10 Contoh Soalan Mengikut Aras Taksonomi Bloom [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

10 Contoh Soalan Mengikut Aras Taksonomi Bloom. 1. Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. ______________ bertugas di hospital itu sejak tiga tahun yang lalu. A. Beliau B. Saya C. Dia D. Aku Aras: Pengetahuan 2. “Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga_____________,” kata dayang kepada Laksamana. A. beta B. patik C. tuanku D. baginda Aras: Pengetahuan



3. Apakah tujuan utama Hari Kantin diadakan ? A. Mengumpulkan wang bagi persatuan di sekolah B.Membeli buku-buku untuk sudut bacaan C.Menjual pelbagai jenis barang D.Membuka gerai-gerai jualan. Aras: Pemahaman



4.. Klinik Hassan terletak di___________ bank________ Restoran Muhibah. A. sebelah…….dan B. samping……. serta C. tengah……..antara D. antara……dengan Aras: Aplikasi



5. Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar. Aras: Aplikasi



6. Cuti sekolah boleh dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.Tuliskan karangan tentang aktivitiaktiviti yang kamu lakukan semasa cuti sekolah. Aras: Analisis



7. Tuliskan lima nilai murni berdasarkan petikan. Aras: Analisis



8. Apakah makna simpulan bahasa „bau bacang‟? (A) Kawan karib (B) Adik-beradik (C) Pertalian saudara yang jauh (D) Buah yang sedap dihidu



9. Dalam pembangunan negara, apakah yang menjadi daya penggerak Dasar Ekonomi Baru? (A) Falsafah Tun Abdul Razak, yang dihasilkan melalui pemikirannya. (B) Bagi meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam ekonomi. (C) Bagi memajukan ekonomi luar bandar di negara Malaysia. (D) Untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.



10. Imbuhan di dalam bahasa Malaysia mempunyai maksud-maksud tertentu. Apakah maksud imbuhan „ter-‟ di dalam perkataan “tersepak”? (A) Menunjukkan perbuatan itu dibuat dengan sengaja (B) Menunjukkan perbuatan itu dibuat dengan tidak sengaja (C) Menunjukkan perbuatan itu dilakukan berulang-ulang (D) Untuk menguatkan makna „sepak‟