Kemahiran Mendengar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR. Pengenalan Berdasarkan dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah matlamatnya adalah untuk melengkapkan diri murid dengan ketrampilan berbahasa serta berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan juga dalam urusan harian. Hal ini menunjukkan bahawasanya kemahiran penggunaan Bahasa Melayu adalah penting dalam kalangan murid-murid. Mengikut rujukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1983), penekanan adalah diberikan terhadap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan juga bertutur, kemahiran membaca serta menulis. Jadi, murid bolehlah menggunakan kemahiran ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian serta sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Dalam sukatan pelajaran ini merangkumi pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran turut memberi gambaran yang menyeluruh mengenai kurikulum Bahasa Melayu. Terdapat lima belas prinsip yang perlu dipatuhi bagi menjamin keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu, (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987 :39)).Berdasarkan prinsip yang dinyatakan tersebut



penekanan diberikan terhadap pengajaran lisan iaitu kemahiran



mendengar dan bertutur. Pengajaran lisan perlu diutamakan terlebih dahulu kemudian barulah disusuli dengan pengajaran lain seperti membaca dan juga menulis. Lisan merupakan asas kepada kemahiran kepada kemahiran membaca dan juga menulis kerana di dalamnya merangkumi semua aspek bahasa seperti bunyi, perkataan, rangkai kata, ayat, makna, intonasi, dan lain-lain yang terdapat juga dalam kemahiran bacaan dan tulisan. Ini bererti apabila seseorang itumenguasai kemahiran lisan, individu tersebut boleh memindahkan kemahiran tersebut bagi memudahkannya menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kepentingan kemahiran mendengar serta bertutur diberi penekanan dalam kurikulum terkini yang akan digunakan mulai tahun 2011 iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kemahiran mendengar dan bertutur ini dinyatakan melalui aspek komunikasi yang perlu diterapkan dalam kalangan murid-murid iaitu penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan juga bukan lisan ketika berinteraksi. Hal ini jelas telah dinyatakan dalam dua medium KSSR iaitu Standard Kandungan Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami serta



memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan serta pesanan yang didengar dengan betul,medium yang kedua pula ialah Standard Pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami dan memberi respons yang betul secara lisan terhadap soalan yang pelbagai.



 KONSEP PENDEKATAN Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.dengan perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata peljaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Berdasarkan kepada huraian Edward M. Anthony, dapatlah dirumuskan bahawa: 1) Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. 2) Pendekatan adalah aksiomatik, iaitu kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Jika menggunakan cara-cara melaksankan model, prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran, maka model, prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.



 KONSEP KAEDAH Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujukkepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Mengikut Edward M. Anthony, kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan berkaitan dengan model, prinsip



atau teori pembelajaran. Misalnya di dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri – penemuan yang mengandungi lima prosedur seperti: 1) Prosedur pertama



: mengenal pasti masalah



2) Prosedur kedua



: merancang penyelesaian



3) Prosedur ketiga



: mengumpul maklumat



4) Prosedur keempat



: membuat tafsiran



5) Prosedur kelima



: membuat kesimpulan



Didalam sesuatu pendekatan,terdapat banyak kaedah mengajar yang boleh digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri – penemuan,guru juga boleh menggunakan kaedah Socrates, kaedah induktif, kaedah penyiasatan, kaedah kerja praktis, kaedah dapatan dan sebagainya dalam pendekatan „daripada spesifik kepada umum‟.



 KONSEP TEKNIK Di bawah konteks pendidikan,teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut pandangan Edward M. Anthony(1963),teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Di antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah teknik bercerita,bersyarah,



perbincangan,



demonstarasi,



latih



tubi



dan



hafazan,



penyoalan,



sosiodrama, mainperanan, simulasi, penyelesaian masalah, sumbangsaran dan permainan. Kaedah mengajar boleh membentuk teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan satu teknik yang sesuai. Misalnya, prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita yang berkenaan. Demikian juga bagi prosedur-prosedur kaedah penyoalan, kaedah syarahan dan sebagainya. Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untu menarik minat murid,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik mengajar yang dipilih haruslah



berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini, pemilihan bahan pengajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. misalnya mengikut ujian Piaget, dalam perkembangan kognitif, kanak-kanak yang berumur 6-11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual dibawah menunjukkan penggunaan teknik mengajar mengikut aras kemahiran objektif pelajaran. Aras kemahiran



Teknik mengajar



Pengetahuan



Latih tubi dan hafazan



Kefahaman



Syarahan



Aplikasi



Demonstrasi



Analisis



Penyoalan



Sintesis



Perbincangan



penilaian



Sumbangsaran



Jadual 1.0 :Perhubungan aras kemahiran objektif pengajaran dengan teknik mengajar Teknik mengajar boleh diklasifikasikan kepada kategori-kategori yang menegaskan isis kandungan atau proses. Setengah-setengah teknik mengajar dikendalikan oelh guru dan setengah-setengah pula dikendalikan oleh murid.



KONSEP MENDEGAR DAN BERTUTUR Konsep mendengar Mendengar merupakan kemasukan input bahaa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa berupa penyerapan makna ayat dan ujuaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Mendengar membantu pendengar untuk memahami fakta dan idea yang diujarkan oleh penutur. Dalam hal ini, mendengar memerlukan perhatian dan menghendaki tumpuan yang berfokus pada peranan minda. Semasa mendengar, organism manusia hanya boleh menyerap maklumat tertentu dalam satu-satu masa. Hal ini bergantung pada keupayaan



otak seseorang individu untuk memproses dan memberikan respon terhadap input yang masuk melalui telinga. Untuk membolehkna maklumat tersebut dikekalkan, ia akan melalui proses kognitif dan dihantar ke ingatan jangka masa panjang.



Konsep bertutur Bertutur merupakan proses yang berkaitan dengan penghasilan dan persepsi bunyi yang dilafazkan secara lisan. Antara konsep umum tentang bertutur adalah seperti: a) Bertutur ialah keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. b) Bertutur melibatkan individu berkta-kata atau bercakap. c) Bertutur bermaksud penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. d) Bertutur merujuk kepada aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.



Konsep kemahiran bertutur di sekolah merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.



Objektif Kemahiran Bertutur



Tujuan bertutur Secara umumnya, tujuan bertutur dapat dikategorikan kepada empat iaitu: 1. Bertutur untuk tujuan memaklumkan Untuk mencapai tujuan ini, kita perlu mengaplikasikan tiga perkara yang terdapat dalam ujaran bermaklumat, iaitu memberitahu pendengar perkara yang akan kita perkatakan, ujurkan atau maklumkan perkara tersebut dan simpulkan perkara yang telah kita katakan itu.



2. Bertutur untuk tujuan mempengaruhi Merujuk kapada ujaran penutur yang menghendaki pendengar mengubah persepsi atau fikirannya tentang sesuatu perkara atau mempengaruhi pendengar mengambil langkah untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Dua perkara penting yang berhubung dengan bertutur untuk tujuan mempengaruhi adalah memastikan kehendak dan keperluan pendengar serta ,,menyediakan hujah yang relevan.



3. Bertutur untuk tujuan keseronokan Bertutur untuk tujuan keseronokan atau santai merujuk kepada pertuturan bagi menyukakan dan menghiburkan pendengar. Bertutur, untuk tujuan ini jarang dilakukan bersendirian kerana ia lazimnya disertakan dengan tujuan bertutur yang lain. Dengan kata lain, tujuan bertutur untuk keseronokan atau santai merupakan tujuan sampingan bertutur yang sebenar.



4. Bertutur untuk tujuan penyelesaian masalah Individu akan bertutur untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Untuk tujuan ini, penutur perlu tahu serba sedikit tentang pendengar yang akan mendengar pertuturannya. Antaranya seperti adakah pendengar mempunyai kepentingan peribadi terhadap perkara yang dituturkan dan apakah pendengar mempunyai pengetahuan dan pengalaman terhadap perkara tersebut. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar



Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu. Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh memperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melaluiaksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara



berperingkat-peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya. Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan. Oleh itu, motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak. Akhir sekali, perkara yang paling penting, ialah kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.



Prinsip kemahiran bertutur



Kemahiran bertutur mestilah diajar bersama-sama dengan kemahiran yang lain supaya ianya dapat menambahkan lagi pengetahuan murid. Oleh itu, sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti atau latihan guru haruslah merancang dengan teliti supaya proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih menarik dan tidak membosankan. Di sebabkan hal itu, setiap kemahiran yang ingin diajar kepada murid mestilah dijalankan secara terancang dan berperingkat. Contohnya dari aras senang ke aras yang sukar. Semasa melaksanakan aktiviti setiap murid haruslah diberikan peluang untuk mengambil bahagian supaya tiada murid yang ketinggalan. Justeru itu, semua bahan yang digunakan oleh murid haruslah mudah dan senang difahamii oleh murid supaya proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar.



Langkah pengajaran kemahiran bertutur



Sebelum hendak memulakan langkah pengajaran kemahiran bertutur guru haruslah memberikan definisi atau pengenalan kemahiran bertutur kepada murid-murid supaya mereka akan mendapat gambaran awal sebelum memulakan aktiviti. Selain itu, semasa menjalankan aktiviti guru haruslah memberikan perhatian dalam aspek-aspek pertuturan. Antaranya ialah sebutan, tekanan, intonasi, jeda, mora, nada, tatabahasa dan sebagainya. Terdapat tiga aras dalam kemahiran bertutur iaitu peringkat awal, pertengahan, dan lanjutan. Pada peringkat awal dalam kemahiran bertutur ialah murid akan diajar melafazkan pengucapan bertatasusila, mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar, menyoal untuk mendapatkan maklumat , membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi, menyoal soalanmudah



berdasarkan situasi tertentu, bertindak balas terhadap soalan mudah, memberi arahan dan sebagainya. Pada peringkat pertengahan pula, murid diajar ,membuat deskripsi tentang objek atau gambar, berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar yang bersiri, member satu siri arahan untuk membuat sesuatu , menyoal dan menjawab soalan-soalan yang berhubung dengan peribadi seseoarang, mengambil bahagian dalam perbualan mudah dan member komen secara mudah. Peringkat akhir sekali ialah peringkat maju, pula lebih menguji pelajar dalam kemahiran bertutur iaitu murid akan diminta mendeskiri sesuatu peristiwa, mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog, bertanya untuk mendapatkan maklumat, menerangkan proses dan peraturan,member ceramah dan mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bagi kemahiran mendengar ialah aktiviti perbualan,bercerita berlakon dan sebagainya.



Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.



Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur 1-



Kaedah terus



2-



Kaedah fonetik/ linguistik



3-



Kaedah eklektik



4-



Kaedah audio-lingual



5-



Kaedah komunikatif



KAEDAH TERUS



Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan



objek



sudu.



Perkataan



abstrak



contohnya,



sayang



pula



diterangkan



menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.



Contoh ayat : •



- Saya minum (ayat sebelumnya)







-Saya minum susu (ayat baru)



Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana muridmurid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.



KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK



Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [Əma?] untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid –murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca.



KAEDAH EKLEKTIK



Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.



KAEDAH AUDIO –LINGUAL



Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.



KAEDAH KOMUNIKATIF



Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna



terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.



TEKNIK- PENGENALAN



Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya.



Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur •



Teknik soal jawab







Teknik main peranan







Teknik lakonan/drama







Teknik permainan bahasa







Teknik hafazan







Teknik latih tubi







Teknik perbincangan







Teknik penyelesaian masalah



 TEKNIK SOAL JAWAB



Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan



dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.



Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab : •



- untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid







-untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis







-untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar



Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.



 TEKNIK MAIN PERANAN



Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid –murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.



 TEKNIK LAKONAN/DRAMA



Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang



dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.



*teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip



 TEKNIK PERMAINAN BAHASA



Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu : •



Permainan menyampaikan pesanan







Permainan tekalah saya







Permainan memerhati dan mengingat







Permainan berpasangan







Permainan slip undian



 TEKNIK HAFAZAN



Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan.



 TEKNIK LATIH TUBI



Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :



Aspek kebolehan menggunakan bahasa •



Sebutan (accent)



Huraian 



menyebut perkataan atau suku



kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi







Tatabahasa (grammar)







penggunaan bahasa yang tepat



berdasarkan



hukum-hukum



bahasa



daripada semua aspek







Perbendaharaan kata (vocabulary)







meluaskannnya



penggunaan



imbuhan



dengan yang



sesuai



berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu



Kefasihan (fluency)







lain



menggunakan perkataan dan laindengan



cara



spontan



tanpa



menitikberatkan maksudnya







Kefahaman (comprehension)







latihan memahami soalan dan



mengemukakan jawapan yang wajar



 TEKNIK PERBINCANGAN



Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :



1-



Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.



2-



Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua.



3-



Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah.



4-



Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.



 TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH



Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini :



1- Sesuatu



masalah



harus



diberikan



sebaik



sahaja



murid-murid



memperolehi



ilmu



pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.



2- Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.



3-



Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.



4-



Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.



5- Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 31 Julai 2013 Tahun : 2 Matapelajaran : Bahasa Malaysia Kelas :2 Amanah Bilangan Murid : 30 Orang Masa :10.05-11.05 pagi (60 minit) Tema : Saya Anak Malaysia Tajuk : Bahasa Kita Standard Kandungan : 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul. Standard Pembelajaran : 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata ganda penuh dan betul dalam pelbagai konteks. Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :i)



Menuturkan 3 daripada 6 kata ganda penuh dengan betul secara individu.



ii)



Mengenalpasti 5 daripada 6 kata ganda penuh dengan tepat secara individu.



Pengisian Kurikulum : a) Ilmu



: Pendidikan Islam



b) Nilai



: Bekerjasama,rajin



c) Peraturan sosiobudaya



: Menggunakan bahasa yang sopan



Elemen Nilai Tambah : a) Kecerdasan Pelbagai



: Kinestatik,verbal linguistik,interpersonal



b) Kemahiran Berfikir



: Mengenalpasti,menjana idea.



c) BCB



: Bacaan intensif.



Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan inovasi. Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid pernah menggunakan penggunaan kata ganda penuh dalam kehidupan seharian. Sistem Bahasa :



a) Kata Ganda Penuh b) Kosa kata : Kemas



Bahan Bantu Mengajar : Buku teks,kad imbasan,marker,power point,audio,lirik lagu Penilaian Pengjaran dan Pembelajaran : Murid dapat menyatakan contoh lain bagi kata ganda dan dapat mengenalpasti kata ganda penuhyang betul untuk diisi dalam petak kosong.



LANGKAH



ISI PELAJARAN



Set Induksi



Lagu „kata ganda‟



(5 minit)



“Putih-putih melati”



LANGKAH/ISI 



CATATAN



Guru memasang lagu Putih - putih BBM:



Melati. 



Guru mengedarkan lirik kepada



-Audio,



murid. 



Guru dan murid-murid menyanyi



-lirik lagu



lagu tersebut secara bersamasama. 



Guru meminta murid menyatakan kata ganda yang terdapat dalam lagu tersebut.







Guru



meminta



murid



untuk



mengaitkan lagu tersebut dengan pelajaran hari tersebut. Langkah 1



Melengkapkan teks







Guru menerangkan tentang kata BBM:



ganda penuh. 



Murid diminta memberi contoh lain -Buku teks bagi kata ganda penuh.







Guru meminta murid membaca KB: secara



senyap



melengkapkan



dan Mengenalpasti



teks



tempat



kosong Menjana idea



dengan jawapan yang betul. 



Murid di pilih secara rawak untuk KP: memberi jawapan bagi tempat Verbal kosong yang perlu di lengkapkan linguistik dengan kata ganda. BCB : Bacaan intensif



Langkah 2



Kata ganda penuh :







Sihat-sihat Gemuk-gemuk



Guru menulis beberapa contoh KB : kata ganda penuh di papan tulis.







Menjana idea



Murid di minta untuk membina



Pokok-pokok



ayat menggunakan kata ganda KP :



Cantik-cantik



penuh yang terdapat di papan tulis Verbal



Kereta-kereta



dengan



tulisan linguistik



menggunakan



berangkai. 



Murid di pilih secara rawak untuk membacakan ayat yang dibina menggunakan kanta ganda penuh tersebut.







Guru memberi peneguhan kepada mereka.



Langkah 3



Kosa kata







Murid di bahagikan kepada 6 BBM: Kamus



kumpulan. Kunci







dibekalkan Kad imbasan



Setiap



kumpulan



Kemas



dengan



sebuah



Rumah



imbasan dan marker pen. 



kamus,kad Marker pen



Guru menulis kosa kata di papan KB :



tulis. 



Guru



memberi



penerangan Menjana idea



kepada murid terhadap aktiviti KP :



yang akan dilaksanakan. 



Dalam kumpulan tersebut murid- Verbal murid dikehendaki mencari linguistic maksud perkataan yang diberikan Interpersonal di



papan



tulis



dengan Nilai :



menggunakan kamus. 



Murid



dikehendaki



mencatat Bekerjasama



maksud perkataan yang dijumpai di atas kad imbasan yang telah



dibekalkan. 



Murid di kehendaki membacakan makna



perkataan



yang



telah



membuat



demonstrasi



dijumpai. Langkah 4



Cerita “Kata Ganda







Penuh”



Guru



bercerita berdasarkan teks. 



Guru memilih murid secara rawak untuk bercerita di hadapan kelas.



Penutup



Penutup Sosial







Guru



dan



menyanyikan



(5 minit)



murid-murid lagu



“putih-putih



melati” sambil membuat gerakan. 



Guru



meminta



murid



untuk



menyebutkan 5 kata ganda penuh secara rawak.



Tarikh



:



26 Julai 2013



Masa



: 10.05- 11.05 pagi (60 minit)



Tahun



:



2 Bijak



Mata Pelajaran :



Bahasa Malaysia



Tema



:



Alam Sekitar



Tajuk



:



Habitat Haiwan



Hasil Pembelajaran: Fokus Utama : 2.1



Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik



dan jelas.



Aras 2



i.



Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.



Fokus Sampingan: 5.1



Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan



memahami perkara yang dibaca.



Aras 1 iii.



Memahami perkataan, frasa dan ayat.



Standard Kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul



Standard Pembelajaran : 2.2.2 Membaca dan memahami frasadalam ayat yang mengandungi perkataan



dua



atau



tiga



sukukata, diftong,



vokal



berganding, digraf



dan



konsonan



bergabung dengan sebutan yang betul



Standard Prestasi :



B1 D1 E2 Menyebut perkataan yang mengandungi diftong,vokal



berganding, digraf dan konsonan bergabung



Pada akhir pengajaran, murid dapat : 1.



Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan



slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan di keduaduanya. 2.



Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.



Kemahiran bahasa : Mendengar dan bertutur



Sistem Bahasa: Tatabahasa: Morfologi



-



Kata Nama



Pengisian Kurikulum: Ilmu - Dunia Sains, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik Nilai - Kerjasama - Berdisiplin



Kemahiran Bernilai Tambah: -



Kemahiran Berfikir



-



Kecerdasan Pelbagai



Elemen Kerentas Kurikulum : Kreativiti



Kosa Kata: buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.



Langkah/



Isi Pelajaran



Aktiviti Pengajaran



Masa Set Induksi ( 5 minit )



Catatan



Pembelajaran Beberapa bunyi haiwan 1.Murid meneka beberapa bunyi BBM dimainkan oleh guru



haiwan yang dimainkan oleh Binatang (MP3) guru.



-kucing -ayam



KBT:



-kuda



Kemahiran Berfikir



-burung



Langkah 1



: Bunyi



Slaid Habitat Haiwan



1. Murid dikehendaki melihat BBM: paparan paparan



(20 minit)



slaid



yang



telah slaid ,PPT



disediakan oleh guru. -Haiwan yang hidup di darat.



KBT:



2.Ketika slaid ditayangkan, guru menyoal



beberapa



soalan-



soalan mudah kepada murid untuk -Haiwan yang hidup di



memastikan



Kecerdasan pelbagai



tahap - Verbal linguistik



kefahaman murid.



dalam air. 3.Setelah selesai melihat slaid, secara



berpasangan



murid



BCB :



boleh diminta



untuk



menceritakan Kemahiran



hidup di darat dan di tentang



slaid



yang



-Haiwan



dalam air.



yang



ditayangkan



iaitu



„Habitat Haiwan‟.



telah



berkenaan



Lisan Kemahiran Berfikir: -Menilai mentaksir



dan



Langkah 2 (10 minit)



1.Murid membaca kuat 1.Guru



membaca



perkataan



dan



dan



ayat perkataan



ayat



kuat BBM: dengan



dengan sebutan dan sebutan dan intonasi yang betul intonasi yang betul .



dan diikuti oleh murid.



- paparan slaid, PPT -Aktiviti1



2.Guru



membimbing 2.Kemudian



murid



guru



memilih -Aktiviti2



membaca seorang murid untuk membaca



dengan betul.



kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikut murid tersebut.



3.Murid



-Kemahiran



menjawab



soalan-soalan



yang 3.Aktiviti ini diteruskan dengan



disediakan guru.



BCB:



bacaan mekanis



memilih murid yang lain untuk -Kemahiran membaca



secara



rakan-rakan



kuat



lain



dan mencari perlu maklumat



mengikutnya.



4.Setelah



selesai



aktiviti



membaca, murid diminta untuk menjawab



beberapa



soalan



yang telah disediakan.



Langkah 3



1.Murid



mengelaskan 1.Guru



haiwan (20 minit)



mengikut yang



habitatnya petak



di



yang



mengedarkan mengandungi



kertas petak-



dalam petak darat sahaja, air sahaja telah serta darat dan air.



BBM:



disediakan. Aktiviti3



2.Murid



melukis



mewarna



dan 2.Murid



gambar memenuhkan



tersebut



mengikut tersebut



kreativiti



masing- gambar



masing.



3.Guru bimbingan memantau



(5minit)



Murid



untuk KBT: petak-petak



dengan haiwan



melukis mengikut



memberi 3.Kemudian, murid dikehendaki dan mewarnakan gambar tersebut aktiviti mengikut



kreativiti



masing-



masing.



membuat 1. Murid dibimbing merumuskan BBM:



rumusan tentang tajuk perkara yang dipelajari. pelajaran



Spatial dan ruang



habitatnya.



murid.



Penutup



diminta



Slide PPT lagu



dengan



bantuan guru.



Youtube 2.Murid



menyenaraikan



lagu



nilai haiwan



murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka. Nilai Murni:



3.Murid menyayikan lagu yang telah disediakan bersama-sama



Cintai



dan



sayangi haiwan.



guru KBT: Muzik



RUMUSAN RPH Berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) yang bertajuk „Habitat Haiwan‟ yang telah di hasilkan, di sini kami telah mengenal pasti beberapa konsep pendekatan,kaedah dan teknik yang diselitkan dalam RPH ini. RPH yang dihasilkan ini mengambil kira aspek umur,topik,dan jenis pengajaran yang akan dilakukan di kelas murid tahun 2. Setelah meneliti cara melaksanakan RPH yang sebenar, kesedaran bahawa untuk melaksanakan sesi pengajaran yang berkesan memerlukan beberapa teknik,pendekatan dan kaedah yang sesuai, hal ini kerana apabila menjalankan pengajaran sebenar dalam kelas, memerlukan kemahiran yang tersendiri jika tidak objektif pengajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya. Seperti yang kita sedia ketahui, mengajar merupakan satu kemahiran sebagaimana kemahiran-kemahiran lain. Kemahiran mengajar dapat dibina dan dihalusi dengan cara mempelajari dan mempraktikkan kaedah-kaedah dan teknik-teknik tertentu. Oleh itu, dalam usaha untuk mewujudkan sekolah yang berkesan, perlulah ditentukan terlebih dahulu kaedah-kaedah pengajaran yang akan digunakan atau diketengahkan untuk melaksanakan kurikulum yang dirancang supaya ianya akan berkembang mengikut matlamat yang ditentukan. Walaupun telah banyak kaedah-kaedah pengajaran yang baru yang telah diperkenalkan ,tetapi dalam sesuatu sesi pengajaran perlu juga ditekankan bahawa tiada satu formula yang betul-betul dapat menentukan bagaimana cara untuk mengajar, tetapi perlu dilakukan ialah menyesuaikan kaedah itu dengan kehendak dan kehidupan manusia yang dinamik. Oleh itu, berdasarkan RPH yang telah hasilkan itu, telah di kenalpasti kaedah,teknik dan pendekatan yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran .



 TEKNIK Berdasarkan RPH yang telah di hasilkan,beberapa teknik yang sesuai dengan topik pelajaran telah dikenal pasti, antaranya ialah teknik bercerita. Di mana dalam langkah kedua murid-murid dikehendaki menyampaikan cerita berkaitan tajuk Habitat Haiwan berdasarkan slaid yang ditayangkan, kerana bercerita ialah cara paling penting dalam menghubungkan pengetahuan. Bercerita boleh digunakan sebagai satu cara paling berkesan dalam pengajaran. Bercerita merupakan satu seni yang mempunyai tujuan untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain melalui ucapan yang sederhana, jelas, menarik, tersusun tahap-tahap kejadian, dengan demikian mereka dapat membentuk semula peristiwa-peristiwa itu dan membayangkan dalam



imaginasinya melalui pengalaman yang lalu sebagai penonton atau peserta. Murid-murid lebih tertarik dengan aktiviti dan penyataan yang dapat dilihat berbanding huraian yang panjangpanjang. Teknik seterusnya yang dipraktikkan ialah teknik penyoalan ini kerana penyoalan memainkan peranan yang penting dalam



pembalajaran, pengajaran dan ujian. Guru telah



menanyakan murid-murid tentang habitat haiwan,dan meminta mereka untuk menjawabnya. Guru telah memanggil nama murid yang dipilih dan memintanya menjawab persoalan yang di ujarkan. Bagi guru yang tidak pernah menyoal ,adalah guru yang tidak mengajar, sebenarnya kekuatan soalan-soalan adalah merupakan salah satu dari seni halus dalam pembelajaran. Penyoalan juga merupakan cara yang penting untuk memberangsangkan pembelajaran dan pemikiran murid-murid. Pemilihan teknik penyoalan juga merupakan cara dapat menyatukan fikiran guru dan murid dan daya kreatif murid dapat ditimbulkan. Teknik seterusnya yang



di



garap daripada RPH,adalah teknik memberi jawapan. Iaitu guru menyuruh murid yang dipanggil namanya untuk menjawab soalan. Untuk pembentukan jawapan memerlukan usaha dan usaha yang disumbangkan oleh murid adalah bergantung kepada standard yang dikehendaki guru. Murid-murid perlu disuruh menjawab soalan dengan suara yang lantang supaya murid dalam bilik darjah boleh mendengarnya. Teknik seterusnya ialah,teknik penggunaan ilustrasi. Penggunaan ilustrasi dapat dilihat dengan melukis dan mewarna



gambar haiwan sebagai



bahan bantu mengajar. Ilustrasi dapat merangsang pancaindera dan imaginasi murid-murid, menerangkan idea dengan lebih jelas dan membolehkan mereka memahami pengetahuan dengan betul. Teknik terakhir yang di gunakan dalam RPH ialah teknik penggunaan Slaid power point.Di mana ia dapat meningkatkan tahap minat murid terhadap teknologi maklumat dengan penggunaan bunyi,gambar dan teks-teks yang menarik dan pelbagai.Di samping itu juga penggunaan power point dapat dikembangkan ke dalam kenyataan-kenyataan umum.Di samping itu juga ia dapat menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dapat membina cara berfikir yang positif. Kesimpulannya, teknik yang di gunakan dan di praktikkan dalam RPH adalah bersesuaian dengan pengajaran.



9.2 KAEDAH Persoalan kepentingan kaedah ini adalah sama pentingnya dengan objektif dan kurikulum yang dinyatakan dalam mana-mana sistem falsafah pendidikan. Oleh itu, RPH yang di hasilkan mengambil kira beberapa kaedah yang antaranya kaedah terus. Kaedah terus ini dapat dilihat semasa set induksi,di mana guru meminta murid-murid mendengar dengan teliti bunyi binatang



dan meneka apakh binatang tersebut dan pada langkah penutup murid-murid menyanyikan lagu „bunyi haiwan‟ berpandukan lirik yang terdapat dalam video.Antara ciri pengajaran bahasa berdasarkan kaedah ini ialah mengutamakan bahsa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama atau bahasa ibunda murid belajar secara mendengar dan bertutur dahulu.Kaeadah ini juga boleh dianggap sebagai kaedah gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa. Yang seterusnya ialah menggunakan kaedah audio lingual.Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam seperti di langkah satu,langkah dua dan penutup. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi haiwan daripada audio).Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.



Kaedah yang seterusnya, ialah kaedah pengajaran secara kelas dan kumpulan. Kaedah yang di pilih ini kebiasaanya digunakan oleh kebanyakan guru bagi menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya di sekolah-sekolah



kerana kaedah ini mudah bagi guru-guru



yang



kebolehannnnya terhad. Kelebihan teknik ini adalah boleh menjimatkan masa dan tenaga,kerana kebanyakan dalam sebuah kelas,murid menghadapi kesulitan yang serupa dalam pelajarannya. Selain itu,ia menghidupkan semangat kerjasama, jika seoarang guru itu cekap dia akan dapat menyuruh murid-muridnya bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau melaksanakan projek. Kaedah terakhir yang di praktikkan ialah, kaedah unit. Kaedah unit adalah satu kaedah yang terbaru dalam bidang pendidikan. Kaedah ini menghendaki penglibatan murid-murid yang lebih aktif dalam proses pembelajaran. Kaedah unit terbahagi kepada tiga iaitu unit pelajaran,unit pengalaman dan unit sumber. Di mana kaedah telah menggunakan kaedah unit pelajaran kerana topik yang di ambil kira mempunyai tema,dan tajuk. Tema yang menjadi topik pengajaran ini ialah „habitat haiwan‟ .Perancangan dan pengajaran



unit menyediakan peluang yang luas untuk pembinaan fikiran yang kritis dan



meningkatkan kebolehan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti seperti perbincangan dan percubaan. Organisasi pengalaman dan bahan-bahan dalam unit memudahkan murid-murid



mempelajari perhubungan-perhubungan, konsep-konsep dan proses-proses yang bermakna. Sesuatu yang dipelajari dalam konteksnya yang sebenar biasanya dapat disimpan dalam ingatan dalam ingatan dalam jangka yang lebih lama.



9.3 PENDEKATAN Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu matapelajaran. Pendekatan yang di ambil berlandaskan kepada model, prinsip dan teori pembelajaran. Pendekatan juga dianggap aksiomatik, iaitu kenyataannya benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Oleh itu, pendekatan yang telah di pilih ialah pendekatan elektik yang mana pendekatan ini merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan juga pendekatan deduktif. Melalui pendekatan elektik ini, murid-murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran. Guru memberikan input terlebih dahulu. Oleh itu, murid lebih mudah untuk memberikan contoh-contoh. Ini bermakna pembelajaran akan berlaku secara dua hala iaitu guru dan murid. Pendekatan ini akan memudahkan murid-murid memahami dengan lebih terhadap pembelajaran yang diajar. Di samping itu, melalui pendekatan ini guru tidak terikat dengan pendekatan-pendekatan yang lain dan ini akan memudahkan pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru dengan kreativiti tersendiri. Kreativiti yang cuba disampaikan oleh guru semasa pembelajaran akan menjadikan suasana pembelajaran dalam kelas menarik dan tidak membosankan muridmurid. Pendekatan ini juga lebih banyak menggunakan latihan. Guru boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid. Oleh itu, murid-murid tidaklah terasa terlalu berat untuk meneruskan pembelajaran ini.



BIBLIOGRAFI



http://aliassidek.blogspot.com/2009/07/kemahiran-mendengar-dan-bertututr.html http://www.slideshare.net/nshashari/03-kemahiran-mendengar-dan-bertutur http://www.scribd.com/doc/26242082/Kemahiran-Mendengar-Dan-Bertutur http://catatannota.blogspot.com/2012/02/tajuk-2-kemahiran-mendengar-dan.html Kamaruddin Haji Husin,Pedagogi Bahasa,Longman Malaysia Sdn.Bhd,1988. Musa



bin



Bhd,1992



Daia,



Kaedah



dan



Teknik



Pengajaran,



Badan



Bookstore



Sdn.