Contoh Surat Rasmi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

v



“MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami: IPG KBL/Pent/144/373 Jld.4( ) Tarikh: 17 September 2013 Mudir, Madrasah al- Khairat, No. 70, Jalan Champaka, Kg. Pinang Jawa (Gita), 93050 Kuching, Sarawak. Tuan, JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN SEMPENA MALAM CINTA RASUL FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT BORNEO Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Masjid al-Muallimin dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang akan mengadakan Malam Cinta Rasul Festival Kesenian Islam Peringkat Borneo seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 September 2013 (Jumaat) Tempat: Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, IPG Kampus Batu Lintang Masa : 8:30 – 10:00 malam 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hatinya menjemput tuan/puan untuk menghadiri majlis tersebut. Bersama surat ini dikepilkan aturcara majlis tersebut sebagai rujukan tuan. Segala pertanyaan mengenai majlis ini bolehlah diajukan kepada Muhammad Farhan bin Nor Rahmat di talian 017-7583236 atau Siti Nurzahidah binti Ahmad Dawawi di talian 019- 4815210. 4. Kerjasama dan sokongan daripada tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,



(HJ. AWANG HAMBALI BIN HJ. AWANG HAMDAN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Sk:



Fail FKI Fail BADAR



Senarai Jemputan Untuk Membuat Persembahan Semperna Malam Cinta Rasul Festival Kesenian Islam Peringkat Borneo



1. Madrasah al- Khairat, No. 70, Jalan Champaka, Kg. Pinang Jawa (Gita), 93050 Kuching, Sarawak.



Madrasah al- Khairat, No. 70, Jalan Champaka, Kg. Pinang Jawa (Gita), 93050 Kuching, Sarawak.