Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu KSSM [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Bahagian A [35 markah] Soalan 1 – Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata akronim. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkn bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Ketibaan tahun 2017 disambut erat bersama-sama cabaran dan harapan yang baru untuk meneruskan kelangsungan hidup, namun begitu kita masih sedih apabila mendengar berita tentang pembungan bayi yang terpampang di dada akhbar tempatan. Adakah semakin maju sesebuah negara itu, semakin terhakis nilai kemanusiaan masyarakat? Secara purata, sebanyak 1500 kes remaja hamil luar nikah dalam sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan dalam negara. Jabatan pendaftaran negara (JPN) merekodkan sebanyak 323 047 orang anak tidak sah taraf dari tahun 2010 hingga 2015 . Bahana seks bebes dan malu memikul tanggungjawab seorang ibu anak tidak sah taraf menjadi antara faktor jenayah pembuangan bayi di negara ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “ Buang Bayi Umpama Buang Sampah” Oleh Dalila Roslan, Dewan Masyarakat , Februafi 2017) [6 markah]



Soalan 2 – Sintaksis Berdasarkan petikandi bawah, kenal pasti dan tulis dua ayat tunggal yang lengkap bagi tiga ayat majmuk yang anda pilih seperti yang berikut: Ayat majmuk : _______________________________________________________________________________ Ayat tunggal : _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ Udara sejuk menyapa tubuhku di luar. Walaupun semua tingkap dan pintu masih belum dibuka, hening pagi masih lagi dapat dirasai dalam kediaman kami sekeluarga. Cahaya matahari subuh sudah meninjau sediki8t ke dalam runag tamu. Patutlah ibu sudah bising, bisikku kepada diri sendiri. Topi keledar dank unci motosikal ayah sudah tiada di atas almari. Baju kerjanya pun masih belum kulihat dari kelmarin. Aku masih ingat lagi peristiwa itu. Hari pertama aku di sekolah. Ibu telah menghantarku bersama-sama kakak pada masa itu. Ayah tidak dapat dating kerana rakan sekerjanya bercuti untuk menghantar anaknya ke asrama. (Dipetik dan diubah suai daripada “Surat untuk Kakak” oleh Muhammad Zahir Mad Shah, Dewan Siswa, Oktober 201 7) [6 markah]



Soalan 3 – Penyuntingan Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan Bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan Bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.



Petikan 1 Keistimewaan Malaysia dapat diperhati melalui budaya penduduknya, perusahaannya, tempat-tempat sejarah yang unik, dan keindahan alam semulajadi. Semua keistimewaan-keistimewaan tersebut menjadi faktor pendorong kepada kedatangan pelancong ke dalam negara kita. Bagi menggalakkan lagi kedatangan mereka, langkah-langkah yang wajar dan program terancang harus terlaksana, seperti membuka tempat-tempat rekreasi yang baharu dan berpotensi, serta melaksanakan pembangunan di kawasan pelancongan. Hal ini termasuklah menyediakan pra-sarana dan kemudahan penginapan untuk kegiatan pelancongan, serta mengekalkan tempattempat bersejarah. [6 markah] Petikan 2 “Aku rasa peperiksaan matapelajaran Sejarah hari ini paling susah sekali jika mahu dibandingkan dengan peperiksaan sebelum ini, “ keluh Amir tentang peperiksaan tadi kepada Rohana. “Inilah masalahnya bila kita cepat putus asa, Mir! Kita masih ada masa untuk perbaiki kelemahan kita,” Rohana memberi kata-kata semangat kepada Amir. “Banyak teknik menjawab soalan yang sudah diberikan oleh Cikgu Hanapi. Mungkin kelemahan aku dari segi menhafaz fakta-fakta penting,” kata Amir. “Sabarlah, sahabat. Mohon doa kepadanya, ya,” Rohana memulihkan semangat Amir dengan nasihatnya. [5 markah] Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya. Maka sembah Temenggung, “Daulat Tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawalsemalam tadi, seorang puntak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.” Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?” Maka baginda murka sedikt akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh memanggil Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah. (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) [6 markah]



Soalan 5 – Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Dr. Hameed: Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesame jiran. Rajesh : Betul, Dr. Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malah kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada jiran-jiran yang susah. Mei Ling : Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan. Rajesh : saya setuju dengan pendapat Mei Ling. [6 markah]



Soalan 6 – Petikan Umum. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan  dengan teliti.  Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.  Bahan 1 Antara usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah peranan pihak sekolah melalui pendidikan alam sekitar.  pendidikan ini mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia.  pada peringkat Menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti biologi dan pada peringkat Pengajian Tinggi Melalui kursus sains alam sekitar dan biologi persekitaran.   pertandingan kelas terbersih antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.   Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih efisien dan efektif. Sebagai contoh Dengan menggunakan Teknologi Moden Kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar majalah lama kain dan bahan-bahan plastic. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. (Sumber: internet)  Bahan2   Penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.  Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius.  Akibatnya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh klorofluorokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia oleh itu pihak kerajaan dan pihak swasta perlu memastikan penggunaan bahan kimia dikurangkan supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan. Walaubagaimanapun, prakarsa yang diusahakan ini tidak bermakna jika masih wujud sebilangan kecil masyarakat yang tidak bertanggungjawab.  Sebagai contoh jika dilihat pada hari ini,  berapakah kilangkilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?  Jangkaannya pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka.   Implikasi daripada tindakan ini penguatkuasaan undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.    (Sumber: internet) (i)



Berdasarkan Bahan 1, nyatakan maksud efisien dan efektif.



[2markah]



(ii)



Berdasarkan semua bahan, senaraikan cara yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. [3 markah]



(iii)



Walaupun sektor perindustrian menjadi sektor penting untuk menjana ekonomi negara Malaysia, hakikatnya banyak isu pencemaran alam sekitar yang berlaku hari ini adalah disebabkan galakan sektor perindustrian. Pada pendapat anda, apakal implikasiyang akan berlaku sekiranya pencemaran alam sekitar berterusan? [3 markah]



(iv)



Usaha memberi pendedahan awal tengtang penjagaan alam sekitar perlu dilakukan sejak akar umbi. Jelaskan peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan pendedahan awal ini terlaksana. [4 markah]



Soalan 7 -  Petikan Sastera Baca  Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri . Remaja  Tujuan kehidupan kini disalah tafsir  Tiada lagi kompas hidup menuju lorong terang  Lantaran murahnya nilai remaja abad ini  Maruah remaja yang tiada terbeli nilainya  Namun, digadai rakus dek cinta murahan  Kesangsian dan keghairahan  Mencari kebebasan mengocak kesucian maruah remaja  Kebebasan terus disambar  Kemewahan duniawi terus dikejar  Ekoran terbiah yang hambar  Halangan dan batasannya tiada  Susuk badannya dijual begitu sahaja  Nafsu yang memakan diri dilayan jua  Dirampas dan dijilat sang durjana  Segala-galanya remaja murahan  Sesungguhnya dunia memerlukan kalian  Sedang pemudi jadikan tiang nusa  Inikan pemuda harapan bangsa  Bangkitlah dari ranjang hidonisme  Bangkitlah dari buaian mimpi lena  Duhai remaja  Sedarlah  Cinta luhur tanah watan ini di genggaman kalian  Lantaran “untuk melihat kemajuan satu bangsa lihatlah remajanya”   (Muhammad Hanif Naim, Dewan Siswa, Oktober 2017)



 Bahan 2 “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik Bonda saya?” Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk. Kami bersalaman erat, saya menyampaikan Salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.  Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan aksi anak-anak muda sebangsa saya.  Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi.  Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adengan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni.   Dipetik Daripada Cerpen “Munsyi” Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,  Dewan Bahasa Dan Pustaka.



(i) Berdasarkan Bahan2, berikan maksud kerapuhan aksi.



[2 markah]



(ii) Berdasarkan semua bahan, Nyatakan permasalahan yang berlaku dalam kalangan anak muda pada hari ini. [4 markah] (iii) Dasawarsa ini, jadi dan remaja semakin terhapus.  Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor penyumbang kepada keruntuhan jati diri dalam kalangan remaja? [3 markah] (iv) Anda terpilih untuk menyertai kem motivasi kepimpinan remaja anjuran sekolah anda. Di sana anda mempelajari banyak perkara melibatkan emosi, pengetahuan dan jasmani.  Kem tersebut juga menekankan remaja yang berwawasan.  Pada pendapat anda,   jelaskan ciri-ciri remaja berwawasan. [4 markah] Soalan 8 – Novel (i)  Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ceramah yang diberikan seolah-olah sengaja dipanjangkan oleh doktor  Raiha untuk menganiayainya  kerana  memandang rendah akan statusnya yang hanya seorang jururawat hantu,  Felicia   pasti tentang itu, “Raiha fikir dianya siapa?”   dengus hari Felicia.  “Lupakah awak pada ikrar yang telah awak lafazkan  semasa mengikuti kursus Kejururawatan itu dahulu, Sister Felicia Landosi?” Bagaikan tidak dapat lagi ditangguh-tangguhkan, suara Doktor Raiha itu menerjah ke dalam fikirannya dan terus tergiang-ngiang kembali dalam ingatannya. Suaranya yang tegang itu mengingatkan Felicia agar menggunakan setiap lapisan kepekaan yang ada dalam dirinya. Yakni, setiap pengalamannya, pengetahuannya dan pengamatannya untuk mencipta suatu bentuk suasana yang harmonis bagi menjaga ketenteraman para pesakit di PRPK itu. Keterlibatannya dalam peristiwa kebakaran kereta Porsche kecintaan Doktor Saidiz itu bagaikan disulami bara dendam yang melingkari seluruh saluran nafasnya, sekian lama



Apakah ikrar yang telah Felicia Landosi lafazkan semasa mengikuti kursus Kejururawatan dahulu.



[ 4 markah] (ii) Jawab soalan dibawah berdasarkan novel-novel yang berikut: a.  Di Sebalik Dinara,  karya dayang Noor b.  Leftenan Adnan Wira Bangsa,  karya Abdul Talib c.  Jendela Menghadap Jalan, karya Rohaini Matdarin d.  Pantai Kasih,  karya azmah Nordin e. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup oleh pembaca.  [6markah]



Bahagian C: Rumusan [30 markah] Soalan 9 Bahan 1 - Petikan Baca petikan dan pantun di bawah dengan teliti,  kemudian  buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.    Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu.  Kesihatan merujuk keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah.  Terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.  Langkah pertama ialah kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjaga.  Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan. Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya.  Ibaratnya, kita hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak antara kaedah yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun.  Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan.   Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan.  Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.  Dipetik dan diubahsuai daripada Nilai Kesihatan oleh Nur Amira Talib Dewan Siswa,  November 2016.



 Bahan 2- Pantun  



Melawan Covid-19 Mencari lokan di tepi tambak,  Dapat setimbun sebesar lengan,  Untuk elakkan virus merebak  Gunakan sabun cucilah tangan. Kayu dibelah tak sudah-sudah, bapaknya tumpul tangan pun sakit, jangan berkelah, jangan riadah, kalau berkumpul boleh berjangkit. dapat pelata dari limbungan, penuh seraga jenuhlah siang di rumah kita erat hubungan,  Sekeluarga saling menyayang si murai batu di pinggir rumah, siul bergema merdu terpaku, saling membantu masak bersama, menonton drama membaca buku. kembang perlahan ekor si merak, warnanya pasti seri kan hutan, patuh arahan bataskan jarak  terhindar kita dari jangkitan. Ibnu Din Assingkiri Simpang Ampat, Pulau Pinang 5 April 2020 



KERTAS SOALAN TAMAT.