Jawapan 9 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SKEMA JAWAPAN SOALAN 9 PENGENALAN : Definisi : definis psikologi dan senaraikan bidang psikologi Tokoh Haron Mokhtar : tarikh lahir, tempat lahir mana, pekerjaan semasa Gaya penampilan : Gaya realistik aliran realisma. Menggambarkan suasana kampong yang tenang dan pekerjaan membajak sawah menggunakan kerbau ISI (2 shj) : F1 : kreativiti Merujuk kepada karya “Kerbau” 2007 oleh Haron Mokhtar terdapat peranan psikologi yang pertama iaitu kreativiti (F). Kreativiti bermaksud dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza dari dahulu atau mencipta sesuatu yang baru (H1). Situasi berkenaan dapat dilihat melalui karya berjudul “Kerbau” iaitu Imej tiga ekor kerbau (H2)yang dilukis dengan beralinan arah pandangan seperti berkedudukan memandang hadapan, menoleh ke hadapan dan seekor lagi hanya nampak sebahagian kepala dan leher sahaja (H3). Pelukis juga menggunakan harmoni warna sejuk (C1) seperti hijau, biru dan unggu di bahagian latar belakang karya untuk menggambarkan suasana tenang dan kehijauan kampung tersebut (4).



F2. Sensitiviti Aspek psikologi yang kedua yang terdapat di dalam karya “Kerbau” 2007 ialah Sensitiviti (F). Sensitiviti bermaksud kepekaan individu dengan apa yang berlaku dipersekitarannya (H1). Tempat tinggal pelukis di Tanjung Karang, Sungai Besar, Selangor banyak terdapat sawah padi (H2). Ini secara tidak langsung apa yang dilihat pada setiap hari menjadi idea kepadanya untuk berkarya (H3). Ini menunjukkan pelukis peka dengan kehidupan pesawah yang membanting tulang untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan (H4). Rumusan : 1. Setuju/sokong soalan 2. Nyatakan semula 2 Fakta yang diberi di atas 3. Beri pendapat anda @ penilaian terhadap karya