Contoh Karangan Ucapan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CONTOH KARANGAN UCAPAN SOALAN : Majlis sambutan Hari Guru akan diadakan di dewan sekolah anda. Selaku wakil murid, anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan tersebut.Sediakan teks ucapan selengkapnya.



Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.



Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.



Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.



Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.



Rakan sekalian, Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.



Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . Sekian, terima kasih.



CONTOH KARANGAN UCAPAN



SOALAN : Majlis Perpisahan Tahun Enam akan diadakan di dewan sekolah anda. Selaku ketua darjah, anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan tersebut.Sediakan teks ucapan selengkapnya.



Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Zafran bin Faizal Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tambun, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakanrakan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.



Hadirin sekalian, Sudah hampir enam tahun kami berada di Sekolah Kebangsaan Seri Tambun ini. Kini, hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum kami meninggalkan sekolah ini untuk meneruskan persekolahan di sekolah menengah. Oleh sebab itu, dengan berat hatinya kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.



Saya mewakili semua murid Tahun 6 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini. Kami amat menghargai akan jasa kalian yang telah mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan mengira. Pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara akan sentiasa kami ingati.



Hadirin sekalian, Kami murid-murid Tahun 6 berasa amat bertuah kerana mendapat guru-guru yang begitu berdedikasi di sekolah ini. Hasilnya, pada tahun ini kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Seramai 20 orang murid telah mendapat keputusan 5A dan tidak ada seorangpun yang gagal walaupun dalam satu mata pelajaran. Ini pencapaian yang amat membanggakan. Kejayaan yang cemerlang ini sudah pastinya hasil titik peluh dan rasa tidak jemu guru-guru mendidik kami.



Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti. Jasa dan pengorbanan guru-guru tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berharap agar guru-guru doakan kami supaya terus memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran di sekolah menengah nanti.



Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.Sekian, terima kasih.