Aspek Kawalan Suara [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tarikh: 3 Oktober 2011 Tempat: DKP 5 (TEKNIK BERPIDATO) Metodologi pidato: -



Menghafal (membuat teks pidato)



-



Serta-merta (pidato tanpa persiapan dan hanya menggunakan pengalaman, keadaan terdesak)



-



Menggunakan teks (pidato rasmi)



Aspek Kawalan Suara. Aspek kawalan suara akan melahirkan ucapan pidato yang menarik. Terdapat beberapa aspek yang ditekankan dalam kawalan suara : (i)



Kelantangan- Suara pemidato mestilah kedengaran lantang supaya pendengar member penumpuan dan mengukuhkan keyakinan pendengar terhadap penyampaian pidato



(ii)



Nada- Nada menunjukkan ketegasan pemidato terhadap satu-satu perkara. Nada yang ditekankan adalah penegasan terhadap kepentingan perkara itu.



(iii)



Kelajuan- Pemidato tidak boleh terlalu laju atau lambat dalam menyampaikan ucapan. Pertuturan yang bersahaja lebih menarik perhatian pendengar.



(iv)



Lafaz sebutan- Sebutan yang dilafazkan mesti tepat bersama intonasinya. Bahasa asing yang digunakan disebut mengikut sebutan asalnya.



(v)



Ulangan- Ulangan tidak semestinya dilakukan, namun ulangan adalah penegasan terhadap sesuatu perkara.



(vi)



Jeda- Jeda adalah keadaan berhenti sebentar. Semasa pengucapan awam, jeda adalah penting untuk memberi masa kepada penyampai dan pendengar. Penyampai boleh menarik nafas dan pendengar akan mudah memahami apa yang disampaikan. Namun, jeda juga harus dilihat pada ayat-ayat tertentu.