Asia Tenggara [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Faktor luar yang mempengaruhi Age of commerce di Asia Tenggara a)



Keperluan pada rempah ratus



Rempah adalah sumber utama yang ada di Asia Teggara. Pedagang daripada Arab adalah pedagang yang mula-mula memperkenalkan perdagangan rempah di negara Barat. Mereka telah membawa rempah dari Asia Tenggara dan berdagang di Pelabuhan Venice Itali. Kepentingan perdagangan rempah ratus di Barat boleh diperhatikan daripada kuantiti dagangan rempah itu sendiri yang secara umumnya diperoleh dari Asia Tenggara. Dianggarkan bahawa pada tahun 1390 sebanyak 6 metrik tan cloves (cengkeh) dan separuh



nutmeg (buah pala) tiba di Eropah setiap tahun dari Maluku dan jumlah ini telah bertambah kepada 52 tan cloves dan 26 tan nutmeg. Pedagang daripada Arab telah menjual rempah yang mereka bawa daripada Asia Tenggara dengan harga yang sangat tinggi. Hal ini telah menimbulkan keinginan orang Barat mahu mencari sendiri sumber rempah dan menimbulkan keinginan untuk datang sendiri ke Asia Tenggara mendapatkan rempah dengan harga yang rendah sekaligus berniat untuk memonopoli semua rempah di Asia Tenggara. Hal ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis dan Belanda datang sendiri ke kepulauan Melayu untuk memonopoli rempah yang ada. Pada masa itu Melaka adalah pusat perdagangan utama di Nusantara. Orang Portugis menganggap Melaka adalah penting sebagai pusat perdagangan. Mereka memerlukan Melaka untuk mengawal perniagaan rempah di Maluku. Tujuan dan matlamat utama Portugis di Timur adalah untuk memajukan perdagangan mereka. Mereka juga telah ingin membolot perniagaan rempah setelah datang ke Melaka pada tahun 15111. Selain daripada Portugis, Belanda juga telah datang ke Alam Melayu. Belanda mula memberi perhatian kepada gugusan kepulauan Melayu pada hujung abad ke 17. Mereka juga ingin mendapatkan rempah secara langsung sama seperti Portugis. Bagi menjayakan rancangannya, Belanda telah menubuhkan syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Di sini jelaslah bahawa, kedatangan Portugis dan Belanda ke Asia tenggara adalah disebabkan sumber rempah yang sangat berharga dan menjadi tumpuan utama orang-orang Eropah2.



1



Anthony Reid. Southeast Asia in the early modern era: trade, power and belief. Ithaca and London: Cornell University Press, 1993, hlm. 70.



2



Anthony Reid. Charting the shape of early modern Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asia Studies, 2000, hlm. 158.



b)



Permintaan komuniti dari negara luar



Pada abad ke 16 dan 17, barangan tunggal terbesar import adalah kain dari India. Hal ini kerana negara India adalah pengeluar kain yang terbesar pada ketika itu dan India juga mempunyai kain yang berwarna-warni. Perhiasan peribadi dan pakaian merupakan barangan utama tetapi tidak berapa penting pada awalnya kepada masyarakat di Asia Tenggara. Pakaian ini telah membawa gaya baru dan telah digunakan untuk menghias rumah, majlis perkahwinan dan kain kafan untuk perkuburan. Disebabkan oleh semua tujuan ini, masyarakat di Asia Tenggara merasa kain dari India penting untuk pelbagai kegunaan dan diutamakan untuk produk tempatan3. Ledakan perdagangan di Asia Tenggara juga dipadankan dengan peningkatan pesat import kain dari negara luar selain daripada aktiviti eksport yang sering berlaku di Asia Tenggara. Permintaan kain pada masa itu sangat diperlukan di Asia Tenggara. Sebagai contoh yang kita dapat lihat ialah penguasa terakhir dan terkaya pada zaman Melayu Melaka adalah Sultan Mahmud dan telah menghantar misi ke Selatan India untuk memperoleh 40 jenis kain yang pebagai warna. Selain daripada kain, aktiviti import juga telah berlaku dengan negara China kerana negara China yang kaya dengan hasil sutera. Hal ini telah menyebabkan sutera menjadi permintaan yang diperlukan di Asia Tenggara pada masa itu.



c)



Peningkatan secara besar-besaran lombong perak di Amerika Latin



Peningkatan secara besar-besaran dalam pengeluaran lombong perak di Amerika Latin pada tahun 1570 juga memberi kesan kepada Asia Tenggara. Hal ini telah membolehkan sebahagian daripada perak ini dibawa secara terus ke Manila dari Acapulco bagi digunakan sebagai pertukaran untuk membeli produk Cina dan rempah ratus dari Asia Tenggara. Sebahagian besar Perak tersebut menyeberangi Atlantik di mana Portugis dan Venetian adalah yang pertama dan selepas tahun 1600 Belanda, Inggeris, danes dan Perancis membawa sebahagiannya ke timur bagi pembelian produk berharga dari Asia.4 Selepas tahun 1570 perak bagi New World mula mencurah masuk ke Eropah dan kesatuan Diraja Portugis dan Sepanyol pada tahun 1580 memberi akses yang telah tersedia untuk Portugis. Portugis dan juga Venetian menghantar jumlah perak yang dalam kuantiti yang tidak pernah 3



V. Sangermano, A Description of the Burmese Empire: London, 1966, hlm. 159.



4



Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia, Volume 1, from early time to c. 1800, Cambridge University Press, 1992, hlm 468.



dilihat sebelum ini ke Timur dalam dua dekad terakhir abad tersebut apabila jumlah keseluruhan harta (perak) bersamaan dengan tujuh puluh dua tan perak dihantar secara tahunan ke Asia.5 Persaingan yang wujud diantara pembeli Belanda, Inggeris dan Perancis jumlah aliran Perak ke timur dari Europah mencecah puncak sementara pada tahun 1620.



d)



Hubungan awal perdagangan dengan kerajaan China



Secara dasarnya sebelum zaman ‘age of commerce’ China telah mewujudkan satu perdagangan yang kukuh dengan Asia Tenggara iaitu semasa dinasti Song lagi. Jika terdapat jangka masa tertentu yang menandakan permulaan bagi kepesatan perdagangan yang kekal yang memberi kesan secara langsung di Asia Tenggara jangka waktu tersebut dapat diperhatikan pada tahun 1400 iaitu berlandaskan kepada Dinasti Ming di China. Perkembangan perdagangan Cina diteruskan semasa dinasti Ming (1368) menghantar ekspedisi perdagangan pada tahun 1403 dan 1433. Dibawah pemerintahan dinasti Ming dan berlandaskan lawatan penting angkatan laut yang diketuai oleh admiral Zheng He telah mencetuskan perdagangan dan minat China di Asia Tenggara.6 Tahun 1400 (abad ke-15) China merupakan pasaran paling besar bagi barang dagangan di Asia Tenggara. 50 “junks” (kapal dagangan) meninggalkan pelabuhan Selatan China pada setiap tahun dan meningkat kepada 88 buah pada tahun 1589 dan 117 pada tahun 1597. Secara kasar dapat diperhatikan peningkatan dalam jumlah kapal dagangan ini (junk) secara tidak langsung membawa kepada kepesatan perdagangan yang pesat di Asia Tenggara malah tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan dan permintaan pedagang luar banyak mempengaruhi turun naiknya ekonomi di Asia Tenggara.



5



Ibid.,



6



Marey Somers Heidhues, Southeast Asia a concise history, United Kingdom: Thames and Hudson ltd, 2000, hlm 88.



Pada tahun 1433 perdagangan di Negara China berhenti secara mengejut dan perdagangan secara peribadi diharamkan secara rasmi tetapi perdagangan ke Asia tenggara masih kekal wujud.7 Pemerintah Ming mengharamkan perdagangan secara langsung dengan Jepun oleh itu pedagang Cina berdagang di pelabuhan di Asia Tenggara seperti Hoi An, Ayutthaya, Kemboja, Patani, Manila dan Banten mereka untuk memperoleh perak dari Jepun.8 Pada tahun 1430-1512 kerajaan pulau Ryukyu yang terletak diantara Jepun dan Taiwan menjadi pautan komersial yang penting diantara Tenggara dan Utara Asia. Walaupun penyebaran permintaan dari Cina pada abad ke-15 dan abad ke-16 adalah mungkin merupakan pemangkin kepada perkembangan perdagangan bagi Asia Tenggara.



7



Nicholas Tarling, op.cit., hlm 467.



8



Anthony Reid, Charting the Shape of Early Modern Southeast Asia, Singapore Institute of Southeast Asian Studies,2000 hlm 158.