Cadangan Dan Penambahbaikan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN JANGKA PENDEK Bagi cadangan jangka masa pendek, kasih bakery perlu mendapatkan persijilan halal daripada pihak berwajib. Tujuan pensijilan halal ini untuk meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan oleh kasih bakery. Persijilan halal juga dapat membantu Kasih Bakery untuk berkembang lebih luas apabila pengiktirafan halal terhadap produk yang dikeluarkan dapat menarik minat pelanggan yang pelbagai kaum di Malaysia ini. Kasih Bakery juga perlu menambah bilangan pekerja untuk mematikan proses pengeluaran produk dapat dihasilkan dengan banyak dan lancar. Jika pekerja adalah kurang, ini akan membantutkan perkembangan pengeluaran produk dan Kasih Bakery tidak dapat menghasilkan produk mengikut kehendak pasaran. Selain itu Kasih Bakery juga perlu memasarkan bunga gula menggunakan jenamanya sendiri. Dengan cara ini Kasih Bakery dapat meningkatkan imejnya di pasaran selain dapat meningkatkan jualan dan dapat menarik lebih ramai lagi pelanggan ke kedai Kasih bakery. Jualan bunga gula menggunakan jenama sendiri ini juga dapat menambahkan sub-sub produk yang ada pada kedai Kasih Bakery. Untuk meningkatkan jualan dan mengembangkan pasaran kek Kasih Bakery, Kasih Bakery perlu juga membuat kolaborasi dengan butik perkahwinan di sekitar Slim River dan kuala Kubu Bharu. Dengan cara ini Kasih Bakery akan selalu mempunyai pelanggan jika ada majlis perkahwinan di kawasan yang terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan Kasih Bakery kepada pelanggan yang baru mengenali kedai Kasih Bakery dan jika Kasih Bakery dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan, sudah tentu menambat hati ramai pelanggan. Seterusnya Kasih Bakery juga perlu membuat tempahan biskut raya dan tepung secara tempahan dalam aktiviti dalam perniagaannnya. Dengan cara ini Kasih Bakery dapat mengembangkan pasarannya ke seluruh negeri. Penghantaran biskut raya melalui pos selalunya dibuat pada musim perayaan, dan pada masa ini juga banyak tempahan boleh dibuat oleh Kasih Bakery. Kasih Bakery juga boleh menggunakan perkhidmatan ini setiap masa bagi memastikan pelanggannya sentiasa ada dan dapat mengekalakan pelanggan yang berada dari jauh untuk menikamati produk yang dihasilkan oleh Kasih Bakery. Bagi tepung membuat kek pula, Kasih Bakery mempunyai satu kelebihan di mana dapat menambah sub produknya untuk dijual dalam pasaran. Tepung membuat kek ini akan mendapat menambat hati pelanggan yang suka memasaknya sendiri dan yang sukakan menghasilkan kreativiti sendiri. Satu kaedah yang baik apabila kedai Kasih Bakery menggunakan pemasaran produknya secara pos kepada pelanggannya kerana Kasih Bakery hanya boleh menyediakan produk bedasarkan tempahan pelangan sahaja tanpa perlu menyimpan stok yang banyak dan risiko kerosakan.



CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN JANGKA MASA PANJANG Bagi candangan masa panjang kepada Kasih Bakery, Kasih Bakery perlu mengambil langkah untuk memasarkan produk/tepung sedia ada dengan menggunakan jenama sendiri. Ini kerana cara ini dapat meningkatkan sub produk dan meningkatkan keuntungan kepada kedai Kasih Bakery sendiri. Produk dan tepung sedia ada dengan menggunakan jenama sendiri juga dapat meningkatkan imej Kasih Bakery dan dapat mengukuhkan lagi kedudukan kedai Kasih Bakery. Kasih Bakery juga di cadangkan untuk membuka satu ruang kafe untuk pelanggan yang datang untuk menikmati produknya secara terus di kedai. Cara ini membantu Kasih Bakery mendapatkan pelanggan dan keuntungan melalui penjualan produknya dengan kaedah pembukaan kafe. Contoh yang biasa kita lihat kedai kek Secret Recipe, iannya menjual kek dan secara tak langsung membuka kafe pada masa yang sama. Keadah ini perlu dipraktikan oleh Kasih Bakery untuk kemudahan kepada pelanggannya sama ada ingin menikmati kek di rumah ataupun di kedai Kasih Bakery itu sendiri. Kasih Bakery juga dicadangkan untuk menambah bilangan oven pembakar di kedai tersebut. Penambahan ini perlu memandangkan pelbagai promosi dan penambaikan yang dibuat oleh Kasih Bakery menyebabkan peningkatan permintaan terhadap produk. Jika Kasih Bakery tidak menambah bilangan pembakar kek di kedainya, kemungkinan Kasih Bakery tidak dapat memenuhi permintaan dan pesanan daripada pelanggannya terutama sekali di musim perayaan. Penambahan pembakar kek ini dapat membantu Kasih Bakery untuk meningkatkan pengeluaran dan memenuhi permintaan pelanggan jika mempunyai tempahan yang banyak daripada pelanggan. Bagi membantu Kasih Bakery mempunyai identity sendiri, Kasih Bakery boleh membuat bungkusan produk yang mempunyai nama syarikat sendiri. Jika sesuatu produk mempunyai nam syarikat yang tertera pada produk, ianya dapat membantu pelanggan untuk mengingati nama syarikat dan secara tidak langsung imej syarikat akan meningkat. Selain itu, Kasih Bakery perlu mencari peluang pasaran di dalam Malaysia dengan lebih luas. Ini kerana produk yang dihasilkan oleh Kasih Bakery berpontensi untuk diterima oleh semua masyarakat dalam Malaysia. Ianya merupakan kelebihan yang ada pada Kasih Bakery dan kelebihan ini perlu dimanfaatkan supaya Kasih Bakery memperoleh keuntungan yang lebih besar lagi. Seterunya Kasih Bakery juga digalakkan untuk membuka francais di negeri-negeri lain di dalam Malaysia. Cara ini dapat membantu Kasih Bakery meluaskan pasaran dan memperkenalkan produknya kepada seluruh negeri. Melalui francais ini juga dapat membantu Kasih Bakery meningkatkan lagi keuntungan apabila Kasih Bakery tidak lagi tidak menumpukan hanya pada satu pasaran sahaja. Kaedah ini juga dapat membantu mengukuhkan lagi jenama Kasih Bakery di seleruh Malaysia dan mengukuhkan lagi jenamanya di Malaysia. Apabila jenama Kasih Bakery ini dikenali ramai, persaingan terhadap penjualan produk kek Kasih Bakery akan lebih meningkat kerana pelanggan telah mengenali produk yang dihasilkan oleh Kasih Bakery.