Assignment Asia Tenggara [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

AEEA 1102 : SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15M SOALAN 7 : HURAIKAN PERKEMBANGAN KERAJAAN AYUDHYA DI ASIA TENGGARA SEKITAR TAHUN 1347 SEHINGGA 1767 M SEMESTER 1: SESI 2013 / 2014



NAMA



: AMIRUL ASHRAF BIN MAZLAN



NO.MATRIK : AEE130003 TUTORIAL



: HARI SELASA, PUKUL 10 PAGI HINGGA 11 PAGI



PENSYARAH : DR. MOHD SUPIAN BIN SABTU TUTOR



: DR. SIVA



PENGENALAN Ayudhya atau “Phra Nakhon Si Ayutthya” merupakan satu wilayah yang terletak berhampiran dengan Lembah Sungai Menam Chao Phraya. Terdapat beberapa wilayah lain yang berada berhampiran dengan Ayudhya seperti wilayah Pathum Thani, Ang Thong, Lop Buri, Saraburi, Nonthaburi, Suphan Buri dan Nakhon Pathom. Kerajaan ini dipimpin oleh seorang putera Thai yang bernama U Thong yang menggunakan gelaran Ramathibodi I. Kerajaan pimpinan U Thong ini berkuasa dari tahun 1357 hingga 1477. Terdapat pelbagai teori tentang asal-usul penubuhan Ayudhya. Antara teorinya adalah penemuan Bandar Thepnakhon pada awal abad ke 14 di mana puteri kepada Raja Traitung telah mengahwini gadis dari golongan rakyat biasa. Puteri baginda telah diusir keluar dari kota kerana dianggap sebagai satu penghinaan kepada Raja Traitung. Mereka telah berpindah ke daerah yang bertempat di selatan dan menjumpai sebuah bandar dikenali bandar Thepnakhon pada tahun 1319. Pada tahun tahun 1344, mereka telah dikurnaikan seorang anak bernama U thong yang telah ditabalkan sebagai raja. U Thong telah memindahkan pusat kerajaan mereka ke Ayudhya pada tahun 1351. Teori yang kedua pula dikaitkan dengan lagenda seorang putera Thai yang bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negeri baru di wilayah selatan Siam. Berdasarkan lagenda ini, dia mempunyai darah keturunan diraja Chiengsan yakni pengasas Chiengmai. Dia telah berkahwin dengan seorang puteri raja Mon seterusnya U Thong menggantikan raja tersebut. Setelah menguasai sebahagian daripada wilayah kuno Lavo itu, dia pun memaksa Lu Tai yang pada ketika



itu



menjadi



pemerintah



Sukhotai



untuk



mengakui



pemerintahannya.



Walau



bagaimanapun, dia bergerak kira-kira 50 batu ke selatan apabila wabak taun memaksa dia meninggalkan bandarnya sendiri, yang kemudiannya membuka sebuah ibu kota baru yang



dinamakan sebagai Dvarati Sri Ayudhya. Pada tahun 1350, dia telah ditabalkan sebagai raja Ayudhya yang pertama. KEJATUHAN KUASA PEMERINTAHAN KERAJAAN SUKHOTAI Kemajuan Ayudhya dikatakan bermula setelah kerajaan Sukhotai mengalami kemerosotan. Tampuk pemerintahan Rama Khamheng atau „Rama yang Berani‟ membuktikan bahawa dia adalah seorang pahlawan yang gagah. Kehebatannya dapat dilihat sebelum dia menggantikan bapanya Sri Indraditya lagi. Dia telah dibentuk menjadi seorang negarawan yang berwibawa sehinggakan pada zaman itu, Sukhotai dianggap sebagai punca bagi tamadun Siam bertitik tolak daripada pemerintahan Rama Khamheng. Pemerintahan Rama Khamheng lebih mengutamakan agama Buddha Pali bercorak Ortodoks yang mementingkan keadilan dan kemuliaan. Raja Sukhotai bersama-sama dengan seluruh isi istana sangat alim dalam agama sehinggakan mereka sering kali melakukan persembahan di tempat pemujaan untuk menjamin kemakmuran negeri itu. Pemerintahan Rama Khamheng tidak bertahan lama kerana sebelum tahun 1318, beliau telah berhenti memerintah kerana terdapat lagenda yang menyatakan bahawa dia telah lenyap dihanyutkan arus sungai di Sawankhalok.1 Tampuk pimpinan telah diteruskan oleh anaknya Lo Tai yang menyaksikan pentadbiran Sukhotai mulai merosot. Lo Tai banyak menyumbang kepada agama Buddha seperti membina beberapa Buddhapada atau bekas-bekas tapak kaki Buddha sehingga mendapat gelaran Dharmaraja oleh rakyat Sukhotai. Anak Lo Tai, Lu Tai yang menggantikannya pada tahun 1347 pula seorang yang berilmu. Beliau terlalu menumpukan perhatiannya kepada agama seterusnya mengundang kepada penurunan dari takhta pada tahun 1361 lalu tinggal di sebuah biara. Sepanjang pemerintahannya, dia telah mengarang sebuah kajian terperinci mengenai kosmos 1



D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, halaman 215



agama Buddha dikenali sebagai Traiphum Pa Ruang. Menurut sebuah prasasti, dia digambarkan sebagai raja yang mengamalkan petua diraja yang sepuluh. Dia berlaku adil kepada semua rakyatnya. Contohnya, apabila dia melihat beras kepunyaan orang lain, dia sedikitpun tidak akan menunjukkan keinginan untuk memilikinya dan apabila dia melihat kekayaan orang lain, dia tidak sesekali berasa dengki dengan orang tersebut. Sekiranya dia menangkap orang yang menipu atau biadab serta orang yang meletakkan racun dalam makanannya dengan niat supaya dia jatuh sakit atau mati, Lu Tai tidak akan membunuh atau memukul mereka, sebaliknya mengampunkan orang-orang tersebut. Alasannya, dia yang bersalah terhadap dirinya kerana menahan hati untuk bersabar kerana dia ingin menjadi seorang Buddha yang membawa semua makhluk bersama-sama ke seberang lautan penderitaan penjelmaan.2 Kemunculan seorang putera Thai yang telah berkahwin dengan seorang anak perempuan raja Mon yang bernama U Thong telah memaksa Lu Tai untuk mengakui penguasaannya. Apabila wabak taun melanda, U Thong telah berpindah kira-kira 50 batu ke selatan lalu membuka sebuah kota baru bernama “Dharvati Ayudhya” yang terletak di atas sebuah pulau di Sungai Menam Basin. Pada tahun 1350, dia ditabalkan sebagai raja yang pertama dengan memakai gelaran Ramadhipati.3 PERKEMBANGAN PEMERINTAHAN AYUDHYA RAMADHIPATI I Ramadhipati telah menawan Angkor pada tahun 1353 selepas berlaku perpindahan pusat kuasa Thai di Lembah Sungai Menam Basin. Perpindahan ini meletakkan Kemboja dalam keadaan yang merbahaya kerana ibukotanya Angkor berada berdekatan dengan Ayudhya seterusnya meningkatkan risiko diserang. Meletus peperangan yang lama antara dua negeri ini termasuk terpaksa berhadapan dengan beberapa siri pemberontakan di Sukhotai dan Chiengmai. 2 3



Ibid hlm 216 Ibid hlm 217



Selain itu, Ramadhipati juga telah menyusun undang-undang yang berkaitan dengan adat isitiadat Thai purba semenjak zaman Nancao. Undang-undang itu telah dipinda untuk disesuaikan dengan undang-undang Manu. Apabila dia mati tahun 1369, dia digantikan anaknya Putera Ramesuan yang pada masa itu gabenor Lopburi4. Dia tidak begitu disenangi oleh orang ramai dan kerana tidak berupaya mengatasi kekacauan yang berlaku, dia menyerahkan takhta kerajaannya pada tahun 1370 kepada bapa saudaranya yang mengambil gelaran Boromaraja I. BOROMARAJA I Perlantikan Boromaraja I didorong oleh faktor bahawa dia telah membantu U Thong menguasai wilayah di samping memberi bantuan ketenteraan dari. Boromaraja I telah tiba di Ayudhya pada tahun 1370, bersama-sama angkatan tenteranya mengambil alih pemerintahan serta memaksa Ramesuan untuk turun dari takhta. Terdapat satu persefahaman antara dua pemerintah itu bahawa Ramesuan akan kembali memerintah selepas kematian Boromaraja I yang disyaki oleh Putera Damrong.5 Pada awal pemerintahannya, dia menumpukan segala tenaganya menguasai semula kawasan di hulu lembah Sungai Menam. Pada tahun 1371, Boromaraja I telah mengetuai angkatan tentera yang besar untuk menyerang kerajaan Sukhotai yang berazam hendak memulihkan semula kemerdekaannya. Boromaraja I berjaya menawan beberapa bandar termasuk raja Sukhotai pada masa itu, Tammaraja II pada tahun 1378. Perluasan kuasa ke utara telah membawa kepada perselisihan faham dengan Chiengmai lalu menyebabkan peperangan meletus. Pada tahun berikutnya, Boromaraja I mangkat dan digantikan oleh anaknya yang berumur 15 tahun namun serta merta digulingkan dan dibunuh oleh Ramesuan yang memerintah sehingga tahun 1395. BOROMARAJA II 4 5



Ibid hlm 218 Kasetsiri, Charnvit The Rise of Ayudhya, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1976, halaman 109



Intaraja yang mati pada tahun 1424 telah meninggalkan 3 orang anak lelaki. Dua orang anaknya yang tua telah berebutkan takhta lalu mereka berlawan dengan menunggang gajah dan kedua-duanya terhumban ke tanah dan terbunuh. Anaknya yang bongsu telah ditabal serta-merta menjadi raja dengan gelaran Boromaraja II. Dia gagal menakluk Angkor kerana percubaannya hendak meletakkan seorang raja boneka Siam di Kemboja serta sebagai negeri lindungannya tidak berjaya. Pada tahun 1438, dia telah melantik Ramesuan, anak lelakinya yang sulung menjadi Gabenor Pitsanulok seterusnya menjadikan jajahan Sukhotai yang lama itu sebagai wilayahnya. Perebutan takhta di Chiengmai memberi peluang kepada Siam untuk campur tangan namun tentera Chiengmai berjaya mengalahkan tentera Siam. Raja Siam jatuh sakit dan meninggal pada tahun 1448.6 PARAMATRAILOKANATHA Beliau telah mengambil langkah membentuk satu sistem pentadbiran pusat disebabkan kerajaan wilayah-wilayah kurang mendapat kawalan daripada kerajaan pusat. Terdapat 5 jabatan awam yang besar seperti Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketuai seorang ketua menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan yang mentadbir bandar dan wilayah Ayudhya, Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perdagangan, Kementerian Pertanian bertugas dalam lapangan penanaman dan pemilikan tanah serta Kementerian Kerabat Diraja yang bertanggungjawab dalam hal ehwal istana dan keadilan. Selain itu, satu badan tertinggi dipanggil Hlutdaw yang bertanggungjawab mengawasi pemerintahan beraja yang bertahan sehingga tahun 1586. Di samping itu, terdapat pengawalan di peringkat Sakdi Na di mana setiap orang berhak memiliki tanah mengikut statusnya. Pada tahun 1488, Trailok telah mati dan melantik anaknya yang sulung, Putra Jatta menjadi Maha Uparat iaitu pemangku Raja.



6



D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 220



Maha Uparat diberi separuh daripada hak-hak yang dimiliki oleh seorang raja dan sepuluh kali ganda tanah yang luas diberi kepada pegawai kerajaan tertinggi. Namun begitu, kebesaran ini diberi hanya kepada anak raja yang sulung lantas mengakibatkan Jai Jatta tidak menjadi raja. Hal ini adalah kerana, Trailok mahu membahagikan pentadbiran negeri kepada dua iaitu di Pitsanulok dan Ayudhya. Dia mangkat sebelum berjaya melaksanakannya dan diganti anaknya yang bergelar Boromaraja III manakala Jai Jatta tinggal di Pitsanulok sebagai Gabenor.7 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN AYUDHYA STRATEGI KETENTERAAN Penekanan dalam ketenteraan telah menyebabkan Ayudhya telah maju terutama pada zaman Raja Rama Tibodi yang menekankan aspek ketenteraan. Rama Tibodi telah mengambil langkah untuk menyusun semula sistem tenteranya secara keseluruhan berdasarkan kepada kerahan tenaga rakyat. Negeri itu telah dibahagikan kepada beberapa bahagian dan semua kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas akan didaftarkan untuk dipanggil berkhidmat dan sekiranya dikehendaki.8 Kota seperti Nont‟aburi, T‟achin dan Nak‟on Jaisri bersama-sama dengan kota lain telah dijadikan sebagai pusat merekrut tentera. Pada tahun 1550, usaha Raja Chakrap‟at dalam mempertahankan Ayudhya dalam aspek ketenteraan pula ialah membina sebuah dinding berbatubata dan kubu yang mengelilingi Ayudhya bagi menggantikan kubu tanah liat yang telah dibina oleh Raja Ramadhipati I. Menurut Sejarah Melayu juga ada menyatakan tentang Siam yang menyerang dengan menggunakan dua jalan. Serangan pertama dengan menggunakan jalan darat manakala serangan kedua menggunakan jalan laut.9 Kemudiannya, kota itu dikuatkan lagi sistem pertahanannya dengan menggali parit yang baru walaupun telah ada parit lama yang telah digali. 7



Ibid hlm 221 D.G.E Hall Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur:Dewan Bhasa dan Pustaka, 1979, hlm 226 9 Lbid hlm 225 8



Seterusnya, dia menghapuskan sempadan kota untuk bertahan yang dijadikan sebagai pangkalan tentera menjadi pertahanan kota. Pada masa itu juga, sistem panggilan khidmat tentera disusun semula dan angkatan tentera laut dibesarkan serta ditingkatkan dengan pengenalan sistem pengangkutan yang baru. Rama Tibodi juga mempercayai haiwan gajah dijadikan sebagai salah satu pengangkutan ketenteraan. Buktinya, masa lapangnya dihabiskan dengan menangkap haiwan tersebut. Sekitar tahun 1550 hingga 1562, dia telah berjaya menangkap hampir 300 ekor gajah.10 Ketenteraan pada zaman Putera Ramesuan yang menggunakan gelaran Boromo Trailokanat lebih berteraskan tipu muslihat. Trailok telah mencukur rambutnya untuk menjadi seorang sami lalu tinggal di sebuah biara untuk untuk tempoh beberapa lama. Kemudian, dia mencari ikhtiar untuk melemahkan kuasa Chiengmai dengan jalan sulit dengan menghantar seorang sami Burma untuk menimbulkan perselisihan faham di istana Raja Chiengmai. Pada tahun berikut, diikuti pula dengan menghantar satu utusan yang diketuai oleh seorang Brahmin dengan tujuan yang sama. Sesungguhnya wakil-wakil yang dihantar itu dapat menimbulkan kekacauan kerana fitnah yang ditimbulkan sehinggkan anak sulung raja itu serta seorang menteri yang setia telah dihukum bunuh. Malangnya, pakatan jahat itu dapat diketahui dan kedua-dua Brahmin dan Sami Burma itu ditangkap lalu dibuang ke dalam sungai dengan diikat ketulanketulan batu pada leher mereka. 11 EKONOMI Kota Ayudhya sendiri menawarkan sebuah kawasan tanah yang subur, tanah pamah yang rata dengan saliran air sungai tanpa bukit-bukau serta tidak bergunung-ganang. Hal ini menyebabkan tanahnya sesuai dengan tanaman sawah padi setelah tanah diusahakan dan saliran 10



W. A. R. WOOD, C.M.G., C.I.E., Late H.B.M. Consul-General, Chiengmai. ‘A History of Siam’ from the earliest times to the year a.d1781, with a supplement dealing with more recent events. Publish Chalermint Bookshop Erawan Arcade 1-2 BANGKOK 1959. hlm 114 11 D.G.E Hall Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur:Dewan Bhasa dan Pustaka, 1979, halaman 226



air yang teratur disalurkan. Ayudhya juga mempunyai sumber ekonomi perikanan pada pertengahan abad ke-14 menurut catatan Khaihaikan Chao Krungkao. Beras dan ikan merupakan sumber protein penduduk. Laluan-laluan sungai yang berhampiran juga dikenakan cukai sebagai sumber pendapatannya. Kelebihan lain Ayudhya ialah mempunyai hubungan perdagangan dengan dunia luar. Perkara ini dapat dilihat dengan hubungan perdegangan dengan China pada masa itu.12 Pada zaman pemerintahan Trailok, dia telah mengambil langkah pengawalan peringkat-peringkat Sakdi Na. Dari semenjak zaman purbakala lagi, dalam sistem masyarakat Thai tiap-tiap seorang boleh memiliki tanah mengikuti kedudukan orang itu. Trailok merombak sistem ini dengan mengikut kelas-kelas masyarakat dan menentukan berapa luasnya tanah yang mereka boleh miliki. Luasnya tanah itu ialah dari 10 ekar bagi kelas yang paling rendah hingga 4000 ekar untuk seorang Cao Pya. Bagi pegawai-pegawainya, sebelum pembayaran gaji diperkenalkan sbelum separuh akhir abad kesembilan belas dulu, perlu ditentukan dahulu jumlah pendapatan mereka. Tiap-tiap seorang menerima tanah seluas yang ditentukan mengikut peraturan Sakdi Na itu dan dijangka mendapat sara hidup daripada hasil tanah itu. 13 KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PARAMATRAILOKANATHA Pada zaman pemerintahannya juga terdapat unsur kesenian dan kebudayaan iaitu dia telah mendirikan beberapa pusat penyembahan. Salah satu infrastruktur itu ialah Vat Chulamani di Bishnoluka. Struktur bangunan ini mempunyai pengaruh reka bentuk dan seni bina semasa zaman pemerintahan Khmer. Di dalamnya pula terdapat satu ruang yang ditempatkan sebuah patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa iaitu patung Buddha Jinaraja atau dipanggil P‟ra Chi‟narat. Patung ini dipengaruhi oleh unsur-unsur dari zaman Sukhotai. Kebarangkalian patung 12 13



Kasetsiri, Charnvit The Rise of Ayudhya, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1976 halaman 78 D.G.E Hall Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, halaman 222



ini berumur sejak dari zaman pemerintahan Raja Lu Tai. Pada zaman pemerintahnnya juga sebuah puisi telah dikarang iaitu Lilit Yuen P‟ay yang menceritakan mengenai kemenangan ke atas Chieng Mai. Puisi ini terkandung penuh dengan bahasa Sanskrit. Puisi lain yang dikarang pada zaman yang sama juga ialah Vessantarajataka yang asalnya dari puisi Mahajati. Karya ini adalah hasil karangan oleh cendekiawan yang tinggal di istana diraja. 14 Terdapat beberapa teks sastera atau sajak yang terkenal pada zaman Ayudhya iaitu Khun Chang Khun Pan, Phra Law dan Phra Apai. Penulis teks-teks ini ialah Sri Praj, Sontorn Poo dan penulis yang tidak diketahui iaitu Twastosmas.15 Selepas kejatuhan Ayudhya, terdapat sebahagian struktur bangunan yang tidak musnah akibat serangan Burma. Mengenai gaya seni bina lebih mirip kearah Burma dan Kemboja bahkan bannyak dipengaruhi daripada seni bina Cina, Khmer dan India.16 Masih lagi terdapat struktur binaan seperti dinding-dinding batu, laluan pintu masuk sebanyak 23 buah dan terdapat juga 16 benteng yang pernah dibina untuk menjadi kubu pertahanan pulau. Terdapat istana diraja dan beberapa bangunan yang digunakan untuk upacara keugamaan. Hampir kesemua 500 candi masih lagi terdapat di sekeliling kota Ayudhya. Candi ini menunjukkan ciri-ciri bangunan yang terdapat unsur senibina bangunan Sukhodaya dan Shri Sajjanalaya. Bangunan yang masih lagi berada dalam keadaan yang agak baik ialah binaan tokong diraja yang bernama Shri Sarvajna (Si Sanp‟et) yang terletak di bahagian selatan kawasan istana. Kesemua kesenian dan rekabentuk struktur-struktur patung mahupun bangunan menunjukkan pengaruh yang kuat terutamanya daripada pemerintahan Khmer, Buddha dan Angkor pada zaman Ayudhya. 17



14



Ibid hlm 151 Dr.Witt Siwasanyanon Aspects & Facets of Thailand, Bangkok:Public Relation Department, 1967 hlm 28 16 Wyatt, David K., Thailand:A Short History, New Haven: Yale University Press, 1982, hlm 78 17 Cedes G., The Making of South East Asia, Broadway House 68-74 Carter Lane London : Routledge & Kegan Paul Limited, hlm 162 15



RAMADHIPATI I Terdapat unsur kesenian pada zaman pemerintahannya iaitu satu arahan telah diperintahkan untuk didirikan sebuah struktur Buddha gergasi di Wat Srisarap‟et. Perkara ini menggambarkan kebesaran dan kemuliaan Buddha itu sendiri. Ianya 48 kaki tinggi dan 24 kaki panjang. Struktur ini disaluti dengan emas berat sekitar 1800 lbs dan mengambil masa selama 3 tahun untuk menyiapkannya. Struktur ini telah dimusnahkan oleh Burma pada tahun 1767. Dinasti pemerintahan diraja sekarang ingin mencantumkan semula struktur ini namun mustahil. Oleh itu, bahagian struktur itu ditanam di bawah pagoda yang bernama Jedi Srisarap‟etchadayan di WatJetup‟on di Bangkok.18 Terdapat juga teks-teks sastera pada zaman ini seperti sumpahan ke atas banjir, bacaan doa kepada tuhan dan semangat-semangat halus yang ditulis oleh individu kerani sebelum mengadakan perbicaraan. Kesemua ini teks-teks ditulis oleh golongan Brahman yang mewarisi tradisi Angkor. 19 PARAMARAJA II Selepas Raja Paramaraja II iaitu anak bongsu daripada 3 beradik telah mengambil alih takhta ayahnya iaitu Indaraja. Kedua dua anak pertama dan anak kedua telah bergaduh dalam merebut takhta setelah kematian ayah mereka dalam peperangan



di utara Nagara Svarga.



Mereka berdua telah mati semasa berlawan dengan menunggang gajah. Dia telah dirikan Vat Rajapurna untuk memperingati dua abangnya. Rumah simpanan tokong tersebut mempunyai peralatan senjata, perhiasan diraja dan sebilangan besar lukisan Buddha yang mana telah datang



18



Ibid hlm 96 Cedes G., The Making of South East Asia, Broadway House 68-74 Carter Lane London : Routledge & Kegan Paul Limited, hlm 147 19



dari pelbagai zaman dan jenis. Ini menunjukkan bahawa pangaruh agama Buddha masih mempengaruhi kehidupan masyarakat. 20 GEOGRAFI Tanah di Menam Basin sememangnya subur bukan akibat saliran sungai Menam Basin sahaja tetapi juga disebabkan saliran sungai yang lain seperti Meklong, Suphanburi, Lopburi dan Pasak. Disebabkan saliran sungai ini semua, kerja-kerja untuk membuka sebuah wilayah pengeluaran beras tidak memerlukan banyak tenaga kerja. Ayudhya dan Bangkok merupakan dua wilayah yang mampu mengekalkan kestabilan kuasa hanya disebabkan penguasaan sumber pengeluaran beras. Kejayaan Ayudhya dan Bangkok boleh dibandingkan dengan Chiengmai dan Sukhotai yang juga merupakan wilayah yang mengeluarkan beras tetapi tidak mampu memenuhi kehendak rakyat mereka dengan hasil pengeluaran beras mereka sendiri. Lokasi strategik sesebuah kawasan itu juga memainkan peranan. Sistem perhubungan yang digunakan melalui laluan sungai di Menam Basin yang mengalir dari utara ke selatan memainkan peranan penting bagi semua wilayah. Ayudhya terletak berhampiran dengan 3 buah batang sungai yang iaitu Chao Praya, Lopburi dan Pasak. Laluan darat dan sungai memudahkan lagi mobiliti Ayudhya dalam menguasai kawasan pedalaman untuk mengusahakan pengeluaran padi disebabkan kepadatan penduduk yang ramai dan penguasaan ke atas kegiatan maritim juga salah satu elemen yang mengembangkan lagi Ayudhya pada zaman itu. Hal ini yang membezakan Ayudhya dan kota-kota lain yang terdapat di sekitar kerana Ayudhya mengeksploitasi jalan darat dan jalan laut untuk kegiatan ekonomi penduduk dan juga untuk berhubung dengan dunia luar supaya dapat mengadakan perdagangan dan hubungan diplomatik.21 UNDANG-UNDANG 20 21



Ibid hlm 150 Ibid hlm 18



RAMADHIPATI I Ramadhipati I menyusun undang-undang yang mula-mula dicatitkan di negeri thai yang mengandungi adat istiadat Thai purba dari semenjak zaman Nancao. Kemudiannya undangundang itu telah dipinda kerana hendak disesuaikan dengan undang-undang Manu, ia menjadi asas undang-undang Siam untuk berabad-abad lamanya sehingga zaman pemerintahan Chulalongkorn dan sehingga sekarang belum digantikan sepenuhnya undang-undang yang baru.22 Undang-undang bukti pada tahun 1350 iaitu sejumlah individu dilarang daripada memberi keterangan sebagai bukti tanpa kebenaran daripada salah-satu pihak yang terlibat dalam permasalahan. Antara golongan yang dilarang memberi keterangan bukti ialah orang tua yang berumur melebihi 70 tahun, kanak-kanak di bawah umur 7 tahun, orang yang sakit, pengemis, penari, orang gelandangan, pawang, nelayan, tukang kasut, penjudi, pencuri dan penghutang. Keduanya undang-undang kesalahan terhadap pemerintah atau kerajaan pada tahun 1351. Seorang pegawai yang mencuri wang kerajaan boleh dikenakan salah satu hukuman daripada 8 jenis hukuman seperti hukuman mati, 20 sebatan rotan, diturunkan kepada taraf rakyat biasa, denda sebanyak 3 kali ganda daripada wang yang dicuri, pembayaran semula wang yang dicuri atau digantung daripada bertugas. Terdapat juga undang-undang penculikan pada tahun 1356, iaitu berkaitan dengan isteri, anak perempuan dan terutamana sekali golongan hamba abdi.23 Undang-undang jenayah terhadap rakyat biasa iaitu berkenaan seperti pencerobohan dan serangan pada tahun 1357. Undang-undang kecurian juga merangkumi kesalahan lain juga seperi



22



W. A. R. WOOD, C.M.G., C.I.E., Late H.B.M. Consul-General, Chiengmai. ‘A History of Siam’ from the earliest times to the year a.d1781, with a supplement dealing with more recent events. Publish Chalermint Bookshop Erawan Arcade 1-2 BANGKOK 1959. hlm 66



23



W. A. R. WOOD, C.M.G., C.I.E., Late H.B.M. Consul-General, Chiengmai. ‘A History of Siam’ from the earliest times to the year a.d1781, with a supplement dealing with more recent events. Publish Chalermint Bookshop Erawan Arcade 1-2 BANGKOK 1959. hlm 66



pembunuhan, mencuri dan beberapa lagi kesalahan yang berat iaitu seperti undang-undang berkaitan sihir, penipuan dan pemujaan. Seterusnya ialah undang-undang berkenaan suami isteri hidup berpoligami dan kepada pasangan yang tidak dapat hidup bersama harus diceraikan jika keadaan mental dan fizikal suami atau isteri tidak lagi sehaluan. 24 PARAMATRAILOKANATHA Kot Montien Ban atau Undang-undang Istana tahun 1450 adalah satu lagi perundangan yang panjang lebar yang dibuat oleh Trailok. Ia bukanlah satu perkara baru tapi merupakan perkanunan dan pentafisiran adat isitiadat yang sedia ada. Ia menyebutkan negeri-negeri yang menghantar ufti dan bentuk ufti itu menentukan darjah semua golongan di dalam istana dari permaisuri dan putera diraja hinggalah ke pegawai-pegawai dan juga menetapkan denda dan hukuman. Demikianlah ia menentukan peraturan yang harus diikuti bila seseorang kerabat diraja dijatuhkan hukaman pukul sampai mati dengan belantan kayu cendana.25 Pada zaman ini hukum menendang pintu istana akan dihukum potong kaki, membiarkan haiwan terbiar memasuki istana dihukum mati, menggoncangkan bot raja dihukum mati dan beberapa lagi undang-undang yang lain.26 HUBUNGAN DIPLOMATIK Mewujudkan jalinan hubungan dengan dunia luar memainkan peranan yang penting dalam memastikan kedaulatan, politik, ekonomi dan kemakmuran Ayudhya terjaga dan terus berkembang serta meluaskan lagi pengaruh dan kawasan-kawasan di bawah naungannya yang berada berhampiran. Raja Ramadhipati II merupakan raja pertama yang mempunyai hubungan



24



Ibid hlm 69 D.G.E Hall Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur:Dewan Bhasa dan Pustaka, 1979, hlm 224 26 W. A. R. WOOD, C.M.G., C.I.E., Late H.B.M. Consul-General, Chiengmai. ‘A History of Siam’ from the earliest times to the year a.d1781, with a supplement dealing with more recent events. Publish Chalermint Bookshop Erawan Arcade 1-2 BANGKOK 1959. Hlm 86 25



luar. Hubungan luar yang pertama ini berbentuk perdagangan iaitu dari Portugis. Albuquerque telah menghantar utusan yang bernama Duarie Fernandez yang datang ke istana untuk memberitahu tentang kemenangan Portugis itu ke atas Melaka. Ketika itu Ramadhipati II masih menumpukan perhatian kepada Chiengmai kerana tidak berupaya untuk menentang penaklukan Melaka oleh Portugis. Portugis telah menghantar utusannya yang kedua pada 1512, dan yang ketiga pada 1516 lalu Ayudhya dan Portugis mengadakan perjanjian persetiaan untuk membenarkan Portugis menjalankan perdagangan di Ayudhya, Tenasserim, Mergui, Patani dan Ligor. Pada tahun 1598 juga Nareshvara telah mengadakn hubungan diplomatik dengan Sepanyol.27 Tahun 1608 pula Ekadasharatha pula mempunyai hubungan diplomatik dengan Belanda apabila dia menghantar utusan kepada Putera Maurice Nassau. Setelah masuk tahun 1612 pula, sebuah kapal British dari England telah datang membawa surat daripada King James I untuk membina kilangnya di Ayudhya dan di Patani. Selepas sekian lama, sekali lagi Perancis pula mengadakn hubungan diplomatik iaitu pengembara Greek yang bernama Constance Phaulkon yang tidak lama kemudian tiba pada tahun 1675 lalu telah menempatkan dirinya pada kedudukan yang selesa dan penting dalam pentadbiran dengan memegang jawatan yang penting sebagai pegawai perdagangan asing. Kedatangan Perancis sebenarnya telah bermula seawal tahun 1662. Jesuits seorang utusan Perancis telah mencadangkan Court of Versailles untuk mengubah agama Ayudhya itu kepada Katolik. Pada 1673, King Louis XIV telah menghantar surat kepada Raja Narayana yang menyataan ucapan terima kasih kerana dapat menerima kedatangan Perancis dalam memanjangkan lagi hubungan diplomatik. Pada tahun 1680 pula, Syarikat Hindia Timur telah menempatkan kilang di Ayudhya. Tegasnya, hubungan diplomatik



27



Cedes G., The Making of South East Asia, Broadway House 68-74 Carter Lane London : Routledge & Kegan Paul Limited, hlm 152



yang dijalinkan dengan dunia luar telah mempengaruhi dalam kegiatan kehidupan harian masyarakat dalam perkembangan Ayudhya.28 AGAMA DAN KEPERCAYAAN Agama dan kepercayaan pada zaman pemerintahan Ayudhya telah membawa pelbagai impak kepada kehidupan masyarakat pada masa itu. Pengaruh agama Buddha yang kuat di Ayudhya telah menyebabkan Uthong dipercayai dipilih untuk memenuhi ramalan Buddha yang telah datang lebih awal dari India ke Menam Basin dimana dia telah meninggalkan jejak dan bayangnya untuk menandakan lokasi permulaan agama tersebut. Pada permulaan abad ke-14 agama Buddha Theravada merupakan sebuah agama yang merangkumi politik dan agama di Menam Basin.29 Kemudiannya pula bermula pengaruh agama Hindu dan Buddha Mahayana yang juga memainkan peranan penting dalam menanda masuknya era yang baru selepas Buddha Theravada. Agama ini berkembang dari Ayudhya hingga ke Burma dan Ceylon. Pada zaman Trailok, terdapat kepercayaan mengenai 3 permata iaitu Buddha, Dhamma dan Sangha.30 Selanjutnya pula Trailok dipercayai sebagai kelahiran semula 11 dewa Hindu iaitu Brahma, Vishnu, Siva, Indra, Yama, Marut (dewa angin), Varuna(dewa hujan), Agni (dewa api), Upendra (Krana), dewa matahari dan dewa bulan. Ini menunjukkan bahawa pada zaman ini terdapat kombinasi pengaruh Buddha dan Hindu dalam kehidupan masyarakat. Nama-nama raja juga dikaitkan dengan pengaruh agama seperti Ramadhipati iaitu gelaran yang diguna oleh Uthong bermaksud Hero Ramayana iaitu kelahiran semula Vishnu, sama juga seperti Ramesuan (RamaIsvara), Ramracha (Rama-Raja) dan Intharacha (Indra-Raja).31 KEJATUHAN ZAMAN PEMERINTAHAN AYUDHYA 28



Ibid hlm 157 Kasetsiri, Charnvit The Rise of Ayudhya, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1976 : halaman 70 30 Ibid : halaman 85 31 Ibid hlm 100 29



Kemerosotan Ayudhya berlaku disebabkan oleh masalah dalaman dan masalah luaran. Sejak dari awal lagi, masalah dalaman yang dihadapi oleh Ayudhya dapat dikesan sekitar tahun 1756, Raja Boromakot telah mendapat tahu anaknya iaitu Maha Uparat telah menjalinkan hubungan sulit dengan dua orang isterinya. Hal ini telah menimbulkan kemarahan raja lalu mengarahkan Uparat disebat sebanyak 230 kali. Anaknya mati setelah disebat sebanyak 180 kali. Isterinya juga diberi hukuman yang sama dan mati. Dia hanya tinggal dua orang anak sahaja pada masa itu iaitu Putera Ekat‟at dan Putera Ut‟ump‟on. Pada tahun 1758, Raja Boromakot telah mati pada umur 77 setelah memerintah selama 26 tahun. Putera Ut‟ump‟on telah mewarisi takhta setelah kematian ayahnya dengan menggunakan gelaran Raja Dok Madua. Arahan pertamanya ialah hukuman mati kepada 3 orang abang tirinya yang telah mengumpul pengikut bersenjata yang ramai dan berkomplot untuk melakukan pemberontakan, hal ini diketuai oleh Putera T‟ep P‟ip‟it. Rancangan Putera T‟ep P‟ip‟it terbongkar dan didedahkan sendiri oleh Raja Ut‟ump‟on setelah Putera T‟ep P‟ip‟it menuntut raja untuk berjanji agar nyawa semua individu yang terlibat dilepaskan daripada hukuman mati. Pengikutnya semua disebat dan dipenjarakan manakala Putera T‟ep P‟ip‟it diusir keluar ke Ceylon. Pada masa yang sama juga, abangnya Putera Ekat‟at juga mendapat banyak sokongan daripada pelbagai pihak serta kerap kali campur tangan dalam urusan hal ehwal pentadbiran. Selepas tamat upacara pembakaran mayat Raja Boromakot, dia telah turun daripada takhta dan berhijrah ke candi Wat Pradu dimana dia sendiri telah arahkan dibina. Pemerintahannya hanya bertahan selama 3 bulan sahaja. Penurunan takhta oleh Raja Ut‟ump‟on merupakan satu tanda hitam dalam sejarah Siam. Kejadian ini telah memberi laluan kepada abangnya untuk menaik takhta sebagai raja yang baru dengan gelaran Boromaraja V. Peralihan tampuk pemerintahan dalam masa singkat telah menyebabkan terjejas kesatuan wilayah-wilayah yang berada dalam pemerintahan Ayudhya. Raja Ekat‟at pada masa itu tidak



menjangka ancaman ataupun bahayanya perluasan kuasa oleh kemaraan Burma yang semakin berkembang. Pada ketika itu, Burma dipimpin oleh Alaungpaya pada ketika itu dan menjelang tahun1759, Alaungpaya telah menawan Nan, Chiengsen, Payao dan beberapa wilayah di Laos untuk mengiktiraf pemerintahannya. Pada mulanya Ayudhya telah menghantar 3 pasukan tentera untuk bertahan di kawasan Peninsula yang diketuai oleh P‟ya Yomarat. Kedatangan Burma melalui laluan laut dan di sebelah kanan dan laluan darat melalui kawasan gunung telah berjaya mengalahkan tentera Ayudhya di kawasan Kuiburi. Kemusnahan Ayudhya bermula apabila Burma telah mengepung kota Ayudhya yang menyebabkan penduduknya kebuluran, penyakitpenyakit merebak dan mayat bergelimpangan di merata-rata kawasan. Hal ini disebabkan tembakan meriam oleh Burma untuk memusnahkan tembok pertahanan Ayudhya. Pada tahun 1767 berlakunya sebuah kebakaran yang besar iaitu sebanyak 10 000 rumah telah terbakar. Raja Ekat‟at melihat kerajaannya tiada harapan lagi untuk berdiri dan bertahan lalu ingin menyerah diri dan kotanya untuk berada di bawah naungan Burma namun pihak Burma telah menetapkan bahawa kerajaan Ayudhya harus mennyerah kalah tanpa syarat. Ayudhya teah bertahan selama 3 bulan lagi namun setelah Burma menyerang kubu pertahanan secara berterusan dengan menggunakan senjata meriam, akhirnya satu per satu kubu pertahanan musnah dan Ayudhya ditakluki oleh Burma. Burma Berjaya mengalahkan kerajaan Ayudhya setelah mengepung kota tersebut selama 14 bulan. Semua penduduk termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak diseksa dan dibunuh untuk memaksa mereka mendedahkan harta benda yang disorok. Struktur binaan Buddha dimusnahkan dan bahagian yang disaluti emas sahaja yang diambil. Raja Ekat‟at telah melarikan diri dan ada sejarawan Burma yang mengatakan bahawa raja tersebut ditemui mati oleh adiknya di pintu pagar masuk bandar tersebut manakala ada juga yang mengatakan bahawa raja itu telah mati kelaparan ketika



melarikan diri di kawasan hutan. Adiknya pula telah ditahan oleh pihak Burma dan menjadi tahanan hingga tahun 1796.32 KESIMPULAN Secara natijahnya, Ayudhya berkembang dengan maju dan makmur di atas faktor pemerintahan raja-rajanya yang bermula pada zaman U Thong iaitu tahun 1350. Faktor-faktor lain seperti kecekapan pemerintah, ekonomi, ketenteraan, geografi, dan hubungan diplomatik jelas menunjukkan perkembangan yang berlaku kepada Ayudhya. Kemerosotan Ayudhya pula lebih berpunca daripada perebutan takhta dan tentangan yang hebat dihadapi dari Chiengmai dan Burma seterusnya mengakibatkan pemerintahan Ayudhya terjejas dan membawa kepada perpecahan ke atas wilayah-wilayah di sekelilingnya. Penentangan yang berlanjutan selama 14 bulan daripada Burma akhirnya membawa kepada kejatuhan Ayudhya. Kajian mempercayai bahawa dokumen-dokumen salasilah Ayudhya telah termusnah di dalam kebakaran semasa penaklukan Burma di bawah pimpinan Alaungpaya pada tahun 1767. Hanya sebahagian dokumen sahaja yang ditemui di sekitar wilayahnya. Asal-usul pengasas Ayudhya iaitu U Thong masih lagi menjadi persoalan kepada umum mengenai bangkitnya sebuah kerajaan dari selatan Siam yang berkembang dengan majunya sekali.



32



W. A. R. WOOD, C.M.G., C.I.E., Late H.B.M. Consul-General, Chiengmai. ‘A History of Siam’ from the earliest times to the year a.d1781, with a supplement dealing with more recent events. Publish Chalermint Bookshop Erawan Arcade 1-2 BANGKOK 1959. Hlm 237



BIBLIOGRAFI 1.



D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979



2.



Kasetsiri, Charnvit The Rise of Ayudhya, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1976



3.



WOOD, WAR, C.M.G., C.I.E., Late H.B.M. Consul-General, Chiengmai. ‘A History of Siam’ from the earliest times to the year A.D 1781, with a supplement dealing with more recent events. Publish Chalermint Bookshop Erawan Arcade 1-2 BANGKOK, 1959



4.



Cedes G., The Making of South East Asia, Broadway House 68-74 Carter Lane London : Routledge & Kegan Paul Limited



5.



Dr.Witt Siwasanyanon Aspects & Facets of Thailand, Bangkok:Public Relation Department, 1967



6.



Wyatt, David K., Thailand:A Short History, New Haven: Yale University Press, 1982