Diskriminasi [PDF]

  • Author / Uploaded
  • jia
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Modul: MPU 3113 Hubungan Etnik Nama: Lum Jia Yee Kohort: ME121 ID Pelajar: 00000032797 Topik: Diskriminasi



1.0 Pengenalan Diskriminasi merupakan masalah serius yang belum dapat ditangani dengan sempurna di Malaysia. Diskriminasi ialah sikap berat sebelah terhadap sekumpulan orang berdasarkan kaum, agama dan jantina mereka. Antaranya, diskriminasi etnik adalah masalah utama di Malaysia. Diskriminasi selalu berlaku akibat salah faham atau stereotaip yang diturunkan dari generasi dahulu.



2.0 Isi-isi Salah satu masyarakat yang selalu menghadapi masalah diskriminasi di Malaysia ialah orang India. Masalah ini sangat terserlah contohnya ketika mereka hendak mencari tempat tinggal untuk sewa. Oleh sebab stereotaip bahawa orang India selalu hutang sewa rumah atau tidak bayar tepat masa dan tiada tabiat menjaga kebersihan rumah, banyak pemilik rumah menjadi lebih cenderung untuk menolak penyewa orang India. Ini menyukarkan orang India untuk mencari tempat tinggal yang selesa. Tambahan juga, sekolah Tamil kurang mendapat sokongan oleh pihak kerajaan dan orang ramai berbanding dengan sekolah kebangsaan dan sekolah Cina, Sebilangan majoriti sekolah Tamil di Malaysia tidak dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan tidak mempunyai kelengkapan yang baik, tidak seperti sekolah Cina yang mempunyai Lembaga pengarah sendiri dan sekolah kebangsaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Satu contoh mengenai isu tersebut adalah seperti berikut, pada tahun 2014, cadangan Pulau Pinang untuk membina sekolah menengah Tamil pertama ditolak oleh Kerajaan Persekutuan kerana kerajaan yang diketuai Barisan Nasional ketika itu risau tidak membangkitkan perasaan tidak puas hati



orang India di negeri lain (Ramasamy, 2016). Namun begitu, masih tidak nampak usaha lanjut untuk mendorong pembinaan sekolah menengah Tamil di negeri-negeri lain dan hal ini boleh dikatakan bahawa tidak dibincangkan lagi. Oleh itu, sebahagian rakyat akan menganggap bahawa pemerintah tidak berusaha memperjuangkan permintaan yang memihak orang India dan mendiskriminasi mereka. Selain itu, masalah diskriminasi terhadap wanita juga amat prominen di Malaysia, terutamanya di tempat kerja. Isu ini terbaik dibuktikan oleh perbezaan gaji antara pekerja lelaki dan pekerja wanita yang mempunyai pangkat yang sama. Menurut beberapa kajian dan tinjauan, majoriti pekerja wanita melaporkan bahawa mereka pernah mengalami diskriminasi di tempat kerja mereka, seperti mendapat gaji yang kurang daripada rakan sekerja lelaki, menghadapi gangguan seksual dan dinafikan hak menaik pangkat oleh sebab stereotaip bahawa wanita tidak sesuai menjadi ketua. Isu diskriminasi janita ini bukan sahaja membangkitkan perasaan rendah diri dan hilang keyakinan diri, tetapi juga bersifat merugikan pihak syarikat kerana tidak memanfaatkan potensi antara kalangan pekerja wanita. Lebih lagi, selain diskriminasi jantina, sikap diskriminasi kaum dan agama di tempat kerja juga menyebabkan pekerja hilang motivasi dan kurang bersemangat untuk bekerja, dan akibatnya menjejaskan prestasi kerja secara keseluruhan. Dalam situasi lebih buruk, mereka yang menghadapi diskriminasi di tempat kerja akan berasa malu dan mungkin menghadapi kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety). Walaupun hampir mustahil untuk mengatasi isu diskriminasi sepenuhnya dalam mana-mana komuniti, namun, usaha untuk mengurangkannya tetap boleh diambil. Pertamanya, seseorang boleh menghadiri sesi kaunseling untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menghadapi diskriminasi. Kaunselor pasti akan memberikan nasihat dan bantuan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut. Di samping itu, apabila kita terjumpa pihak lain yang menghadapi masalah diskriminasi, kita harus berani untuk bersuara dan menyoal pembuli tersubut. Sebilangan orang tidak sedar bahawa kata-kata atau tindakan mereka kurang sensitif dan mungkin menimbulkan perasaan kurang selesa orang lain. Jadi, hanya dengan penerangan dan peneguran yang memadai, mereka akan sedar bahawa perbuatan mereka tidak sensitif terhadap perasaan orang lain dan akan menjejaskan emosi pihak lain dan seterusnya mereka akan insaf serta berhenti melakukannya. Pendidikan di sekolah juga memainkan peranan yang penting, terutamanya melalui Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik, dengan memberi kesedaran kepada



pelajar-pelajar tentang kesan negatif diskriminasi dan mengajar mereka cara menangani masalah diskriminasi sendiri atau pihak lain dalam kehidupan seharian.



3.0 Kesimpulan Secara konklusi, isu diskriminasi bukan suatu masalah yang mudah dihadapi dan ditangani, terutamanya di Malaysia yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat berbilang kaum dari pelbagai latar belakang. Walau bagaimanapun, sekiranya semua pihak sudi bertolak ansur, memahami dan bersikap toleransi terhadap mereka yang berlainan daripada sendiri, serta memupuk nilai-nilai tersebut melalui pendidikan, tentunya masalah diskriminasi dapat ditangani. Lagipun, tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat tanpa diskriminasi tentu menjadi masyarakat yang aman murni.



4.0 Rujukan Azim (n.d.). Diskriminasi Pekerjaan Di Malaysia. Solidaritas. https://solidaritas.my/diskriminasi-pekerjaan-di-malaysia/ Isa, Rahman, Patah (2020). Hubungan Antara Diskriminasi Jantina Dengan Niat Pekerja Wanita Untuk Kekal Bekerja. Jurnal Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia. https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/395 Mustafa (2020). Tiada diskriminasi kaum. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/72558/KHAS/ Ramasamy (2016). Trajectory of Tamil Education in Malaysia. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/334872