Buku Soalan Peperiksaan Jun 2020 BMMB3033 Kesusasteraan Melayu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BMMB3033



SULIT



INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



INSITITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN Semester 2 Tahun 1 PENTAKSIRAN ALTERNATIF JUN 2020



KOD KURSUS



:



KURSUS



:



TARIKH



:



HARI MASA WAKTU



:



JUMLAH MARKAH



BMMB3033 KESUSASTERAAN MELAYU 18 JUN 2020 :



KHAMIS 8 JAM 9.00 PAGI – 5.00 PETANG



:



40



:



1



BMMB3033



SULIT



PENTAKSIRAN ALTERNATIF BAGI KURSUS INI TERDIRI DARIPADA 2 (DUA) SOALAN ESEI YANG PERLU DIJAWAB DALAM TEMPOH YANG DIBERI. ____________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA CALON: BACA DENGAN TELITI DAN PATUH ARAHAN-ARAHAN BERIKUT: Pentadbiran Peperiksaan     



Soalan Peperiksaan Alternatif bagi kursus BMMB3033 ini akan diberikan kepada calon pada pukul 7.30 pagi pada 18 Jun 2020 melalui WhatsApp kelas dan e-mel kelas. Calon perlu mengesahkan penerimaan soalan tersebut kepada pensyarah melalui medium yang sama. Peperiksaan bagi kertas soalan BMMB3033 Kesusasteraan Melayu akan dilaksanakan pada 18 JUN 2020 pukul 9.00 pagi – 5.00 petang. Calon perlu akur kepada masa yang ditetapkan bagi menjawab soalan tersebut iaitu selama 8 jam. Buku soalan peperiksaan ini mengandungi 4 muka surat.



Penulisan    



Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header. Anda boleh membuat rujukan dari mana-mana medium yang autentik menggunakan format serta peraturan menggunakan sitasi gaya APA terkini. Jawapan bagi setiap soalan perlu tidak melebihi 500 patah perkataan.



Penghantaran Jawapan  Calon perlu menghantar jawapan kepada pensyarah masing-masing pada atau sebelum pukul 5.00 petang 18 Jun 2020.  Satu peringatan (done) perlu dihantar kepada saya melalui Whatsapp kelas tentang penghantaran tersebut dan saya akan mengesahkan penerimaan jawapan anda.  Semua jawapan mesti diserahkan secara e-mel kepada pensyarah masing-masing.



Kelas



Nama Pensyarah



E-mel



No. Tel



Kumpulan 1 Kumpulan 2



Dr. Noor Hayati bt. Che Mat En. Amat Tarop b. Sumo



[email protected] [email protected]



019-3584880 016-3476321



Kumpulan 3



Pn. Norliza bt. Ahmad Kamal



[email protected]



019-3808288



 



Penghantaran jawapan yang lewat dari pukul 5.00 petang 18 Jun 2020, tidak akan diterima. Calon diminta menyimpan satu salinan lembut dan satu salinan bercetak sebagai sandaran (backup) sekiranya fail yang di-e-mel rosak. 2



BMMB3033



SULIT



SOALAN Jawab kedua-dua soalan.



Puisi tradisional merupakan puisi yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu. Puisi tersebut banyak memberi nilai-nilai yang positif kepada masyarakat.



1. Berikan pendapat anda berserta contoh tentang pemikiran masyarakat Melayu yang terdapat dalam puisi tradisional. [20 markah] Baca dan fahami petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kamar itu telah ditinggalkan lama. Kamar itu dikunci mati setelah arwah Tundra suaminya, pemilik rumah lama itu meninggal dunia. Maka seluruh ahli keluarga berkabung seadanya. Kematian memang mengubah hidup. Sang Isteri meninggalkan rumah itu untuk berkabung. Maka, untuk menenangkan jiwa yang semakin tenggelam, kamar itu pun dikunci mati. Tidak dibenarkan sesiapapun memasukinya. Debu bermaharajalela memanjakan dirinya dalam ruang dan waktu. Maka suatu hari yang bertuah itu, Ayah dan Ibu Tupai memasuki kamar itu pada jam 12:45 tengah hari, tanggal 1 April 2011.



Tupai ini bersaiz sederhana dengan bahagian atas dan ekornya berwarna keperangan. Bahagian bawahnya berwarna perang kemerah-merahan. Sementara terdapat belang hitam halus yang menghiasi belakang leher sehingga ekornya. Aku membesar dalam suasana kemanusiaan yang likat. Hari demi hari aku membelek buku, di samping belajar melompat-lompat dari buku ke buku dan artifak ke artifak. “Jangan terlalu banyak melompat,” nasihat Ayah. “Kenapa Ayah?” Aku curiga. “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” tegas Ayah. Begitulah Ayah mengajar anaknya tentang manikam hidup, dan Aku mengambilnya sebagai mata pelajaran paling penting.



Dalam kesibukan keluarga kecilku menghuni kamar terlarang itu, kesibukan itu mencetuskan juga bunyi-bunyian yang pelik. Bunyi hantu peliharaan arwah dahulu, kata mereka, dan kerana itu, tiada seorang pun berani memasuki kamar itu. Tiba-tiba pada suatu hari yang biasa, Sang Isteri kembali dari tempoh perkabungannya. Hal pertama 3



BMMB3033



SULIT



yang dilakukan oleh Sang Isteri ialah kamar itu, yang segala-galanya tentang kehidupan rumah tangganya – cinta dan air mata, tersimpan dan terpendam.



Kamar dibuka. Bau debu menyesak rongga. Ayah, Ibu dan Aku terperangkap dalam satu babak pertembungan yang tidak terdugakan. Panik menyelubungi. Secepat kilat Ayah dan Ibu melompat meninggalkan kamar dan Aku anak Sang Tupai ditinggalkan kerana Aku tidak biasa melompat seperti Ayah dan Ibuku kerana Aku tidak diajar untuk melompat. Aku ditangkap oleh Basri anak Sang Isteri lalu Aku dipelihara dalam sangkar.



Membesar di tangan manusia tidaklah membesar bertuankan naluri sendiri. Membesar oleh alam semula jadi yang hijau dan subur itu, membesar berbumbungkan langit, berlantaikan dinding, dan berdindingkan angin.



Aku rindu akan dahan. Aku rindu akan pucuk. Aku rindu akan perdu. Aku merindui segala-galanya tentang kebebasan di luar sana. Di luar daripada garis tangan Basri yang mulai kasar itu. Di luar daripada bau tubuh perempuan yang asing baginya itu. Aku pun rindu akan bau tubuh makhluk spesiesku. (Dipetik dan diubah suai daripada cerpen Sang Tupai konspirator, karya Taksu Zacharia, Dewan Sastera, Bilangan 3, 2018)



2. Berdasarkan petikan cerpen di atas, perincikan jenis-jenis kritikan sastera dengan mengambil contoh daripada petikan cerpen tersebut. [20 markah]



Soalan Tamat



4