Karangan Jenis Ucapan - Menjaga Kebersihan Diri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Contoh Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri Arahan: Lengkapkan tempat kosong berikut dengan pilihan jawapan yang betul untuk melengkapkan karangan anda



Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri. *** *** *** *** *** Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri". Hadirin sekalian, Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagian hidup kita. Kita mesti memastikan supaya telinga kita berada dalam keadaan yang bersih. Kita perlu membersihkan telinga kita sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut. Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari. Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Jika badan kita bersih, badan kita akan menjadi sihat dan cergas. Kita hendaklah memotong kuku supaya bersih. Jika kuku kita kotor, kuman akan melekat pada kuku kita. Kuman tersebut boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita menyuap makanan. Ini akan menyebabkan kita dihinggapi penyakit seperti cirit-birit, batuk dan lain-lain lagi. Hadirin sekalian, Kita perlu menjaga kebersihan rambut. Kita mestilah menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala. Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah menanamkan sikap ingin menjaga kebersihan diri untuk kebahagiaan hidup kita. Sekian, terima kasih.



Contoh Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri Arahan: Lengkapkan tempat kosong berikut dengan pilihan jawapan yang betul untuk melengkapkan karangan anda



Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri. *** *** *** *** *** Yang __(01)__ Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta __(02)__ seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga __(03)__ Diri". Hadirin sekalian, Menjaga kebersihan diri amat penting untuk __(04)__ hidup kita. Kita mesti memastikan supaya __(05)__ kita berada dalam keadaan yang bersih. Kita perlu membersihkan telinga kita __(06)__ tiga kali seminggu dengan menggunakan __(07)__ yang lembut. Selain itu, kita mesti __(08)__ pada setiap hari. Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya __(09)__ sehari. Jika badan kita bersih, badan kita akan menjadi __(10)__ dan cergas. Kita hendaklah memotong __(11)__ supaya bersih. Jika kuku kita kotor, kuman akan melekat pada kuku kita. __(12)__ tersebut boleh __(13) ke dalam badan kita semasa kita menyuap makanan. Ini akan menyebabkan kita __(14)__ penyakit seperti cirit-birit, batuk dan lain-lain lagi. Hadirin sekalian, Kita perlu menjaga kebersihan __(15)__. Kita mestilah menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi __(16)__, kutu dan penyakit__(17)__kepala. Kesimpulannya, menjaga __(18)__ diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah __(19)__ sikap ingin menjaga kebersihan diri untuk __(20)__hidup kita. Sekian, __(21)__ kasih.