Ciri Penulisan Ilmiah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Ciri-ciri bahasa ilmiah Sebuah ilmiah dikatakan benar dan tepat jika konsep tidak menyesatkan orang. Apa yang ditulis perlu difahami oleh pembaca. Penulisan yang dikatakan bermutu adalah seperti di bawah. Persembahan abstrak atau sinopsis yang tersusun, jelas, koheren dan mantap. Setiap perkataan dan ayat perlu tepat dan kemas dan elakkan kesalahan ejaan, susunan perenggan dan ayat. Abstrak mengandungi satu pernyataan tesis atau masalah kajianm tujuan dan objektif, kaedah kajian, dapatan kajian, rumusan dan implikasi dapatan kajian. Topik kajian adalah asli dan berdasarkan olahan pemikiran analitikal dan kritikan. Idea dikembangkan dengan pelbagai cara untuk mendapatkan saiz dan skop yang munasabah. Fakta-fakta mengenai tokip perlu difikirkan secara sedalamdalamnya. Pastikan tajuk kajian adalah jelas dan sesuai. Pengkaji perlu membayangkan kajian telah dibuat dan memahami setiap perkataan dan frasa konsep dalam tajuk. Bahagian "Pengenalan" harus dibina dengan ayat dan perenggan pemula yang membayangkan hasrat topik bag kajian. Pengenalan memperkenalkan idea, isu dan pemikiran tentang topik kajian dan merupajan konteks bagi kajian. Amalan ulang baca dan ulang fikir amat digalakkan dan edit dan padatkan bahagian pengenalan. Pembaca harus perlu memahami penulisan dan tidak berasa sesat. Elakkan penulisan yang panjang lebar tanpa fokus. Ayat yang lengkap perlu dibina dari segi pemikiran dan bukannya ayat tergantung. Setiap ayat mesti bersambungan dan koherens dengan ayat-ayat yang lain. Mulakan penulisan selepas pemikiran adalah tenang dan sentiasa menggunakan aliran ayat-ayat yang logik dan elakkan perkataan yang besar-besar maknanya. Membina "outline" isi dan peta konsep agar penulisan berada dalam skema mental yang jelas. Isi-isi dan fakta-fakta perlu disokong dengan rujukan di mana penulisan disertakan dengan idea, pemikira, hujah, teori dan fakta sarjanawan lain. Ikut stail APA(American Psychological Association) , MLA(Modern Language Association) atau Chicago Manual yang sesuai untuk bidang sains sosial dan kemanusiaan. Petikan blok perlu dibuat jika hujah diambil daripada sarjanawan lain. Sesuatu petikan blok mesti emngandungi antara lima hingga lapan baris ayat penting harus mengandungi antara lima hingga lapan baris ayat yang penting. Ayat yang selebihnya tidak boeh diambil kerana mudah dianggap sebagai plagarism Makna yang digunakan oleh penulis lain perlu difahami sebelum mengguna. Elakkan petikan yang tiada unsur fakta dan terkeluar daripada hujah penulisan. Pernyataan masalah kajian mengandungi persembahan isu, fenomena, fakta dan trend pemikiran yang dihujah secara kritikal. Masalah kajian dilihat dari pelbagai perspektif dan aspek suoata kajian ilmiah adalah sistematik.



Tujuan kajian haruslah sejajar dengan masalah-masalah yang dikaji dan penulis sendiri faham setiap perkataan, frasa dan konsep. Tujuan kajian merupakan kerangka rujukan bagi seluruh proses kajian dan merangkumi kepentingan kajian. Pastikan konsep yang dikaji dan elakkan tujuan kajian yang bertindih. Objektif kajian perlu spesifik iaitu khusus dalam satu objektif dan jelas supaya pembaca faham objektif kajian. Soalan -soalan kajian yang dibina haruslah selaras dengan objektif kajian. Elakkan soalan yang bermula dengan "adakah" dan "mengapakah" kerana soalan sedemikian tidak membawa sebarang makna dan skopnya terlalu luas. Selaras dengan objektif dan salan kajian, fokus dan batasan kajian memerihalkan elemen-elemen dalam faktor sosiobudaya dan penerangan tentang sampel yang akan dikaji. Pilihan sampel perlu diambilkira dengan teliti kerana ia berkaitan dengan proses memungut data dan huraian atau analisis data. Laporan ilmiah yang bermutu mempunyai pernyataan tentang kepentingan kajian. Kepentingan kajian mesti dihuraikan secara spesifik dan memberi hujah yang munasabah. Penulisan yang bermutu tidak menggunakan silang-bahasa seperti bahasa pasar. Bahasa perlu digunakan dengan betul dan keseluruhannya diterjemahkan jika ayat bahasa lain dirasa penting dan benar. Penulisan yang bermutu juga mempunyai tanda-tanda ayat pada kedudukan yang betul di mana haluan ayat -- deras, perlahan, pusing dan berhenti dikawal. Nama-nama orang yang dirujuk ditulis dengan betul dan tidak memutarbelitkan kata-kata orang lain atau salah tafsir kata-kata mereka. Kesilapan sebegini dikatakan tidak beretika dalam penulisan ilmiah. Huraian setiap keputusan kajian hendaklah dilakukan secara bermakna.Setiap nombor dan angka perlu diberikan makna dan terjemahan yang tepat dan logik. Ulasan dan penutup perlu selaras dengan tesis dan tujuan kajian dan memberi petunjuk tentang kewujudan masalah di sebalik isu kajian. Falsafah atay "moral cerita" bagi hasil kajian perlu dijelaskan dengan tepat kerana ia akan dijadikan pedoman untuk manusia lain. Penulisan bermutu terhasil daripada kesungguhan dan komitmen pengkaji dalam menjalankan kajian dan bagaimana penulis mengolah hasil kajian. Penulis yang suka membaca karya sendiri menunjukkan penulisan adalah bermutu dan pembaca lain juga akan suka membaca karya tersebut.