Cadangan Penambahbaikan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :



Saya berharap agar mendapat masa yang lebih untuk mengadakan pertandingan ini pada peringkat sekolah pula. Hal ini kerana penganjuran pada murid-murid Tahun 3 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan saya anggap bahawa jika dibuka pada murid-murid tahap lain suasana pasti akan menjadi lebih meriah lagi. Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksanaan juga penting jika saya mahu mengadakan pertandingan yang melibatkan semua tahap. Saya bercadang setiap darjah akan dilaksanakan pertandingan yang berbeza dan lebih bercabar lagi. Maka, guru akan dilibatkan dalam semua acara tersebut sebagai pengadil dan pemantau. Oleh itu, saya akan cuba untuk melaksanakan aktiviti ini pada masa akan datang dan saya anggap bahawa aktiviti sukaneka ini sebagai langkah permulaaan dan pengenalan terhadap saya. Saya akan meningkatkan tahap penyediaan tempat, hadiah dan syarat acara untuk mengadili sesuatu hasil. Pada pandangan saya, sukaneka ini akan menjadi lebih baik jika ditetapkan pada hari Sabtu untuk mengadakan Karnival Sukan peringkat sekolah. Semua warga sekolah juga terlibat dimana acara antara ibu bapa dan guru juga diadakan. Di samping pelaksanaan yang baik, saya akan meningkatkan mutu pengadilan dan pembelian bahan dan alatan. Hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan sesuatu kos yang diberikan untuk sesuatu pertandingan. Jika saya mahu melaksanakan pertandingan pada peringkat sekolah, peruntukan yang diperlukan juga akan bertambah besar dan saya haruslah cekap dalam menguruskan kewangan yang telah diberikan. Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa permulaan sesuatu acara akan memainkan peranan yang penting. Jika lewat maka guru akan terganggu emosinya kerana banyak lagi perkara lain yang harus dilakukan selepas itu. Persediaan yang rapi haruslah dirangka dahulu sebelum memulakan sesuatu aktiviti.