5 Budaya ABIM - 7 Budaya PKPIM [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Siri Bacaan Harakah



MEMUPUK 5 BUDAYA ABIM @ 7 BUDAYA PKPIM Susunan: Saudara Khairul Arifin bin Mohd Munir & Ustaz Hasri Harun ABIM MUKADDIMAH Wadah ABIM ini adalah salah sebuah gerakan Islam yang mana mempunyai Misi dan Visi serta Objektif yang jelas dan tersendiri. Cita-cita ABIM cukup besar iaitu “Membina   dan   Memimpin   Tamadun   Khayra   Ummah”.   Bagi mengukuhkan lagi pembinaan generasi yang dicitakan maka ABIM menggariskan budaya yang perlu ada pada ahlinya dan dilebarkan kepada generasi muda amnya sebagai suatu panduan  atau  “Benchmark”  minima  yang perlu diberi perhatian. 5 BUDAYA ABIM



@ 7 BUDAYA PKPIM



1. 2. 3. 4. 5.



Menghayati Budaya Ilmu Menghayati Amalan Kerohanian Menghayati  Amalan  Shura  dan  Amal  Jama’iyy Memahami dan Melibatkan diri pada Isu Semasa Menghayati Ruhul Jihad Fisabilillah.



1.



Menghayati Budaya Ilmu



1.1



Ilmu merupakan suatu perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu Muslim kerana ia adalah perkara pokok pembinaan umat dan ketamadunan. Islam mengasaskan kepada kekuatan dan pembudayaan ilmu dalam kehidupan Muslim, dimana Surah pertama yang diturunkan adalah Surah Al-Alaq. Pembinaan awal Tarbiyah Islamiyyah adalah dengan asas ILMU.



1.2



Bersasaskan kepada Surah Al-Alaq, ayat 1-5, ilmu dan segala proses ke arah pembinaanya adalah berpaksikan Tauhid. Pembinaan ilmu dalam konteks ini adalah ilmu yang sepadu dan menjurus kepada pembinaan 3 fakulti yang ada dalam diri manusia iaitu: akal, roh dan jasad.



1.3



Ilmu bukan sekadar mendapat maklumat tetapi kemampuan kita kita membudaya dan memanfaatkannya. Natijah daripada prmbangunan dimensi keilmuan ini akan membawa kepada peningkatan intelektualisme, pemikiran kritis, pembangunan akhlak dan budaya hidup yang akan menjadi cerminan untuk melahirkan generasi muda mampu membinaTamadun Khyra Ummah.



1.4



Dato’   Dr.   Siddiq   Fadhil,   mengungkapkan   di   dalam   “Garis-garis Besar Perjuangan”,   bahawa;;   Penguasaan   terhadap   ilmu-ilmu Islam harus serba mencakup, padu dan seimbang, ianya bukan penguasaan serpihan juziyy/partial yang hanya menumpu kepada fiqhul ibadat/munakahat sematamata. Perjuangan Islam tidak tegak di tangan orang-orang jahil. Para penggerak Islam/ Mujahidin, perlulah   menjadi   ilmua   “tafaquh   fi   ‘d-din” di tengah-tengah gelanggang perjuangan sebagaimana yang disarankan oleh Syed Qutb dalam menafsirkan ayat 122 Surah At-Taubah:



1



Siri Bacaan Harakah



ِ ‫وﻣﺎ َﻛﺎ َن اﻟْﻤﺆِﻣﻨﻮ َن ﻟِﻴ ِﻨﻔﺮواْ َﻛﺂﻓﱠﺔً ﻓَـﻠَﻮﻻَ ﻧـَ َﻔﺮ ِﻣﻦ ُﻛﻞ ﻓِﺮﻗٍَﺔ ﱢﻣْﻨـﻬﻢ ﻃَﺂﺋَِﻔﺔٌ ﻟﱢﻴﺘـ َﻔﻘﱠﻬﻮاْ ِﰲ اﻟﺪﱢﻳ ِﻦ وﻟِﻴ‬ ‫ﻨﺬ ُرواْ ﻗَـ ْﻮَﻣ ُﻬ ْﻢ إِ َذا‬ ُ ََ َُ ََ ُْ ْ ‫ﱢ‬ َ ْ ُ َ ُ ُْ ِ ِ ‫َر َﺟ ُﻌﻮاْ إﻟَْﻴﻬ ْﻢ ﻟَ َﻌﻠﱠ ُﻬ ْﻢ َْﳛ َﺬ ُرو َن‬ Maksudnya: Tidak sepatutnya bagi orang-orang  yang  Mu’min  itu  pergi   semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (Surah At-Taubah: 122) 1.5



Bapak Muhammad Natsir juga mengungkapkan bahawa kepimpinan generasi muda   kini   dilanda   penyakit   ketiadaan   “inventarisasi”   iaitu   merujuk   kepada   ketiadaan, kekurangan idea dan kemuflisan daya cipta hingga tidak mampu mengubahnya dan memanfaatkan potensinya.



1.6



Pencarian ilmu tidak terbatas kepada membaca dalam skop kursus tertentu / bidang akademik tertentu atau di atas faktor peperiksaan. Sebagai anggota gerakan ia perlu diperluaskan. Berikut adalah cadangan aktiviti-aktiviti penyegaran budaya keilmuan:



1.7



(a)



Membaca , Memahami & Menghayati Al-Quran & Sunnah



(b)



Pembacaan:Buku-buku/ makalah Harakiah, Buku-buku semasa, Jurnal/majalah. Tidak membataskan pembacaan kepada aspek akademik atau bidangnya semata-mata tetapi meluaskan pembacaan.



(c)



Majlis-majlis ilmu: Berguru, Kuliah-kuliah, Halaqah perbincangan, Book Review.



(d)



Internet: Memanfaatkan teknologi maklumat, web, multimedia dan sebagainya



(e)



Penulisan: menulis rencana, makalah, artikel, cerpen, novel dlln.



(f)



Membuat Kajian, penyelidikan & pemerhatian



(g)



Pengukuhan Usrah



Pengukuhan keilmuan & pengahayatannya, akan membawa kepada pembinaan Sakhsiah Islamiyyah dan menjadikan kita sebagai pemimpin yang mampu berfikir dengan tepat dan membuat keputusan dengan penuh pertimbangan.



2



Siri Bacaan Harakah Berakhlak Mulia – pembinaan Sahsiyah Islamiyah 1.8



Dato’   Dr.   Siddiq   Fadhil   seterusnya   mengungkapkan   bahawa   pembinaan   Sahsiyah Islamiah pada diri individu Muslim merupakan asas pertama ke arah suatu kehidupan serba Islamiyyah yang lebih luas. Pembinaan ini harus meliputi dan sekali gus mengimbangi aspek rohani, jasmani dan akli menerusi amal yang berterusan dalam proses islahu   ‘n-nafs sehingga terbentuknya peribadi yang berciri iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) (f)



kuat tubuhnya; kukuh moralnya; berkembang luas pemikirannya; mampu mencari sara hidup; sihat aqidahnya; tepat ibadahnya;



(g) (h) (i) (j)



bermujahadah terhadap dirinya; menjaga waktunya; tersusun rapi segala urusannya dan berguna kepada orang lain.



1.9



Aspek-aspek keperibadian/akhlak yang perlu diberi penekanan: (a) komunikasi (b) konsep   “uswatun   hasanah”   ,   iaitu   menunjukkan   contoh   yang   baik,   “Kepimpinan  Melalui Tauladan. (c) Adab sesama – manusia,  sahabat,  madhu’  /  makhluk  Allah  yang  lain. (d) Sikap   “Usrah”   – Ta’aruf,   Tafahum,   Takaful   – perlu diterapkan dalam persaudaraan. (e) Mempelbagaikan peringkat pergaulan/sasaran dakwah agar meluaskan “madhu’



1.10



Dengan adanya kekuatan ilmu dan akhlak akan membawa kepada pembinaan Sahsiah Islamiyah yang mana menjadikan diri kita berkemampuan untuk malaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk berdakwah.



1.11



Justeru,  menurut  Sheikh  Fathi  Yakan  dalam  bukunya  “Kaifa  Nad’uu  Ilal  Islam)   Strategi Hidup Secara Islam (terjemahan Indonesia) m/s 5, menyatakan bahawa; mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran Islam, menyuruh mereka berbuat baik, melarang mereka berbuat yang tidak baik, itu adalah suatu TUGAS dalam Agama Islam. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan hal ini, antaranya:



ِ .‫ﻚ ُﻫ ُﻢ اﻟْ ُﻤ ْﻔﻠِ ُﺤﻮ َن‬ ْ ‫َوﻟْﺘَ ُﻜﻦ ﱢﻣﻨ ُﻜ ْﻢ أُﱠﻣﺔٌ ﻳَ ْﺪ ُﻋﻮ َن إِ َﱃ‬ َ ِ‫اﳋَِْﲑ َوﻳَﺄْ ُﻣُﺮو َن ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﻌُﺮوف َوﻳـَْﻨـ َﻬ ْﻮ َن َﻋ ِﻦ اﻟْ ُﻤﻨ َﻜ ِﺮ َوأ ُْوﻟَـﺌ‬ “   Dan   hendaklah   ada   di   antara   kamu   suatu   golongan   yang   mengajak orang berbuat baik, menyuruh mereka mengerjakan kebaikan dan melarang mereka dari berbuat tidak baik; dan hanya mereka itulah orang yang betul-betul  beruntung” (Surah  Ali  ‘Imran:  104)



3



Siri Bacaan Harakah



ِ ‫وﻣﻦ أَﺣﺴﻦ ﻗَـﻮﻻً ﳑﱢﱠﻦ دﻋﺎ إِ َﱃ اﻟﻠﱠ ِﻪ وﻋ ِﻤﻞ ﺻ‬ ِ ِِ ‫ﲔ‬ َ َ‫ﺎﳊﺎً َوﻗ‬ ََ َ ‫ﺎل إِﻧ ِﱠﲏ ﻣ َﻦ اﻟْ ُﻤ ْﺴﻠﻤ‬ َ َ ََ ْ ُ َ ْ ْ ََ “   Dan   tidak   ada   yang   lebih   baik   kata-katanya dari seorang yang mengajak umat manusia ke jalan Allah dan beramal soleh dan berkata:  Sesungguhnya  saya  termasuk  golongan  kaum  Muslimin”   (Fusshilat : 33) 1.12 1.



Berikut   dikemukakan   beberapa   pandangan   tokoh   dan   ulama’   dalam   membinan asas keperibadian unggul Pendakwah. Buku : Gerakan Islam: Kepimpinan – Syura –Tarbiyah, Zawawi Ali dan Mohammad Kamil Abdul Majid, menyatakan antara sifat-sifat Qiyadah dalam membimbing Harakah masakini perlu berteraskan ciri-ciri dan sifat kepimpinan Rasullullah s.a.w iaitu: (a) (b) (c)



(d)



Keberanian dan keazaman yang kukuh. Sabar dan berpendirian teguh – dalammengharungi segala rintangan, ujian dan siksaan kaum Quraish terhadap dirinya. Keadilan dan Persamaan – Rasulullah s.a.w seorang yang bersifat adil dan mewujudkan persamaan contohnya Baginda turut sama dalam melaksanakan pembinaan Masjid pertama di Madinah. Baginda juga turut menggali Khanda / parit dalam peristiwa Ahzab. Peribadi dan Watak yang Sempurna – keperibadian dan budipekerti Rasulullah s.a.w amat meyakinkan.



Sheikh Fathi Yakan, Musyhkilatu   da’wah   wad-da’iyah menulis tentang sifat-sifat pendakwah sepertimana berikut: a. Kebersihan Jiwa dan Rohani  perlu sentiasa ikhlas  sentiasa mengingati Allah swt.  Selalu memperbaiki ibadahnya, membanyakkan amalan sunat dan tidak meninggalkan tahajjud. b. Kesihatan Badan dan Kekuatannya  Menjaga kesihatannya kerana kepimpinan dan pendakwah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambungsambung dan tidak henti-henti. c. Keupayaan Akal dan Fikiran  Pemimpin, fikiran dan mindanya haruslah terdiri dari pelbagai bahan tidak hanya terhad kepada ilmu Islami sahaja tanpa mendalami ilmu-ilmu lain.  Berupaya juga menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia ada dengan menjadikan pengalaman sebagai panduan berteraskan kepada AlQuran & As-Sunnah.



4



Siri Bacaan Harakah



2.



MEMPERKASA AMALAN KEROHANIAN



2.1



Amalan kerohanian amat penting dalam mengukuhkan jatidiri insan dan individu Muslim khususnya kepada pemimpin atau pendakwah.



2.2



Memperkukuhkan amalan kerohanian amat dituntut, digalakkan dan suatu keutamaan kerana amalan kerohanian mempengaruhi pembentukan Hati (Qalb). Tanpa pemerkasaan dan penjagaaan amalan kerohanian yang konsisiten dan berterusan menyebabkan ROH tidak terbina dan seteruanya HATI diserang penyakit Rohani, yang mana ROHnya tidak terbina kerana tiada hubungan dengan Allah.



2.3



Menurut Prof. Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady “Doktrin   Rohaniah   Teras   Ketahanan   Diri”   , penyakit HATI dapat diubati dengan pembinaan Rohani melalui antaranya:



2.4



(a)



Penjagaan Kesihatan - Persediaan Keilmuan: tahu tabiat perjalanan jantung & fizikal tubuh badan serta keperluannya. - Jenis Makanan: zat-zat makanan yang sesuai & tiada membawa bahaya - Riadhah yang diperlukan.



(b)



Penjagaan Hati - Persediaan Keilmuan - Jenis Makanan - Riadhah yang diperlukan.



(c) (d) (e) (f) (g) (h) (i)



Solat – meliputi solat wajib dan sunat Melakukan ibadah puasa wajib dan sunat Membaca al-Quran, memahami dan menghayatinya. Berzikir dan beristighfar Bertafakur kepada Allah Bersedekah Menjauhkan diri daripada segala larangan Allah swt dan melaksanakan segala suruhan-Nya.



Sheikh Fathi Yakan meyatakan di dalam bukunya “Beberapa   Permasalahan   Da’wah  dan  Pendakwah”: (a) (b)



Antara sifat terpenting yang perlu ada pada pemimpin Muslim ialah kebersihan Jiwa dan Roh.. Pemimpin hendaklah sentiasa mengingati Allah. Sentiasa memikirkan tentang mati, tentang kubur, tentang syurga dan neraka. Hendaklah dia mengelokkan ibadahnya, membanyakkan amalan-amalan sunat dan tidak meninggalkan sebahyang-sembanhyang Tahajjud waktu tengah malam (Qiyamullail).



5



Siri Bacaan Harakah Firman Allah:



ِ ِ َ‫إِ ﱠن ﻧ‬ ً‫َﺷ ﱡﺪ َو ْطءاً َوأَﻗْـ َﻮُم ﻗِﻴﻼ‬ َ ‫ﺎﺷﺌَﺔَ اﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ ﻫ َﻲ أ‬



“Bahawa   mendirikan   sembahyang   di   larut   malam   itu   adalah   sangat dalam kesannya (di dalam perasaan) serta bacaan pada waktu itu lebih berkesan”.   (Surah Al-Muzammil: 5) 2.5



Beliau seterusnya menyatakan bahawa HATI adalah PUSAT INTERAKSI (kerjasama) antara pendakwah dengan segala arahan dan perundangan yang mendatanginya, sehinggakan ianya (hati) mempunyai pengaruh dalam mencurahkan idea-idea serta merasakannya bersama-sama akal. Firman Allah SWT:



ِ ‫أَﻓَـﻠَ ْﻢ ﻳَ ِﺴﲑُوا ِﰲ ْاﻷ َْر‬ ‫ﻮب ﻳـَ ْﻌ ِﻘﻠُﻮ َن َِﺎ أ َْو آذَا ٌن ﻳَ ْﺴ َﻤﻌُﻮ َن َِﺎ‬ ٌ ُ‫ض ﻓَـﺘَ ُﻜﻮ َن َﳍُ ْﻢ ﻗُـﻠ‬ ِ ‫ﺼ ُﺪوِر‬ ‫ﻮب اﻟﱠِﱵ ِﰲ اﻟ ﱡ‬ َ ْ‫ﻓَِﺈﻧـ َﱠﻬﺎ َﻻ ﺗَـ ْﻌ َﻤﻰ ْاﻷَﺑ‬ ُ ُ‫ﺼ ُﺎر َوﻟَﻜﻦ ﺗَـ ْﻌ َﻤﻰ اﻟْ ُﻘﻠ‬



“Tidakkah mereka menjelajahi di muka bumi agar mereka mempunyai hati yang boleh berfikir atau telingan yang boleh mendengar. Maka sesungguhnya bukanlah mata mereka yang buta, tetapi hati yang berada di dalam dada itulah sebenarnya yang  buta”. (Surah Al-Hajj: 46) 2.6



Daripada interaksi inilah lahirnya iman. Hati ini dapat digilap dengan mengerjakan ibadah dengan ikhlas kepada Allah SWT.



3.



MENGHAYATI AMALAN BERBINCANG SYURA DAN AMAL JAMA’IY



3.1



Dalam menggerakkan gerakan ini asas-asas organisasi adalah penting. Oleh itu pengwujudan suatu tandhim haraki adalah suatu kewajipan berasaskan praktikal yang boleh dipelajari dari Sirah Rasullullah saw.



3.2



Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan, dalam bukunya: Nahwa  Wa’yin  Harakiyyin  Islami   Abjadiyyahtut Tashawwur Al-Haraki lil-‘Amalil-Islami:  “Prinsip-prinsip Gerakan Islam: menyatakan:



3.3



(a)



Kunci kejayaan dan keberhasilan Gerakan memerlukan organisasi yang mempunyai tandhim / organisasi dan mempunyai perencanaan.



(b)



Manhaj Islam terletak di atas prinsip keteraturan serta kerapian. Ia dibina dengan kaedah-kaedah yang sistematik dan cermat. Ini boleh dipelajari dari Sirah Rasulullah saw, bagaimana Baginda membuat perancangan dan perencanaan dalam pelabagai perkara samada pentadbiran, peperangan, dakwah, ekonomi, pembangunan sosial masayarakat dan sebagainya.



Beberapa prinsip-pronsip penting organisasi yang perlu diberi perhatian: (a) (b) (c)



Syura/Mesyuarat (Perbincangan) Menghormati  keputusan/patuh  (Bai’ah) Amal  Jama’iyy  (Bekerjasama  /Berpasukan)



6



Siri Bacaan Harakah



3.4



Tatacara pengurusan yang bersifat kolektif, berpasukan dan amal jama’iyamat   penting   dalam   kerangka   kerja   sebuah   organisasi. Elemenelemen   ta’ah   (kepatuhan),   ta’awun   (kerjasama),   tanasuh   (nasihat   menasihati) dan tawasiyy (pesan memesan dengan kesabaran dan kebenaran) amat penting bagi menjamin organisasi yang mempunyai wahdatul fikr & wahdatul amal. Sabda Rasullullah saw: Ertinya:   “Setiap orang daripada kamu adalah pengembala dan setiap orang  bertanggungjawab  terhadap  pemeliharaannya” (Sunan al-Tarmizi, Sunan Abu Dawud, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)



5.5.



Sayyid Sabiq juga menyatakan berkenaan sifat pemimpin seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e)



5.6



Asas syura dan amal jamaiyy dalam gerakan akan membawa kepada pemerkasaan semangat ukhuwah yang secara umumnya boleh dinyatakan sebagai merujuk kepada pembinaan pengukuhan berikut: (a) (b) (c) (d) (e)



5.7



Seorang pemimpin itu mesti selalu membuat musyawarah dan jangan membuat keputusan sendiri. Hendaklah seorang pemimpin itu bersifat lemah-lembut dan pengasih kepada pengikut-pengikutnya. Dalam   konteks   melaksanakan   amar   ma’ruf   nahi   munkar,   hendaklah   pemimpin itu melarang ahli-ahlinya daripada melakukan maksiat. Hendaklah seseorang pemimpin itu menghubungi pengikutpengikutnya dan mengetahui keperluan mereka. Hendaklah pemimpin itu menyerahkan tugas-tugasnya bertepatan dengan orang yang selayaknya.



Merapatkan hubungan ukhuwah Islamiyyah. Merapatkan hubungan gerakan pada peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. Merapatkan hubungan dengan semua ahli pelbagai peringkat. Merapatkan hubungan antara anggota dalam harakah dengan masyarakat. Melicinkan perjalanan program, tindakan, follow-up, usrah dan penyelarasan organisasi pada semua peringkat.



Ustaz Abdul Wahab Zakaria menyatakan di dalam himpunan kertas kerja beliau yang dibukukan berjudul: “Konsep   Kepimpinan   Dalam   Islam”,   asasasas perhubungan adalah: (a) (b) (c) (d) (e) (f)



Persaudaraan (al-ukhwwah) Kasih Sayang (al-mahabbah) Kerjasama & Kebajikan (at-ta’awun) Berpegang teguh kepada hukum Allah (al-‘itisom) Sentiasa ada perhubungan (al-attisol) Patuh kepada pimpinan (at-tho’ah)



7



Siri Bacaan Harakah 6.



PRIHATIN DAN BERILTIZAM DENGAN ISU SEMASA



6.6



Sebagai sebuah gerakan Islam dan dalam suasana semasa kini kita perlulah menjadi generasi yang peka terhadap perkembangan semasa. Justeru ABIM perlu terus menyatakan sikap dan pandangannya tanpa gentar dan bimbang sesuai dengan motto ABIM ”Demi  Menegakkan  Kebenaran  &  Keadilan”.



6.7



Kita perlu terlibat dalam isu-isu sosial dan kemasyarakatan seperti isu kemiskinan, penyalahgunaan kuasa, pendidikan, Aqidah, ekonomi dan sebagainya melalui forum, seminar atau bengkel.



6.8



Masa muda harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengasah bakat dan minda untuk memperkayakan diri dengan kemahiran berikut: (a) (b) (c) (d) (e)



Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran



Komunikasi Interpersonal Mengurus Masa Mesyuarat dan diskusi mengurus dan merancang



6.9



As-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, menggesa semua gerakan Islam yang beroperasi supaya bertindak sebagai sebuah gerakan yang merakyat. Gerakan Islam yang efektif, menurut al-Qaradawi ialah sebuah gerakan yang melibatkan diri bersama massa dengan suatu penyusunan rapi secara berjemaah demi mengembalikan semula Islam ke pangkuan kepimpinan masyarakat dan seterusnya menentukan hala tuju kehidupan. Menurut Dr. Muhammad Nur Manuty dalam Muktamar ABIM ke-24 pada 1416H/1995, beliau menyatakan keperluan gerakan Islam sebagai: JURUBICARA UMAT



6.10



Menurut Dr. Hisham al-Talib dalam bukunya: Panduan & Latihan bagi Petugas Islam; beliau menggariskan 5 asas menetukan Kejayaan (Falah) sesuatu perancangan/projek/program yang diungkap oleh beliau sebagai PENTAGON KEJAYAAN iaitu:] 1. Merasai Masalah



5. Tindakan Susulan



4. Merancang Perlaksanaan



2. Membuat Pemeriksaan 3. Menentukan Penyelesaian



7.



MENGHAYATI RUHUL JIHAD FISABILILLAH



7.6



Selain daripada kekuatan Ruhaniyyah, generasi Muslim hendakah terus menggilap Ruh ‘l   jihad.Jihad adalah suatu prinsip utama Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh setiap individu Muslim. Seperti yang diungkapkan oleh al-Imam  Ahmad  bin  ‘Irfan  as-Shahid (Mati 1246H); (a) bahawa jihad adalah sumber kebaikan yang melimpah, suatu keberkatan untuk alam sejagat, serta rahmat bagi semua warga manusia.



8



Siri Bacaan Harakah



(b) Jihad tidak sekali-kali dimaksudkan sebagai peperangan menentang musuh semata-mata. Jihad itu adalah segala usaha gigih yang berterusan bagi menegakkan kesucian agama Islam. Allah berfirman:



ِ ‫اﻧْ ِﻔﺮواْ ِﺧ َﻔﺎﻓﺎً وﺛَِﻘﺎﻻً وﺟ‬ ‫ﺎﻫ ُﺪواْ ﺑِﺄ َْﻣ َﻮاﻟِ ُﻜ ْﻢ َوأَﻧ ُﻔ ِﺴ ُﻜ ْﻢ ِﰲ َﺳﺒِ ِﻴﻞ اﻟﻠّ ِﻪ ذَﻟِ ُﻜ ْﻢ َﺧْﻴـٌﺮ ﻟﱠ ُﻜ ْﻢ إِن ُﻛﻨﺘُ ْﻢ ﺗَـ ْﻌﻠَ ُﻤﻮ َن‬ ََ َ ُ Maksudnya: “Barang   kali   berasa   ringan   atau   berat,   dan   berjuanglah   dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Itu paling baik untuk kamu, kalau  kamu  tahu”. (At-Taubah: 41) 7.7



Ruhul Jihad Fisabilillah perlu sentiasa dihayati terutamanya dalam berhadapan dengan mehnah kebendaan dan keghairahan mencari kemewahan hidup. Sesungguhnya Jihad adalah satu revolusi Iman yang begitu tinggi dan mulia disisi Allah swt. Allah SWT mengisytiharkan kewajipan Jihad dengan firman Allah:



ِ ‫ﻳﺎ أَﻳـﱡﻬﺎ اﻟﱠ ِﺬﻳﻦ آﻣﻨﻮاْ اﺗـﱠ ُﻘﻮاْ اﻟﻠّﻪ واﺑـﺘـﻐﻮاْ إِﻟَ ِﻴﻪ اﻟْﻮ ِﺳﻴﻠَﺔَ وﺟ‬ ‫ﺎﻫ ُﺪواْ ِﰲ َﺳﺒِﻴﻠِ ِﻪ ﻟَ َﻌﻠﱠ ُﻜ ْﻢ ﺗُـ ْﻔﻠِ ُﺤﻮ َن‬ ُ َْ َ َ َُ َ َ َ ََ َ Maksudnya: “Hai   orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (al-Maidah 5:35) 7.8



Justeru itu, Jihad seperti yang terdapat huraiannya dalam Al-Quran dan AsSunnah bukan hanya amalan paksaan atau peperangan tetapi, mengarahkan seorang Muslim supaya sentiasa iltizam dan istiqamah dalam perjuangan menentang segala jenis godaan hawa nafsu, meniupkan semangat infaq fi sabili l-lah, meletakkan kepentingan agama mengatasi kepentingan diri dan keluarga dan sedia mengorbankan masa untuk kepentingan perkembangan agama Islam. Jika semnagat Jihad itu tidak wujud dalam jiwa pendokongpendokong Islam maka Allah SWT menjanjikan kaum lain mengambil alih tempat orang Islam. Firman Allah SWT:



ِ ِ ِ ‫ﻀﱡﺮوﻩُ َﺷْﻴﺌﺎً َواﻟﻠّﻪُ َﻋﻠَﻰ ُﻛ ﱢﻞ َﺷ ْﻲ ٍء ﻗَ ِﺪ ٌﻳﺮ‬ ُ َ‫إِﻻﱠ ﺗَﻨﻔُﺮواْ ﻳـُ َﻌ ﱢﺬﺑْ ُﻜ ْﻢ َﻋ َﺬاﺑﺎً أَﻟﻴﻤﺎً َوﻳَ ْﺴﺘَْﺒﺪ ْل ﻗَـ ْﻮﻣﺎً َﻏْﻴـَﺮُﻛ ْﻢ َوﻻَ ﺗ‬ Maksudnya: “  Dan  kalaulah  kamu  tidak  sanggup  berjuang,  Allah  akan   menimpakan azab seksa yang pedih ke atas kamu dan Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu” (at-Tawbah 9:39)



© ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)



9