Cadangan Kajian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CADANGAN KAJIAN TEMA: SEJARAH SUKAN



TAJUK: Aifa Azman: Perkembangan Kemajuan Atlet Skuasy Negara (2007-2015) PENGENALAN Skuasy merupakan satu acara sukan yang sudah tidak asing lagi di Malaysia. Sukan ini berasal dari England dan mula diperkenalkan di sebuah sekolah iaitu Harrow School sekitar tahun 1825. Sukan ini mula tersebar pantas ke serata tempat sehingga akhirnya menjadi salah satu permainan yang dimainkan di peringkat antarabangsa. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang bergiat secara aktif dalam acara sukan skuasy. Dalam konteks ini, Malaysia berjaya melahirkan seorang tokoh sukan yang amat disegani dunia iaitu Datuk Nicol Ann David yang telah berjaya menempa kedudukan keenam teratas dalam rekod dunia. Selain Datuk Nicol Ann David, terdapat seorang atlet muda negara yang sedang bergerak secara aktif dalam sukan ini dan berhasil mencipta nama di peringkat antarabangsa iaitu Aifa Azman. Anak kelahiran Kedah ini sudah mula melibatkan diri dalam sukan ini seawal usia enam tahun iaitu pada tahun 2007 dan mula melakar rekod di peringkat antarabangsa pada tahun 2011 ketika berusia 10 tahun. Kini, atlet muda ini sudah berusia 18 tahun dan telah berjaya meraih kedudukan ke-62 dalam rekod dunia. OBJEKTIF KAJIAN Penulisan kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji perkembangan kemajuan dan pencapaian yang diperoleh Aifa Azman sepanjang bergelar atlet skuasy negara. Melalui kajian ini, masyarakat dapat melihat kemajuan-kemajuan dan pencapaian yang dicapai oleh seorang atlet muda dalam sukan skuasy, disamping mempamerkan usahanya dalam memantapkan diri dan meletakkan dirinya di peringkat yang tertinggi .



Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi meneroka cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh beliau dalam memperoleh kejayaan sebagai atlet skuasy profesional negara. Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat menghayati dan menghargai segala usaha dan titik peluh beliau dalam mengharumkan nama negara sekaligus menjadikan Aifa Azman sebagai sumber inspirasi untuk terus maju kehadapan. PERSOALAN KAJIAN Kajian keatas seorang tokoh adalah sangat penting dalam mendapatkan dan mengungkapkan kemajuan yang dicapai oleh seseorang tokoh berserta elemen-elemen yang menarik dalam diri seseorang tokoh dalam usaha meningkatkan kemajuan diri. Penyelidikan mengenai ketokohan individu dalam sesebuah sukan amatlah signifikan. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui penyelidikan ini masyarakat akan didedahkan dengan lebih mendalam lagi mengenai susur galur kejayaan seseorang atlet. Justeru itu, dalam melaksanakan kajian ini beberapa persoalan perlulah dijawab. Antaranya ialah apakah kemajuan yang diperoleh Aifa Azman sepanjang penceburannya dalam sukan skuasy bermula dari tahun 2007 hinggalah tahun 2015. Hal ini demikian kerana pencapaian yang dicapai oleh atlet muda skuasy ini saban tahun dilihat semakin memberangsangkan dan sangat menakjubkan bagi seorang pemain muda. Selain itu, persoalan seterusnya yang perlu dirungkai ialah apakah cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh beliau dalam menjadikan beliau seorang atlet profesional negara. Oleh hal yang demikian, segala penemuan yang diperoleh ini dapat dijadikan sebagai pendorong dan inspirasi kepada semua masyarakat dalam usaha meningkatkan kemajuan diri dan mencapai impian dalam kehidupan.



SKOP KAJIAN Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia mengfokuskan kepada pertandingan sukan skuasy yang disertai oleh Aifa Azman di peringkat serantau dan antarabangsa. Dalam penulisan ini, pertandingan skuasy yang disertai oleh beliau akan menjadi kawasan kajian yang dapat mempamerkan kemajuan dirinya. Dari segi tempoh kajian, kajian ini menetapkan tempoh masa dari tahun 2007 sehingga 2015. Hal ini demikian kerana sepanjang tempoh 9 tahun ini, perkembangan kemajuan atlet remaja ini dapat dilihat bermula daripada usianya yang sangat kecil sehingga meningkat remaja dan seterusnya mempamerkan pencapaian yang diperolehnya sepanjang tempoh ini. Manakala aspek yang dikaji pula terdiri daripada 3 aspek penting iaitu perkembangan kemajuan Aifa Azman dalam sukan skuasy dan pencapaian yang diperolehnya, disamping memberi tumpuan juga kepada cabaran dan rintangan yang dihadapi beliau dalam proses meningkatkan kemajuan diri. Aspek-aspek ini dikaji bagi memotivasikan sesiapa sahaja yang mempunyai impian yang ingin dikecapi memandangkan Aifa Azman merupakan seorang atlet yang tekun dan gigih dalam memperoleh kejayaan. SOROTAN KAJIAN LEPAS Pengkaji telah melakukan pembacaan terhadap beberapa kajian lepas berhubung tajuk kajian ini. Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi oleh Utusan Online berhubung rencana yang bertajuk “Nicol Akui Cabaran Amat Sukar’’ salah satu persoalan kajian dapat dijawab dan dikaitkan dengan persoalan kajian iaitu apakah cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh Aifa Azman sebagai seorang atlet skuasy dalam menjadikan beliau seorang atlet profesional negara. Melalui pembacaan rencana ini, dapat dilihat bahawa kerjaya



sebagai seorang atlet skuasy bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi kepada seorang atlet muda Malaysia iaitu Aifa Azman yang baru sahaja bergiat secara aktif dalam sukan ini. Hal ini demikian kerana berdasarkan rencana ini Datuk Nicol Ann David menyatakan bahawa apabila beliau telah mencapai tangga sepuluh teratas dalam rekod dunia, beliau perlu mengekalkan prestasi diri supaya kedudukan beliau dalam ranking dunia dapat dikekalkan dan ditingkatkan. Selain itu, berdasarkan kajian berhubung “ Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008” daripada Muhammad Hafiz Bin Ismail dan Syed Syansul Faizal Bin Syed Zakariya terdapat persoalan kajian yang dapat dijawab iaitu apakah tahap Kecergasan Fizikal atlet skuasy SUKMA Negeri Johor. Kajian yang dijalankan ini membolehkan tahap kecergasan seseorang atlet dapat diukur sama ada sudah mencukupi atau belum. Justeru itu, langkah-langkah yang efektif untuk memastikan tahap kecergasan pemain berada di tahap yang baik untuk menghadapi kejohanan SUKMA di Terengganu. Oleh hal yang demikian, kajian yang telah dilaksanakan terhadap atlet skuasy Johor telah menarik minat pengkaji untuk melakukan penyelidikan terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi beliau dalam menyediakan diri untuk berhadapan dengan kejohanan yang bertaraf dunia. Saya memilih tajuk ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan kemajuan Aifa Azman sebagai atlet skuasy remaja yang sedang melakar nama di persada dunia, disamping mengkaji cabaran dan rintangan yang dihadapi beliau dalam memperoleh kejayaan. Semangat dan aura positif yang ditunjukkan oleh Aifa telah menarik minat saya sebagai pengkaji untuk meneroka dengan lebih mendalam perkembangan dan kemajuan beliau disertai dengan cabaran yang diharungi beliau dalam mengukir kejayaan seawal usia yang muda lagi.



KAEDAH KAJIAN Kajian ini dilaksanakan melalui penggunaan tiga kaedah efektif untuk mendapatkan maklumat. Pada peringkat pertama, penulis menjalankan kajian ini melalui kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai sumber primer dan sumber sekunder di perpustakaan negeri dan arkib negeri. Perkara ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat mengenai kegiatan sukan skuasy di negara ini. Selain itu, penulis turut menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Temu bual dijalankan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. Antara individu yang terlibat ialah Aifa Azman sendiri, kedua ibu bapanya,dan bekas jurulatihnya. Semua maklumat yang diperoleh akan dicatat dan di rakamkan. Akhir sekali, kajian dilaksanakan melalui kedah kajian lapangan. Melalui kaedah ini pengkaji akan membuat lawatan ke pusat latihan Aifa Azman dan rumah kediaman beliau bagi mengukuhkan lagi sumber maklumat yang diperoleh. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pengenalan, isi, dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan tentang asal usul sukan skuasy secara umum. Kemudian pengkaji akan membuat perkaitan tentang tokoh sukan yang akan memastikan penglibatan negara dalam sukan skuasy tidak akan pernah terputus. Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membuat penerangan yang lebih terperinci berkaitan fokus atau isu kajian yang terbahagi kepada dua aspek. Aspek yang pertama adalah meninjau permulaan karier Aifa Azman dalam sukan skuasy dan kemajuan demi kemajuan yang dicapai beliau melalui pencapaian yang diperolehnya sepanjang bergelar atlet skuasy



negara sehingga tahun 2015. Aspek kedua pula berupa cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh beliau sepanjang tempoh kajian yang mempamerkan liku-liku kehidupan seorang atlet muda skuasy sebelum menyandang gelaran sebagai pemain profesional negara. Pada bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumuskan hasil kajian berkenaan sumbangan Aifa Azman dalam menaikkan nama sukan negara di persada dunia disamping menilai impak sumbangan beliau terhadap masyarakat Malaysia kearah pencetusan minat masyarakat terhadap sukan skuasy. PENUTUP Diharapkan melalui kajian ini akan menambahkan lagi koleksi dan khazanah ilmu berkenaan sukan skuasy di Malaysia. Tambahan lagi, amatlah dihargai jika hasil kajian ini dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang tokoh sukan skuasy ini atau berhasrat untuk menjalankan kajian tentang sukan skuasy. Diharapkan juga kajian ini akan memberi manfaat kepada semua.



BIBLIOGRAFI “Nicol Akui Cabaran Amat Sukar” http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140318/su_06/Nicol-akui-cabaran-amat-sukar ,Utusan Online, 18/03/2014



Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya, Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008, Skudai, Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2008.



Harrow School, Wikipedia Pengenalan Mengenai Sukan Skuasy Di Malaysia oleh Jamal http://ligakampung.com/blog/pengenalan-mengenai-sukan-skuasy-di-malaysia/ Blog Rasmi MSSM Skuasy World Squasy Sijil pencapaian dalam sukan skuasy Sijil pencapaian akademik Sijil penganugerahan Sijil penglibatan dalam persatuan/ kelab skuasy Sijil lahir Sijil berhenti sekolah Sijil UPSR