Surat Rasmi Ipg [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Ewinia Anak Nelson, PISMP PSV SEM 8 AMBILAN JUN 2014, IPG Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.



Datin. Hjh Rohani binti Abdul Hamid, Pengarah, IPG Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.



29 Mac 2015



Puan, PENJELASAN EWINIA ANAK NELSON



Perkara di atas adalah dirujuk.



2. Untuk makluman pihak puan, saya telah mengalami masalah untuk menghadiri kuliah pada 29 Mac 2015 dimana penerbangan saya pada 28 Mac 2015 dari Lapangan terbang Kuching pada pukul 3:35pm ke KLIA2 tidak sampai pada masa yang ditetapkan iaitu pada pukul 5:10pm kerana pendaratan ke KLIA terpaksa ditangguhkan.



3. Penerbangan dari Lapangan Terbang Kuching ke KLIA2 terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada pukul 6:55pm oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.



4. Penerbangan saya dari KLIA2 ke Lapangan terbang Kuala Terengganu pada pukul 7:20 pm tidak berjaya saya naiki kerana Penerbangan semula dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke KLIA2 adalah pukul 7:20pm.



5. Oleh itu, saya terpaksa mengambil inisiatif untuk menggunakan bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 29 Mac 2015 iaitu pukul 12:00pm kerana penerbangan ke Kuala Terengganu tidak berjaya saya naiki. Saya sampai di IPG Kampus Dato’Razali Ismail pada pukul 8:15.



Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap pihak puan dapat mempertimbangkan surat ini.



Sekian, terima kasih.



Yang Benar, ___________________ (EWINIA ANAK NELSON) Pelajar PISMP PSV SEM 2 AMBILAN JUN 2014 IPG Kampus Dato’Razali Ismail.