Contoh Perjanjian Sewa Rumah-Ringkas [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERJANJIAN SEWA RUMAH



PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh ………………….. di antara NUR ISHAK BIN HAMZAH (No.K/P 890202-08-5485) beralamat di NO. 12A, KAMPUNG POKOK SENA, MUKIM PULAI, 09100 BALING, KEDAH



(Kemudian ini dinamakan “Penyewa”) DAN



Saya



MOHAMAD



SYUKRI BIN ABDUL WAKHI (No.K/P 840324-09-5061) Yang beralamat di 8-G, JALAN SERI PUTRA 2/5H, BANDAR SERI PUTRA,43000 KAJANG (Kemudian ini dinamakan “Tuan Rumah”) BAHAWASANYA saya



MOHAMAD SYUKRI BIN ABDUL WAKHI



bersetuju untuk



menyewakan rumah beralamat B-2-33 PANGSAPURI SERI MAWAR, JALAN SERI PUTRA 4, BANDAR SERI PUTERA, 43000 KAJANG, SELANGOR kepada penyewa dengan harga sewa rumah sebanyak RM 700.00 (TUJUH RATUS RINGGIT SAHAJA) sebulan. Harga sewa tidak termasuk bil maka bayaran bil elektrik dan air adalah tanggungjawab Penyewa setiap bulan. Bayaran bulanan dibuat pada SATU (1) haribulan pada setiap bulan ke dalam akaun bank CIMB Bank Bhd (no akaun) 8602347458 atau secara tunai kepada Tuan Rumah. Perjanjian ini adalah untuk tempoh bermula pada _______dan berakhir pada ______ tertakluk pada syarat- syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini. Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah: 1. Bayaran deposit sewaan rumah sebanyak satu (1) bulan berjumlah dan deposit bil air & elektrik sebanyak RM 200.00. Bayaran deposit hanya akan dikembalikan setelah tamat tempoh perjanjian. 2. Kos maintenance yang ditanggung sepenuhnya Tuan Rumah adalah; yuran bulanan maintenance, cukai pintu dan tanah serta yuran Indah Water. 3. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh Penyewa. Penyewa hendaklah memastikan kebersihan rumah termasuk tandas dan dapur terjamin agar tidak mengundang haiwan seperti tikus dan lipas. 4. Penyewa tidak dibenarkan untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian bangunan rumah sewaan kecuali dengan persetujuan daripada Tuan Rumah.



5. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang kerosakan rumah (jika ada) semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakan tersebut adalah disebabkan kelalaian Penyewa. 6. Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan Penyewa, sebelum ia dipasang. 7. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan ‘wall plug’. 8. Tidak akan menyimpan dan/ atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/ atau di mana sahaja dalam Rumah tersebut. 9. Tidak melakukan dan/ atau membenarkan perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perkara yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang boleh mengganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut. 10. Notis perlu diberi oleh Penyewa kepada Tuan



Rumah untuk menamatkan perjanjian



sewaan sekurang-kurangnya SATU BULAN atau wang deposit tidak akan dikembalikan. Wang deposit akan dikembalikan setelah beroleh penyewa baru atau sehingga tamat tempoh perjanjian yang ditandatangani. 11. Penyewa hendaklah menyerahkan rumah sewaan kepada Tuan Rumah dalam keadaan baik, bersih, dan sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki apa juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan yang dipasang. 12. Tuan Rumah berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan memberikan notis dalam tempoh sekurang-kurangnya SATU BULAN kepada Penyewa atau dengan membayar ganti rugi yang sewajarnya. 13. Tuan Rumah perlu memaklumkan kepada Penyewa niat untuk menetapkan kadar sewaan yang baru sekurang-kurangnya dua bulan sebelum penetapan kadar sewaan baru.



14. Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak disenaraikan dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara Tuan Rumah dan Penyewa dari semasa ke semasa. BAHAWASANYA, saya (Penyewa) NUR ISHAK BIN HAMZAH memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas. Tandatangan Penyewa: Rumah:



Tandatangan Tuan Punya



Nama:....................................



Nama:....................................



No K/P:.................................



No K/P:.................................



Tarikh: _________________



Tarikh:_______________