Apakah Maksud Aturcara [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

APAKAH MAKSUD ATURCARA Atur cara adalah satu senarai arahan atau tatacara untuk diikuti supaya sesuatu matlamat tercapai.



PENGATURCARAAN Pengaturcaraan adalah 1 set arahan yang mengarahkan sebuah komputer dalam melaksanakan satu tugas.



ATURCARA KOMPUTER Aturcara komputer adalah set arahan yang ditulis oleh pengaturcara supaya komputer dapat melaksanakan tugas.



BAHASA PENGATURCARA Bahasa pengaturcara ialah satu set perkataan, simbol-simbol dan kod-kod yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan komputer-komputer.Fungsi bahasa pengaturcaraan adalah untuk membenarkan manusia berkomunikasi dengan komputer. .



Dunia Mesin Aktiviti drama/ main peranan Arahan: Murid dipilih untuk melakonkan watak yang berikut: i) Watak utama ( Amir ) ii) Watak kedua (Ibu Amir) iii) Mesin basuh iv) Televisyen v) Ketuhar gelombang mikro vi) DVD



Contoh situasi : Pada suatu hari, ibu Amir meminta Amir untuk melaksanakan kerja rumah iaitu membasuh kain dan memanaskan makanan. Ibu Amir hendak pergi menziarahi jiran yang kurang sihat. Contoh dialog: Ibu: Amir..Amir…bangun nak. Amir: Awalnya ibu kejutkan Amir. Kenapa ibu? Ibu: Amir….ibu nak pergi melawat makcik Kiah sebentar. Amir tolong basuhkan kain dan panaskan lauk untuk makan tengahari nanti ye. Amir : Baiklah ibu…nanti amir buat ya.



(Ibu pun pergi menziarahi makcik Kiah. Amir terus bangun dan bersiap. Setelah menikmati sarapan pagi, Amir mula melaksanakan tugas yang telah dipesan oleh ibu.) Amir: Hurmmm…banyak sungguh baju yang hendak dibasuh hari ini. (Amir pun memasukkan baju ke dalam mesin basuh….Tibatiba…) Amir: Aikkk….kenapa dengan mesin basuh ni? Tak boleh berfungsi seperti biasa. Apa masalahnya pula? Terpaksalah membasuh dengan tangan.



(Amir pun membasuh semua kain tersebut dengan menggunakan tangan. Setelah selesai membasuh dan menyidai baju, perut Amir terasa lapar. Amir segera pergi ke dapur untuk memanaskan lauk) Amir: Laaa…kenapa pula dengan microwave ni? rosak juga ke? makan makanan sejuk la nampak gayanya hari ini. (Selesai makan tengahari, Amir ingin merehatkan badan dengan menonton televisyen) Amir: Eh! Eh!...kenapa dengan tv ni pula? Malam tadi elok je terpasang, tengahari ni dah rosak pula. Huhu…apa la nasib saya hari ini. Langkah 1 : Murid yang telah dikenalpasti melakonkan watak dalam situasi tersebut. Langkah 2 : Setelah selesai lakonan, murid dikehendaki memberikan pengajaran / moral daripada cerita tersebut. (Moral: Peralatan digital yang mengandungi atur cara komputer sangat penting dalam membantu memudahkan tugasan seharian)



Langkah 3 : Dalam kumpulan, murid membincangkan kesan jika tiada atur cara komputer di dalam perkakasan harian yang terdapat dalam lakonan tadi. Langkah 4: Murid menulis kesan jika tiada atur cara komputer dalam perkakasan harian atas kertas pelekat dan tampal di atas kad manila di papan kenyataan. Contoh jawapan murid:



Mesin basuh automatik membantu memudahkan kerja manusia untuk membasuh, membilas dan mengeringkan pakaian. Sekiranya tiada arahan komputer dalam mesin basuh automatik tersebut, manusia perlu melakukan semua kerja tersebut secara manual.



Senaraikan fungsi peralatan digital tersebut Telefon bimbit



Mesin Fotostat