Contoh Kerja Kursus Ekonomi 2019 STPM Penggal 3 (Yuvitha Sanmugam) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

000104-04-0518 ANALISIS PINJAMAN LUAR PESISIR DARI TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2018 1.0 ABSTRAK



Tajuk kajian ini ialah analisis pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Objektif kajian ini dijalankan oleh pengkaji adalah untuk mengenal pasti arah aliran pinjaman pasaran dan pinjaman projek bagi pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018 dan mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data sekunder yang diperolehi daripada Laporan Kewangan Malaysia dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Laporan tersebut diperoleh daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Pengkaji juga turut menggunakan buku dan laman sesawang bagi memperoleh maklumat berkaitan dengan analisis pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Hasil kajian ini menunjukkan pola perubahan yang tidak konsisten bagi arah aliran pinjaman pasaran dan pinjaman projek dan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Secara kesimpulannya, pengkaji didapati bahawa arah aliran 2dan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir dari tahun



tahun



2014



hingga



tahun



2018



mempengaruhi



antara



satu



sama



lain.



1



000104-04-0518 ISI KANDUNGAN BUTIRAN 1.0 Abstrak



MUKA SURAT 1



Isi Kandungan



2



Penghargaan



3



2.0 Latar Belakang



4-5



3.0 Pernyataan Masalah



6



4.0 Objektif Kajian



7



5.0 Kaedah Kajian



8-9



6.0 Hasil Kajian dan Perbincangan



10-17



7.0 Cadangan Kajian



18-19



8.0 Rumusan



20



9.0 Senarai Rujukan



21



Lampiran



22-23



2



000104-04-0518 PENGHARGAAN



Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK Datuk Bendahara, khasnya Pengetua Encik Tuan Haji Abdul Karim Bin Md Yazam dan juga kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 iaitu Puan Azizah Bt Khalid atas kebenaran untuk menjalankan tugasan kerja kursus ini diluar sekolah . Tanpa kebenarannya saya mungkin tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan juga Berjaya menyiapkannya dengan begitu baik sekali.



Selain itu , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohamad Amin Bin Zainal Abidin selaku guru matapelajaran Ekonomi saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar yang baik dan jelas, bimbingan serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.



Di samping itu , saya juga ingin memberikan penghargaan kepada ibu bapa saya iaitu Encik Sanmugam A/L Ramasamy dan juga Puan Thavamani A/P Jayasakaran atas dorongan, semangat dan juga sokongan dari segi bentuk kewangan buat saya menjalankan tugasan kerja kursus Pengajian Am ini dengan sempurna. Tidak lupa juga atas bantuan secara langsung dan tidak langsung rakan-rakan kelas saya iaitu 6AK2.



Sekian, Terima Kasih.



3



000104-04-0518 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN



Kajian ini menghuraikan dengan lengkap tentang “ Kajian Kes: Pinjaman Luar Pesisir dari tahun 2014-2018” . Pinjaman merupakan satu sumber yang penting bagi membiayai perbelanjaan kerajaan khasnya perbelanjaan pembangunan negara. Peminjaman diperlukan apabila hasil kurang daripada jumlah perbelanjaan. Dalam keadaan ini kerajaan perlu membuat pinjaman daripada atau institusi kewangan baik di dalam negeri mahupun luar negeri. Masalah beban hutang kerajaan persekutuan berlaku akibat defisit yang besar dialami pada awal tahun 1980-an.



Secara amnya hutang kerajaan Persekutuan terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu hutang dalam negeri dan hutang luar negeri . Hutang dalam negeri biasanya merupakan pinjaman jangka pendek dan sederhana yang tempoh pembayaran sebaliknya singkat. Ia diperoleh dariapda orang ramai dan institusi kewangan dalam negeri. Hutang luar negeri merupakan pinjaman jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan dariapda institusi kewangan luar negeri. Komponenkomponen hutang luar negeri terdiri pembekalan



dan



pembiayaan



daripada pinjaman-pinjaman pasaran, projek,kredit Tabung



Kewangan



Antarabangsa



(IMF)



.



Pada akhir 1960-an dan pertengahan 1970-an keadaan ekonomi yang menggalakkan telah menyebabkan kedudukan imbangan pembayaran adalah sederhana dan seterusnya kedudukan hutang kerajaan Persekutuan di tahap yang terkawal. Namun begitu, kemelesetan ekonomi yang bermula pada tahun 1970-an menggugat pendapatan eksport negara serta faktor-faktor lain telah menyebabkan



hutang



kerajaan



Persekutuan



meningkat



dengan



pesatnya.



Menurut data Kementerian Kewangan Malaysia, hutang luar terdiri dariapda hutang sektor awam dan swasta. Hutang luar meliputi, pinjaman luar pesisir; pegangan sekuriti hutang berdemoninasi ringgit oleh bukan pemastautin; deposit bukan pemastautin dan hutang yang lain termasuk kredit perdagangan, peruntukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi Hak Pengeluaran Khas (SDR) serta lain-lain seperti tuntutan insurans belum bayar dan faedah kena bayar.



4



000104-04-0518 Pinjaman luar pesisir merupakan komponen terbesar hutang luar meningkat kepada RM586.5 billion atau 41% daripada KDNK (akhir 2017: RM500.9 billion ; 37%) disebabkan oleh pertambahan hutang jangka pendek serta hutang jangka sederhana dan panjang syarikat awam. Pembiayaan tambahan terutamanya bertujuan mengurus sumber kewangan kumpulan korporat dan pelaburan luar negara untuk meningkatkan kapasiti produktif. Walau bagaimanapun, hutang sektor swasta berjangka sederhana dan panjang berkurangan kepada RM155.1 bilion disebabkan oleh pinjaman bersih bank dan bukan bank yang lebih rendah. Sementara itu, pinjaman luar pesisir sektor awam mencatat RM138.8 bilion atau 9.7% daripada KDNK dengan sebahagian besar iaitu 88.1% merupakan pinjaman syarikat awam manakala selebihnya



Kerajaan



Persekutuan. Oleh itu, nisbah khidmat hutang untuk pinjaman luar pesisir meningkat kepada 4.8%



(2017:4.5%)



berikutan



pendapatan



eksport



yang



lebih



rendah.



5



000104-04-0518 3.0 PERNYATAAN MASALAH



Tajuk kajian ini adalah Analisis Pinjaman Luar Pesisir dari tahun 2014-2018. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti arah aliran hutang kerajaan Persekutuan dan perbelanjaan kerajaan mengurus dari tahun 2010 hingga 2014 serta mengkaji kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun 2010 hingga 2014. Kajian ini dapat membantu pengkaji untuk mendalami maksud pinjaman luar pesisir serta arah aliran hutang kerajaan persekutuan Malaysia dari tahun 2010 hinngga 2014. Seterusnya, kajian ini juga bermanfaat kepada negara untuk mengenal pasti sebab-sebab berlakunya pinjaman daripada pesisir luar. Melalui analisis terhadap Pinjaman Luar Pesisir, kerajaan Persekutuan Malaysia dapat mengurangkan perbelanjaan negara untuk mengelakkan berlakunya peningkatan hutang negara.



6



000104-04-0518 4.0 OBJEKTIF KAJIAN



Pada amnya, objektif kajian merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian. Hal ini kerana , objektiflah yang akan menentukan hala tuju semasa kajian. Kajian tanpa objektif adalah kajian yang tidak terarah kerana tidak mempunyai matlamat serta tujuan sesuatu kajian itu dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk mencapai 2 objektif utama berkaitan analisis pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Objektif kajian adalah seperti berikut :



4.1 Mengenal arah aliran pinjaman pasaran dan pinjaman projek bagi pinjaman luar pesisir.



4.2 Mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar .



7



000104-04-0518 5.0 KAEDAH KAJIAN



Sebelum membuat kajian, saya telah mengambil beberapa cara untuk mendapatkan maklumat. Kaedah kajian ialah suatu cara atau usaha yang dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu pemsalahan yang ingin dikaji ataupun objektif-objektif kajian tersebut hendak dicapai.Oleh itu, pengkaji telah memilih data sekunder sebagai kaedah kajian untuk memperoleh maklumat bagi melaksanakan kajian yang berkaitan dengan analisis pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga 2018.



Menurut Sabitha Marican(2005) , data sekunder ialah data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Pada awalnya, data yang dikumpul untuk tujuan lain, tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini. Maklumat atau bahan yang dikumpul oleh individu atau penyelidik lain, bukannya penyelidik yang sedang melakukan kajian itu kini. Contoh data sekunder ialah dokumen awam , arkib, dokumen pentadbiran, laporan formal dll. Sumber-sumber data sekunder dalam bentuk lisan ialah jurnal, buku, majalah, tesis,cerpen,surat khabar, internet dan rekod-rekod lepas.



5.1 KAEDAH MEMPEROLEH DATA Kajian ini menggunakan hanya satu kaedah memperoleh data iaitu kaedah melalui laman sesawang. Laman sesawang yang digunakan oleh pengkajji ialah data daripada Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan Malasysia, Unit Perancangan Ekonomi dari tahun 2014 hingga 2018. Buku rujukan juga digunakan sebagai sumber memperolehi data. Melalui data yang dikumpul, pengkaji dapat menerangkan cara sesuatu masalah dikaji.Pengkaji dapat menganalisis data atau maklumat supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan atau kesimpulan.



8



000104-04-0518 5.2 KAEDAH MENGANALISIS DATA



Kaedah analisis data yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui pembinaan jadual, mengenal pasti arah aliran pinjaman psaran dan pinjaman projek dan mengukur sumbangan pinjaman parasan dan projek.Pengkaji meringkaskan pungutan data dengan menggunakan nombor, angka dan pengiraan. Maklumat berangka disusun dan dianalisis untuk mendapatkan satu gambaran yang jelas.Pengkaji juga menggunakan graf garis untuk mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar dari tahun 2014 hingga 2018. Kaedah-kaedah ini digunakan oleh pengkaji untuk memudahkan pengkaji untuk menghuraikan kajian kes yang dibuat dengan lebih mudah.



Sumbangan pinjaman pasaran =



pinjaman pasaran



x 100



pinjaman luar pesisir



Sumbangan pinjaman projek =



pinjaman projek



x 100



pinjaman luar pesisir



9



000104-04-0518 6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN



6.1 Mengenal arah aliran pinjaman pasaran dan projek bagi pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.



Jadual 1: Jadual menunjukkan arah aliran pinjaman pasaran dan projek bagi pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.



Tahun Pinjaman Pasaran (RM juta )



Perubahan Arah Aliran



2014 2015 2016 2017 2018



678 3710 2032 -1631 326



11469 15179 17211 15580 15906



Pinjaman Projek (RM juta )



Perubahan Arah Aliran



Meningkat 5307 -664 Menurun Meningkat 6298 991 Meningkat Meningkat 6442 144 Meningkat Menurun 5685 -757 Menurun Meningkat 5597 -88 Menurun (Sumber : Laporan Ekonomi tahun 2014 hingga tahun 2018, Kementerian Kewangan Malaysia)



10



000104-04-0518 Graf 1 ; Graf arah aliran pinjaman pasaran dan projek bagi pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.



20,000



RM (juta)



18,000 16,000 14,000 Pinjaman Pasaran



12,000 10,000



Pinjaman Projek



8,000 6,000 4,000 2,000 0 2014



2015



2016



2017



2018



Tahun



(Sumber : Laporan Ekonomi tahun 2014 hingga tahun 2018, Kementerian Kewangan Malaysia)



11



000104-04-0518 Jadual 1 dan graf 1 menunjukkan arah aliran pinjaman pasaran dan projek bagi pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.Pola arah aliran bagi pinjaman pasaran dari tahun 2014 hingga tahun2018 meningkat. Hanya pada tahun 2017 pinjaman pasaran menunjukkan pola penurunan. Selain itu, arah aliran bagi pinjaman projek menunjukkan pola perubahan yang tidak konsisten dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Arah aliran pinjaman projek pada tahun 2014 meningkat secara berterusan dari tahun 2015 hingga tahun 2016 serta menurun secara berterusan sehingga tahun 2018.



Pinjaman pasaran luar negeri dibuat di bawah Akta Pinjaman Luar Negeri1963 [Akta 403] dan diperolehi daripada institusi kewangan antarabangsa. Pinjaman pasaran luar pesisir dibuat dalam bentuk bon, kemudahan pinjaman dan pinjaman bersindiket. Penerimaan dan bayaran pinjaman pasaran diuruskan oleh Bank Negara Malaysia. Had pinjaman pasaran luar negeri tidak boleh melebihi daripada 55%. GDP. Pinjaman projek pula diperolehi daripada kerajaan asing dan institusi kewangan antrabangsa di kerajaan asing dan institusi kewangan antarabangsa di bawah kuasa Akta iaitu Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403] ,Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam ) 1977 [Akta187] , Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958[Akta 411]. Pinjaman projek dibuat bagi projek infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan keperluan asas.



Pada tahun 2014, jumlah hutang luar pesisir adalah RM16776 juta. Hutang pinjaman pasaran adalah RM11469 juta iaitu meningkat sebanyak RM678 juta dari tahun sebelumnya. Hutang bagi pinjaman projek mencatatkan RM 5307 juta iaitu menurun sebanyak RM664 juta dari tahun 2013 hingga 2014. Pada akhir 2014, jumlah hutang luar negeri Malaysia berada paras RM744.7 bilion atau 69.6% daripada KDNK. Pada tahun 2013, hutang luar negeri ini berjumlah RM 696.6 bilion atau 70.6 juta daripada KDNK. Walaupun jumlah hutang luar negeri meningkat sederhana sebanyak 6.9%, peratusnya kepada KDNK adalah lebih rendah berbanding tahun 2013. Daripada jumlah berkenaan , sebanyak 2% adalah hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan. Hutang luar negeri berdasarkan definisi baharu mencerminkan paras pegangan sekuriti hutang dan deposit dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin yang tinggi, yang mencakupi lebih 40% dariapda jumlah kesuluruhan hutang luar negeri. Ini adalah disebabkan oleh kedalaman, keterbukaan dan daya tarikan yang lebih meluas terhadap pasaran kewangan Malaysia. Pasaran 12



000104-04-0518 kewangan Malaysia sudah berkembang dengan pesat hasil daripada kemajuan dalam liberalisasi sektor kewangan. Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa hutang luar pesisir bagi Kerajaan Persekutuan adalah kecil, hanya meliputi 2% daripada jumlah keseluruhan hutang luar negeri berkenaan. Hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan kekal tidak berubah dan rendah pada paras RM 16.8 bilion atau 1.6 % daripada KDNK.



Jumlah kesuluruhan pinjaman hutang luar pesisir pada tahun 2015 meningkat kepada RM 21477 iaitu sebanyak RM4701 juta. Jumlah pinjaman pasaran meningkat kepada RM 15179 manakala jumlah pinjaman projek meningkat sebanyak RM991 iaitu RM 6298 juta. Jumlah hutang pinjaman luar pesisir mencatat sebanyak RM 23653 juta pada tahun 2016 dan RM21265 juta pada tahun 2017.Pada tahun 2016 jumlah pinjaman pasaran adalah RM17211 juta dan RM15580 juta pada tahun 2017. Selain itu, pada tahun 2016 , pinjaman projek adalah sebanyak RM6442 juta , iaitu meningkat sebanyak RM 144 juta berbanding pinjaman projek pada tahun 2017 yang hanya mencatatkan jumlah sebanyak RM5685 juta.Menurut Laporan Ekonomi 2016 / 2017 , pinjaman luar pesisir berjumlah RM26.9 bilion, terdiri daripada pinjaman pasaran dan pinjaman projek. Daripada jumlah ini, pinjaman pasaran merangkumi 75.3% peratus dan bakinya pinjaman projek. Pinjaman projek diperoleh menerusi sumber dua hala dan pelbagai hala terdahulu, bagi membiayai program khusus dan projek infrastruktur seperti perumahan, pembetungan dan empangan.



Pada tahun 2018 , jumlah hutang pinjaman luar pesisir adalah sebanyak RM 21504juta . Jumlah pinjaman pasaran pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 15906 iaitu meningkat sebanyak RM 326 juta dan pinjaman projek pula mencatat sebanyak RM 5597 juta.



13



000104-04-0518



6.2 Mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.



Jadual 2 : Jadual menunjukkan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.



Tahun Hutang Luar Pinjaman Pesisir Pasaran (RM juta) (RM juta ) 2014 2015 2016 2017 2018



16776 21477 23653 21265 21504



11469 15179 17211 15580 15906



Sumbangan Pinjaman Pasaran (%) 68.37 70.68 72.76 73.27 73.97



Pinjaman Projek (RM juta)



Sumbangan Pinjaman Projek



5307 6298 6442 5685 5597



31.63 29.32 27.24 26.73 26.03



(Sumber : Laporan Ekonomi tahun 2014 hingga tahun 2018, Kementerian Kewangan Malaysia)



14



000104-04-0518 Graf 2 : Graf



menunjukkan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap



pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.



Sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar pesisir dari tahun 2010 hingga tahun 2014 Sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek (%) 80 70 60 50



Pinjaman Pasaran



40



Pinjaman Projek



30 20 10



Tahun



0



2014



2015



2016



2017



2018



(Sumber : Laporan Ekonomi tahun 2014 hingga tahun 2018, Kementerian Kewangan Malaysia)



15



000104-04-0518 Jadual 2 menunjukkan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga 2018. Sumbangan pinjaman pasaran meningkat dari tahun 2014 hingga tahun 2016 dan menurun pada tahun 2017 serta meningkat pada tahun 2018. Sumbangan pinjaman projek menunjukkan pola tidak konsisten dari tahun 2014 hingga tahun 2018.



Pada tahun 2014 jumlah hutang luar pesisir adalah sejumlah RM16776 juta. Sumbangan pinjaman pasaran adalah sebanyak RM11469 iaitu 68.37% manakala pinjaman projek pula mencatatkan sebanyak RM5307 juta bersamaan dengan 31.63%. Pada tahun 2015 jumlah hutang luar pesisir adalah RM21477 juta.



Sumbangan pinjaman pasaran bagi tahun 2015 adalah



RM15179 juta dan pinjaman projek adalah sebanyak RM6298 juta iaitu 29.32. Pada tahun 2016 , sebanyak 72.76% bersamaan dengan RM17211 juta adalah pinjaman pasaran manakala sumbangan pinjaman mencatatkan sebanyak RM 6442 juta. Sumbangan pinjaman pasaran bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM15580jutamanakala sumbangan pinjaman projek sejumlah RM 5685 juta bersamaan dengan 26.73%. Pada tahun 2018 , 73.97% adalah sumbangan pasaran iaitu sejumlah RM15906 juta manakala 26.03% bersamaan dengan RM 5597 juta daripada jumlah hutang



pesisir



luar



sejumlah



RM



21504



ialah



sumbangan



pinjaman



projek.



Pada tahun 2014, sumbangan pinjaman luar negeri adalah untuk pelaburan , terutamanya oleh syarikat dalam sektor pembuatan , perlombongan dan kuari, kewangan dan insurans serta subsektor pengangkutan dan penyimpanan. Sebaliknya, hutang luar negeri, sektor awam lebih sederhana kepada RM82.2 bilion berikutan bayaran balik bersih pinajaman luar negeri oleh PABK dan Kerajaan Persekutuan. PABK terlibat termasuk dalam sektor kewangan, insurans dan pembuatan.Sektor swasta menyumbang sebanyak 51.7% kepada hutang jangka sederhana dan panjang , diikuti oleh PABK (38.6%) dan Kerajaan Persekutuan . Sumbangan pinjaman projek untuk membiayai projek yang mempunyai kepentingan strategik kepada negara seperti pelabuhan, lapangan terbang dan jambatan. Selain itu, sumbangan pinjaman projek untuk memberi faedah secara langsung kepada rakyat seperti infrastruktur awam, pendidikan dan, pengangkutan dan tenaga.



16



000104-04-0518 Pada tahun 2015, sumbangan pinjaman projek adalah bagi tujuan projek infrastruktur seperti jalan dan jambatan , sekolah, hospital, perumahan dan bekalan air. Sumbangan pinjaman projek dan pinjaman pasaran kepada hutang pinjaman luar pesisir mencakupi 46% dariapda jumlah hutang luar negeri atau RM335.6% billion . Peningkatan ini disebabkan oleh pinajman bersih yang lebih tinggi dalam hutang jangka sederhana dan panjang oleh sektor swasta bukan bank dan perusahaan awam manakala hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan kekal tidak berubah pada RM 16.2 bilion . Selain itu, peningkatan dalam pinjaman luar pesisir jangka pendek adalah disebabkan oleh aktivit pinjaman antara bank yang lebih tinggi . Peningkatan ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi domestik, kadar pulangan yang lebih tinggi tempoh matang tersebut serta pasaran kewangan domestik yang lebih mendalam, terbuka dan teguh.



17



000104-04-0518 7.0 CADANGAN KAJIAN



Antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menangani hutang kerajaan persekutuan ialah kerajaan baharu kini ditingkatkan dengan cadangan untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar kembali hutang negara yang tinggi. Perdana Menteri , Tun Dr Mahatir Mohamad berkata , “Kerajaan juga mempertimbangkan untuk melepaskan asset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.Tun Dr Mahatir juga menjelaskan bahawa kerajaan perlu melepaskan aset untuk tujuan mendapatkan dana bagi menyelesaikan krisis hutang negara dengan mencari akses baharu.



Selain itu , kerajaan telah melaksanakan Program Transformasi Fiskal (FTP) untuk terus mengukuhkan kedudukan kewangan dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif pembaharuan fiskal ke arah kemampanan jangka panjang. Dasar fiscal adalah bermatlamat mengekalkan momentum pertumbuhan dan mengukuhkan pengurusan fiscal, dengan objektif keseluruhan mencapai kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Langkah ini akan mengurangkan hutang kerajaan persekutuan dalam negeri dan luar negeri. Ketika krisis kewangan Asia 1997/1998 dan krisis ekonomi global 2008, dengan fleksibiliti fiscal yang lebih besar dan paras hutang yang rendah , kerajaan berupaya melaksanakan pakej rangsangan ekonomi. Langkah ini termasuk memperkenalkan inisiatif bagi merangsang kegiatan ekonomi dan menyediakan subsidi yang lebih besar serta melaksanakan pelbagai program bantuan sosial.



Di samping itu , kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ekonomi negara perlulah mengambil inisiatif untuk mengurangkan beban hutang kerajaan persekutuan. Hal ini demikian kerana, seramai 663000 orang peminjam tidak pernah membayar sesan kepada pihak PTPTN . Hal ini menjadikan jumlah tertunggak hutang PTPTN sebanyak RM4.7 bilion dan hanya 19% sahaja dari ratusan ribu peminjam ini disenaraikan hitam. Sejak penubuhan PTPTN, sebanyak RM48.7 bilion diagihkan untuk membantu pelajar bagi meneruskan pengajian mereka 18



000104-04-0518 tetapi pulangan hanya RM10.8 bilion setiap tahun. Oleh hal yang demikian, peminjam-peminjam haruslah membayar balik hutang PTPTN kepada pihak berkenaan. Dengan hasil tersebut , kerajaan dapat membayar balik hutang kerajaan persekutuan seperti hutang negeri dan hutang pinjaman luar pesisir.



Secara kesimpulannya, hutang kerajaan persekutuan mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap negara seperti pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi . Oleh hal yang demikian, semua pihak hendaklah berganding bahu bagi menangani masalah hutang kerajaan persekutuan agar negara Malaysia dapat bebas daripada hutang dan menjadi negara yang maju dalam pelbagai aspek .



19



000104-04-0518 8.0 RUMUSAN



“Kajian Kes: Pinjaman Luar Pesisir dari tahun 2014 hingga 2018” dijalankan oleh pengkaji berdasarkan dua objektif iaitu mengenal arah aliran pinjaman pasaran dan pinjaman projek bagi pinjaman luar pesisir dan mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar. Hasil daripada kajian yang dijalankan dengan bantuan beberapa instrumen seperti laman sesawang dibentangkan dalam dapatan kajian secara terperinci. Pola arah aliran bagi pinjaman pasaran dari tahun 2014 hingga tahun2018 meningkat. Hanya pada tahun 2017 pinjaman pasaran menunjukkan pola penurunan. Selain itu, arah aliran bagi pinjaman projek menunjukkan pola perubahan yang tidak konsisten dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Arah aliran pinjaman projek pada tahun 2014 meningkat secara berterusan dari tahun 2015 hingga tahun



2016



serta



menurun



secara



berterusan



sehingga



tahun



2018.



Sumbangan pinjaman pasaran terhadap hutang luar pesisir menunjukkan sumbangan yang tinggi berbandind dengan sumbangan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir. Sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir menunjukkan pola tidak konsisten .Corak arah aliran pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir mempengaruhi sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir.



20



000104-04-0518 9.0 SENARAI RUJUKAN



1)KARYA BUKU Suhiliah Mohd Salleh , 2017, Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2 Edidi Kemas Kini. Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd



2) KAMUS DAN ENSIKLOPEDIA Kamus Ekonomi, 1993 , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka



3) BADAN, INSTITUSI ATAU JAWATANKUASA Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2019.Laporan Ekonomi 2014-2018.Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan Malaysia.



4) BAHAN INTERNET Kementerian Kewangan Malaysia –Laporan Ekonomi 2015/2016. Dicapai pada Oktober 23 , 2015 daripada https://www.treasury.gov.my/index.php/arkib/2015/item/422-laporan-ekonomi2015-2016.html Kementerian Kewangan Malaysia –Laporan Ekonomi 2015/2016. Dicapai pada Oktober 25 , 2014 daripada https://www.treasury.gov.my/index.php/arkib/2015/le



21



000104-04-0518 10. LAMPIRAN



22



000104-04-0518



23