Contoh Jawapan SISTEM BUMI [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SISTEM BUMI-KONSEP, SOALAN DAN JAWAPAN TEMA 1 – Sistem Bumi Bab 1 : Konsep 1. Sistem Alam Sekitar Fizikal



2. Sistem Atmosfera 3. Sistem Geomorfologi 4. Sistem Hidrologi



5. Sistem Ekologi



Huraian Ditakrifkan sbg satu set angkubah atau unsur-unsur yg saling bertindak antara satu sama lain, mempunyai tenaga dan bahan yg dpt masuk dan keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan semulajadi di mana inputnya terdiri drp tenaga suria, karbon dioksida dan air yg datang dari atmosfera. Outputnya pula spt wap air yg dibebaskan melalui proses respirasi dan oksigen dibebaskan melalui proses fotosintesis. Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara kelembapan udara, tiupan angin yg berlaku di ruang atmosfera. Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yg makro atau yg mikro. Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan , air permukaan spt sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah. Mengkaji habitat fauna dan flora yg dibahagikan kpd ekosistem yg berantaian antara satu sama lain spti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.



Bab 2 : Konsep 1. Sistem Suria



2. Nebula atau Galaksi



Huraian Satu sistem yg terdpt dlm galaksi Bima sakti yg terdiri drp planet-planet dan bintang-bintang yg mengelilingi m/hari mengikut orbit masing-masing. Sistem suria terdiri drp 8 buah planet setelah Pluto di singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi Antarabangsa). Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali sbg Bima Sakti / Milky Way yg mengandungi sehingga 100 bilion bintang.



CONTOH SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN. 1.a. Apakah bukti-buktij yang menunjukkan bumi berbentuk sfera? [6 m] b. Secara ringkas, nyatakan kesan-kesan kejadian putaran bumi. [4 m] c. Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia. [15 m] Ulasan Soalan Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada tiga bahagian. Soalan (a) meminta calon memberikan bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera. Soalan (b) meminta calon menyatakan kesan-kesan kejadian putaran bumi dan Soalan (c) meminta calon menjelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia. UNTUK MEMAHAMI LEBIH LANJUT DAN TAMBAHAN ILMU KLIK SINI SKEMA JAWAPAN a. Bukti-bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera Ai. Bukti pelayaran mengelilingi bumi — tempat permulaan dan berakhir pelayaran mengelilingi bumi boleh dilakukan pada tempat yang sama. Aii. Melihat kapal di laut — bahagian atas kapal akan dilihat terlebih dahulu, barulah diikuti oleh seluruh



badan kapal berkenaan. Aiii. Bukti daripada kedudukan kaki langit yang melengkung ianya dapat dilihat di kawasan pantai /pinggir laut. Aiv. Terbit dan terbenamnya matahari pada waktu yang berbeza mengikut zon masa antarabangsa. Av. Bumi berbentuk sfera dimana ianya dapat dilihat pada waktu gerhana bulan. Avi. Bukti satelit dimana gambar bumi yang diambil melalui satelit jelas berbentuk sfera. b. Kesan-kesan putaran bumi Bi. Kejadian Siang dan malam dimana bumi yang menghadap matahari terbit menjadi siang manakala Bahagian terlindung malam. Bii. Perbezaan waktu tempatan, iaitu 4 minit bagi 1 darjah garisan longitud. Biii. Pembiasan arus lautan dunia dan sistem angin dunia yang berkaitan dengan daya koriolis. Biv. Kejadian pasang dan surut air laut setiap hari. c. Peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia Ci. Terhadap jenis dan aktiviti pertanian - mempengaruhi kitaran aktiviti pertanian dalam bentuk tempoh masa /bilangan hari penanaman Cii. Terhadap aktiviti penternakan – mempengaruhi jenis ternakan dan aktiviti pindak ternak mengikut musim. Ciii. Terhadap aktiviti perikanan - bilangan hari menangkap ilkan di laut bergantung keadaan musim panas/sejuk. Civ. Terhadap aktiviti pelancongan - jenis dan aktiviti pelancongan mengikut musim misalnya musim panas, musim dingin, luruh dan bunga, maka aktiviti pelancongan adalah berbeza-beza. Cv. Terhadap aktiviti pembalakan - kitaran kerja dipengaruhi oleh keadaan cuaca/musim sejuk dan panas. Misalnya di kawasan haws sederhana - penebangan berlaku pada musim sejuk manakala pengangkutan berlaku di musim panas dengan cairan salji. Cvi. Terhadap pengangkutan - jenis dan kadar pengangkutan berbeza mengikut musim khususnya di kawasan yang dilanda empat musim. Cvii. Terhadap aktiviti sosial - seperti bersukan, beriadah dan lain-lain amat bergantung kepada keadaan cuaca sama ada panas melampau/kemarau, hujan berpanjangan dan sebagainya. 2a. Bezakan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik dalam sistem bumi. [6 m ] b. Tunjukkan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistemsistem bumi. [12 m ] c. Jelaskan kesan-kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan menerima lebihan tenaga eksogenik. [7 m ] Ulasan Soalan Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada 3 bahagian. Soalan (a) meminta pelajar membezakan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik dalam sistem bumi. Soalan (b) pula meminta pelajar menunjukkan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem bumi dan Soalan (c) meminta pelajar menjelaskan kesan-kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi menerima lebihan tenaga eksogenik. SKEMA JAWAPAN (a) Perbezaan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik Ai. Perbezaan dari segi punca tenaga - Tenaga endogenik berasal dari dalam bumi/kerak bumi



manakala tenaga eksogenik berasal dari luar bumi/tenaga matahari. Aii. Perbezaan contoh tenaga - Tenaga endogenik seperti tenaga seismik ( gempa bumi ), tenaga volkanik (gunung berapi) dan tenaga atomik daripada galian plutonium, uranium dan lainlain. Tenaga eksogenik adalah tenaga matahari yang boleh bertukar menjadi tenaga potensi, kinetik, kimia dan lain-lain. Aiii. Tenaga eksogenik / matahari amat penting untuk menggerakkan seluruh system bumi samada system geomorfologi, atmosfent, hidrologi dan juga ekologi. Manakala tenaga endogenik amat penting menghidupkan sistem bumi/aktiviti ignias jalar dalam dan jalar luar. (b) Kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem-sistem bumi. Tenaga eksogenik/tenaga matahari adalah amat penting untuk menggerakkan seluruh operasi sistem-sistem bumi. Tanpanya, sistem-sistem bumi akan mati. Antara kepentingan yang boleh dibincangkan ialah: Bi. Membolekkan proses luluhawa berlaku. Samada luluhawa kimia atau luluhawa fizikal kesemuanya memerlukan suhu yang tinggi/tenaga haba yang cukup. Bii. Membolekkan proses hakisan dan gerakan jisim berlaku. Misalnya d a l a m proses hakisan galsier, proses ini boleh berlaku apabila mempunyai tenagahaba yang cukup untuk mencairkan salji. Biii. Membolehhan berlakunya proses sejat-peluhan dalam sistem hidrologi. Sejatan daripada permukaan air, sejatan daripada lembapan tanih dan perpe1uhan daripada tumbuhan tidak akan terjadi jika tidak mempunyai bekalan tenaga haba matahari yang cukup. Biv. Membolehikan angin bertiup dalam sistem atmosfera. Angin akan bertiup daripada tekanan tinggi kepada tekanan rendah. Untuk menghasilkan perbezaan t ekanan ini mestilah wujud perbezaan suhu/perbezaan haba antara dua tempat. Bv. Membolehkan tumbuh-tumbuhan membina makanan dalam sistem ekologi. Tenaga cahaya yang cukup membolehkan proses fotosintesis boleh berlaku. Begitu jugs organismaorganisma yang lain memerlukan tenaga matahari untuk pelbagai proses seperti proses perpeluhan/respirasi dan tumbuhbesaran. c) Kesan-kesan terhadap sistem geomorfologi apabila sistem bumi menerima lebihan tenaga eksogenik Mengenalpasti punca/sebab-sebab sistem bumi menerima lebihan tenaga eksogenik. Misalnya daripada "Kesan Rumah Hijau" dan juga "Penipisan Lapisan Ozon”. Ci. Fenomen pengurunan dimana saiz kawasan gurun semakain besar akibat cuaca dan p e r s e k i t a r a n kawasan gurun semakin kering-kontang, tandus, dan gersang. Proses-proses luluhawa fizikal serta hakisan layangan angin semakin dominan. Cii. Pencairan ais kutub - misalnya litupan ais Antartika dan Greenland. Pencairan ini menyebabkan kenaikan aras laut serta risiko daratan yang rendah tenggelam. Ciii. Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan tinggi kerana litupan ais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat. Civ. Banjir laut - peningkatan paras laut yang menyebabkan kadar hakisan pantai meningkat/saiz pantai semakin sempit. Cv. Peningkatan kadar luluhawa fizikal - pemanasan batuan menyebabkan batuan mudah pecah dan tersepai. 3a. Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan daripada matahari kepada permukaan bumi? [6m] b. Nyatakan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya ekuinoks. [6m] c. Jelaskan kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumi akibat penipisan lapisan ozon terhad manusia. [13m ]



Ulasan Soalan Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada 3 bahagian. Soalan (a) meminta menerangkan bagaimana tenaga haba dipindahkan daripada imikiliari kepada permukaan bumi. Soalan (b) meminta pelajar menyatakan ciriciri yang terdapat di permukaan bumi semasa ekuinoks terjadi. Soalan (c) pula meminta pelajar menjelaskan kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumf akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia. SKEMA JAWAPAN a . Tenaga haba dipindahkan daripada matahari kepada permukaan bumi m e l a lu i d u a c a r a i a i t u : A i . Pemindahan tenaga haba melalui bahangan - bahagan matahari akan melalui peringkat lapisan yang ada dalam atmosfera yang bertindak sebagai mediumnya. Bahagan tersebut akan ditapis, diserap, diserak, dipantul oleh lapisan ozon, lapisan atmosfera dan partikel-partikel dalam udara. A i i . Pemindahan tenaga haba melalui gelombang elektromagnet dan cahaya. Gelombang daripada pancaran matahari tiba kepada permukaan bumi dalam bentuk gelombang pendek. b. Ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya musim ekuinoks Bi. Kejadian siang dan malam adalah sama di semua tempat di muka bumi ini. Bii. Pancaran matahari waktu tengah hari tepat di atas garisan khatulistiwa pada 21 Mac dan 23 Sept. Biii. Tenaga matahari maksimum diterima di kawasan khatulistiwa. Biv. Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana. Bv. Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana. Bvi. Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari. Bvii. Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan angin dan juga huJan. c. Kesan lebihan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia Ci. Kesan kepada kulit - menjadi gelap dan terbakar. Pendedahan yang begitu lama bolet menyebabkan barah kulit yang berpunca daripada menerima sinar UV (Ultra Violet) yang berlebihan. Sel-sel kulit akan mati. Cii. Kesan kepada mata - merosakkan penglihatan manusia/penyakit katarak mata. Retina mata akan rosak apabila dipaksa menerima lebihan pancaran matahari. Ciii. Melemahkan sistem pelalian manusia (imunisasi) - juga berpunca daripada penerimaan sinar UV yang berlebihan. Civ. Kehilangan air badan secara berlebihan - badan cepat berpeluh akibat peningkatan metabolism yang berpunca daripada cuaca panas. Kehilangan Tenaga / kelesuan yang kelak memudaratkan kesihatan manusia. Cv. Mempengaruhi genetik manusia - menyebabkan kecacatan yang berpunca daripada radiasi bahangan matahari secara belebihan. Cvi. Kekurangan sumber makanan - akibat perubahan/kekurangan pembentukkan zooplankton, fitoplankton dan lain-lain. Tumbuhan menjadi layu, proses fotosintesis sukar dijalankan, spesis ikan kurang membiak dan mungkin berhi.jrah ke kawasan lain akibat cuaca yang terlalu panas. Cvii. Menghadkan aktiviti di luar rumah akibat pemanasan global - juga boleh menyebabkan fenomena lain seperti jerebu yang mengganggu aktiviti harian dan membahaya kesihatan manusia