Definisi Kemahiran Mendengar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

DEFINISI KONSEP Konsep Kemahiran Mendengar Kemahiran dimaksudkan dengan kecekapan dan kepandaian dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114) menjelaskan mendengar didefinisikan mendengar adalah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Manakala Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, PhD (2011: 28) pula menyatakan kemahiran mendengar adalah keupayaan murid mendengar secara teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikan maklum balas. Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula menerangkan kemahiran mendengar ialah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama serta memahami bunyi bahasa yang bermakna misalnya perkataan, frasa, klausa dan ayat. Konsep Kemahiran Bertutur Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa. Selain itu, bertutur juga ditakrifkan dengan satu cara berkomunikasi yang amat kompleks, melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Terdapat beberapa konsep umum mengenai bertutur ialah bertutur merupakan keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu berkata-kata atau bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat serta perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur juga dirujuk sebagai aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.



Definisi kemahiran mendengar Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengar. Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan menilai. Mendengar bermaksud memberikan perhatian pada perkara yang disampaikan oleh penutur. Memahami



pula bermaksud mengambil perkara yang telah kita dengari dan memahaminya dengan cara kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur, kita mula memikirkan sama ada kenyataan itu memberikan makna tertentu dan kita hanya dapat menerimanya tanpa berfikir.



Kepentingan kemahiran mendengar



Oleh: MOHAMAD AZIZI MOHD. ATAR DALAM pengajian motivasi dan pengurusan, semakin disedari terhadap kepentingan kemahiran mendengar. Walaupun mereka yang sempurna sifat pancaindera mampu mendengar tetapi ia tidak bermakna semua orang dapat memahami apa yang didengar. Dalam pengajian motivasi dan pengurusan, mendengar seperti juga bercakap adalah sebahagian daripada komunikasi. Maka komunikasi yang berkesan hanya berlaku apabila mutu percakapan ditingkatkan. Ini juga memerlukan peningkatan kemahiran mendengar. Karya bertajuk Improving Someone's Listening Skills (Memperbaiki Kemahiran Mendengar Seseorang) terbitan firma perunding dari New Jersey, Amerika Syarikat telah menggariskan beberapa panduan untuk meningkatkan kemahiran mendengar. Firma perunding itu, Caliper Publication turut mengkategorikan pendengar kepada tiga kumpulan iaitu Self Absorbed (tenggelam dalam diri sendiri), Unfocussed (tidak menumpukan perhatian) dan RulesDriven (digerakkan oleh peraturan). Pendengaran merupakan satu bentuk komunikasi. Tanpa memahami apakah itu komunikasi, perbincangan selanjutnya akan menjadi kabur. Komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Ia merupakan proses yang bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis dan sebagainya) dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima (pembaca, pendengar dan sebagainya). Sebagai penerima, keberkesanan komunikasi bergantung kepada kemahiran mendengar. Manakala kemahiran mendengar pula seringkali dipengaruhi oleh faktor persekitaran, kebisingan dan sikap pendengar itu sendiri. Sebelum difikirkan kaedah untuk meningkatkan kemahiran mendengar bagi golongan Self Absorbed, terlebih dahulu perlu diketahui ciri golongan ini iaitu sukar menerima pendapat orang lain dan lebih mementingkan pandangan sendiri. Penyampai atau penutur mestilah memahami bahawa sesetengah pendengar mempunyai sifat ego yang tinggi dan mudah merasa kedudukannya terancam. Bagi mengatasinya, penyampai mestilah memiliki perasaan empati terhadap pendengar bagi kategori ini serta banyakkan menggunakan soalan-soalan yang bersifat terbuka, menggalakkan soal jawab dan memberikan mereka peluang untuk meluahkan pandangan. Memiliki perasaan empati terhadap mereka boleh menarik minat golongan ini untuk meningkatkan pendengaran tentang apa yang diperkatakan oleh penyampai. Kemahiran pendengaran golongan yang disifatkan sebagai Difficult People (orang sukar) ini boleh dibaiki jika penyampai sentiasa memberi perhatian kepada mereka, mewujudkan hubungan mesra di antara penyampai dan pendengar serta mencari ruang-ruang persamaan yang mungkin terdapat pada kedua-duanya. Manakala golongan Unfocussed kadang-kadang tidak memahami apa-apa yang disampaikan oleh penutur. Ini mungkin kerana kurangnya perhatian yang diberikan oleh golongan ini kepada penyampai dan ini menyebabkan komunikasi berbentuk pendengaran tidak berkesan, lebih-lebih lagi jika dilibatkan terma-terma teknikal, penggunaan perkataan yang tidak tepat ataupun membuat kenyataan yang terlalu umum ketika penyampaian. Adalah menjadi satu kewajipan pada penyampai untuk menyelidiki latar belakang audien dari segi umur, pengetahuan, pengalaman ataupun kelakuan mereka. Dalam hal ini, penyampai seharusnya memiliki kewibawaan seperti yang dinyatakan dalam teori Ableman iaitu kebijaksanaan, kelakuan dan ciri-ciri yang boleh diterima oleh pendengar. Penyampai yang berwibawa akan dapat menyampaikan fakta dan pendapat dengan bukti-bukti yang diperolehi dari pihak berwibawa. Penyampai yang berkeupayaan dan memiliki autoriti yang dapat diterima oleh pendengar akan menarik perhatian pendengar dan seterusnya pendengar akan memaparkan gelagat yang cenderung kepada meningkatnya pendengaran. Golongan Rules-Driven mungkin lebih sukar untuk membuka mindanya pada pandangan yang di luar kebiasaan peraturan kehidupannya.



Kemungkinan pengaruh budaya telah membentuk mereka sedemikian rupa. Budaya ialah satu set nilai, ideologi dan kebiasaan yang mempengaruhi cara tindakan seseorang. Kemahiran mendengar golongan ini boleh ditingkatkan jika penyampai dapat mendalami berbagai model yang menerangkan sistem nilai sesuatu budaya. Di antara model-model yang terkenal ialah social value (nilai sosial), Jungian psychological (psikologi Jung), ideological (ideologi) dan social movement (pergerakan sosial). Apa yang penting dalam pendekatan berkaitan dengan budaya ialah perlunya penyampai memahami tentang ciri-ciri demografi dan psikografi seperti jantina, bangsa, asal usul etnik, umur, fahaman agama, pekerjaan, pendidikan dan soal politik. Berdasarkan kepada penjelasan dan huraian yang diberikan, ternyata betapa pentingnya kemahiran mendengar untuk dipertingkatkan kepada semua orang terutama dalam organisasi kerana ia boleh mengurangkan pembaziran masa mesyuarat, arahan kerja yang tidak jelas dan mengelakkan berlakunya kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan menurut Jonathan & Susan dalam Communicating priorities (keutamaan komunikasi) produktiviti boleh menjadi berganda sekiranya kemahiran mendengar dapat ditingkatkan.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2000&dt=0113&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm#ixzz3gPJue5ej © Utusan Melayu (M) Bhd



2.1.4 Proses Mendengar. Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu : 1. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa 2. Memahami bunyi-bunyi tersebut 3. Menilai bunyi-bunyi tersebut 4. Bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi Rajah Proses Mendengar Kita sedia maklum organ pendengaran manusia terdiri daripada dedaun telinga, gegendang telinga, bendalir, alat-alat deria telinga tengah dan telinga dalam. Organ yang sensitif dan kompleks ini menangkap dan menafsir pelbagai bentuk bunyi sehingga membolehkan kita mendengar sesuatu bunyi.



vii. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti. viii. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif. ix. Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.