Apresiasi Kritikan Karya Cetakan, Seni Halus [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

keamanan dan kedamaian „peace‟ II 2010 acrylic on canvas 244 x 366 cm



Saya mengkaji karya yang dihasilkan oleh zulkifli yusoff yang bertajuk keamanan dan kedamaian „peace‟ II 2010 acrylic on canvas 244 x 366 cm.



Menurut zulkifli yusoff



peperangan atau pergaduhan tidak memberi faedah akan pembangunan Negara. Untuk Negara, keamanan dan kedamaian harus dikekalkan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia di Malaysia. Lantas zulkifli yusoff tampil dengan karya bersiri „peace’ yang mengingatkan semua akan kewujudan simbol „peace’ dan „hippies’ yang benar-benar menolak peperangan dan mahukan kedamaian. Karya „peace’ ini juga lahir akibat peristiwa-peristiwa hitam yang pernah berlaku di Malaysia pada zaman kanak-kanaknya. Dalam karya yang dihasilkan oleh Zulkifli Yusoff ini terdapat pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan yang dapat kita lihat. Salah satunya ialah unsur garisan. Garisan ini merupakan unsur seni yang utama. Unsur garisan ini terdapat pada sebarang lukisan atau contengan. Dalam karya Zulkifli Yusoff ini dapat dilihat dalam penghasikan logo „peace’ atau keamanan, penghasilan daun dan lain-lain.



Terdapat juga



pelbagai jenis garisan dalam karya ini iaitu garisan tebal, garisan nipis, menegak, melintang, beralun, putus-putus, dan banyak lagi.



Dalam karya ini kita dapati garisan melintang, ini



bermaksud sesuatu keadaan yang tenang terdapat pada gambaran tersebut. Selain itu, garisan menegak. Posisi ini dapat ditafsirkan sebagai teguh, mantap, berkeyakinan dan sebagainya.



Hal yang demikian, karya ini menyampaikan bahawa menginginkan keamanan dan kedamaian itu harus dikekalkan bagi menjamin kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia dan benar-benar menolak peperangan. Disamping itu, unsur seni yang dapat kita lihat ialah bentuk. Bentuk mempunyai sifat yang tersendiri iaitu keluasan, ketinggian, kelebaran, ketebalan dan jisim serta lebih dari satu permukaan. Dalam karya ini,kita dapat kesan bentuk figura manusia. Terdapat berbilang kaum yang digambarkan dalam karya ini iaitu kaum melayu, cina, dan india tidak kira tua, dewasa, remaja, mahupun kanak-kanak. Menurut karya ini mereka inginkan keamanan disertakan dengan mengangkat tangan yang menunjukkan simbol keamanan dan kedamaian. Selain itu, dalam karya ini juga terdapat unsur jalinan. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan benda atau objek. Semua objek sama ada objek semula jadi atau buatan manusia yang mempunyai kesan jalinan pada permukaannya. Secara keseluruhannya jika kita lihat karya ini memang menimbulkan kesan jalinan. dihasilkan yang membentuk jari figura manusia.



Contohnya, pada daun-daun yang Seterusnya, unsur



ruang.



Ruang



sememangnya wujud di sekililing kita. Ia di mana-mana sahaja seperti dikawasan padang, almari, dewan, bilik darjah, kolam mandi, bas, cawan, kertas lukisan dan lain-lain. Semua objek wujud dalam sesuatu ruang. Dalam karya Zulkifli Yusoff (peace II) terdapat pelbagai jenis ruang yang dapat kita kesan. Salah satunya ialah ruang cetek, jika kita lihat karya ini ia dapat dilihat dengan satu pandangan yang terhad sahaja dan tidak mengunakan ruang itu secara maksimum.



Bayu Utomo, Mangsa Dera, cetakan sutera saring, Koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara Karya ini memaparkan penggunaan unsure seni iaitu ruang.Ruang merupakan aspek penting dalam karya ini kerana,ruang menjadikan karya ini lebih dramatic dengan keadaan dan suasana pada karya tersebut.Selain itu,penggunaan unsur garisan turut ditampakkan pada latar belakang karya.manakala,dari aspek prinsip rekaan pula,keseimbangan merupakan transisi kepada karya ini lebih menonjol dengan keadaan figura kanak-kanak yang seakan-akan terawang awangan di udara.secara diskripsi pula,pengkarya cuba menyampaikan propaganda mengenai isu penderaan yang berlaku pada ketika itu.kesimpulannya,karya ini Berjaya menyampaikan hasrat dan subjek utama pada karya yang menjadi lebih menarik.



MOHD FAUZI SEDON @ M.DOM



Free Zone Digital print, screen printing on plastic film 14.5x14.5 cm 2007



Karya



ini



memaparkan



tentang



penggunaan



mukataip



dlam



mempersembahkan



karyanya.Unsur seni dalam karya ini adalah seperti penggunaan unsure ruang depan dan belakang sehingga menjadi deep space.Selain itu juga,penggunaan warna juga memainkan peranan penting dalam karya ini sehingga menimbulkan kesan kontra dalam karya tersebut.



"Fuji Merah" karya Hokusai Melihat dari sudut pencahayaan berdasarkan karya cetakan di atas, saya mendapati cahaya yang cuba ditonjolkan di dalam karya cetakan tersebut, cahaya yang terang datang dari sudut kiri di bahagian belakang. Manakala, warna yang digunakan pula ialah warna yang agak gelap seperti biru gelap dan hitam bagi memberikan kesan gelap pada karya tersebut. Namun terdapat juga warna yang terang untuk mendapatkan kesan yang kontra. Contohya, seperti gunung yang berwarna merah kejinggaan dan awan yang berwarna putih. Jika dilihat dari sudut reka letaknya, komposisi gambaran Gunung yang dilukis dan dicetak diletakkan di bahagian kanan karya dan Gunung tersebut adalah penegasan dalam karya ini. Karya ini mempunyai keseimbangan dari segi imej yang diletakkan di sebelah kanan (Gunung) dan menonjolkan ruang di sebelah kiri dangan memperlihatkan awan yang berarak.



"Edo no hana" wanita pemain Jōruri karya Kitagawa Utamaro Karya cetakan ini memperlihatkan seorang wanita yang bermain alat muzik iaitu Joruri dan imej wanita tersebut adalah penegasan pada karya ini. Warna yang di gunakan pada karya cetakan ini adalah penggunaan warna-warna lembut seperti merah jambu dan putih dengan sedikit warna kontra seperti hitam dan merah. Jika dilihat penggunaan warna latar belakang dan imej yang cuba ditonjolkan, kita akan mendapati warna tersebut hampir sama tetapi penggunaan warna yang diketengahkan ini tampak sesuai dengan karya cetakan ini yang mengetengahkan imej wanita yang bermain alat muzik dan warna ini sesuai dengan jiwa wanita yang lembut dan sopan santun. Manakala, sudut reka letaknya pula ialah nampak seimbang kerana imej wanita tersebut diletakkan di tengah karya. Di dalam karya cetakan ini pengcahayaan tidak ditonjolkan tetapi dapat kita ketahui cahaya tersebut datang dari hadapan imej.



Lukisan potret Ichikawa Omezō karya Tōshūsai Sharaku Karya cetakan ini adalah lukisan potret seorang pahlawan Jepun iaitu Ichikawa Omezo. Karya cetakan ini menggunakan warna gelap sebagai latar belakang dan imej seorang lelaki memegang



pedang



samurai



yang



diketengahkan



bagi



penegasan pada karya cetakan ini. Penggunaan warna yang terdapat di dalam karya ini ialah hitam, jingga dan putih. Karya ini mempunyai keseimbangannya, kerana sudut reka letaknya menonjolkan imej yang di hasilkan di bahagian tengah karya. Manakala, pengcahayaan yang dapat kita lihat ialah cahaya datang dari sebelah kiri karya.



Salju di Kambara, karya Hiroshige Karya



cetakan



ini



sangat



unik



kerana



memperlihatkan gambaran landskap ketika musim salji. Pengcahayaan yang dapat dilihat melalui karya ini, cahayanya datang dari kanan karya. Karya ini tampak tenang kerana hampir keseluruhan karya ini menggunakan warna yang cerah dan bersih seperti putih. Penggunaan warna gelap di beri penekanan terhadap objek yang lebih jauh seperti rumah dan gunung. Karya ini tidak menegaskan terhadap sesuatu imej sahaja tetapi memfokuskan keseluruhan permandangan yang dirakamkan. Sudut reka letaknya dapat memberikan keseimbangan pada karya dengan merakamkan dua figura di bahagian kiri dan kanan.



Pegulat sumo Onogawa Kisaburo, karya Tsukioka Yoshitoshi Karya ini banyak menggunakan warna-warna yang agak terang sperti merah, kuning, biru, putih dan juga hijau. Selain itu bagi menimbulkan kontra dan tona gelap pengkarya juga menggunakan warna sperti hitam dan coklat gelap. Karya ini menegaskan imej seorang sumo sedang menghisap cerut (rokok) dengan seekor naga. Komposisi atau sudut reka letak imej di dalam karya cetakan ini adalah seimbang kerana imej diletakkan di bahagian tengah karya. Manakala pengcahayaan yang terdapat di dalam karya ini, cahaya datang dari sebelah kiri karya bagi menerangi imej sumo tersebut.



Di Bawah Ombak Raksasa di Hempas Pantai di Kanagawa Karya Hokusai Karya Hokusai yang bertajuk Ombak Raksasa ini memang sangat terkenal di merata dunia kerana karya ini telah di cetak dengan begitu teliti dan memerlukan kemahiran yang tinggi juga bagi memperlihatkan hasil karya seumpama ini. Di dalam karya ini teknik pengcahayaan dapat dilihat cahaya datang dari sebelah kiri karya. Manakala warna yang digunakan dalam karya ini banyak penggunaan warna-warna terang seperti biru dan putih. Manakala bagi memperlihatkan warna yang kontra di dalam karya cetakan ini, pangkarya menggunakan warna jingga bagi memperlihatkan latar belakang. Pengkarya menegaskan imej ombak yang sangat besar sehingga melebihi ketinggian gunung fuji yang telah ditonjolkan di bahagian kiri karya. Pandangan sudut reka letaknya pula adalah tidak seimbang kerana ombak yang sangat besar di letakan di bahagian kiri sahaja tanpa ada imej lain yang boleh mengimbanginya di bahagian kanan karya.



Menyeberangi Sungai Oi karya Hokusai Karya cetakan ini memperlihatkan landskap di Sungai Oi. Karya ini banyak menggunakan warna yang lembut seperti biru, putih dan hijau. Pengcahayaan yang ditonjolkan dalam karya ini adalah menyeluruh. Di dalam karya cetakan ini, pengkarya menegaskan Sungai Oi sebagai subjek matter. Manakala, prinsip reka letaknya pula tampak seimbang dengan kedudukan sungai tersebut.



Naga Asap yang Sedang Lolos Dari Gunung Fuji karya Hokusai Karya cetakan ini memperlihatkan Gunung Fuji yang mengeluarkan asap yang berbentuk Naga. Prinsip reka letaknya adalah seimbang kerana gunung dan asap tersebut diletakkan di bahagian tengah. Warna yang dugunakan dalam karya cetakan ini banyak menggunakan warna jingga kekuningan yang memperlihatkan imej dan latar belakang yang menggunakan warna yang agak sekata. Namun masih menggunakan warna yang berlainan dan kontra bagi memperlihatkan gunung serta asap tersebut. Manakala pencahayaan yang dapat dilihat dalam karya ini ialah cahaya datang dari depan karya yang memperlihatkan Gunung Fuji dengan jelas.



Patrick Lasak, Kerbau Oh Kerbau...Dimananya Engkau, 2009/2010, Oil On Liner, 200 x 2010 cm



Merujuk kepada karya oleh Patrick Lasak yang menggunakan media Oil on liner. Pelbagai kritikan dapat dihuraikan. Seperti yang kita ketahui, Patrick Lasak merupakan seorang pelukis yang menggunakan konsep atau alirannya yang tersendiri dan, konsep itu dapat dilihat dalam karya ini. Karya tersebut mempunyai beberapa unsur-unsur prinsip rekaan. Namun begitu, dalam aktiviti berkarya, prinsip rekaan perlu digunakan untuk mengolah unsur-unsur seni supaya menjadi suatu gubahan yang menarik. Prinsip-prinsip ini merupakan tatacara yang penting untuk menyesuaikan unsur-unsur seni supaya menjadi suatu hasil karya yang bermutu. Terdapat tujuh prinsip-prinsip rekaan iaitu harmoni, seimbang, pergerakan, kesatuan, kepelbagaian, kontra dan penegasan. Dalam karya ini jelas skali kita dapat lihat dari segi keseimbangan. Keseimbangan ialah keadaan yang sebanding atau tidak berat sebelah. Ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu imbangan simetri dan tidak simetri. Imbangan simetri boleh ditentukan dengan melukis satu garisan lurus di bahagian tengah reka bentuk itu sama maka ia dikenali sebagai imbangan simetri.



Jika kedua bahagian reka bentuk itu adalah berlainan maka ia dikenali sebagai



imbangan tidak simetri. Jika kita lihat pada karya ini kerbau hanya terdapat di bahagian kiri sahaja, maka karya ini adalah imbangan tidak simetri. Selain itu, daripada karya ini, kita dapat menghuraikan tentang prinsip pergerakan. Prinsip pergerakan merupakan susunan unsur seni secara berulang-ulang atau berlapis-lapis. Susunan ini menimbulkan irama atau ilusi pergerakan dalam gubahan tersebut. Kesan pergerakan juga boleh dihasilkan oleh unsur garisan, jalinan, rupa dan bentuk. Ia terhasil apabila terdapat kesinambungan dari satu unsur kepada satu unsur yang lain. Dalam karya yang dihasilkan oleh Patrick Lasak itu, dapat kita lihat garisan-garisan yang terdapat pada kerbau itu dan menampakkan kerbau itu berpaling. Hal ini akan mewujudkan unsur pergerakan.



Patrick



Lasak,



Cinta



Satay,



2009/2010, Mixed Media, 150 x 150 cm Karya yang dihasilkan oleh Patrick Lasak yang bertajuk Cinta Satay. Beliau telah menggunakan mixed media. Melalui karya ini, kita dapat menghuraikan banyak benda melalui prinsipprinsip rekaan. Karya tersebut mempunyai beberapa unsur-unsur prinsip rekaan. Namun begitu, dalam aktiviti berkarya, prinsip rekaan perlu digunakan untuk mengolah unsur-unsur seni supaya menjadi suatu gubahan yang menarik. Prinsip-prinsip ini merupakan tatacara yang penting untuk menyesuaikan unsur-unsur seni supaya menjadi suatu hasil karya yang bermutu. Terdapat tujuh prinsip-prinsip rekaan iaitu harmoni, seimbang, pergerakan, kesatuan, kepelbagaian, kontra dan penegasan. Selain itu, dalam karya ini juga terdapat unsur jalinan. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan benda atau objek. Semua objek sama ada objek semula jadi atau buatan manusia yang mempunyai kesan jalinan pada permukaannya. Secara keseluruhannya jika kita lihat karya ini memang menimbulkan kesan jalinan. Contohnya, pada bentuk satay yang dihasilkan. Seterusnya, unsur ruang. Ruang sememangnya wujud di sekililing kita. Ia di mana-mana sahaja seperti dikawasan padang, almari, dewan, bilik darjah, kolam mandi, bas, cawan, kertas lukisan dan lain-lain. Semua objek wujud dalam sesuatu ruang. Dalam karya Patrick Lasak ini, terdapat pelbagai jenis ruang yang dapat kita kesan. Salah satunya ialah ruang cetek, jika kita lihat karya ini ia dapat dilihat dengan satu pandangan yang terhad sahaja dan tidak mengunakan ruang itu secara maksimum. Terdapat juga unsure prinsip rakaan iaitu kontra dan penegasan. Kita dapat melihat dalam karya ini dari segi penggunaan warna. Karya ini berlatar belakang dengan warna yang gelap iaitu warna hitam dan dilapiskan dengan warna merah yang menampakkan seperti api. Patrick Lasak menggunakan warna kuning pada satay supaya Nampak lebik timbul dan menyerlah.



nelayan,mohd hossein enas Dalam



penghasilan



karya,



Hossein



Enas



banyak



menunjukkan wajah-wajah yang membawa mesej-mesej budaya melalui penampilan pakaian dan kegiatan sosial masyarakat. Beliau dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik. Dalam karya Nelayan, ianya boleh diolah bagaimana cara figura berdiri. Pelukis melukis potret ini berdasarkan anatomi yang jelas dapat dilihat terutamanya pada wajah nelayan. Figura manusia (nelayan) dilukis dengan kepalanya mendongak sedikit ke atas. Ini jelas menggambarkan watak nelayan yang berdiri. Apabila berdiri, maka kepalanya boleh mendongak sedikit ke atas. Dalam maksud yang tersirat, watak ini memperlihatkan nelayan seakan gagah berdiri melihat ke hadapan. Nelayan melihat ke hadapan menggambarkan bahawa ia memikirkan mengenai masa depan sebagai seorang nelayan. Pahit maung kehidupan nelayan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang diselitkan dalam karya ini disebalik berdirinya watak nelayan mendongak ke atas. Watak nelayan yang berdiri juga menggambarkan bahawa nelayan tua masih gagah untuk mencari rezeki biarpun penat. Kepenatannya tergambar melalui urat-urat tua dan mimik mukanya. Berdirinya watak ini juga memperlihatkan nelayan yang bersedia untuk turun ke laut untuk mencari rezeki. Dalam karya Hoessein Enas ini, pakaian diolah bersesuaian dengan latar belakang seorang nelayan tua. Watak nelayan tua dilukis tanpa berbaju. Nelayan yang dilukis hanya meletakkan “kain lepas” di atas bahu. Cara pemakain ini amat bersesuaian dengan kehidupan nelayan yang biasa dapat dilihat sehingga ke hari ini. Watak nelayan tua yang tidak memakai baju menggambarkan mengenai personaliti nelayan yang tergolong dalam golongan sederhana. Ia juga menggambarkan bahawa nelayan telah biasa dengan pemakaian sebegitu. Hoessein Enas pandai bermain dengan keadaan latar, nelayan yang dilukis tidak berbaju menunjukkan bahawa nelayan tidak berbaju semasa turun ke laut bagi menghilangkan panas. Figura nelayan diwarnakan dengan warna gelap bagi menampakkan watak nelayan yang sudah biasa terdedah dengan panas terik mentari di tengah lautan. Kain lepas di atas bahu yang turut dipotretkan menunjukkan bahawa ianya diperlukan oleh nelayan kerana ia amat berguna.



Nelayan biasanya ke laut dengan membawa “kain lepas” untuk mengelap peluh. Huraian wajah dalam karya ini dapat memperjelaskan watak nelayan tua yang kelihatan yakin dalam menghadapi rintangan hidup yang mencabar. Ekspresi pada wajah dengan hujung bibirnya sedikit ke bawah dapat memperlihatkan keyakinannya. Keyakinannya turut ditambah dengan kedudukan kepalanya yang mendongak ke atas. Semasa memerhatikan karya ini kita dapat melihat watak nelayan begitu yakin dan bersedia untuk mencari rezeki di laut. Wajahnya kelihatan redha dengan kerjaya sebagai seorang nelayan. Watak nelayan kelihatan sudah biasa dengan kehidupannya dan keyakinanya membuatkan dia tidak takut untuk menghadapi sebarang halangan. Wajahnya seakan seorang yang berserah kepada kehendak Tuhan. Dengan meletakkan “kain lepas” di bahu sambil sebelah tanganya memegang kain itu, nelayan itu kelihatan yakin untuk meneruskan hidup. Karya “Nelayan” (1966) yang dihasilkan oleh Hoessein Enas mengandungi banyak nilai-nilai estetika baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Kelebihan ini menyebabkan saya agak tertarik dengan karya ini. Mesej yang cuba disampaikan oleh pelukis ialah keperitan dan usaha seorang nelayan tua yang berpenat lelah tanpa mengira kesusahan dalam usahanya mencari rezeki sebagai seorang nelayan. Dalam catan “Nelayan”, Hossein Anas menggunakan media cat minyak di atas kanvas. Beliau menggunakan warna-warna panas dan gelap untuk mesej yang ingin disampaikannya. Karya Nelayan , Hossein Enas menyampaikan kekuatan dalaman dan kearifan warga tua yang telah lama bergantung hidup kepada laut. Hossein Enas menggunakan sapuan cat minyak atas kanvas bagi menggambarkan kulit muka nelayan dibakar cahaya matahari. Ianya dapat dilihat melalui penggunaan warna gelap seperti campuran warna kuning dan coklat bagi menunjukkan kulit nelayan tua ini. Latar catan menggunakan warna panas iaitu kuning bagi menunjukkan suasana panas terik ataupun cahaya mentari yang terpaksa dihadapi setiap hari oleh nelayan tersebut. Unsur seni reka garisan dan jalinan digunakan untuk memastikan efek yang wujud lebih realistik. Jalinan yang digunakan pada wajah dan badan nelayan ini menunjukkan kulit nelayan ini kasar kerana terdedah kepada cahaya panas. Unsur seni ruang dapat dilihat melalui penggunaan warna. Latar kuning yang cerah menunjukkan ruang belakang manakala fokus kepada penceritaan catan ini berada pada ruang hadapan yang menjadi penegasan kepada karya.