Contoh Kertas Ujian BM Tahun 4 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SJK (C) PEI HWA JB BAHASA MALAYSIA (PENULISAN) TAHUN 4 PENILAIAN 4 (OKTOBER 2015) Nama : 4( )



(



)



Markah Tarikh



: % Kelas : / 10 / 2015 T/tangan Ibu bapa :



Kertas 2



Masa : 1 jam 15 minit



Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3. Arahan: Bahagian A dan Bahagian B mestilah dijawab dalam kertas kajang yang disediakan. Bagi Bahagian C, calon mesti menjawab pada kertas soalan. Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 15 minit ) ( 10 markah ) Gambar di bawah menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.



Chiau Boon Wei / Bahasa Malaysia K2 / Tahun 4 / Oktober 2015 / Muka surat 1



:



Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 40 minit ) ( 30 markah ) Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. 1. Kamu dan rakan sekelas bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Perihalkan suasana gotong-royong tersebut. Atau 2. Kelab Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke sebuah tempat yang menarik. Sebagai setiausaha, tulis laporan lawatan tersebut. Atau 3. Lengkapkan kesudahan cerita ini. Mulakan cerita kamu dengan “Pada suatu hari, Awang ke sungai. Sungai itu terletak berhampiran dengan rumahnya. Sebaikbaik sahaja sampai di sungai, Awang menebarkan jalanya. Tiba-tiba, ” Bahagian C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah ) Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Pada hujung minggu yang lalu, Mei Ling bersenam di sebuah taman rekreasi. Selepas bersenam, dia berehat sebentar di atas bangku. Tiba-tiba, dia menjumpai sebuah dompet di celah-celah rumput. Tanpa berlengah masa, dia mengutip dompet tersebut. Dia berjalan kaki ke sebuah balai polis yang berhampiran dengan taman rekreasi itu. Dia menyerahkan dompet itu kepada pihak polis. Pihak polis memuji tindakan Mei Ling. Selepas itu, Mei Ling pergi ke perhentian bas untuk menunggu bas pulang ke rumahnya. Sementara menunggu bas, Mei Ling membaca buku. Ketika bas tiba, Mei Ling tidak berebut-rebut untuk menaiki bas. Setelah tiba di rumah, dia belajar mengikut jadual yang ditetapkan.



Disediakan oleh Disemak oleh



: En. Chiau Boon Wei : Siti Suraya binti Misron