapin jincat itu. - Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. - Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung. - Sewaktu Haiqal mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang menyaksikan persembahannya dari bahagian belakang balai raya. Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.



### sekurang-kurangnya satu peristiwa daripada setiap peringkat ditulis dalam sinopsis. Pemberian markah sinopsis Permulaan = 1m Perkembangan = 1m Klimaks = 1m Peleraian = 1m Keseluruhan markah isi = 4m Keseluruhan markah bahasa = 3m



Persoalan dalam novel Silir Daksina Persoalan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.  Abdullah bin Kayan amat sayang akan anaknya, Haiqal hingga dia berasa sangat rindu akan anaknya itu. Lantaran itu dia menumpahkan kasih sayangnya itu kepada See Hwa.  Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.  Haiqal amat menyayangi arwah ayahnya dan dia menangis ketika menziarahi pusara arwah ayahnya. Persoalan kerjasama dalam masyarakat untuk menjayakan sesuatu rancangan.  Masyarakat Kampung Seri Purnama telah bekerjasama untuk menjayakan majlis persembahan tarian zapin. Majlis tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada penduduk kampung dan Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi.  Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiviti dan acara yang dijalankan di Kampung Seri Purnama seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ. Persoalan simpati terhadap golongan yang tidak bernasib baik.  Datuk Haiqal telah memberikan pertolongan kepada Tauke Lim yang berada dalam kesusahan semasa dia dan keluarganya baru berpindah ke Kampung Seri Purnama. Tauke Lim mengambil upah menorah getah di kebun getah datuk Haiqal. Persoalan dendam sehingga memisahkan kasih sayang antara ayah dengan anaknya.  Umi Haiqal yang berdendam terhadap Abdullah bin Kayan tidak membenarkan Haiqal ke Kampung Seri Purnama untuk menjejaki kesan hidup arwah ayahnya itu. Persoalan keharmonian dalam kehidupan masyarakat berbilang bangsa tanpa mengira pangkat dan darjat.  Pak Cik Bakar, Wak Arif, Haji Salim, Cikgu Amirulnizam, Tauke Lim dan penduduk kampung yang lain hidup harmoni dan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti.  Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa. Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkai misteri kehidupan sebenarnya ayahnya.  Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa. Persoalan sikap setia kawan dalam hubungan persahabatan.  Haiqal telah menenangkan sahabatnya Ratna yang menangis dan bersedih kerana mendapat keputusan SPM yang tidak memuaskan.



Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.  Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut. Persoalan kejujuran dalam hubungan persahabatan  Ratna dengan jujur memberitahu Haiqal bahawa bakat ayahnya kini mengalir dalam diri Haiqal. Persoalan keprihatinan terhadap penderitaan orang lain.  Haiqal sangat prihatin penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya. Persoalan keberanian menegakkan kebenaran.  Haiqal berani mempersoalkan tindakan Uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya.  Haiqal dengan berani menyatakan darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Persoalan kebertanggungjawaban terhadap tugas yang diberikan.  Abang Saleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haiqal dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas. Persoalan kerajinan melakukan sesuatu pekerjaan.  See Hwa rajin mengemas bilik bacaan di balai raya setiap minggu sehingga bilik tersebut menjadi bersih dan kemas. Persoalan ikatan atau hubungan darah daging yang tidak boleh diputuskan.  Haiqal yang tidak membesar bersama-sama ayahnya setelah dipisahkan oleh uminya telah menghadapi konflik untuk mengetahui sejarah hidup arwah ayahnya.



LATAR MASYARAKAT DALAM NOVEL SILIR DAKSINA Masyarakat yang penyayang  Abdullah Kayan sangat menyayangi anaknya Haiqal. Untuk melepaskan rindu terhadap anaknya dia menumpahkan kasih sayangnya terhadap See Hwa.  Umi sangat menyayangi Haiqal sehingga sanggup menghalang bekas suaminya mengambil Haiqal.  Haiqal sangat menyayangi uminya dan tidak sanggup melukai hati ibunya, Haiqal juga sangat sayang akan ayah kandungnya Abdullah Kayan dan ayah tiri serta adik tirinya.  Abdul Fatah (suami umi) atau walid juga sangat menyayangi umi, Haiqal anak tirinya dan anaknya.  Haiqal amat menyayangi arwah ayahnya dan dia menangis ketika menziarahi pusara arwah ayahnya. Masyarakat peniaga/usahawan  Tauke Lim menjalankan perniagaannya dengan meraih pisang dan pinang di kampung dan menjualnya di pekan.  Umi Haiqal mengusahakan batik dan mempunyai kedai di Pasar Payang.  Ratna melibatkan diri dalam perniagaan dengan mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya. Masyarakat yang cinta akan seni budaya bangsa.  Abdullah bin Kayan merupakan seorang pencinta sastera dan budaya. Beliau banyak menghasilkan novel, cerpen, puisi dan bergiat aktif dalam seni tarian zapin.  Pak Cik Bakar, Haji Salim dan cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi mengekalkan dan memperkasakan seni budaya bangsa. Masyarakat yang berpendidikan  Haiqal belajar sehingga tingkatan enam, See Hwa pula belajar di kolej. Cikgu Zam dan cikgu Latifah juga mempunyai pendidikan tinggi sehingga mereka menjadi guru. Masyarakat yang baik hati/pemurah  Tauke Lim selalu menaja jamuan yang diadakan di kampungnya dan belanja kawan-kawannya makan di warung. Masyarakat majmuk  Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim, Tauke Lim, dan See Hwa merupakan masyarakat majmuk yang hidup bersama-sama di Kampung Seri Purnama. Masyarakat kampung yang hidup dengan harmoni  Masyarakat Kampung Seri Purnama hidup saling bekerjasama dan saling berinteraksi tanpa ada konflik sesama sendiri. Masyarakat yang pendendam/pentingkan diri sendiri/ego







Umi tidak membenarkan Haiqal mencari atau menjejak ayahnya dan mengugut tidak akan memberikan duit belanja jika Haiqal berkeras untuk pergi. Masyarakat yang jujur  Ratna dengan jujur memberitahu Haiqal bahawa bakat ayahnya kini mengalir dalam diri Haiqal. Masyarakat yang prihatin.  Haiqal sangat prihatin penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya. Masyarakat yang berani.  Haiqal berani mempersoalkan tindakan Uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya.  Haiqal dengan berani menyatakan darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Masyarakat yang bertanggungjawab.  Abang Saleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haiqal dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas. Masyarakat yang rajin.  See Hwa rajin mengemas bilik bacaan di balai raya setiap minggu sehingga bilik tersebut menjadi bersih dan kemas.



LATAR TEMPAT DALAM NOVEL SILIR DAKSINA Rumah Haiqal / Kuala Terengganu - Di dalam biliknya Haiqal membaca manuskrip yang diterimanya daripada seorang yang tidak dikenalinya. - Haiqal teringat sewaktu dia berusia enam tahaun ibunya memberitahunya bahawa Ab dul Fatah bukan ayah kandungnya. Balai Raya Kampung Seri Purnama - Tempat simpanan album, bahan sastera dan kegiatan kesenian Abdullah bin Kayan. - Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama diadakan di Balai Raya. - Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama - Ai Ling (See Hwa) mendeklamasikan sajak ciptaan Abdullah Kayan - Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di hadapan Yang Berhormat (YB) Samsuri. - YB Samsuri dalam ucapannya telah mengucapkan tahniah atas kejayaan Abdullah bin Kayan mengemudi persembahan semasa majlis pertunjukan zapin dan beliau meminta agar Abdullah bin Kayan mencungkil bakat anak-anak muda dalam tarian zapin. Di Tepi Pantai Batu Buruk / Gerai makan milik ibu Ratna. - Ratna sibuk melayan pelanggan ketika Haiqal tiba di gerainya. - Haiqal mengajak Ratna menemaninya bersiar-siar di tepi pantai. Haiqal memberitahu Ratna bahawa dia teringat akan ayahnya apabila berdiri di tepi pantai itu. Restoran mamak / Parit Raja - See Hwa dan Haiqal telah makan di restoran mamak, Parit Raja sewaktu perjalanan ke kampung ayahnya. - Tauke Lim (Tauke Ong) membelanjakan Abdullah bin Kayan minum petang kerana menumpangkan anak-anaknya ke sekolah dengan keretanya. Warung Pak Dolah - Tauke Lim (Tauke Ong) membelanjakan semua orang meraikan kemenangan anaknya, See Hwa (Ai Ling) dalam pertandingan mendeklamasi sajak di Sekolah Kebangsaan Sri Purnama dan memuji kehebatan Abdullah bin Kayan yang melatih anaknya sehingga memenangi pertandingan tersebut. Pantai Punggur - Abdullah bin Kayan membawa Ong See Hwa (Ai Ling) dan Ai Ching bersiarsiar di Pantai Punggur - Abdullah bin Kayan teringat bahawa di Pantai Punggur itu dia mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan. Di Dalam Dewan Peperiksaan - Haiqal yang menangis kerana tidak dapat balik ke Johor untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya, ditenteramkan oleh guru pengawas peperiksaan UPSR. Di Dalam Bas Ekspres



-



Haiqal terkenang sikap Umi yang begitu jengkel, marah dan kemungkinan membenci ayahnya.



Stesen Bas Batu Pahat - Haiqal tiba di Stesen Bas Batu Pahat dan menunaikan solat subuh secara berjemaah di tingkat atas di situ. Pusara Abdullah bin Kayan. - Haiqal membaca surah yasin untuk arwah ayahnya serta menangis sebak akibat terlalu merindui ayahnya. - Haiqal menyapu batu nisan dan mencabut rumput di pusara ayahnya dan berdoa agar ayahnya mendapat tempat dalam kalangan orang yang beriman.



NILAI MURNI DALAM NOVEL SILIR DAKSINA Kejujuran - Tauke Ong dengan amanah dan jujur menjaga harta peninggalan arwah Abdullah bin Kayan selepas kematian Abdullah bin Kayan. - Ratna dengan jujur memberitahu Haiqal bahawa bakat ayahnya kini mengalir dalam diri Haiqal.



Keprihatinan - Haiqal sangat prihatin akan penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya. - Guru pengawas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mententeramkan Haiqal kerana tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya pada hari kematian ayahnya. Keberanian - Haiqal berani mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. - Haiqal berani menyatakan darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Kasih sayang - Haiqal amat menyayangi arwah ayahnya dan dia menangis ketika menziarahi pusara arwah ayahnya. - Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya. - Haiqal amat menyayangi adiknya Nurul Asiyah dan amat merindui Nurul Asiyah ketika dia di Johor sering terkenang-kenang akan sikap manja adiknya. Tanggungjawab - Abang Salleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haiqal dengan penuh tanggungjawab. Mereka menjaga kebun dengan bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas. Kegigihan - Haiqal gigih berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa. - Abdullah Kayan gigih dan bersungguh-sungguh menyusun program Malam Sekampung Puisi. Abdullah Kayan menyemak atur cara majlis yang disediakan oleh Mazli di samping mencipta puisi untuk dideklamasi oleh Ong See Hwa (Ai Ling) Menghargai warisan - Abdullah bin Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha menghargai warisan untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut. Kerjasama



-



Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiiviti dan acara yang dijalankan di kampung tersebut seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ



Baik hati - Ratna seorang yang baik hati kerana sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang ke kampung. - Hubungan Tauke Lim (Tauke Ong) dengan Abdullah bin Kayan (Amirulnizam) dan penduduk kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa. - Haiqal yang baik hati memujuk Ratna supaya jangan menangis semasa Ratna mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam SPM. Kerajinan - Ong See Hwa rajin mengemas bilik bacaan di balai raya setiap minggu sehingga bilik tersebut menjadi bersih dan kemas. - Tauke Lim sangat rajin dan membuat dua pekerjaan iaitu pada waktu pergi dia akan menorah getah manakala pada waktu petang menjual pisang dan pinang di pekan.



SOALAN-SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR PERISTIWA PADA BAHAGIAN PELERAIAN SEBAGAI PENGAJARAN Peristiwa Haiqal sanggup kembali ke kampung ayahnya iaitu Kampung Seri Purnama di Batu Pahat seorang diri untuk mencari rumah ayah kandungnya walaupun tidak direstui oleh ibunya. Selama ini Haiqal begitu merindui ayahnya yang telah meninggal dunia semasa dia sedang menghadapi UPSR. Haiqal juga berasa sangat terkilan kerana tidak dapat hidup bersama-sama ayahnya. Alasannya :Tanda kasih sayang seorang anak kepada ayah. Peristiwa Haiqal menziarahi kubur ayahnya untuk melepaskan kerinduannya dan membacakan surah Yasin. Alasannya : Apabila menziarahi kubur mengingatkan kita kepada kematian Peristiwa Haiqal bertemu dan berbual dengan Pak Cik Bakar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang ayahnya dan usahanya dalam memartabatkan tarian zapin. Alasannya: Berusaha menjejaki dan mengenali dengan lebih dekat ayah kandung sendiri Peristiwa Haiqal mendapat tahu daripada Tauke Ong tentang duit simpanan dan usaha ayahnya dalam mengusahakan kebun kelapa sawit. Alasannya: Menghargai usaha keras ayah dalam mencari rezeki Peristiwa Haiqal melawat bilik bacaan dan galeri pameran di balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ Haiqal mendapat tahu tentang sejarah hidup ayahnya melalui sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Di situ juga terdapat hasil karya tulisan tangan ayahnya yang dijaga dengan sangat baik. Alasannya : Peristiwa Haiqal mendapat tahu daripada Lazim bahawa ayahnyalah yang menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama yang sudah lama terkubur. Alasannya: Menghargai sumbangan dan jasa seorang tokoh seni dan sastera/budaya Peristiwa Haiqal mendapat tahu tentang AKSARA, satu-satunya hasrat yang tidak berjaya dilaksanakan oleh ayahnya Abdullah Kayan. AKSARA bermaksud Akademi Sastera Rakyat. Abdullah Kayan bercita-cita untuk menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai pusat perkembangan sastera di daerah itu. Alasannya: Usaha mendekatkan masyarakat dengan seni dan sastera adalah tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan bersama-sama agar budaya bangsa kita sentiasa dimartabatkan. Peristiwa Umi Haiqal yang sanggup menyaksikan persembahan tarian setelah dipujuk oleh Haiqal.



Pengajaran : Kita janganlah mudah berputus asa untuk mencapai sesuatu yang diingini. Alasan : PERISTIWA YANG MENIMBULKAN SIMPATI PEMBACA 1. Peristiwa Haiqal yang hampir-hampir melanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba berlari melintas jalan kerana memikirkan manuskrip ayahnya yang dibaca pada setiap hari. Saya berpendapat sedemikian kerana Haiqal yang seolah-olah berada dalam dunia Abdullah Kayan setelah membaca manuskrip tersebut. Haiqal telah terpisah dengan ayahnya sejak kecil dan tidak mengetahui tentang ayahnya walaupun daripada mulut uminya sendiri. 2. Peristiwa Ratna yang menangis kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Saya berpendapat sedemikian kerana Ratna pasti sangat kecewa dan merasakan masa depannya akan gelap. 3. Peristiwa Haiqal menangis kerana sangat sedih apabila mendalami perasaan ayahnya melalui manuskrip ayahnya Abdullah Kayan yang hidup terseksa dan sunyi. Alasan : 4. Peristiwa Haiqal tidak dapat mengikut keluarganya semasa kematian ayahnya di Johor kerana menduduki UPSR Alasan : Pembaca turut bersimpati kerana Haiqal tidak dapat menghadiri upacara pengebumian ayahnya. 5. Peristiwa Haiqal berjaya menjejaki sejarah hidup ayahnya di Kampung Seri Purnama. Alasan : Peristiwa ini memberi kesan simpati kepada pembaca yang sudah pasti membayangkan kesejahteraan hidup Haiqal bersama ayahnya semasa Haiqal masih kecil iaitu ketika Haiqal berusia enam tahun. 6. Peristiwa Haiqal menghantar mesej pesanan ringkas kepada Ong See Hwa. Alasan : Haiqal amat merindui Ong See Hwa ketika di perantauan. Kisahnya membaca manuskrip yang diterima daripada Ong See Hwa yang memaparkan sejarah hidup Abdullah bin Kayan sukar dilupakan oleh Haiqal. Pembaca pasti bersimpati dengan Haiqal yang amat merindui Ong See Hwa.



PERMULAAN YANG MENARIK MINAT PEMBACA DALAM NOVEL SILIR DAKSINA. Menyelitkan unsur tanda tanya tentang kewujudan manuskrip lama - Permulaan novel ini menceritakan penerimaan sebuah manuskrip oleh Haiqal daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Manuskrip itu yang telah diterima oleh Haiqal seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Kandungan manuskrip itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah Bin Kayan. Semasa dia kecil, Haiqal teringat ibunya pernah memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah merupakan bapa tirinya dan bapanya yang sebenar ialah Abdullah Bin Kayan. Sejak hari itu, Haiqal bertekad untuk menjejaki ayahnya apabila dia dewasa. Memaparkan masalah yang dihadapi oleh watak utama yang merupakan masalah realiti kehidupan yang dihadapi oleh sesetengah anak. - Pembaca dapat menghayati dilema yang dihadapi oleh anak yang menjadi mangsa pada konflik rumah tangga menerusi watak Haiqal. Ayah kandung Haiqal telah berpisah dengan ibunya dan sejak kejadian tersebut, Haiqal tinggal bersama ibunya. Mengandungi unsur saspens dalam permulaan novel yang akan menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri pembaca. - Pembaca pasti ingin tahu sama ada Haiqal akan berjaya mengesan ayah kandungnya serta misteri kehidupan sebenar yang menyelubungi ayahnya itu. Apatah lagi maklumat yang ada pada Haiqal hanya berupa sebuah manuskrip lama dan kata-kata yang pernah diluahkan oleh ibunya. Menimbulkan perasaan ingin tahu terhadap punca penceraian antara ibu Haiqal dan ayah kandungnya. - Para pembaca tertanya-tanya identiti sebenar ayah kandung Haiqal. Satu persoalan wujud dalam minda para pembaca iaitu adakah cerita dalam manuskrip yang diterima oleh Haiqal berkaitan dengan kisah hidup ayah kandungnya yang terpisah sekian lama? Pengajaran dan iktibar telah diterapkan dalam permulaan novel. - Permulaan novel Silir Daksina dianggap menarik kerana pengarang telah memperkenalkan watak utama yang sopan santun dan lembut tutur kata. Watak utama, iaitu Haiqal Haqimi, merupakan seorang lelaki yang bersopan santun dan menyayangi ibu. Dia sayang akan umi, walid, ayah kandungnya dan adik tirinya. Haiqal yang menggunakan nada sopan ketika bertutur dengan uminya telah menunjukkan pengajaran, iaitu kita hendaklah menghormati ibu bapa. Teknik saspens telah dipraktikkan dalam permulaan novel. - Pembacaan manuskrip yang diterima daripada Ong See Hwa menimbulkan tanda tanya dalam benak pembaca. Pembaca tertanya-tanya akan kuasa tarikan yang ada pada manuskrip karya Abdullah bin Kayan sehingga Haiqal tidak bertangguh untuk mengetahui susur galur latar belakangnya dan ingin menjejaki ayah kandungnya.



CABARAN WATAK HAIQAL DALAM NOVEL SILIR DAKSINA



Cabaran menghidupkan seni tarian zapin yang kian tidak digemari. - Haji Salim memberitahu Haiqal di gerai Wak Min bahawa kebudayaan tradisional semakin dipinggirkan oleh pemuda zaman moden yang lebih suka hiburan daripada kesenian tradisional. Cabaran menghadapi tentangan Uminya untuk pergi ke Johor. - Haiqal bergaduh dengan Uminya setelah bertekad untuk pergi ke Johor. Apabila Haiqal tetap dengan pendiriannya, Umi tidak memberikan perbelanjaan kepada Haiqal dan tidak menghubunginya semasa Haiqal berada di Kampung Seri Purnama. Cabaran mencari susur galur diri dan ayahnya. - Haiqal yang mengetahui identitinya yang sebenar telah berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang ayah kandungnya tetapi dilarang oleh Uminya. - Haiqal berusaha mendapatkan maklumat perpisahan ibu bapanya dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan ayahnya. - Haiqal menghadapi dilema dan runsing tentang hasratnya untuk menjejaki perjalanan hidup ayahnya. Cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya. - Umi Haiqal tidak menyokong tindakan Haiqal untuk pulang ke Johor kerana di Johor, Haiqal tidak mengenali sesiapa dan tiada tempat untuk bermalam. Uminya juga telah mengugut tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor. Cabaran Haiqal dalam bidang kesusasteraan dan kesenian. - Hasrat Haiqal untuk bergiat dalam bidang kesusasteraan dan kesenian tidak mendapat sokongan daripada uminya walaupun Haiqal sentiasa menjadi johan dalam pelbagai pertandingan menulis tetapi kejayaannya itu tidak pernah mendapat pujian daripada umi. - Haiqal mempertahankan hasratnya dan berselisih pendapat dengan uminya untuk belajar dalam bidang kesusasteraan di tingkatan enam sedangkan uminya mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang ekonomi.



PERISTIWA YANG MENIMBULKAN KESEDARAN DALAM NOVEL SILIR DAKSINA Peristiwa Tauke Ong menyerahkan semua wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal ketika Haiqal pulang ke kampung Seri Purnama. - Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca supaya kita hendaklah menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan jujur dalam menjaga harta seseorang. Peristiwa Abdullah bin Kayan (Cikgu Amirulnizam) tidak memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya. Walaupun sakit, dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di kampungnya. - Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca supaya kita hendaklah tabah menghadapi setiap dugaan Tuhan terhadap hamba-Nya. Peristiwa pemuda-pemuda kampung yang bersalaman dengan semua pelanggan di Warung Wak Min sebelum duduk di meja masing-masing. - Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca supaya kita hendaklah mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan seharian. Peristiwa Haiqal menghormati pendirian uminya yang tidak mahu menceritakan sejarah hidup keluarga. - Peristiwa ini memberi teladan kepada pembaca agar menghormati pendirian orang lain terutama ahli keluarga bagi mengelakkan perselisihan faham yang boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan. Peristiwa guru pengawas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mententeramkan Haiqal kerana tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya pada hari kematian ayahnya. - Peristiwa ini memberi teladan kepada pembaca agar prihatin dan bersimpati kepada orang yang menghadapi masalah. Peristiwa Haiqal sangat gigih berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa. - Peristiwa ini memberi teladan kepada pembaca agar kita gigih dalam kehidupan untuk mencapai sesuatu yang dihajati.