Contoh Refleksi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Set induksi, langkah satu, langkah dua dan penutup. Definisi refleksi pengajaran Refleksi pengajaran ialah pernyataan yang ditulis oleh seseorang guru yang menyatakan tentang amalan dan tingkah laku pengajaran yang telah dilakukannya. Refleksi cuba mengupas tentang hasil, akibat dan kesan mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada itu akan terbentuklah kefahaman baru, kesedaran, keeinsafan dan perubahan persepsi. Di samping itu juga refleksi pengajaran dapat menjadikan seseorang guru membuat penilaian kendiri. Seseorang guru yang mempunyai pemikiran reflektif juga dapat berfikir secara analitis, kreatif dan kritis dalam menambahbaik sesi pengajaran agar lebih bermakna. Semasa menulis refleksi juga guru dapat melihat perkara penting supaya masalah yang timbul dapat diselesaikan dan diubah ke arah yang lebih baik. Perasaan sebelum dan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya berasa bimbang kerana sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan harus dirakamkan. Saya perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik, mengawal disiplin murid-murid supaya mereka dalam keadaan yang terkawal. Selain itu, saya juga perlu mengajar dengan penuh keyakinan. Segala perkara ini amat membimbangkan saya. Namun saya dapat mengawal perasaan saya walaupun ada sedikit langkah yang saya terlupa kerana saya sedang dirakam. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya berpuas hati kerana muridmurid dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya walaupun terdapat murid yang masih terlalu aktif. Walau bagaimanapun, aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Definisi set induksi Set induksi mempunyai pelbagai maksud antaranya, Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Set induksi juga bermaksud satu cara memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka. Dalam pengajaran makro Bahasa Melayu saya pada permulaan ianya berjalan lancar. Namun kelemahan pada sesi itu ialah apabila murid tidak memberitahu tentang rasa barang yang dipegang di dalam beg dengan jelas kepada rakan-rakan yang lain. Pada ketika itu saya memilih murid yang berumur lima tahun yang kurang aktif. Kebaikannyaialah, murid



tersebut berasa seronok dan murid-murid yang lain dapat memberi tumpuan. Mereka rasa tertanya-tanya apakah barang yang ada di dalam beg itu. Dengan itu guru dapat memulakan pengajaran dengan baik dan meneruskan langkah satu dengan lebih teratur. Dalam langkah satu saya menunjukkan carta gambar buah-buahan. Murid mudah menyebut kerana mereka pernah melihat sebahagian daripada buah-buahan tersebut. Namun saya perlu menerangkan mengenai buah-buahan itu tentang kegunaannya, cara memanam, cara menjaga, cara mengupas, cara makan, warna, rasa, bentuk, kebaikan, kekurangan dan murid perlu meneroka tentang buah-buahan tersebut supaya pembelajaran lebih bermakna. Di samping itu juga, murid dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Dengan masa yang singkat saya tidak dapat menyampaikan secara lebih mendalam tentang buah-buahan tersebut dalam satu masa. Murid juga tidak akan dapat menumpukan perhatian penuh jika masa itu terlalu panjang. Ini adalah kerana faktor usia murid yang masih kecil iaitu sekitar lima dan enam tahun. Walaupun begitu saya boleh menyambung pengajaran tentang buahbuahan pada waktu yang lain dengan aktiviti praktikal seperti murid menanam pokok buahbuahan, menyiram, membuat rojak buah dan sebagainya. Saya perlu menunjukkan gambar buah-buahan pada ketika itu supaya murid dapat mengingat semula tentang buah-buahan. Pada langkah kedua pula, ia sangat penting kerana di sinilah murid belajar mengeja, membaca dan menulis. Saya ingin memastikan semua murid saya dapat menguasai kemahiran ini. Ia merupakan asas yang perlu dikuasai sejak di prasekolah lagi. Pada ketika ini, murid dapat mengikuti dan memberi perhatian kepada langkah kedua saya. Namun masih ada murid aktif yang hanya dapat memberi perhatian dalam masa yang singkat. Pada masa akan datang saya perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang berasaskan teknologi multimedia untuk aktiviti mengeja dan membaca. Ketika aktiviti menulis, sebagai guru saya perlu memastikan muri d dapat menulis dengan betul. Ini memerlukan kesabaran yang tinggi bagi memastikan objektif tercapai. Ia adalah kerana, di dalam kelas saya murid terbahagi kepada lima kumpulan. Pertama bijak, kedua baik, ketiga sederhana, keempat lemah dan kelima mempunyai masalah pembelajaran. Sebagai penyelesaiannya, saya perlu memantau murid ini mengikutkumpulan mereka. Saya memberikan semua perhatian penuh mengikut masa masing-masing. Sebagai contoh, yang bijak aktiviti lebih mencabar seperti dikehendaki bercerita dan membantu rakan di samping peneguhan positif yang tinggi kepada mereka. Namun murid yang lemah saya beri semangat agar mereka rajin dan rasa dihargai. Saya juga mendapati bahawa murid berasa seronok dan aktif melibatkan diri semasa murid belajar mengeja dan membaca. Saya juga perlu menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan sesuatu media elektronik atau menggunakan kemudahan komputer di dalam kelas supaya terdapat bunyi-bunyian yang menarik perhatian murid dan murid lebih seronok belajar dengan sesuatu tayangan mengenai buah-buahan. Murid prasekolah memang berminat dengan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai lagu, gerakan, gambar yang berwarna-warni dan aktiviti yang menarik. Secara jujurnya, saya kurang berpuas hati dalam aktiviti penutup. Ini adalah kerana penyampaian saya kurang berkesan dalam masa yang singkat itu. Namun saya lihat semua murid berpuas hati kerana mereka dapat menikmati sedikit ganjaran yang saya sediakan, di



samping mereka dapat makan semua buah-buahan yang guru bawa iaitu pada waktu rehat. Saya juga mahu semua murid saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan di rumah agar ada kesinambungan buat mereka ketika di rumah lebih-lebih lagi bagi murid yang lemah. Harapan saya sebagai seorang guru agar semua murid saya berjaya di dunia dan di akhirat. Pada keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran saya telah berjaya menambah ilmu pengetahuan untuk anak didik saya dan perlu ditambah baik pada sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya.



contoh REFLEKSI Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah sebuah kelas prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut. Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad. Sistem pencahayaan dan pengudaraan kurang baik menjadikan suasana kelas panas. Terdapat banyak hasil kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas menjadikan kelas kelihatan berserabut, agak padat dan sesak. Kumpulan kami mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum pengajaran. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan maujud dalam kumpulan. Terdapat juga murid yang kurang berpuas hati apabila tidak dapat menyentuh semua bahan. Dari segi penilaian, kami mendapati terdapat rekod penilaian yang tidak dilengkapkan. Guru menggunakan corak kepimpinan autokratik dalam mengawal disiplin murid. Kadang kala guru menggunakan suara yang agak tinggi dan sesekali menunjukkan pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid agak takut dan sedikit pasif. Seorang murid menangis setelah dimarahi guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan guru dapat difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan. Setelah selesai membuat pemerhatian, kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan. Kami dapati suasana kelas kurang kondusif. Walaupun guru merancang dengan baik, keadaan fizikal bilik darjah yang sempit dan panas sedikit sebanyak mengganggu emosi pelajar seperti tidak selesa dan berpeluh-peluh. Ini seperti yang dikatakan oleh Marland dalam buku yang ditulis oleh Ee Ah Meng (2001) iaitu suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ”kawan” atau ”musuh” dalam pengajaran. Susun atur bilik darjah yang baik boleh merangsang pembelajaran murid. Murid-murid prasekolah berminat dengan bahan maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan rakan mereka disebabkan oleh sifat egosentrik yang ada dalam diri masing-masing. Komunikasi dan gaya kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi murid terganggu. Kami juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak disempurnakan boleh menyebabkan guru sukar mengubahsuai perancangan pengajaran dan pembelajaran berikutnya supaya bersesuaian dengan tahap murid. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang keperluan murid-murid prasekolah dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Berdasarkan pengurusan kelas yang telah kami perhatikan, kami berpendapat guru prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan mengubah susunan kerusi meja dalam kelas supaya ada ruang yang lebih luas untuk memudahkan pergerakan murid. Bilangan hasil kerja murid perlu sesuai dengan ruang agar tidak terlalu sesak dan ditukar ganti setiap minggu supaya dapat menarik perhatian murid. Ubahsuaian tingkap perlu bagi mewujudkan pengudaraan yang lebih dalam kelas. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang disediakan mencukupi supaya tidak menjadi rebutan murid. Murid-murid prasekolah masih tergolong sebagai kanak-kanak yang amat gemar kepada aktiviti permainan. Justeru guru prasekolah perlu merancang isi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk permainan untuk menarik minat murid. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, arahan guru harus jelas dan tidak mengelirukan.



Hati kami tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang menangis setelah dimarahi guru. Oleh itu kami sedar bahawa sebagai guru prasekolah kita tidak boleh terlalu berkasar dengan murid. Sebaliknya murid-murid ini memerlukan perhatian dan kasih sayang. Justeru, guru-guru prasekolah perlu memenuhi tuntutan tersebut agar murid tidak rasa tertekan dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Cara ini sedikit berbeza dengan cara menangani murid KBSR yang usianya lebih tinggi. Guru prasekolah juga tidak boleh mengabaikan aspek penilaian ke atas perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap pembelajaran aktif. Perkembangan kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa sebagai seorang guru prasekolah kita perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak prasekolah.