Diploma Disease [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Bagaimana Diploma Disease boleh menyumbang kepada berlakunya inflasi pendidikan dan kemerosotan kualiti kelayakan?



Istilah Diploma Disease pertama kali diperkenalkan oleh Ronald Dore, seorang Profesor British yang mengkhususkan diri dalam mengkaji ekonomi Jepun. Istilah ini merujuk kepada set kepercayaan yang memperoleh lebih banyak pendidikan formal pada dasarnya menjadikan seseorang lebih layak untuk pekerjaan tertentu, semata-mata kerana mereka mempunyai tahap pembelajaran yang lebih tinggi. Istilah ini juga mengkritik kebergantungan yang berlebihan terhadap institusi pendidikan formal dan kelayakan pendidikan sebagai merit yang mencukupi untuk pekerjaan tertentu . Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Pelaburan yang tinggi setiap tahun dalam sektor pendidikan tanpa mengambil kira keseimbangan permintaan dan penawaran di antara jumlah/jenis kursus dan jumlah atau jenis pekerjaan. Menurut Raze Norshyahman bin Shahril (2015), terlebih pendidikan dan inflasi pendidikan dalam sektor awam di Putrajaya. Pergantungan yang berlebihan terhadap sijil pendidikan sebagai bukti keupayaan atau merit untuk melayakkan diri dalam sesuatu pekerjaan ataupun memasuki pasaran tertentu. Mereka mempercayai bahawa kelayakan individu lebih penting daripada kemahiran atau pengetahuan yang dikuasai. Kebanyakan rakyat juga beranggapan bahawa sijil pendidikan merupakan kunci untuk mendapatkan bayaran tertinggi untuk kebanyakan kerja. Pemikirannya belajar lebih banyak, untung lebih banyak. Oleh itu, mereka berusaha untuk mendapatkan pensijilan tinggi. Dasar liberalisasi di pertengahan tahun 1990an menyebabkan banyak universiti awam dan swasta yang dibuka. Senario ini secara langsung telah membuka peluang kepada lebih ramai orang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi menangani masalah pengangguran selepas kemelesetan ekonomi tahun 2008 dan 2009. Selain itu, kerajaan juga telah menangguhkan kemasukan para graduan lepasan ijazah pertama ke pasaran buruh dengan memberi bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah.



Secara tidak langsung menyebabkan lambakan bakal pekerja yang mempunyai kelayakan pendidikan yang tinggi sedangkan kebanyakan sektor pekerjaan masih lagi mengekalkan syarat kemasukan kerja dengan pendidikan maksimum diploma ataupun ijazah pertama. Menurut kajian JobStreet, 68% graduan meminta gaji dan faedah yang tidak realistic dan 30% graduan mengharapkan gaji permulaan RM6500. Graduan tidak berminat pada pekerjaan yang tidak berkaitan dengan bidang dipelajari dan tidak bersedia belajar perkara yang baharu. Dalam kajian Psacharopoulos dan Patrinos (2004) ke atas 121 buah negara di dunia termasuk Malaysia menunjukkan penambahan penawaran pendidikan telah menyebabkan kadar pulangan pendidikan berkurangan. Fenomena terlebih didik atau inflasi pendidikan bagi kes Malaysia berlaku berikutan peningkatan pelaburan modal manusia telah menyebabkan ketaksepadanan pekerjaan di mana pekerja terpaksa menjawat jawatan atau menerima pekerjaan yang lebih rendah daripada kelayakan yang dimiliki. Punca yang menyebabkan fenomena ini berlaku boleh juga disebabkan oleh peningkatan piawaian pengambilan pekerja baru. Ketaksepadanan pekerjaan ini menyebabkan pekerja membayar penalti dalam bentuk pengurangan kadar pulangan pendidikan (Zainizam Zakariya & Mohd Asri Mohd. Noor 2014 dan Zulkifly et al. 2010). Walaubagaimanapun, impak pelaburan ini akan memenuhi hasrat dan matlamat kerajaan memperoleh modal insan berpendapatan tinggi yang berteraskan pengetahuan dan inovasi menjelang tahun 2020. Kesan Diploma Disease yang pertama ialah ketidakadilan terhadap sistem pendidikan dalam masyarakat. Tujuan pendidikan adalah untuk meningkatkan tamadun manusia dengan cara mendidik manusia. Namun, di universiti siswazah belajar untuk mendapatkan kelayakan berbanding untuk mendapatkan ilmu berguna bagi melakukan sesuatu yang berfaedah. Malah, majikan menggunakan tahap pendidikan untuk menilai manusia, mencari pekerja yang mampu melakukan kerja yang ditawarkan kelak. (Eric Ashby, 2015) Ahli ekonomi telah mengandaikan pendidikan adalah satu pelaburan yang perlu ditaksir dengan pulangan berbentuk kewangan sebagai sumbangan kepada ekonomi. Majikan pula telah mencipta kecelaruan inflasi dalam kelayakan pekerja. Contohnya kerani perlu tahu membaca, menulis dan mengira. Namun, majikan memerlukan mereka yang ada sijil atau diploma untuk memegang jawatan. Pereka polisi untuk pendidikan pula telah menguasai pasaran dalam diploma market. Mereka boleh menggubal undang-undang untuk



menidakkan pemberian diploma kepada yang tidak layak bagi mengelakkan salah guna diploma tersebut. Kurikulum yang diimport digunakan untuk melayakkan pelajar dalam penganugerahan diploma. Namun,diploma digunakan secara sembarangan sebagai kad akses kepada pasaran kerjaya di mana peluang pekerjaan bergantung kepada kelulusan diploma, ini telah memberi tekanan kos pembiaayan sistem peperiksaan di universiti berbanding pendidikan yang sebenar. Negara-negara miskin perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pendidikan seterusnya menghasilkan kerosakan terhadap sistem pendidikan itu sendiri. Kesan yang kedua ialah dorongan untuk melanjutkan pelajaran dalam masyarakat bertambah. Puncanya ialah banyak pusat pengajian tinggi diwujudkan dan terdapat kemudahan bantuan kewangan oleh kerajaan. Harapannya, dengan kelayakan yang lebih tinggi, peluang untuk mengisi kekosongan sesuatu jawatan lebih cerah walaupun kadang-kadang jawatan yang diterima memerlukan kelayakan yang lebih rendah berbanding dengan keperluan sebelumnya. Namun, pencapaian pendidikan individu yang berlebihan menyebabkan berlaku ketakpadanan pekerjaan dalam pasaran buruh dalam bentuk inflasi pendidikan. (Zulkifly Osman, Ishak Yussof & Abu Hassan Shaari Mohd Nor, 2009) Kajian dalam diploma disease berpendapat bahawa sIstem birokrasi dalam kerjaya merupakan trend yang berpanjangan dan tidak boleh diubah. Sector awam memperkenalkan system pembayaran gaji berbentuk performancerelated, di mana ianya bertentangan dengan kerjaya yang ditawarkan oleh banyak syarikat persendirian yang besar secara birokrasi terutamanya di Jepun. (Dore, 1997) Diploma disease menyumbang kepada pendidikan qualification-earning. menurut Dore, pendidikan tersebut bersifat jemu dan diselubungi oleh bimbang dan bosan, merosakkan rasa ingin tahu dan imaginasi. Namun, pelajar yang didedahkan dengan pembelajaran berasaskan qualification-earning sejak dari kecil lagi berkecenderungan untuk menjadi seorang yang bersifat performanceevaluation, berkebolehan untuk mengambil inisiatif dalam keusahawanan yang mana diperlukan oleh industri. (Dore, 1997a) Kesan yang seterusnya ialah pekerjaan yang sama memerlukan kelayakan yang lebih tinggi berbanding dengan dahulu untuk mengisi kekosongan jawatan. Pengambilan buruh yang lebih ketat dari aspek permintaan majikan. Tingkatan kelayakan yang lebih tinggi daripada sebelum untuk mengisi



kekosongan jawatan yang sama. Tahap kelayakan kerja meningkat yang disebabkan penawaran pekerja yang berlebihan dan persaingan untuk mendapatkan pekerja yang paling baik dan professional. Maka, ia telah membawa kepada penurunan nilai pendidikan secara tidak langsung. Kesan yang keempat ialah ketidakpadanan pekerjaan. Pekerja terpaksa menerima hakikat ketidakpadanan pekerjaan demi nafkah. Ketidakpadanan pekerjaan menyebabkan wujudnya aliran menurun dari segi kadar pulangan terhadap pendidikan. Ketidakpadanan pekerjaan menyebabkan pekerja yang terlibat terpaksa membayar penalti dalam pengurangan kadar pulangan pendidikan. Kadar pulangan pendidikan dengan inflasi pendidikan adalah lebih rendah daripada pekerja yang berkelayakan sepadan. Kadar pulangan bersih pendidikan menjadi nagatif. Implikasinya, walaupun pengangguran berlaku dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi, khususnya dalam kalangan siswazah, ini tidak bererti bahawa penumpuan terhadap pengajian pada peringkat berkenaan harus dikurangkan. Lebih-lebih lagi apabila pembolehubah inflasi pendidikan adalah signifikan dan mempunyai tanda positif. Dalam hal ini, sebenarnya tidak berlaku lebihan pendidikan dalam sistem pendidikan negara. Implikasinya, jika bantuan kewangan yang disediakan kerajaan dalam budget kecil baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar, maka walaupun ia dapat membantu meringankan masalah pengangguran siswazah semasa, namun kesan negatif akibat ketakpadanan pekerjaan dalam bentuk inflasi pendidikan akan menjadi lebih serious pada masa hadapan.